Sunday, 1 May 2016

Tuntutlah ilmu.....

Teks : Rapidah Ramli
Kredit to : Izzah Inani founder Syuzzani Shawl


Setiap hari kita jumpa sesuatu yang baru. Terutama dalam majlis ilmu. Sangat cliche jika saya update apa yang saya belajar dalam kelas semalam.

Semalam saya jumpa ramai kawan baru dan dapat pengalaman baru.

Antara perkara menarik yang saya jumpa.

1) Berulang kali baca puan guru pesan kalau tak setuju, diam dan angguk2 sahaja.
Semalam kali pertama apply in real life. Berbalah dengan orang tak mau kalah tak membawa apa2.

2) Taksub untuk jadi kaya raya dan korbankan semua dalam usaha untuk mencapai cita2. By the end of the day, kau dapat jadi kaya. Tapi hilang nikmat perhubungan sesama manusia.

3) Pentingnya pasangan yang sekufu dan memahami. It will not going to work if both do not speak the same language.

4) Menjadi owner produk atau brand tak perlu malu belajar. Somebody make millions still come to gain knowledge. Tak perlu mention sana sini kita owner brand dan dah buat sales juta2. Nobody cares if u drop dan hutang juta2 juga.

5) Bina hubungan baik sesama manusia. Duit boleh beli apa saja tapi tak boleh beli kasih sayang manusia.

Ringkasnya,  berpadalah.  Sederhana dalam setiap perbuatan. 

Thursday, 28 April 2016

Chak!

teks : Rapidah Ramli

Chak!

Saya kembali lagi.  Lama tak kemas  kini blog.  Insya Allah lepas ni akan lebih istiqamah.

Azam nih... azam..

Korang semua sokong eh

Test... test

Kali ni guna apps baru.  Jadi tengah mengodek-godek. 

Tadi dah tulis satu artikel,  salah godek,  hilang sudah. 


#macambanyakpeminat

Promosi Pengantin Baru

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Rapidah Ramli


Chak!


Selamat malam semua.  Lama tak menulis.  Malam ni kita mula ya.  Nak cerita apa?  Hahahaha.... kerek jer. 

Hari ni 1hb May.  Ramai yang bercuti kerana cuti panjang.  Ada yang balik kampung.  Bawa keluarga bercuti ke luar daerah,  tak kurang  ada yang mengadakan majlis perkahwinan.  Tak kira lah perkahwinan sendiri atau anak atau adik atau keluarga dan sesiapalah.

Siang tadi  KakDah pergi memenuhi jemputan kawan sekolah rendah mengahwinkan anaknya.

Teguran dari kawan lain yang jumpa disitu,  "wah,  Pidah,  ko nampak slim la"

"Kau diet ek,  nampak ramping"

"kau guna produk apa? "

Kembang pula rasa KakDah.  Ni KakDah bagi promosi Pengantin Baru sebab ramai yang tegur KakDah dah kurus. *senyum sampai telinga*

Set Promosi ni mengandungi,

Feminine Wash RM56
SKD2                   RM 45
Masker vagina   RM 25
                          = RM 126

HARGA PROMOSI.... HANYA RM100.00 sahaja.  JIMAT RM26.00

(tidak termasuk kos pos)

Apa-apa nak tanya boleh whatsapp atau telegram ke no 013.4876247 / @kakdahvogue

Friday, 4 March 2016

Nina dan SPM

Teks : Rapidah Ramli
Foto : FB Rapidah Ramli
Nina is Abby.  Panggilan manja di rumah hanya dipanggil 'B'.  Singkatan kepada baby.  Ceritanya dia dihantar ke tadika homeschooling untum teman kakak.  Sungguh berdikari dan sentiasa mahu belajar.
Disebabkan dia yang paling muda didalam kelas,  semua orang panggil dia baby.  Lekat hingga ke besar.  Cumanya bila besar panggil B aje.
Semalam keputusan SPM telah diumumkan.  Menurut perangkaan kementerian SPM tahun 2015  banyak menurun.  Dalam hati dok berdebar
menunggu keputusan.
Kami bertolak awal pagi ke Taiping.  Meredah suram subuh.  Hari masih gelap walau jam telah menunjukkan jam 7 pagi.  Kenderaan mulai banyak.  Berpusu memasuki Kuala Lumpur.  Tak dapat nak bayangkan betapa serabutnya jika ahkak yang berada antara beribu kenderaan yang berpusu itu. 
Kami tiba di MRSM Taiping,  tepat jam 1030. Hanya perlu menunggu sebentar sebelum keputusan diumumkan.  Debaran didada makin terasa.  Tapi B nampaknya sungguh tenang.
Tahniah kepada MRSM TAIPING masih mengekalkan kedudukan pertama MRSM terbaik.
Tahniah juga kepada semua calon SPM 2015 yang mendapat keputusan yang cemerlang.
Tahniah juga kepada Abby 

Tuesday, 2 February 2016

AKU DAN JSD 2016

EPISOD : KONVENSYEN JUTAWAN JAMU SUSUK DARA 2016

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Team JSD

Sebulan yang lalu, telah dimaklumkan kepada para pengedar semua. JSD HQ akan adakan kelas FBAds pada akhir bulan Januari.

Disaat melihat iklan tersebut, hati meronta nak pergi. Tangan gatal sahaja nak setuju pergi. Tapi.......abang sayang kala itu berada jauh diperantauan. Sedang mengerjakan Umrah. Alahaiii, tak sabar nak tunggu dia balik nak minta izin.

