Saturday 22 March 2014

Ibu Mertua ku

Teks : Rapidah Ramli
Foto : google

Assalamualaikum. Hihihihihi, tajuk tak boleh blahkan?.  Agak-agak korang korang la, zaman milinium ni ada lagi tak mak mertua versi Nyonya Mansor tu? Yang pentingkan darjat keturunan dan harta? Err, sebelum tu nak tahu juga lah korang semua ni ada mak mertua ke tak? Bagaimana hubungan korang dengan dia? Pilihan biasa ada dua sahaja, bahagia atau derita. Jadi apakah pilihan korang?

Siapa yer contoh mak mertua versi lawan dari Nyonya Mansor tu? Tak dapat nak pikir pulak di petang yang mendung ni, dikala air paip tidak menitis walau sedetik. Rasanya kebanyakkan drama yang ditayangkan banyak yang sama spesies seperti Nyonya Mansor tu kan, tak kira apa sebabnya. Sebut mak mertua sahaja, mesti garang, tegas. tak boleh melawan, mesti ikut arahan dia sahaja, di kawal segala pergerakan dan segala macam yang perangai yang negatif, yang letih kita melihat dan memikio karenahnya.

Opss sebelum nak sambung cerita pasal mak mertua ni, saya nak maklumkan, lepas ni saya akan bahasakan diri sebagai kakdah, lebih mesra gitu. Dan entri-entri selepas ini juga ye, sebab bila menulis menggunakan bahasa melayu kaku ni, rasa macam buat karangan sekolah lah pulak. Kita  nak santai-santai jer kan.

Untung orang yang berkahwin ini ialah, dia akan mendapat seorang lagi ibu, mama, emak, umi atau apa saja gelaran yang korang panggil, dia tetap akan menjadi keramat hidup korang. Jadi bila kita dah anggap dia sebagai ibu kita, mak kita, umi kita kenapa mesti ada jurang diantara mertua dan menantu?kannnn?
Hehehehe, agak-agak korangkan mak mertua kakdah ni baik tak?

Okey, berbalik kepada cerita ibu mertua ku, apa yang kakdah nak cakap dan cerita adalah mengenai mertua kakdah. Tak, Tak, Tak, ini bukan nak mengata atau nak membodek atau nak mengipas atau nak dapat perhatian atau, atau apa sajalah. Tapi ini adalah apa yang kakdah rasa. Sepanjang perkahwinan selama 19 tahun, kakdah BAHAGIA mendapat mertua sebegini, seorang wanita yang begitu tabah menghadapi cabaran hidup disamping suami yang lumpuh berpuluh tahun.

Wanita ini memang membuat kakdah kagum. Dia menjaga suami yang sakit terlantar tak boleh berjalan, perlu bekerja menyara kehidupan, membesarkan anak-anak (termasuk suami), walau kadang mulut bising tapi tetap menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Hei! bukan senang tau nak menjaga orang yang sakit terlantar ini, ditambah pulak selalu emosi, sampaikan  kalau emosi mental  kita tidak kuat, kita akan rebah tersungkur tau. Bermakna nak menjaga orang yang sakit ni kita perlu kuat mental dan fizikal. Kakdah pernah ditugaskan jaga arwah abah, semasa mak pergi umrah, 10 hari.

10 hari jer tau, di ulang, sepuluh sahaja. Ya allah, hari kedua dah berdoa, mak balik la cepat. Memang stress yang tinggi wo. Walaupun temper abah kurang sikit dari bila dia bersama mak, tapi ketengangan tu masih terasa kuat. Dan arwah abah mertua meninggal 7 tahun lepas semasa kakdah mengandungkan anak keempat setelah menderita tak boleh berjalan hampir 20 tahun. Dan tentunya orang yang paling sedih ialah mak.

Itu satu bab, bab lain yang kakdah jeles dengan mak mertua ni ialah, dia akan khatam membaca quran setiap bulan, solat malam setiap 3 pagi, puasa isnin dan khamis tidak pernah tinggal. MasyaAllah, dalam menjalankan tanggungjawab kepada suami, tanggungjawab kepada Allah juga tak pernah lalai. Dan belum di hitung lagi amalan dia yang lain. Huuu..nangis nak ikut cara mak ni.

Ingat lagi, masa pertama kali pakwe bawa jumpa mak dia (belum jadi suami, panggil pakwe la kan?) debar di dada lebih teruk dari masa nak ambil keputusan spm. Dan bila dah jumpa, Ya Allah, mesranya, macam konpem jer nak wat menantu. Yang kita ni dah cuak semacam.  Kisahnya, cik abang rupanya memang tak pernah berkawan dengan pompuan, means yang serius dan membawa balik kerumah, dan bila dah bawa balik rumah tu kira konpem la tu. Terus mak kata nak hantar pinangan.Hah!. tercengang rasa macam mimpi saja. .

Mak memang outspoken. Tak suka dia cakap depan dan dan tu gak. Dan paling best birthday mak dan kakdah hampir. Mak pada 10 dan kakdah pada 12, April. Biasa anak-anak mak celebrate birthday mak diaorang mesti kakdah termasuk sekali. Kira 2 in 1 la. Mak selalu cakap, kalau hisham ni buat tak betul, cakap dengan mak, biar mak marah dia. Rasa sangat disayangi dan saya sayang mak. Adakah kakdah sayang mak mertua lebih dari mak sendiri? Pada kakdah la, simple. Syurga kakdah sekarang dibawah kaki suami, dan syurga dia pada mak. Makanya, apa salahnya kakdah turut menumpang, menjaga syurganya dan kakdah berharap menantu mak kakdah akan dapat menjaga mak seperti mana kakdah buat kepada mertua. Aamiin.

Banyak kisah kakdah dan mertua ni, antaranya sebelum adik-adik ipar berkahwin, kakdah la yang selalu menjadi  F&B manager. Membeli keperluan dapur, setiap kali pergi ke pasar raya. Tolong bayarkan bil-bil. Dan kakdah tak boleh berkata TIDAK, saya tak mahu buat. Bukan sebab takut atau apa, ianya datang dari hari, kerana yang menyuruh itu mak. Dah sayang. Biasalah bila kita sayang pada seseorang kita akan buat apa saja kan??.^___^

Kakdah sayang mertua kakdah, anda bagaimana? Sayangi mereka selama mereka masih ada.
Salam maghrib semua. Jumpa di entri yang lain.

0 comments:

Post a Comment

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design