Saturday 28 June 2014

Ramadhan Kareem

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah. Assalamualaikum. Marhaban ya Ramadhan Kareem. Ya, hari ini sudah satu ramadhan. Jangan lupa pula, ke ada yang sarapan pagi tadi?

Alhamdulillah kita semua sampai bertemu ramadhan kali ini. Ada kawan-kawan kita yang tak sempat bertemu ramadhan kali ini. Jadi dengan itu, janganlah kita lepaskan tawaran yang Allah beri ini. Offer berganda-ganda, sale kat sogo pun tak boleh lawan.

Satu kebajikan yang dibuat berkali ganda di beri pahala. Buat yang sunat seumpama buat yang wajib. Bayangkanlah apa kita akan dapat kalau kita buat yang wajib?? Mesti lebih lagi kan??

Kak Dah dapat satu nota yang rasanya memang amat berguna untuk dikongsikan bersama. Kredit kepada penulis ini. Mulai hari ini boleh la amalkan. Maaflah lambat mengeposnya di blog.

Mari kita baca dan hayati serta amalkan mana yang boleh dalam mencari keberkatan di bulan yang mulia ini. Semoga segala usaha kita dirahmati Allah dan dimudahkan segala urusan.

Kuliah puasa dr sudut kesihatan. Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)
Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah satu kesilapan. Nabi buka puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepad hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari  tidak akan  berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kepada  kesihatan.

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
- makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......

4. Selepas solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.

5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jangan risau mandi malam dgn paru-paru berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi macam burung untuk elak paru-paru berair. Burung mandi dengan cara basahkan rambut tapi badan x basah.

5. Selepas mandi, sebelum pergi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Selepas itu solat terawih.  Solat dengan perlahan dan santai. Jangan cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Makan lepas pukul 10.30 adalah kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya.

8. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pukul 12 malam untuk kerehatan. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda.
9. Bangun pukul 3 untuk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Tiasa masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik2 sahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jangan campur garam dan simpan sikit untuk sahur. Bila nak sahur panaskan dan baru campur garam

11. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami
Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lbh dr  8 jam.
Inilah antara inti kandungannya. Kalau selama ini kita berbuka main makan ikut dan ja kata orang utara, apa kata tahu kita ubah cara pemakanan kita. Ini kalilah!.
Ramadhan Mubarak, selamat berpuasa dan menjalankan ibadah di bulan mulia... maaf zahir dan batin... 

Moga anda semua mendapat manfaat dari nukilan Kak Dah hari ini. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari diri saya sendiri. Hingga jumpa lagi.

Monday 16 June 2014

Indahnya Tahajud.

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah.

SEJENAK. DI 1/3 AKHIR MALAM :

Hikmahnya Sakit.                        

@>--Sakit itu Zikrullah. Meraka yg menderitanya akan lebih sering & syahdu menyebut Asma Allah dibanding ketika dlm sihatnya.

@>--Sakit itu Istighfar. Dosa2 akan mudah teringat, jika datang sakit. Sehingga lisan terbimbing untuk mohon ampun.

@>--Sakit itu Tauhid. Bukankah saat sedang hebat rasa sakit, kalimat thoyyibah (Laa ilaaha ill Allah)  yg akan terus digetarkan?

@>--Sakit itu Muhasabah. Dia yg sakit akan punya lebih banyak waktu untuk merenungi diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali kpd KhaaliqNya.

@>--Sakit itu Jihad. Dia yg sakit tak boleh menyerah kalah; diwajibkan terus berikhtiar, berjuang ke arah kesembuhannya.            

@>--Sakit itu Ilmu. Bukankah ketika sakit, dia akan memeriksakan, berbincang & pada akhirnya merawat diri untuk berikutnya dan ada ilmu pencegahan untuk tdk mudah kena sakit.          

@>--Sakit itu Nasihat. Yg sakit mengingatkan si sihat untuk jaga diri. Yg sihat menghiburkan si sakit agar mahu bersabar. ALLAH cinta & sayang keduanya.           

@>--Sakit itu Silaturrahim Saat dijenguk/di amati, bukankah keluarga yg jarang datang akhirnya dtg bertandang dgn. penuh senyum & rindu mesra?

@>--Sakit adalah mengikat Ukhuwwah. Sakit itu menggugurkan dosa. Barang/Perkara yang haram/dosa terdapat di tubuh dilarutkan/di ampunkan di dunia, anggota badan yang sakit diserikan & dicuci-NYA.    

@>--Sakit itu Mustajab doa. Imam As-Suyuuthi (Mujaddid kurun ke-9) keliling kota mencari org. sakit lalu beliau meminta didoakan oleh mereka.

@>--Sakit itu salah satu keadaan yg menyulitkan Syaitan; diajak maksiat tak mampu-tak mau; dosa yg lalu malah disesali kemudian diampuni-NYA.

@>--Sakit itu membuat sedikit tertawa & banyak menangis; satu sikap keinsafan yang disukai Nabi Sollallahu 3alaihi wa Sallam & para makhluk/penduduk langit.

