Friday 28 March 2014

ADAB BERHUTANG DAN MEMBERI HUTANG

Teks : Rapidah Ramli

Salam petang Jumaat. Hari ni nak cerita apa ya?? Hmmm. Macam tersangkut sikit.  Apa kata cerita pasal hutang? Definasi hutang menurut kamus besar - Utusan ialah perkiraan, perhitungan, meminjamkan wang/benda kepada seseorang.

Anda berhutang? Atau anda memberi hutang? Mari kita lihat dari sudut agama pulu. Ini adalah salinan tazkirah yg Kak Dah dapat dari kawan sepengajian. Harap ianya dapat memberi manfaat bersama.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
أصحاب استاذ حذري

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاهُ


Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda

الْقَتْلُ فِي سَبِيلِ اللهِ يُكَفِّرُ كُلَّ شَيْءٍ، إِلَّا الدَّيْنَ

"Terbunuh di jalan Allah menghapuskan seluruhnya ( dosa dan kesalahan ) kecuali hutang" (HR Muslim no 1886)

Dari Salamah bin al-Akwa' radhiallahu 'anh

أن النبي صلى الله عليه وسلم أتي بجنازة ليصلي عليها فقال هل عليه من دين قالوا لا فصلى عليه ثم أتي بجنازة أخرى فقال هل عليه من دين قالوا نعم قال صلوا على صاحبكم قال أبو قتادة علي دينه يا رسول الله فصلى عليه

"Bahwasanya Nabi shallallahu 'alahi wa sallam didatangkan kepada Baginda jenazah untuk disolatkat, maka baginda berkata, "Apakah dia memiliki hutang?". Mereka mengatakan, "Tidak". Maka Nabi pun menyolatkannya. Lalu didatangkan janazah yang lain, maka Nabi shallallahu 'alahi wa sallam berkata, "Apakah ia memiliki hutang?", mereka mengatakan, "ya", Nabi berkata, "Sholatkanlah saudara kalian". Abu Qotadah berkata, "Aku yang menanggung hutangnya wahai Rasulullah". Maka Nabi pun menyolatkannya" (HR Al-Bukhari no 2295)

Penjelasan :

Wahai saudara-saudaraku yang beriman, kehidupan kita pada saat ini tidak sunyi dari berhutang. Hampir semua yang berharga di sekeliling kita diperolehi dengan cara berhutang. Rumah, kereta, motosikal, barang kemas, computer dan sebagainya. Bahkan menuntut ilmu pun hari ini melalui kaedah berhutang. Pendek kata kita sekarang ni memang kaki hutang sama ada dengan bank, koperasi, sahabat dan teman. Tidak salah berhutang selama mana kita menjaga etika dan adab-adabnya yang digariskan oleh syariat islam. Bahkan ayat yang terpanjang dalam al-quran pun adalah ayat berkenaan dengan hutang.

Fokus kita dalam hal ini adalah berhutang dengan sanak saudara, teman-teman dan individu kerana hutang dengan institusi kewangan telahpun ada syarat-syaratnya yang kebiasaannya seseorang tidak ambil ringan dan tidak culas membayarnya.

1. Adab dan etika orang yang berhutang dan pemberi hutang:

Menulis jumlah wang yang dipinjamkan agar menjadi bukti dan kesaksian , firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ

"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar.” (QS Al-Baqoroh : 282)

Dengan bukti dan kesaksian ini dapat membantu ahli waris sekira sesuatu berlaku sama ada dalam hal menuntut hak dari yang berhutang atau melunaskan hutang kepada pemiutang.

2.Adab orang yang berhutang :

a. Jangan menangguh-nangguh pembayaran hutang. Utamakan pembayaran hutang dari membelanjakan wang kepada sesuatu yang bersifat keinginan bukan keperluan.

b. Jangan menunggu diminta dahulu baru membayar hutang, boleh jadi pemilik piutang malu untuk meminta , atau mungkin juga dia tidak meminta tetapi mengeluh dan mengadu hal kamu kepada Allah.

نَامَتْ عُيُوْنُكَ وَالْمَظْلُوْمُ مُنْتَبِهُ يَدْعُو عَلَيْكَ وَعَيْنُ اللهِ لَمْ تَنَم
"Kedua matamu tertidur sementara orang yang engkau zalimi terjaga…Ia mendoakan kecelakaan untukmu, dan pandangan Allah tidaklah pernah tidur"

c. Jangan berhutang kecuali benar-benar terdesak dan memerlukan kerana ia perkara harus tetapi melibatkah maruah. ingatlah tangan yang memberi itu lebik baik dari tangan yang menerima.

d. Perbaiki niat untuk segera mengmbalikan hutang tersebut, agar ia dibantu oleh Allah. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda ;

من أخذ أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه ومن أخذ يريد إتلافها أتلفه الله

"Barang siapa yang mengambil harta manusia/orang lain dengan niat untuk mengembalikannya maka Allah akan menunaikannya. Akan tetapi barangsiapa yang mengambil harta orang lain dengan niat untuk merosakkannya maka semoga Allah merosakkannya" (HR Al-Bukhari no 2387)

e. jangan memberi janji-janji palsu sehingga pemiutang ternanti-nanti pembayarannya. Tidak menunaikan janji juga dalah sifat tercela.

3. Adab pemiutang ( pemberi pinjaman ).

a. Anggaplah pemberian itu suatu peluang kebajikan bukan suatu beban. Memberi pinjaman atau hutang adalah suatu perbuatan ta’awun yang dianjurkan oleh islam agar umatnya hidup dengan makmur dan prihatin terhadap orang lain.
b. Jangan kenakan bunga kerana itu riba yang diharamkan.
c. Jangan rasa malu untuk menuntut hutang. jika benar kita sayang kepada orang yang berhutang maka hendaklah kita menuntut hutang tersebut darinya. Kerana jika tidak dituntut teman mu itu akan menghadpi kesukaran akhiratnya. ( seabagaimana hadis di atas ).

d. berihsanlah kepada yang berhutang bila kau lihat kesukaran hidupnya. Jangan didesak segera membayarnya sedangkan hidupmu penuh kemewahan. Kata Imam al-Qurtubi :

وأما إذا لم يجد للخروج من ذلك سبيلاً فالمرجو من كرم الله تعالى إذا صدق في قصده وصحت توبته أن يرضي عنه خصومه

Adapun orang yang tidak memiliki kemampuan untuk membayar hutang, maka diharapkan dari kurnia dan kedermawan Allah, jika ia jujur dalam tujuannya (untuk membayar hutang) dan taubatnya telah benar maka Allah akan menjadikan musuhnya (yang memberikan piutang) akan ridho kepadanya" (Dalil Al-Faalihin 2/540)

Kesimpulan :

Hidup ini tidak sunyi dari berhutang, tetapi beringat dan berwaspadalah.

Ya Allah jauhilah kami dari belenggu hutang, luaskanlah rezeki kami agar kami sentiasa menjadi hamba-Mu yang taat dan bersyukur… amin.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ..... والعفو منكم


 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design