Sunday 23 March 2014

Dilema seorang perempuan

Teks : Rapidah Ramli

Selamat pagi. Selawat dan salam kepada junjungan nabi kita Muhammad SAW beserta ahli keluarga dan sahabat handainya. Hari ini kita bersiaran pagi pula. Best kan ? Kerja ikut suka masa kita, nak pagi boleh, petang boleh, malam boleh dan dimana saja asal ada alatan yang sesuai. KakDah ni kerja apa ya? Hehehe...kalau dahulu orang tanya, jawabnya, surirumah jer. ^__^

Tapi kini, kalau orang tanya, pun akan jawab surirumah, tapi surirumah yang bekerja dari rumah. Hah camna tu? Err...nantilah cerita lanjut pasal ini sebab KakDah pun tak khatam belajar ni. Cuma macam bangga je, bila cakap saya surirumah yang bekerja dari rumah. Masih dalam proses pembikinan orang sekarang cakap. Nanti bila dah stabil dan KakDah dah boleh berdiri sendiri, akan KakDah update dan kongsi rahsianya ya. Harap anda semua bersabar. In Sya Allah.

Rata-rata orang perempuan yang berkahwin dan mempunyai anak, memang berangan dan teringin untuk duduk di rumah membesarkan anak-anak sendiri. Betul dopp??? Tapi pelbagai kekangan masalah dihadapan, yang paling besar ialah ketidak cukupan gaji suami untuk menampung perbelanjaan keluarga, tambahan yang tinggal di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Dan sebagai partner in crime tentulah kita tak sampai hati membiarkan dia seorang mencari nafkah. Malangnya, yang menjadi mangsa disini adalah anak-anak.

Bila ibubapa keduanya keluar bekerja, dengan siap anak-anak ini akan tinggal? Bibik? Baby Sitter? Nurseri? Ahli keluarga? dan kot yang bernasib baik (baik ke?) mak kita tolong jaga kan. Ini membuat kita akan terlepas melihat proses pertumbuhan seseorang anak itu. masa yang pergi tak akan kembali. Even KakDah yang yang jadi surirumah dari awal perkahwinan ni pun, rasa tak puas melihat perkembangan pembesaran anak-anak, dari lahir hingga sekarang dah remaja. Jadi, bagi yang bekerja lebih lagi la kan.?

Ingat tak dalam pengenalan KakDah ada sebut, pernah menjadi guru tadika? Tadika tau, bukan taska. Maksud kakDah cuma mengajar sahaja dan tidak menjaga nurseri. Kerja pun separuh hari sahaja. Pukul 1 dah ada di rumah. Siap masak untuk makan tengahari dan makan berjemaah lepas zohor. Best kan?? ^__^

Apa yang dapat kakDah rumuskan rutin hidup seorang anak berusia 4 tahun adalah seperti berikut:

(kes 1)
Pagi---> hadir kesekolah
Tengahari ------> balik sekolah, terus pergi kerumah baby sitter
Petang------> baru balik rumah (biasanya malam sebab ibubapa hanya sampai pada pukul 8 mlm)


(kes 2)
Pagi -----> hadir kesekolah
Tengahari hingga malam ----> dilayan oleh bibik

Balik sampai rumah mesti dah penat, lepas makan tidur. Ibu pun sibuk nak masak makan malam, nak mencuci dan bagai kerja rumah yang perlu di uruskan, bapa errr no kemen ^___^.
Jadi bila ya kita ada masa nak layan anak kecil tu. Hujung minggu? Kalau dikira, berapa jam sehari kita menghabiskan masa berkualiti dengan anak tersebut.

Tak dinafikan, ada ibubapa yang berjaya dan dapat memberi masa berkualiti bersama anak kecil ini.Tapi ini hanya lah pada sebilangan kecil sahaja, dan majorotinya masih ramai lagi yang gagal. Masih mencari-cari lagi jalan penyelesaian yang terbaik.

