Monday 31 August 2015

Along Masuk U

Assalamualaikum semua. Lama rasanya tak menulis. Idea semua dok berkepuk dalam buku nota.

Selamat Hari Kemerdekaan ke 58.

Esok dah 1hb September. Bermakna pelajar-pelajar lepasan STPM dan MATRIKULASI akan mula mendaftar      untuk kemasukkan bulan september.

Along salah seorang daripadanya. Jika tahun lepas kami semua ke Pontian, Johor, tahun ini ke Parit Raja pula.

Sungguh pantas masa berlalu, kini Along akan memasuki Universiti, tahun depan Angah pula, insyaAllah. Dah besar rupanya anak mak.

Along berjaya mendapat tempat di UTHM. Tak tahu bagaimana tempatnya. Sekadar mengikut panduan di Waze.

Sementara menunggu esok, kami bermalam di sebuah  bajet hotel di pekan Batu Pahat.

Oklah, Kak Dah nak berehat sat. Sat lagi nak pi servey tempat tu dulu, senang esok nak pi.

Hujung minggu ni adalah yang paling sibuk dan jauh berjalan. Nanti   kita cerita lain no, la cheq nak tidoq sat.

Kbai.

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design