Wednesday 26 March 2014

KUTU MENYERANG LAGI

Teks : Rapidah Ramli


"Ana, kenapa ko tergaru-garu kepala tu? ada kutu ke hapa?"- mak
"Mana ada. Gatal kepala jer" - Ana
"Mak! kepala Amat pon gatal. Ni mesti Ana ada kutu" - Amat
"Mak! apa ni, habis la kepala orang. Ana ada kutu mesti orang pon kena." - Angah
"Eawww teruklah ko ni Ana, mak potong rambut panjang dia tu. Nasib baik orang duduk asrama. Tak la jangkit ngan korang. Dok jauh-jauh. Jangan datang dekat" - Along

Ini lah antara pebualan anak-anak di satu hujung minggu. Haiya, Ana oiii kalau nak berambut panjang kena la jaga. Meh sini mak tengok kepala memasing. Astagfirullahal adzhim. Ko ternak kutu ke apa ni Ana oiii!? Jalan penyelesaiannya ialah, "Along! ambil kit gunting rambut mak." Operasi memotong rambut dijalankan. Kasi pendek itu suma rambut. Kemudian baru di basmi dengna ubat kutu yang dapat dari Klinik Kesihatan. Kisah 3 tahun lepas.

Kisah 3 malam lepas. "Ana, jap apa yang merayap tu."? Ya Allah kutu lagi. Terus belek kepala dia. Hadoiiii, engkau memang penternak kutu yang berjaya la Ana. Geli mak nak tengok. Tak lalu kalu nak buang secara manual. Seperti biasa, perkara asas, kena potong rambut kasi pendek punya. Jadilah operasi tengah malam itu memotong rambut anak-anak. Habis ketiga-tiganya dipotong rambut. Jangan nak menangis. Rambut akan panjang balik. (Biasa mereka ini akan menangis kalau dipotong rambut terutamanya si Angah). Dan memang biasa Kak Dah potong sendiri rambut anak-anak. Sedari kecil mereka tak pernah pergi kekedai untuk potong rambut. Bila dah besar mereka kata tak berbaloi lah potong kat kedai, mahal. Mak potong free. Hehehehe. Alhamdulillah. Yer la, cuba korang kira, kalau seorang potong dalam RM ke Rm20, kalau 3 orang dah berapa? Banyakkan?

Esok pagi-pagi lagi pergi Guardian dan dapatkan ubat kutu. Dan petangnya operasi membunuh kutu-kutu. sekarang dalam pemantauan untuk seminggu ni.

Kalau dulu rajin mengoggle dan mencari petua-petua tradisional untuk membasmi kutu ni. Sekarang tak lagi dah. Tak ada masa nak wat semua tu. Renyah. Beli jer la.  Yang penting selepas ini, kebersihan diri kena tingkatkan lagi.



INFO - dari wikipedia

Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.

Misi Mencari Barang

Teks : Rapidah Ramli

Salam 1 Malaysia. Di saat kerajaan sibuk mencari pesawat boeing yang hilang, stesen tv  sibuk menjemput para pakar mengulas mengenai misteri kehilangan itu. Hari ini kak Dah juga sibuk mencari barang-barang.

Apakah barang yang sibuk di cari oleh kak Dah?

Jeng, jeng, jeng.

Barang yang pertama, bahulu ikan. Hah! bahulu ikan?. Ya, bahulu ikan.
Punya la banyak bahulu yang dijual di merata pasar tani, supermarket malah pasaraya juga, kenapalah bahulu ikan juga yang dicari?.Nak buat apa?
Err ini bukan saja-saja tau. Bukan sebab teringin ke? mengidam ke? apa ke?. Misi mencari bahulu ikan kerana permintaan daripada mak, yang nak jadikan bahulu ikan sebagai door gift pada majlis perkahwinan adik bongsu nanti. Jadi setelah mengoggle, bertanya dengan kekawan akhirnya dapat satu supplier ni, di Taman Sri Gombak. Alhamdulillah, setelah dua tiga kali menelifon,sms, whatsapp bagai, hari ini kak Dah dan adik telah selesai membuat pesanan. Siap lengkap design kotak, kuantiti dan sebagainya. Opkos sekali bayar deposit.

Balik dari Sri Gombak, singgah di Giant supermarket Bt Caves pulak sebab adik kata nak beli barang dapur. Ok. Kak Dah pun tumpang sekaki membeli sedikit barang keperluan Angah nak balik asrama. Boleh tahan mahalnya barang disini ya. Kak Dah jarang pergi beli barang di rangkaian pasaraya ini kalau tiada promosi. Biasa Kak Dah pergi ke pemborong jer. Murah dan banyak. Share lah beli ngan kawan-kawan. Jadi taklah membazirkan.

Balik dari sini singgah rumah mak di Sentul sekejap, sempat minum dan buang air sahaja. Kemudian pergi pula ke Kuala Lumpur untuk membeli barang senarai Angah. Hailah budak ni memacam dimintanya. Turutkan jerlah, janji jangan dia kata nak keluar dari sekolah tersebut sudah.Lagi pula bukan benda mengarut pon, buku-buku rujukan dan barang keperluan peribadi sahaja.Oleh kerana dia terdidik biasa beli barang borong di Mydin, jadi dia rasakan kalau membeli di kedai lain mahal. Tapi memang betul pon, bagi barang-barang stationary kak Dah suka membeli di Mydin dengan harga borong.  Benda-benda ini memang flexi, lagipun anak-anak semua dah sekolah dan akan menggunakan benda yang sama. Jadi kenapa nak bazirkan duit beli satu-satu-satu.

Dan dari KL pergi pula ke Low Yat Plaza mencari lappy untuk kegunaan Angah. Wah! Angah guna lappy dan Ipad? Sekolah menengah atau pelajar kolej? atau pelajar Universiti? kena guna semua gadjet bagai? Hihihihihi high   maintenance gak ni. Kalau belajar tak pandai, tak tahu lah. Saja lah tu kan. Untuk pengetahuan semua Angah baru sekolah menengah, tingkatan empat. Oleh sebab dia masuk ke Smart School, jadi memang smart sangatlah pembelajaran dan pengajaran di sekolah  dorang. Masih lagi kejutan budaya kepada dia. Berpindah dari Sekolah kementerian dan beralih ke Smart School. Harap dia dapat menguasainya dengan baik. Segalanya baru bagi dia. Pengalaman baru yang totally different dari sebelum ini. Kalau selama ini mak duduk di depan mata dan sentiasa ada disisi untuk selesaikan masalah. Bila berada jauh ni kenalah pepandai uruskan sendiri. Yer dok??.

Sampai rumah tepat jam 755 malam. Huh! penat, lenguh kaki, sakit badan jangan cakap la kan. Dan setelah siap post cerita ini, kak Dah nak beradu. Selamat malam semua. Maafkan segala salah dan silap kak Dah hari ini. In sya Allah esok kita jumpa di entri yang lain.


 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design