Thursday 10 April 2014

Buah-buahan dan falsafah

Teks : Rapidah Ramli


Salam Jumaat. Apa khabar anda hari ini? Dah habis baca surah AlKahfi hari ini? Belum? Tak apa, masih sempat lagi. Nampak macam panjang surah tu, tapi bila sentiasa amal, sekejap jer nak baca. Tips. Bila dah lancar baca, mula pula baca bersama terjemahannya pula. Boleh?

Kali ni Kak Dah cerita pasal buah la pula. Kamu semua suka makan buah? Buah apa yang korang suka? Tempatan atau import? Kak Dah suka semua. Buah memang sedap. Sebaik cara makan buah adalah setengah jam sebelum makan. Ini sunnah tau. Dan bila tahu ia sunnah, niat dalam hati. Aku makan ini mengikut sunnah nabiku. Dan selawat sekali. Tak ada la pula hadis tau quran mengenai ini. Tapi jika ianya perkara baik, tak salah kita membuatnya kan?.

Mari kita tengok kaitan buah dan hidup kita.

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.

Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

2. Jadilah Pokok pisang.

Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.

Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.

6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santannya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna

7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

Faham? Bersamalah kita muhasabah diri di hari Jumaat ini.



Salam sayang.
Rapidah Ramli
Diari WAHMpreneur

posted from Bloggeroid

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design