Monday 16 June 2014

Indahnya Tahajud.

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah.

SEJENAK. DI 1/3 AKHIR MALAM :

Hikmahnya Sakit.                        

@>--Sakit itu Zikrullah. Meraka yg menderitanya akan lebih sering & syahdu menyebut Asma Allah dibanding ketika dlm sihatnya.

@>--Sakit itu Istighfar. Dosa2 akan mudah teringat, jika datang sakit. Sehingga lisan terbimbing untuk mohon ampun.

@>--Sakit itu Tauhid. Bukankah saat sedang hebat rasa sakit, kalimat thoyyibah (Laa ilaaha ill Allah)  yg akan terus digetarkan?

@>--Sakit itu Muhasabah. Dia yg sakit akan punya lebih banyak waktu untuk merenungi diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali kpd KhaaliqNya.

@>--Sakit itu Jihad. Dia yg sakit tak boleh menyerah kalah; diwajibkan terus berikhtiar, berjuang ke arah kesembuhannya.            

@>--Sakit itu Ilmu. Bukankah ketika sakit, dia akan memeriksakan, berbincang & pada akhirnya merawat diri untuk berikutnya dan ada ilmu pencegahan untuk tdk mudah kena sakit.          

@>--Sakit itu Nasihat. Yg sakit mengingatkan si sihat untuk jaga diri. Yg sihat menghiburkan si sakit agar mahu bersabar. ALLAH cinta & sayang keduanya.           

@>--Sakit itu Silaturrahim Saat dijenguk/di amati, bukankah keluarga yg jarang datang akhirnya dtg bertandang dgn. penuh senyum & rindu mesra?

@>--Sakit adalah mengikat Ukhuwwah. Sakit itu menggugurkan dosa. Barang/Perkara yang haram/dosa terdapat di tubuh dilarutkan/di ampunkan di dunia, anggota badan yang sakit diserikan & dicuci-NYA.    

@>--Sakit itu Mustajab doa. Imam As-Suyuuthi (Mujaddid kurun ke-9) keliling kota mencari org. sakit lalu beliau meminta didoakan oleh mereka.

@>--Sakit itu salah satu keadaan yg menyulitkan Syaitan; diajak maksiat tak mampu-tak mau; dosa yg lalu malah disesali kemudian diampuni-NYA.

@>--Sakit itu membuat sedikit tertawa & banyak menangis; satu sikap keinsafan yang disukai Nabi Sollallahu 3alaihi wa Sallam & para makhluk/penduduk langit.

@>--Sakit meningkatkan kualiti ibadah; Rukuk-Sujud lebih khusyuk, Tasbih-Istighfar lebih sering/sentiasa, Tahiyyat-Doa jadi lebih lama.      

@>--Sakit itu memperbaiki Akhlak; kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk/buangkan, peribadi dibiasakan sopan-santun, lembut dan tawaadhu'.

Barokallahufiikum,
Doakan sesama kita di mana saja kita berada.
"Uzkuruuni. ...Azkurkom. ..Washkuruuni"
Semoga Bermaanfaat.

Tayar Bengkak??

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah.

Kita selalu mendengar atau membaca berita, surat khabar mengenai kemalangan kenderaan disebabkan tayar pecah.

Selama ini Kak Dah tak pernah tahu dan bayangkan bagaimana boleh tayar itu meletup sendiri. Tak tercapai di akal Kak Dah yang sel otak dah makin kurang berhubung ni.

Hari Ahad lalu, kereta yang Kak Dah naiki mengalami gegaran yang kuat dibahagian belakang. Mulanya sangka sebab bawa banyak barang dan absorber kereta dah habis. Bila sudah kurangkan bebanan pun masih juga berlaku lagi. Terutama bila membawa pada kelajuan tinggi.

Nasib kami baik. Ada satu kedai tayar bersebelahan Petronas Ulu Kelang yang dah buka. Bila ditunjukkan pada tokey kedai, hanya sekali pandang dia cakap "oh! Tayar suda bengkak. Itu sebab ada gegar. Ini suma kena tukar. Nampak tayar suda tidak bulat lagi. Kalau u bawa jugak nanti dia meletop".

"Tokey, apa pasal boleh jadi itu macam?"

"Tayar aa.. Dalam ada dawai, kalau u selalu langgar itu lopak dalam nanti dia bengkak lorr, macam ini tangan (dia tunjuk lengan) kalau jatuh ka kina bisi ka nanti apa jadi?? Bengkak kan?? Sama la itu taya"

"Oo". Bulat mulut Kak Dah. Nampak sangat tak tahu apa-apa dalam penjagaan kereta. Macam yang Kanda selali bebelkan. Pandai bawa saja tapi tak pandai jaga.

Tak sampai 15 minit kemudian semuanya siap, dan kami meneruskan perjalanan ke Kuang untuk menghadiri majlis tahlil.

Gembira, Nikmat dan Rahmat

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah. Assalamualaikum.

Dalam kesibukan kerja harian, tanpa kita sedar masa begitu pantas berlalu. Leka seminit, rugi yang besar. Diam tak diam kita semakin menghampiri Ramadhan AlMubarak. Kiriman mesej seorang teman membuatkan Kak Dah tersentap. Oh, lalainya aku!.
Khas buat kalian semua, Kak Dah nukilkan balik apa yang di sampaikn oleh teman.

INGATLAH PESAN INI!
Sentiasa dapat melihat wajah ibu bapa kita semasa hidup adalah satu KEGEMBIRAAN yang Allah berikan tetapi jarang sekali anak-anak apabila sudah dewasa ingin kerap melihat wajah mereka, apatah lagi bila mereka sudah tua, uzur dan berwajah sugul!
Dapat mencium dan mendakap atau memeluk ibu bapa kita setiap masa dan hari adalah suatu NIKMAT yang Allah juga berikan. Tetapi apabila kita sudah dewasa dan beristeri atau bersuami maka kita amat jarang sekali memeluk dan mencium ibu bapa kita. Kita hanya gemar memeluk bayi, anak-anak dan suami/isteri kita.

Doa dari ibu bapa kepada anak-anaknya adalah satu RAHMAT besar yang Allah berikan kepada kita tetapi kita jarang hargai dan mengharapkan doa ibu bapa itu sehinggalah kita ditimpa musibah dan kesusahan barulah kita teringat akan ibu bapa dan mengharapkan doa dari nya.

Apabila ibu bapa kita telah MATI maka hilang dan terputuslah KEGEMBIRAAN, KENIKMATAN dan KERAHMATAN dari doa ibu bapa kita. Kita menjadi orang yang sayu dan sepi di dalam mengenangkan masa-masa lampau bersama ibu bapa kita kerana di situlah mengalirnya kasih sayang dari mereka.
Apabila kita menjadi ibu bapa maka kita pula mengharapkan agar anak-anak seringkali dapat menjengguk, mendakap dan melihat wajah kita. Kita sentiasa mendoakan agar Allah melindungi anak-anak kita ini dengan dilimpahi rahmat, kasih sayang, rezeki, dan kebahagian hidup. Yang pasti kita akan mengharapkan agar anak-anak mendoakan kita selepas kematian. Itulah yang belum tentu pasti!

"Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya". (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

HARGAILAH IBU BAPA KITA SEBELUM DATANGNYA KEMATIAN

Masih belum terlambat. Semoga kita semua dapat berbakti kepada ibu dan ayah selagi hayat mereka ada. Bagi mereka yang telah pergi, janganlah lupa kirimkan pahala bacaan Al Quran dan doakan kesejahteraan mereka disana. Agar mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman.

Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari khilaf saya.
Jumpa di lain entri.
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design