Kenapa tak beritahu sahaja melalui teknologi? Boleh sms, whatsapp dan call. Hmmm, rasa macam tak seronok pula kalau beritahu tanpa bertentang mata. Bertabahlah hati, menanti kepulangan si dia.

Akhirnya setelah puas merayu dan menggoda, kebenaran untuk pergi diluluskan. Rasa nak melompat tinggi-tinggi sahaja.

Malam sebelum tiba harinya, rasa tak boleh tidur. arahan untuk mendaftar di tempat berlangsungnya acara, membuatkan fikiran sedikit cemas. Shah Alam. Walau dekat, tapi disebabkan jarang pergi, tak familiar sangat dengan jalan disana. Jam empat pagi sudah terjaga, kerana merancang akan bertolak dari rumah jam lima pagi dan akan sampai di tol Shah Alam jam 6. 

Tiba di SACC jam tujuh.  Beratur mendaftar dan mengambil tempat.  Seharian di sini.  Dari jam tujuh pagi ke 10 malam.  Bermacam ilmu yang dapat.  Hanya tinggal untuk di aplikasikan sahaja. 

Kami diajar satu persatu ilmu berniaga.  Anda mahu bersama kami?  bersama membantu nilai hidup orang lain.  Bersama membangunkan ekonomi keluarga.  Hubungi kami untuk mengetahui caranya.  😉😉

@kakdahvogue
manis.mesra.ceria
013.4876247

Sunday, 17 January 2016

EPISOD : HENDAK BERMESRA

#kisahseorangperempuan

Motif sangat lah ke Chowkit semata mencari jering untuk dimasak sambal.  Sebenarnya nak bermanja.  Alahaiiii suami  siapalah ni.

Sampai saja dilihat tempat biasa, tempat letak kereta dah penuh.  Jalan lagi kedepan untuk kesebelah sana.  Dalam hati berdoa,  adalah tempat di hadapan,  dekat kedai tu.  Dan cinta hati juga tak bising seperti selalu jika tiada parking. *wah! mood dia baik,  agak-agak kalau minta nak belikan sesuatu boleh dapat tak? *

Alhamdulillah.  Terdapat satu tempat letak kereta di hadapan kedai.  Tak lah penat berjalan nanti.

Keluar dari kereta ku menghala ke kedai jual sayur. Masuk kedai laju ku menanya pekerja di situ "dik,  jering ada?".

"Jering habis kak" jawabnya.

Ku pandang si dia.  Rupanya sedang berdiri mengusyar kedai makan di sebelah.

Lantas kaki menghampirinya. Turut sama melihat apa yang dilihatnya.

"Kedai ni jual kebab la.  Nampak macam sedap" katanya. *Mesti dah lapar la tu*

"Aah ada.  Nak makan jom la masuk.  Tapi jalan dulu la.  kalau sorang-sorang orang tak masuk la.  Penuh dengan orang dia je.  Atau abang makan sorang saya pergi pasar? " kataku sambil mata meliar melihat sekeliling.

" Eh,  jangan.  Jom masuk sekali",  katanya.  Kuturuti langkahnya dengan perlahan sambil memegang belakang bajunya.

Tidak dapat ku pastikan dari mana puak ini berasal.  Pakistan?  Bangladesh atau barangkali dari Syria.  Kedai makan yang simple.  Makanan pula berasakan makanan mereka.  Bukan masakan mamak.  Ada nasi hujan panas.  Nasi mandy ayam.  Dan side dish timur tengah. 

Cinta hati mengambil nasi mandy ayam.  Aku hanya mengambil dua ketul kebab ayam. Kami makan kongsi dua orang. *Bukan kedekut,  inillah cara kami berkasih sayang*

Sambil makan kuperhatikan sekeliling kedai.  Memang hanya dimonopoli oleh kaum lelaki.  Hanya aku seorang perempuan disitu. 

Aku suka konsep kedai ni.  Diatas setiap meja siap terhidang gelas dan se jag air kosong sejuk. Tak perlulah kita nak meminta air kosong lagi.

.
.
.
bersambung

Rapidah Ramli  @SENORITAVOGUE
manis. comel. ceria

EPISOD : JERING OH JERING

#kisahseorangperempuan

Hari minggu.  Niat hati hendak bergolek-golek.  Rumah dah siap kemas dan mop.  Kerah si along dan angah siapkan malam tadi.  Segala cucian telah ku selesaikan di awal pagi.  Baju sekolah dak Amat juga telah siap di seterika untuk seminggu. 

Pagi ini hanya sediakan roti jala dan kari ayam sahaja sebagai sarapan.  Tengahari malas masak.  Nak masak apa pun tak tahu.

Lagipun semua orang sarapan lewat.  Masih kenyang hingga jam 3.

Dalam masa sedang bergolek,  cinta hati ajak pergi pasar. 

'Nak buat apa? dah petang ni. ' soal ku lemah.  *apa nak cari kat pasar petang-petang ni? kedai pun banyak dah tutup* monolog ku sendirian.

' kita beli jering.  Masak goreng sambal.  sedap'.  Jawabnya penuh harapan.

'Hmmmmm.  Jam berapa nak pergi? ' suara ku masih lemah  *mata membayangkan apa yang ada di pasar Chowkit *

bersambung...

.
.

Rapidah Ramli  @SENORITAVOGUE
manis. comel. ceria

#TBA #TBACENTRAL #TBAKLPUTRAJAYASELANGOR #TBANEXT #TBACREW  #JAMUSUSUKDARA #CELEBRITYLASS

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design