Tuesday 13 September 2016

Cara Periksa Sendiri Kesihatan Rahim

Teks /; Rapidah Ramli
Foto : sumber google


Istimewanya wanita kerana terdapat rahim dalam tubuhnya. Rahim adalah organ reproduksi yang berfungsi sebagai tempat perkembangan janin hingga ia lahir ke dunia. Proses perkembangan janin didalam rahim ini disebut kehamilan. Keistimewaan rahim dan masa kehamilan telah disebut dalam Al Quran Surah Al Mursilat :  21-23 yang ertinya:


“Kemudian kami letakkkan dia ditempat yang kokoh (rahim). Sampai waktu yang ditentukan. Lalu kami tentukan bentuknya, maka Kami lah sebaik-baiknya yang menentukan ”. (QS Al Mursalaat 21-23)

Betapa berjasanya rahim kepada umat manusia, dan khusus kepada para wanita. Wajarlah kita wanita  menjaga dengan khusus dan lebih prihatin terhadap kesihatan rahim.

Jangan hanya pandang enteng dan ambil mudah. Ya, sekarang mungkin tidak rasa apa-apa tetapi, ketahuilah bila usia mula meningkat pelbagai masalah kesihatan akan mula menjelma. Ada yang lebih malang, bila baru beranak sorang, badan dah sakit sana sini, longgar dan berair hingga suami pun mula memandanng yang lain.

Ehemm, membebel pula akak ni ya. Apa pun mari kita periksa sendiri kesihatan rahim masing-masing. Boleh ke?

Eh!, mesti lah boleh. (Disclaimer : permeriksaan sendiri ini hanya untuk yang dah berkahwin ya. Mana yang anak dara jangan nak cuba-cuba buat. Untuk korang ada teknik lain)

Begini caranya.

Cara pertama. Periksa faraj anda melalui ruas jari. 

Hah??

Alah, jangan nak buat terkejut pula. Simple aje test ini. Masukkan jari anda kedalam faraj dan lihat berapa jauh ia sampai ke rahim?

Sekarang bandingkan keputusan yang anda dapat.

Ruas 1 : tanda rahim JATUH
Ruas 2 : tanda rahim RENDAH
Ruas 3 : tanda rahim ELOK


Cara kedua. Periksa kesihatan faraj anda ketika ini. Adakah selalu BECAK? Keluar banyak air macam kencing dan sentiasa basah?

Itu tandanya rahim anda sangat KEMBANG.


Selain dari dua cara diatas,

Adakah TUMIT anda sentiasa sakit?

Selalu SAKIT bila BERSAMA?

Sentiasa SAKIT PINGGANG?

KEPUTIHAN luar biasa?

PERIOD tidak teratur?

SEMUA ini dan banyak lagi persoalan mengenai rahim, tapi cukup sampai disini dulu.

Nasihat akakjamu, sayangilah rahim anda. Rahim sihat, sudah pasti anda juga akan sihat. InsyaAllah.




KDV
Trusted Stokist JSD
0134876247


Tuesday 6 September 2016

Set Kecantikan JSD

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Team Diamond






JSD ada set kecantikan?

Eh, mesti lah ada. Dah cantik dalaman tu kita jaga lah pula kecantikan luaran pula. Cantik dalam cantik luar. Walau orang kata kalau cantik dalaman iaitu akhlaknya, maka cantiklah lurannya juga, tapi tak salah kan kita berhias sikit.

Orang lelaki kan suka tengok perempuan cantik. Korang berhiaslah cantik-cantik tunjuk kat suami masing-masing tau, jangan pula tunjuk kat lelaki lain atau suami orang, tak pasal saya turut terlibat dosa nanti.  Na'uzibillahiminzalik.

Ok, mari saya perkenalkan.

 MPD ialah singkatan kepada Magic Pretty Dara. Ini adalah pondesen yang akan membuat muka korang flawless tanpa perlu risau muka bercapuk bila berpeluh. Kalau guna konsisten setiap hari, benda ini dapat bertahan sehingga 2-3 bulan. Ada yang sampai 5-6 bulan.

Hanya guna pondesen ini tanpa guna bedak selepasnya cukup membuat kulit muka begitu licin, flawless dan glowing seharian, bak di mekap oleh mekap artis/profesional. Cara penggunanya juga juga cukup senang.  Setiap pembelian MPD akan diajar cara guna yang betul oleh saya.

MCK pula singkatan kepada Magic Collagen Kiss. Bahasa jawanya Gincu bibio. heheheh.

Gincu ini sebagai penyeri bibir semulajadi mengikut suhu badan dan darah. Ia juga melembapkan bibir yang kering dan merekah.

Sesuai juga untuk bibir yang gelap akibat merokok atau faktor keturunan. Juga sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita. Yang paling utama ianya dijamin halal.

Hanya gabungan dua barang ini akan membuat suami korang boleh gila bayang. Tak perlu jumpa bomoh nak buat penangkal bagai nak pikat suami. Syirik aje tu.

JSD susuk halal untuk pikat suami. Ngeh ngeh ngeh. (senyum simpul)


KDV
Trusted Stokist JSD
013-4876247





Homemade Masker - Rasyitsudu

Teks : Rapidah Ramli


Kali ini saya nak berkongsi mengenai kecantikan. Semua Orang nak cantik. Betul? Cumanya bahan untuk mengekalkan kecantikan itu ada orang yang tak mampu beli atau ianya tidak sesuai dengan kulit muka.

Haaa. Jangan memain, pilih sembarangan produk untuk kulit muka ni. Klau kena yang tidak sesuai jenuh nak merepairnya nanti.

Ok, Mari saya belanja  cara dan bahan pembuatan masker dari bahan yang terdapat dirumah sahaja. Low budget giteww. Resepi ini saya dapat dari seorang kawan dari group kecantikan. Kredit kepada Cikpuan Rusilla.

Katanya dia dapat resepi ni  dari youtube dan diolah mengikut bahan yang ada dirumah. Telah guna dua kali dan hasilnya sungguh mabeles.


🍁Bahan-bahannya🍁

🔺 Bedak sejuk atau  Satu sudu Tepung Beras

Jujur. Bedak sejuk saya habis. Jadi saya beli tepung beras ja. Hahaha. Malaslah nak kisar sendiri.
🔺Satu sudu kecil serbuk kunyit

🔺Satu sudu kecil susu segar.

Jika tiada susu boleh guna yogurt. Jika tiada juga olive oil pun boleh. Tiada juga? Air pun boleh.

🔺Satu sudu kecil madu

🔵 Gaul hingga rata. Memang dia akan jadi pekat. Kalau cair tak best nak tenyeh di muka

🔵 Ratakan masker ini di seluruh muka. Saya gunakan berus. Barulah sempurna dan cantik masker itu.

🔵 Biarkan 10-15 minit.

🔴 AWAS! Jangan senyum jangan gelak. Sebab masker ini akan mengeras. Kalau tak nak kulit tu jadi berkedut dan kerepot baik diam-diam ja.

🔵 Bila dah kering basahkan tangan dan dap dap air tu ke seluruh muka. Biar masker tu lembap.

Kemudian gosok dengan lembut. Lepas tu basuhlah dengan bersih.

🔵 Nak lagi best, tuam ais ke seluruh muka lepas pakai masker ni. Fuhhhh lebih segar tau.

🔵 Buatlah 2 kali seminggu


Nah, senangkan? Tak payah nak bazir beli pelbagai produk lagi dah. Buat sendiri jer. Lagi berbaloi.

Selamat beramal.
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design