Dan adalah dinasihatkan kepada pasangan yang nak berkahwin, kukuhkan dahulu ekonomi diri, rancang kehidupan untuk, 5, 10, 20, 30 tahun akan datang masukkan bersama pasangan dan anak-anak dalam perancangan itu.

Bagi yang dah berkahwin pula, carilah, timbalah ilmu keibubapaan berkesan, jangan malu nak mengaku salah dan kesilapan jika itu dapat membawa ahli keluarga kita ke syurga. Bahagia dunia, bahagia akhirat jika kita mahu berfikir.

Ada satu kisah mengenai seorang anak murid kakDah. Opps sebelum tu nak cakap,tadika kakDah kerja ni, buat kelas hafazan, maknanya tiap pagi sebelum waktu pembelajaran teras, mereka perlu mengaji secara individu dan kemudian membuat hafazan surah-surah lazim. Anak murid seorang ini, masuk sekolah masa berumur 3 tahun. Ada dua tiga orang dalam kelas itu yang sama umur dengan dia. Masa kelas mengaji dan hafazan mereka kena ikut sekali, tetapi tidak pada mata pelajaran teras.

Apa yang membanggakan kami guru-guru adalah, hafazannya masyaAllah superb. Dalam kepelatan dia bercakap, hafazannya sangat bagus. Ayahnya seorang yang berjawatan tinggi dan selalu kerja luar, ibu juga seorang pekerja professional. Balik sekolah tinggal dengan baby sitter. Setelah kami guru-guru selidik, kami dapati, rupanya setiap pagi, si bapa akan mengejutkan anak-anak untuk solat subuh berjemaah dan kemudian bertaddabur alquran hingga jam 7 pagi. Jika bapa pergi keluar daerah, si ibu akan sambung tugas. Alhamdulillah. Sejuknya perut mendengar cerita mereka.


Jadi betullah kata nabi, anak yang dilahirkan adalah ibarat kain putih yang bersih dan ibubapa lah yang mencorakkanya.

Allahuakbar. Yang baik dari Allah dan yang kurang itu dari salah dan silap KakDah. Jumpa di entri lain esok. In Sya Allah.

Tawaddu

Teks : Rapidah Ramli

Entri kali ini, lain sikit, harap anda yang membacanya, fahami dan halusi dahulu sebelum mengkritik. Ini adalah nota yang kakDah salin dari kelas pengajian bersama guru murobbi KakDah, Baba Abdul Aziz Shafie bin Muhammad Bin Ahmad. Seorang ulama dari wilayah Pattani, Selatan Thai.  Semoga ianya dapat memberi faedah kepada kita semua dalam menuju ke negeri abadi. Insya Allah Kakdah akan cuba mengupdatekan nota-nota tausiah dari masa kesemasa.

Tawaddu : Tunduk kepada allah

- Apa yang kita ada segalanya milik Allah. Hakikat, semuanya Allah.
- Bersihkan  hati dari lain dari Allah
-Mulut kata Allah, hati nafi dan isbaq hingga kita fana dalam Allah. (maksudnya, kita zikirkan Allah, dan hati menafikan lain dari allah hingga kita zouk hanya kepada allah)
-Cukup hanya allah

