Wednesday 18 March 2015

Cara membuat Ricotta Cheese

Teks : Rapidah Ramli
Foto ; Rapidah Ramli


Assalamualaikum semua.

Kali ni nak bagi resepi kedua yang kakDah belajar kat kelas charity tu. Rupanya senang jer benda-benda ni. Mahal ya amat dipasaran. Ingatkan payah bebeno la nak membuatnya. Rasa nak nangis pun ada bila tau punya senang. Yang penting konpem halal bila kita buat sendiri. Kannnnnnnnn?

Bagi yang tak tai Ricotta cheese itu apa, mai nak habaq.

Ricotta adalah keju segar dari Italia yang dibuat dari air dadih sisa pembuatan keju lain yang dimasak lagi.[1] [2] Ricotta berasal dari kata bahasa Latin yaitu "recocta" yang berarti "dimasak lagi".[1] [2] [3] Keju ini diproduksi di seluruh daerah di Italia.[1] Ricotta dapat dimakan begitu saja ataupun digunakan dalam lasagnacannoli (kue dari Sisilia) dan hidangan-hidangan lainnya.[4] Keju ini memiliki rasa yang tidak terlalu manis dengan tekstur yang lembut dan warna yang putih seperti salju.[1] [4]
-dari wikipedia

(kakDah pun memula tak tau gak apa dia Ricotta cheese ni. Heeheheheheh)

Ok, lets check it out the recipe. Cheeewahhh.

Resepi Ricotta Cheese.

1 liter susu segar (kalau dapat yang baru perah lagi bagus. Cari yang hemoginized. Contoh brand ialah Farm Fresh, Natural Fresh Milk)

1/2 cup Heavy/whipped cream (35% milk fat)

30g cuka buatan (boleh ganti dengan jus lemon atu limau nipis)

Cara-cara membuatnya :

- Satukan susu segar dan heavy cream kedalam pan. Api sederhana. sentiasa kacau hingga adunan panas mencecah 95-100'C sahaja. BUKAN hingga mendidih. Dalam 15 minit. kita akan lihat small boiling bubble sahaja. (simmer) Nak tepat - sila guna termometer masakan.

- Bila dah cecah suhu 95'C tutup api. alih dari dapur dan sentiasa kacau lagi. masukkan cuka tadi dan kacau rata. kacau secara lembut sahaja. (once kita masukkan susu, ianya akan nampak berketul seperti susu basi.) - sejukkan adunan.

-Tapis dengan kain napkin atau penapis teh yang kain tu, gantung dn biarkan air turun hingga kering.

- Bila dah kering, campurkn dengan sedikit garam, dan bentukkan ia cantik. Siap. boleh simpan dalam petiais dan guna bila kita buat pizza, lasagna, sandwich atau apa saja masakan yang kita suka.

p/s : Air tapisan cheese tadi jangan buang. Ticer Iqa kata boleh dijadikan baja pokok. Tinggi kalsium baja ini dan amat elok untuk pokok tomato.

inilah  rupanya cheese yang telah kering ditapis.
tapis cheese yang terhasil dengan kain muslin
Bentukkan cheese seperti di kedai
begini ya caranya anak murid sekelian- ticer Iqa
pizza homemade. Dari dough, cheese dan paste tomato, segalanya dibuat sendiri. yummm...yummm

Homemade Butter

Teks: Rapidah Ramli
Foto : Rapidah Ramli via Google



Mentéga adalah makanan produk susu, dibuat dengan mengaduk krim yang didapat dari susu. Biasanya digunakan sebagai olesan rotidan biskuit, sebagai perantara lemak di beberapa resep roti dan masakan, dan kadang-kadang bahan untuk menggoreng. Pengganti mentega ialah margarin, yang biasanya lebih murah, dan memiliki sedikit lemak dan kolesterol.
Mentega adalah emulsi air-dalam-minyak, kebalikan dari krim. Mentega tetap padat saat didinginkan, tetapi meleleh secara konsisten pada suhu kamar / suhu ruangan.
Mentega hampir sama dengan roombutter tetapi roombutter adalah mentega yang wanginya tajam dan berwarna putih.~ sumber dari wikipedia

Rasanya ramai orang tahu kegunaan butter ni kan. Pagi-pagi sarapan yang paling sedap dan senang adalah roti, butter dan jam. Tapi kalau Amat (lama tak buat buat entri pasal budak ni kan?) paling suka roti, butter dan gula.
Ingat Charity Baking Class dari entri yang lalu?
Hah, resepi pertama yang KakDah belajar di kelas tersebut adalah Homemade Butter. Senang ajer rupanya. Yang penting, halal dan bersih serta penuh kasih sayang. Rasanya sungguh creamy dan buttery, terasa lemak dibibir seolah makan butter yang mahal di hotel-botel bertaraf empat bintang keatas. Dari butter ni, kita boleh campur dengan pelbagai bahan untuk mengolahnya menjadi sesuatu yang lain pula seperti garlic spread, hanya tambah garlic , garam dan parsley flake. Siap. Murah dan mudah. Kalau nak yang basic sahaja...campur garam saja dah cukup.

