Teks : Rapidah Ramli
Assalamualaikum semua, Harap hangpa semua sihat belaka no. Hari ni KakDah tak sihat sangat. Kepala pening hidung tersumbat. Yaaaa.....selsema. Banyak makan aiskrim malaysia la ni. Dan sakit itu kafarah dosa. Aamiin.
KakDah ni manja sebenarnya. Cheeeewah!. Makin berusia makin tak boleh makan ais. Perasan lepas bersalinkan Amat hari tu lagi, kalau lebih sikit makan ais akan sakit tekak dan terus selsema dan demam.
 |
Nyum Nyum Nyum....menggodakan yang oren tu.. |
Tah angin apa melanda ter rajin la pula membuat aiskrim malaysia ni. Saja buat jajan untuk anak-anak. Sampai penuh la peti ais tu kakDah buat. Siap berjualan lagi. Kalau dulu masa kecik-kecik aiskrim ni sepuluh sen jer. Sekarang lima puluh sen habak hang. Yang tak puas hati tu, kadang tu sejengkal jer panjangnya. Buat sendiri lagi puas hatikan. Makan sampai lebam. Haahahahahhahaha.
KakDah pernah makan aiskrim Malaysia yang gebu jer aisnya. Sedap. Tak keras. Tah la tak tahu nak terangkan macam mana. Tapi rasa aiskrim tu memang febeles la. Lima bintang kakDah bagi. Bila di tanya resepi typical kita melayu macam biasalah, buat macam biasa sahaja. Air bancuh dengan perisa apa yang kita nak kemudian di ikat dalam kelongsong plastik. Tak membantu langsung.
Macam-macam cara kakDah cuba buat tapi tak pernah pun dapat rasa yang sama dengan buatan pakcik tu. Hah rasa aiskrim pakcik tu macam makan solero....aisnya gebu.
Setelah membuat penyelidikan melalui pembacaan di googgle, kekekekek, pakcik googgle juga yang dicari akhirnya. KakDah dapat satu kata kunci. Bancuhan air gula tu hendaklah dicampur dengan tepung jagung. Ya, serius campur tepung jagung kata mereka. Sedikit sahaja. Dan tiada amount yang tepat mengenainya. Jadi kita kenalah pepandai mengolahnya.
Setelah dua tiga kali mencuba, inilah hasil yang KakDah dapat. Rasanya hampir dengan yang pakcik tu buat.
Resepi : Aiskrim Malaysia
Oleh : KakDah
1 liter air
2 senduk gula (secukup rasa)
1 senduk tepung jagung
20 biji asam boi merah/putih atau sebarang perisa yang korang nak
Cara-caranya.
1. Rebus air bersama gula dan asam boi hingga gula larut
2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air kemudian masukkan ke dalam periuk air gula tadi
3. Kacau hingga mendidih dan agak pekat, tutup api dan sejukkan
4. Masukan kedalam kelongsong aiskrim dan sejukkan semalamam hingga keras. Siap.
Yang seronoknya, bancuhan air bercampur tepung ini tak akan menyebabkan air melimpah keluar dari kelongsong aiskrim semasa proses pembekuan hingga menyebabkan peti ais kotor seperti sebelum-sebelum ini.
Korang cubalah yer. Tak lama lagi cuti sekolah. Anak-anak mesti suka.
Oklah kakDah nah bersiap nak keluar ni, Nak pergi restock barang JSD. Lipstick dan pondesen yang hot dan mabeles tu dah sampai. Yayyyyy....
kbai~