Monday 12 May 2014

Mak & Kak Dah.

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah.

Semalam cerita mengenai sambutan hari ibu. Hari ini Kak Dah nak bercerita mengenai mak kandung. Kak Dah dah cerita mengenai mak mertua sebelum ini, kini giliran mak kandung pula. Harap anda semua tak bosan membacanya.

Kalau Kak Dah bernama Rapidah, adik perempuan bernama Faridah, kamu semua boleh agak tak apa nama mak Kak Dah? Hikhikhikhik...macam cerita P.Ramlee kan??. Ya. Mak Kak Dah bernama Hamidah.

Mak dilahirkan 57 tahun yang lalu, di Sg Terap, Selama Perak. Tak pasti pada umur dia berapa, nenek bercerai dengan tokwan. Tokwan kahwin baru dan mak tinggal bersama Tokwan dan ibu tiri. Ibu tiri dahulu dan sekarang berbeza kan?? Jadi rasanya kamu semua boleh bayangkan azab yang ditanggung bila tinggal bersama mak tiri. Dah serupa macam cerita bawang putih bawang merah. Cuma mak kandung masih hidup.

Dari kecil mak terpaksa berdikari, kurang tanpa kasih sayang. Mak tidak bersekolah. Kalau tak salah hanya 6 bulan sahaja bersekolah kemudian diberhentikan oleh tokwan sebab mak tiri suruh. Alasan pembentiannya adalah - orang perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi. Tak payah nak jadi pandai. Kahwin duduk rumah jaga anak jer. Mak buta huruf. Ya mak buta huruf dan tidak boleh membaca. Sebab tu masa kami sekolah, mak tak pernah datang kesekolah untuk ambil kad kemajuan atau apa-apa urusan berkaitan kerana takut jika orang suruh dia membaca. Dalam ketidakbolehan dia membaca, dia mahu kami semua berjaya dalam pelajaran dan sentiasa mengambil tahu perkembangan pelajaran kami. Dalam masa yang sama secara tidak langsung, mak juga belajar membaca bersama kami. Sekarang mak boleh membaca tetapi tidak lancar. Dan dia boleh tahu, surat siapa yang sampai kerumah. Bangga sangat dengan mak, tak pernah putus asa untuk meningkatkan pengetahuan.

Mak berkahwin dengan arwah abah semasa berusia 16 tahun. Awww...awalnya. Usia 17 tahun Kak Dah dilahirkan. Hmmm Kak Dah masa usia ni, pakwe pun tak ada. Selepas berkahwin, mak tinggal bersama mertua dan adik-adik ipar yang ramai yang sedang membesar. Bermacam karenah terpaksa mak hadapi. Kebanyakkannya semua yang kurang manis. Tak pasti apa yang manis.

 [Hahaha. Ini kalau mak tahu Kak Dah buat cerita dia sini, tak tahulah dia nak kata apa. Tak apa sat lagi Kak Dah nak pi rumah dia. Nanti Kak Dah cakap la.]

Bila Kak Dah berusia 6 tahun, mak pindah ke Kuala Lumpur mengikut abah. Kak Dah ditinggalkan di kampung untuk bersekolah. Huwaaaaa sedihnya. Mak cuma bawa adik lelaki yang berusia 2 tahun pada waktu itu. Setahun selepas itu baru Kak Dah diambil oleh arwah abah dan tinggal bersama. Ingat lagi, rumah pertama kami adalah setinggan di Kampung Puah, Sentul. Tinggal tak lama di sini, pindah pula ke PERTAK di Kuala Kubu Bharu, tinggal didalam stor, sementara arwah mencari rumah sewa. Seronok tinggal di sini. Suasana hutan dara. Air sungai yang jernih dan sejuk. Kini kawasan ini telah tiada.