Ok, mari kita lihat resepi dan cara pembuatannya.

Resepi Homemade butter. 
250ml Whipped cream/Thickened cream/Heavy Cream (pastikan tertulis pada kotak, contains 35% milk fat) - KakDah guna jenama Paul's
Mixer
ais sejuk campur air batu
Garam
Parsley flake - option
Garlic - option

Cara-cara :
Pukul (mixed)  whipped cream pada tiga tahap kelajuan dimulai dengan perlahan, sederhana dan laju. Pukul hingga susu terpisah dari pada air. (biasa kes, kalau kita terlajak pukul whipped crean iannya menjadi cair dan lumpy, betul x?) kita nak keadaan yang sebegitu rupa. Moral story, lain kali kalau terlajak pukul, jangan terus buang, jadikan ianya butter.

Bila susu dan air dah terpisah, tapis airnya, jangan buang. Ini adalah low fat milk. Boleh guna untuk membuat benda lain pula. Setelah itu masukkan air sejuk berais tadi dan kacau butter hingga menjadi kental dan bulat. Buat begini dua tiga kali sehinga air yang di tuang tadi menjadi hampir jernih. Faham tak ni. Maksudnya, buh air ais, kacau, buang. Buh lagi air ais kacau dan buang air, buat macam ni sampai air hampir nak jernih. Tadaaaaaa. siap dah. Selepas ini baru lah kita boleh campur garam atu apa sahaja bahan yang kita mahu.

 TIPS :segala campuran bahan tmbahan hendaklah dicampur setelah butter terjadi dengan eloknya.

Lepas ni, tak payah beli butterBuat sendiri lagi sedap rasanya. Kalau nak garlic spread, campur ajerlah bawang putih yag telah di cincang, sedikit gaam dan parsley flake.

Pukul cream hingga menjadi lumpy - susu dan air terpisah 
Ni butter yang dah siap
Tadaaaa...dah siap garlic spread kak Dah.Dimakan bersama baguette, juga belajar di kelas ini.
mixed whipped cream tadi hingga jadi macam ni. Air putih tulah low fat milk, tapis dan simpan. selepas tu baru kita kacau dan sebatikan dengan air ais untuk memekatkan kondisi butter ni.

Cara Hilangkan Bau Badan

Teks : Rapdah Ramli
Foto : Rapidah Ramli


Psst....Psst..Psst, baru balik kerja ke? atau baru nak pergi bersukan? Cer angkat tiak sikit. Ada bau x? hahahahah, jangan kelentong la kalau hangpa kata tak dak bau.

Yang baru balik kerja tu, konpem bau ashem kan? dan pelik jer bau sebab bau peluh dah bercampur dengan bau purfume dan deodorant.

Yang nak pergi bersukan tu pulak,...... ya...awak yang hensem dan wangi semacam jer tu. Bau semerbak dari jauh dah boleh tau sapa mai. Nak pi main futsal ja kot, sembuq minyak wangi kemain lagi. Kata tak dak bau badan, ni yang dok sembuq miyak wangi macam sembuq aerosal nak bunuh nyamuk pasai apa?

Bermacam cara kita buatkan, semata nak menghalang orang dari menghidu bau yang tidak enak dari badan kita.

Kali ni meh kakDah habaq kat hangpa. Dapatkan jer produk Celebrity lass tu. konpem dalam 3 saat bau yang tak enak akan hilang, sepanjang hari tak berbau habaq hang. Jimat duit lagi. Pas ni tak payah nak beli deodorant lagi dah.

Apa Celebrity Lass tu?

CL (Celebrity Lass) diformulasikan untuk menghilangkan bau badan sepantas 3 saat.

X - bukan deodorant
X - bukan purfume

Ya - hilangkan bau badan
Ya - mengandungi antiseptik
Ya - meneutralkan peluh
Ya - badan bebas bau selama 24 jam
Ya - kandungan : tawas premium, gabungan pati herba, air suling dan pati mawar

Ya - produk muslim
Ya - tanpa bahan kimia
Ya - selamat digunakan

================================================
Hanya tiga langkah mudah

Picit ----> gosok------>bilas

Sehari sekali
================================================

Khas utuk pembaca semua KakDah tawarkan :

1. Botol besar 50ml - RM85. Harga Promosi RM75 sahaja. JIMAT RM10 postage PERCUMA

atau

2. Botol trial 5ml - RM15. RM21 termasuk postage.

Berminat?? Segera hubungi KakDah ...013-4876247 (pm/wassap/telegram)


 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design