Tuesday 2 February 2016

AKU DAN JSD 2016

EPISOD : KONVENSYEN JUTAWAN JAMU SUSUK DARA 2016

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Team JSD

Sebulan yang lalu, telah dimaklumkan kepada para pengedar semua. JSD HQ akan adakan kelas FBAds pada akhir bulan Januari.

Disaat melihat iklan tersebut, hati meronta nak pergi. Tangan gatal sahaja nak setuju pergi. Tapi.......abang sayang kala itu berada jauh diperantauan. Sedang mengerjakan Umrah. Alahaiii, tak sabar nak tunggu dia balik nak minta izin.

Kenapa tak beritahu sahaja melalui teknologi? Boleh sms, whatsapp dan call. Hmmm, rasa macam tak seronok pula kalau beritahu tanpa bertentang mata. Bertabahlah hati, menanti kepulangan si dia.

Akhirnya setelah puas merayu dan menggoda, kebenaran untuk pergi diluluskan. Rasa nak melompat tinggi-tinggi sahaja.

Malam sebelum tiba harinya, rasa tak boleh tidur. arahan untuk mendaftar di tempat berlangsungnya acara, membuatkan fikiran sedikit cemas. Shah Alam. Walau dekat, tapi disebabkan jarang pergi, tak familiar sangat dengan jalan disana. Jam empat pagi sudah terjaga, kerana merancang akan bertolak dari rumah jam lima pagi dan akan sampai di tol Shah Alam jam 6. 

Tiba di SACC jam tujuh.  Beratur mendaftar dan mengambil tempat.  Seharian di sini.  Dari jam tujuh pagi ke 10 malam.  Bermacam ilmu yang dapat.  Hanya tinggal untuk di aplikasikan sahaja. 

Kami diajar satu persatu ilmu berniaga.  Anda mahu bersama kami?  bersama membantu nilai hidup orang lain.  Bersama membangunkan ekonomi keluarga.  Hubungi kami untuk mengetahui caranya.  😉😉

@kakdahvogue
manis.mesra.ceria
013.4876247

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design