Abah dapat sewa rumah di Kampung Sungai Damar.  Rumah kayu simple. Cuma satu bilik. Didalam kawasan kebun getah. Di sini mak mengambil upah menoreh getah. Mak keluar rumah pukul 2 pagi semata nak cepat siap menoreh dan boleh kembali ke rumah dalam pukul 6 untuk menyiapkan sarapan kami kesekolah. Selepas kami pergi sekolah mak akan mula mengutip susu getah. Susu getah yang di kumpul akan diproses. Cukup bulan akan dijual dan kami dapat shopping barang dapur di kedai mamak. Bila cuti sekolah mak akan keluar lambat menoreh, Kak Dah suka ikut mak menoreh. mencabut getah sekerap dan bertanya pada mak mengenai tumbuhan didalam hutan. Habis menoreh kami akan mencari pucuk-pucuk kayu untuk dijadikan sayur. Memori yang tak akan dapat di ulang. Mak tak pernah merungut malah sentiasa mendidik kami agar sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Tahun 85 rezeki abah bertambah. Abah dinaikkan pangkat dan di pindahkan ke Kuala Lumpur semula. Kami semua turut berpindah. Selamat tinggal Kuala Kubu. Di Kuala Lumpur, cabaran hidup lebih mencabar. Segalanya perlukan wang. Di sini tiada pokok kayu yang pucuk nya boleh dipetik, tiada sungai yang boleh di jala ikannya. Kalau ada pun hanyalah lombong di kawasan tapak setinggan lama. Mak berusaha mencari kerja. Kami adik beradik berdikari sendiri. Kadang-kadang arwah nenek akan datang untuk menjaga kami. Mak bekerja sebagai pencuci pejabat di bangunan Dayabumi. [Hehehehe, selepas SPM kak Dah pun ikut mak bekerja sebagai cleaner disini].

Selepas krisis dalam syarikat kami berhenti kerja. Mak hanya duduk di rumah dan berkira mencari kerja lain yang berhampiran dengan rumah, kerana nenek nak balik kampung dan tiada siapa menjaga adik-adik. Akhirnya dia dapat di kilang menjahit pakaian dekat rumah.  Agak lama bekerja di sini. Disamping itu dia buat lagi kerja mencuci bangunan, di sebuah bank di Setapak. Rasanya mak hanya berhenti kerja selepas Kak Dah melahirkan anak pertama.

Selepas berkahwin Kak Dah memang jarang dapat meluangkan masa bersama mak. Hanya memori semasa di Kuala Kubu dapat dibawa bersama. Semasa arwah abah tak sihat dan selalu dimasukkan ke dalam wad, mak lah yang banyak berkorban. Mana masa uruskan rumah dan tunggu suami sakit di hospital, semua di lakukan sendirian. Bila kami suruh dia berehat dan kami ganti, katanya tak perlu.

Baru kak Dah perasan, selepas kahwin Kak Dah memang kurang memori bersama mak. Tak boleh jadi ini, lepas ni nak segera ke rumah mak. Nak luangkan masa lebih dengan mak. Tapi mak selalu cakap " hang kalau mai umah aku, asyik tidoq ja, bila nak sembang. Bangkit tidoq tak lama pas tu dah nak balik". Nak buat macam mana masa terhad untuk setiap ziarah. Kalau kanda pergi kerja luar daerah bolehlah bermalam di rumah mak, itu pun masa anak-anak kecil dulu bolehlah. Sekarang anak-anak dah besar sibuk dengan aktiviti sekolah mereka pula.

Mak dapat pergi haji pada tahun 2011 setahun selepas Kak Dah. Selain rasa seronok dia juga berasa takut kerana tidak tahu membaca dan dia akan keseorangan di sana. Pada saat mak meluahkan keluhan begitu, rasa sedih sangat. Kak Dah pergi haji dengan mak mertua, tapi mak kandung di biar sendirian. Nampak macam lebihkan mertua dan tak hiraukan mak kandung.