@>--Sakit meningkatkan kualiti ibadah; Rukuk-Sujud lebih khusyuk, Tasbih-Istighfar lebih sering/sentiasa, Tahiyyat-Doa jadi lebih lama.      

@>--Sakit itu memperbaiki Akhlak; kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk/buangkan, peribadi dibiasakan sopan-santun, lembut dan tawaadhu'.

Barokallahufiikum,
Doakan sesama kita di mana saja kita berada.
"Uzkuruuni. ...Azkurkom. ..Washkuruuni"
Semoga Bermaanfaat.

Tayar Bengkak??

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah.

Kita selalu mendengar atau membaca berita, surat khabar mengenai kemalangan kenderaan disebabkan tayar pecah.

Selama ini Kak Dah tak pernah tahu dan bayangkan bagaimana boleh tayar itu meletup sendiri. Tak tercapai di akal Kak Dah yang sel otak dah makin kurang berhubung ni.

Hari Ahad lalu, kereta yang Kak Dah naiki mengalami gegaran yang kuat dibahagian belakang. Mulanya sangka sebab bawa banyak barang dan absorber kereta dah habis. Bila sudah kurangkan bebanan pun masih juga berlaku lagi. Terutama bila membawa pada kelajuan tinggi.

Nasib kami baik. Ada satu kedai tayar bersebelahan Petronas Ulu Kelang yang dah buka. Bila ditunjukkan pada tokey kedai, hanya sekali pandang dia cakap "oh! Tayar suda bengkak. Itu sebab ada gegar. Ini suma kena tukar. Nampak tayar suda tidak bulat lagi. Kalau u bawa jugak nanti dia meletop".

"Tokey, apa pasal boleh jadi itu macam?"

"Tayar aa.. Dalam ada dawai, kalau u selalu langgar itu lopak dalam nanti dia bengkak lorr, macam ini tangan (dia tunjuk lengan) kalau jatuh ka kina bisi ka nanti apa jadi?? Bengkak kan?? Sama la itu taya"

"Oo". Bulat mulut Kak Dah. Nampak sangat tak tahu apa-apa dalam penjagaan kereta. Macam yang Kanda selali bebelkan. Pandai bawa saja tapi tak pandai jaga.

Tak sampai 15 minit kemudian semuanya siap, dan kami meneruskan perjalanan ke Kuang untuk menghadiri majlis tahlil.

Gembira, Nikmat dan Rahmat

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah. Assalamualaikum.

Dalam kesibukan kerja harian, tanpa kita sedar masa begitu pantas berlalu. Leka seminit, rugi yang besar. Diam tak diam kita semakin menghampiri Ramadhan AlMubarak. Kiriman mesej seorang teman membuatkan Kak Dah tersentap. Oh, lalainya aku!.
Khas buat kalian semua, Kak Dah nukilkan balik apa yang di sampaikn oleh teman.

INGATLAH PESAN INI!
Sentiasa dapat melihat wajah ibu bapa kita semasa hidup adalah satu KEGEMBIRAAN yang Allah berikan tetapi jarang sekali anak-anak apabila sudah dewasa ingin kerap melihat wajah mereka, apatah lagi bila mereka sudah tua, uzur dan berwajah sugul!
Dapat mencium dan mendakap atau memeluk ibu bapa kita setiap masa dan hari adalah suatu NIKMAT yang Allah juga berikan. Tetapi apabila kita sudah dewasa dan beristeri atau bersuami maka kita amat jarang sekali memeluk dan mencium ibu bapa kita. Kita hanya gemar memeluk bayi, anak-anak dan suami/isteri kita.

Doa dari ibu bapa kepada anak-anaknya adalah satu RAHMAT besar yang Allah berikan kepada kita tetapi kita jarang hargai dan mengharapkan doa ibu bapa itu sehinggalah kita ditimpa musibah dan kesusahan barulah kita teringat akan ibu bapa dan mengharapkan doa dari nya.

Apabila ibu bapa kita telah MATI maka hilang dan terputuslah KEGEMBIRAAN, KENIKMATAN dan KERAHMATAN dari doa ibu bapa kita. Kita menjadi orang yang sayu dan sepi di dalam mengenangkan masa-masa lampau bersama ibu bapa kita kerana di situlah mengalirnya kasih sayang dari mereka.
Apabila kita menjadi ibu bapa maka kita pula mengharapkan agar anak-anak seringkali dapat menjengguk, mendakap dan melihat wajah kita. Kita sentiasa mendoakan agar Allah melindungi anak-anak kita ini dengan dilimpahi rahmat, kasih sayang, rezeki, dan kebahagian hidup. Yang pasti kita akan mengharapkan agar anak-anak mendoakan kita selepas kematian. Itulah yang belum tentu pasti!

"Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya". (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

HARGAILAH IBU BAPA KITA SEBELUM DATANGNYA KEMATIAN

Masih belum terlambat. Semoga kita semua dapat berbakti kepada ibu dan ayah selagi hayat mereka ada. Bagi mereka yang telah pergi, janganlah lupa kirimkan pahala bacaan Al Quran dan doakan kesejahteraan mereka disana. Agar mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman.

Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari khilaf saya.
Jumpa di lain entri.

Thursday 5 June 2014

Mutiara Kata

Teks : Rapidah Ramli
Sumber : whatsapp group

Bismillah.

Assalamualaikum. Salam Jumaat yag penuh barakoh. Harap anda semua dan saya  sihat dan bahagia dalam rahmat Allah.

Pagi ini Kak Dah mendapat mesej dari kumpulan pengajian. Perkongsian mengenai kata-kata nasihat dari Prof. Muhaya. Ianya dalam bahasa inggeris, harap anda semua tak kisah lah yer. Kak Dah malas nak terjemah.

Mari kita hayati kata-kata dari Prof Muhaya.

---------------------------------

Beautiful advices from Prof Dr Muhaya

Stay away from anger
It hurts only YOU and nobody else
If u are right, then there is no need to get angry
and if u are wrong then u don't have any right to get angry

Patience with family is love
Patience with others is respect
Patience with self is confidence and
Patience with GOD is faith

Never think hard about the past, it brings tears
Don't think more about the future, it brings fear
Live this moment with a smile, it brings cheer

Every test in our life makes us bitter or better
every problem comes to make us or break us
The choice is ours whether we become victims or victorious

Search for a beautiful heart and not a beautiful face
Beautiful things are not always good but good things are always beautiful

Do u know why God created gaps between fingers?
So that who is special to u
comes and fills those gaps by holding your hand forever

Never forget this advice....
Happiness keeps Us sweet 
Trials keep Us strong
Success keeps Us Glowing

BUT ONLY ALLAH KEEPS US GOING......

Salam kasih sayang. Jumpa di entri lain.

Wednesday 4 June 2014

Aktiviti Cuti Sekolah

Teks :  Rapidah Ramli

Bismillah.

Alhamdulillah. Hari ini dapat bersiaran menggunakan lappy. Lama tak bersiaran.  Terima kasih kepada pemgunjung sekelian. Walau tak ada cerita baru anda masih sudi singgah.

Oklah, dah seminggu cuti sekolah berlalu, apa ya aktiviti yang anda dan anak-anak lakukan??.

Bercuti di pantai?
Bercuti ke luar negara?
Mengerjakan umrah sekeluarga?
Menonton  wayang? Jalan-jalan  di kompleks membeli belah?
Balik kampung?

Hmmm, banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan ekk??
Cuti kali ini bagi Kak Dah macam tak cuti jer. Minggu sebelum cuti sibuk adik nak nikah. Seminggu lepasnya sibuk untuk  majlis menyambut menantu kemudian lari uruskan pendaftaran along masuk ke Matrik Teknikal Johor dan selepas  itu demam 3 hari sakit urat. Hahahaha bajet iron woman.

Minggu tadi pula sibuk hantar dan ambil achik yang ada kelas tambahan untuk UPSR.
Minggu ni pula sibuk menyediakan persediaan angah nak balik asrama. Wahhhh!!! anak-anak dah membesar. Cuti sekolah pun macam dah tak cuti.

Jadi korang yang ada anak kecil dan sedang membesar, hargailah masa anda dengan mereka kerana bila ia berlalu, tidak akan kembali.  Kita tak akan sedar betapa pantasnya masa berlalu, sedar-sedar jer, owh!! along dah nak masuk U, kemudian diikuti oleh angah, achik. Amat mungkin lambat lagi lah.

Kalau dulu masa mereka kecil, kami suka pergi bercuti sekeluarga. Walau dapat duduk di hotel 3 bintang dah cukup memadai asalkan kami semua berkumpul satu keluarga. Kalau tak pergi bercuti, kami bereksperimen dengan resepi baru. Ini untung ada anak dara ramai. Tapi yang minat masak cuma angah!.

Wah! dah jadi macam luahan perasaan jer. Oklah sampai sini dulu, nak sambung mengemas barang-barang untuk along. Hari Jumaat nanti nak pergi Johor nak hantar barang-barang permintaan dia. Alah! alasan dia jer tu nak memacam, padahal nak jumpa family. Bila  telefon suara macam orang demam jer. Demam rindulah tu. Tak pa kali ini Kak Dah dah sediakan sehelai baju yang berbau Kak Dah. Seminggu Kak Dah dok pakai tidoq baju tu dan tak basuh. (Cara ini dah guna untuk angah hari tu, dan ianya berkesan).

Oh! lupa cakap dalam kesibukan urus itu ini Kak Dah masih  sempat membuat penghantaran Sambal Hijau Sedapp dan Jamu Susuk Dara. Orang kata sambil menyelam minum air. Hangpa yang berminat nak dapatkan Sambal Hijau Sedappp dan Nak dapatkan konsultan Jamu Susuk Dara boleh sms/whatsapp Kak Dah 013 4876247 atau isi jer borang tempahan Di Sini

Salam sayang semua. Jumpa di entri lain.
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design