Tarikat adalah ibarat kenderaan. Perjalanan yang kita nak pergi ini bukan dekat tau, nak jalan kaki rasanya memang tak sanggup la. Jadi, sebab itu kita kena menaiki kenderaan. Kenderaan yang macam mana? Kenderaan tarikat la. Dah tentu konpem ada yang membimbing kita. Selama ini ramai orang yang memandang serong bila disebut tarikat dan ada yang menjauhkan diri bila di sebut kita kena ber'tarikat'. Malah mempermainkan dengan berkata, kalau bertarikat nanti kena ikat. Astagfirullahaladzhim. Hakikatnya, tarikat lah yang akan membawa kita mengikut jalan yang benar. Ianya seperti kenderaan yang kita naiki untuk menuju akhirat. Tak kisahlah tarikat apa sekali pun, tapi jangan salah pilih pula ya. Kelain pula nanti perginya. Bila kita dah bertarikat, kita kena la beramal mengikut tarikat tersebut, macam kita telah pilih kenderaan, jadi naiklah kenderaan itu, Insya Allah kita akan sampai dengna selamat di negeri abadi. Cuma mesti duduk diam-diam dalam kenderaan tersebut dan ikut apa kata ketua, jangan pulak asyik melompat keluar kenderaan, bila nak sampai,? silap-silap kita kena tinggal. kalau nak loncat-loncat pun tak digalakkan sebab ianya melambatkan perjalanan kita nak sampai.

Pada zahir ada pada kita, pada hakikat segalanya milik allah. SYUHUD=faham segalanya dari Allah.
HATI JANGAN BERANI mengaku ianya milik kita. Jangan guna wang ringgit pada jalan nafsu.

Perbuatan Allah adalah ujian kepada kita. Manusia sakit/lapar/susah/senang/derita/bahagia, segalanya perbuatan Allah. Apabila kita melawat, atau bagi orang makan atau bantu sesama makhluk bermakna kita tolong Allah.[Barulah kita syuhud kepada Allah]. Jangan pula kita keji dia dan bangga diri. Hala tuju kita HANYA ALLAH.

Dalam setiap perkara ada hak Allah didalamnya iaitu syuhud wahdatul zat. Kita mampu hidup sebab allah yang hidupkan, nampak manis dan cantik sebab Allah yang beri.

Allah beri, baru kita boleh, bukan sebab pandai atau kayanya kita.

Kita jangan teruja dengan benda ujian. (ikut hawa nafsu). Yang penting, faham dihati segalanya fana dan hanya zat Allah yang kekal.

Sekian dulu, jangan pening-pening. Yang baik dari allah dan yang tidak baik itu dari salah dan silap saya sendiri.

Sedekah RM1

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Google

Kita selalu tak perasan...

Kita sedekah rm1, bila balik rumah, jiran hantar makanan utk makan malam kita dan anak2 pada hari itu. Satu keluarga happy, jiran tu memang pandai masak. Alhamdulillah.

Kita sedekah rm1, tet tet tet tet whatsapp bunyi, ada orang order barang, untung RM10. Kita senyum. Alhamdulillah

Kita sedekah RM1, anak2 balik rumah beritahu tadi cikgu belanja makan masa rehat kat sekolah. Anak teruja. Alhamdulillah

Kita sedekah RM1, ada kawan lama mak datang rumah mak dan hadiahkan mak sepasang baju. Mak happy. Alhamdulillah


Nikmatnya-- makan malam free, untung rm10/barang, anak2 dapat makan free cikgu belanja, duit poket boleh masuk tabung dan mak dapat baju baru, kita tak perlu beli lagi untuk mak.

Dan kita, anak kita, mak kita semua happy.

Tapi kita tak nampak.

Sebab kita semua nampak yang besar2 saja.

Duit, duit, duit yang melimpah ruah, rumah besar, kereta besar. Itu saja ukuran rezeki bagi kita.

Yang nikmat makanan sedap yang free tadi, nikmat senyum, nikmat gembira dan teruja tu kita tak pandang. Disebabkan ukuran yang dangkal tu lah, kita kurang bersyukur dengan hidup kita.

Dari itu,  mari kita berazam moga kita akan lebih bersyukur dalam menerima pemberian dari Allah. Tak kira besar atau kecil. Banyak atau sedikit, pandanglah dengan mata hati. Sesungguhnya kita akan nampak segalanya adalah rahmat dari Allah.

Alhamdulillah, sebab kakdah berjaya buat entri untuk hari ini. ^___^
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design