Bulan ini kami sibuk menyiapkan persiapan pernikahan adik bongsu hujung minggu ini. Mak lebih lagi la. Ini anak bongsu nak kahwin. Mesti dia nak buat yang meriah. Hihihihi, Kak Dah pun terlibat sama la kan. Sebab itulah lambat nak siapkan entri nak graduate ni. [alasan lah sangat].

Errr...okeylah sampai sini dulu cerita hari ini. Kak Dah nak pi rumah mak dah ni. Nak bawa sambal hijau yang sedap tu untuk mak. Hanpa kalau nak oder samabal hijau sedap tu leh la isi borang tempahan di sini.  Kalau nak cepat boleh whatsapp atau sms dengan Kak Dah di no 013-4876247.

Meh tengok gambar sambal yang sedap ni...

Saya sayang mak

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah.

Bertemu kembali. Bila ya kali terakhir Kak Dah masukkan entri, rasa dah lama sangat tak masukkan entri baru. Kalau dihitung masa Kak Dah patut dah lama patut graduate.Tidak apalah, nak yang terbaik kita tak perlu terburu. (Ayat pujuk diri).

Semalam sambutan hari ibu. Anda semua meyambutnya?. Apakah hadiah yang anda beri kepada ibu? Belanja ibu di restoran atau hotel mewah? atau membawa ibu pergi bercuti? Kak Dah mendapat kad dan Coklat Ferraro Rocher dari Along. (Huwaaaa..sob,sob,sob ..mak tengah diet nak, macam mana nak makan coklat tu?) Apa pun, mak ucapkan terima kasih atas ingatan along tu. (Peace Yo)

Terus terang KakDah tak menyambutnya malah tidak mengucapkannya pun kepada ibu kerana bagi Kak Dah tiada hari khusus untuk mengucapkan saya sayang ibu. Ucapan yang terbaik sebenarnya adalah doa kita kepada ibu pada setiap hari. Dan di ucapkan setiap hari, kerana semasa kita kecil juga hingga sekarang dah berumur 40 tahun, mak masih lagi mengucapkan "mak sayang kakak" kepada kita, betul tak?

Ibu pun sebenarnya tak mengharapkan sangat hadiah mewah dari anak-anak. (Tapi kalau diberi mak terima nak). Hanya doa dan luangkan masa untuk bersembang, bercerita tanya khabar dia saja sudah cukup memadai bagi seorang ibu.

Sebelum ni Kak Dah ada cerita pasal mak mertua kan. Bagi yang belum baca boleh KLIK SINI. Nanti kak Dah cerita pula pasal mak kandung. Tragis, banyak kesedihan serupa macam cerita bawang putih bawang merah pun ada juga. Cuma arwah abah bukanlah putera raja. Hahahahaha. Kalau tidak mesti nama Kak Dah Puteri Rapidah. Chewah! perasan.

Oklah sempena hari ibu semalam, ini Kak dah bawakan secebis kisah, yang memang boleh membuat kita terfikir betapa istimewanya seorang ibu. Hargailah ibu sementara dia masih ada. Doakanlah dia jika telah tiada. Saya sayang mak!

[ISTIMEWANYA IBU ]

Ketika allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,


"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, ya allah ???"

Allah menjawab

,"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap yang telah aku ciptakan untuk wanita?"


Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".


Malaikat menjawab dan takjub,

"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"
Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".


Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,


"ya allah , kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"


allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."


"Untuk apa???", tanya malaikat.


allah melanjutkan,
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.


Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,


dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,

mampu menyanyi ketika menangis,

menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.


Dia berkorban demi orang yang dicintainya,

dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,

dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,

dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,

dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.


Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,


tapi dia mampu mengatasinya.

Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.


Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.


Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,

namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,

dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."


"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."


"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,


tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.


Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.


Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."


"CINTANYA TANPA SYARAT."


*Allahuakbar... specially dedicated to Ibu. Ibu disana dan Ibu disini. Istimewanya seorang ibu, dan beruntungnya dijadikan sebagai seorg wanita. 
posted from Bloggeroid
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design