Showing posts with label Nota tausiyah. Show all posts
Showing posts with label Nota tausiyah. Show all posts

Sunday, 26 July 2015

Wanita di Perkuburan

Teks : Rapidah Ramli
Foto :

'Setiap yang hidup akan merasai mati'

Setiap hari ada sahaja berita kematian yang kita dengar. Ramai kenalan dan saudara mara kita yang telah pergi dahulu.

Kematian juga tidak mengenal usia. Muda atau tua tidak menjadi isu. Yang pasti semua orang akan merasainya. Alfatihah buat semua arwah yang telah pergi dahulu meninggalkan kita.

●ULANGKAJI●��

■Soalan:
Bolehkah wanita menghantar jenazah ke kubur?

��Nota: Rakaman ini dibuat di kelas Dhuha Muslimat bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid pada 12.05.2014, di Masjid Darul Ehsan, Tmn Tun Abdul Razak, Ampang. Habib membahaskan tafsir ayat surah Al-Baqarah ayat 234-237. Ayat 234 ada kaitan dgn soalan yg ditanyakan, dan disebabkan byk berlaku kesilapan dlm hal ini akhir zaman ini.

■Jawapan:
TIDAK BOLEH, !!
khususnya bagi isteri yg suaminya yg meninggal, kerana iddahnya telah bermula, dan isteri tidak blh keluar meninggalkan rumah suami kecuali darurat.

↔Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yg ditetapkan oleh syarak. Antara sebab yg dibenarkan utk meninggalkan rumah suami adalah jika keselamatannya terancam. Sebab2 seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yg darurat.

↪Ibadah mesti mengikut cara yg diatur oleh ALlah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yg meninggal mendpt redha ALlah Ta'ala, isteri tidak boleh keluar drpd rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari. Yg beri suami dan yg tak izinkan keluar ialah ALlah SWT, jadi kita kena patuhi arahan ALlah dan bukan dgr apa masyarakat kata.

■Ambil iktibar drpd kisah Ummu Salamah yg pd asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yg diajar RasuluLlah ﷺ, dan akhirnya diganjar ALlah dgn dia akhirnya diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda RasuluLlah ﷺ sendiri. Iktibarnya – bilamana mendahulukan ALlah, pasti ada ganjaran tak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan utk akhirat.

■Isteri tidak perlu merasa bersalah dgn anggapan masyarakat yg mungkin mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.” Dan isteri juga tak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dlm kereta saja, atau duduk jauh sikit drpd tmpt dikebumikan. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum ALlah, dan bukan hukum budaya masyarakat. Jgn takut apa org cakap.

■Pada zaman RasuluLlah ﷺ sudah ada golongan wanita yg nak ikut ke kubur, lalu Nabi ﷺ bertanya kpd mereka, “Kamu nak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, “Tidak.” Baginda RasuluLlah ﷺ bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dlm kubur utk menguburkan jenazah?” Jawab mereka, “Tidak.” Lalu RasuluLlah ﷺ berkata, “Kamu balik kamu dpt ganjaran, lebih baik drpd kamu ikut dan kamu dapat dosa.”

↔Ini bukan menunjukkan yg agama ini tiada perasaan kpd kaum wanita. Hari ini org akan mengatakan seorg isteri tak penuhi hak suami jika isteri tak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan org akan kata tak penuhi hak suami jika tak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tak penuhi hak suami jika tak masuk dlm kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yg sumbernya tak tetap. Tapi jika ikut hukum ALlah, ia sama saja tak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dll.

■Jika ada yg kata, “Eh awak tak penuhi hak suami awaklah.
Jawab padanya, “Eh, ALlah yg suruh saya tak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yg kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yg ALlah Ta'ala suruh.

■Jika ikut cakap org kita dpt dosa, tapi ikut cakap Nabi ﷺ, yg tak pernah bercakap kecuali ianya wahyu drpd ALlah Ta'ala, kita akan dpt pahala. Maka, rugi jika seseorg itu ikut cakap org !
Di akhirat nanti bukan kwn itu yg akan membela kita di hadapan ALlah, bahkan dia akan menjauh drpd kita.

■Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah seblm dikebumikan. Siapa kata jenazah tak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?

■Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja – buat di rumah agar isteri tak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.

■Isteri tak boleh keluar menunggu suami dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana iddah bermula setelah suami meninggal.

■Perempuan, kalau nak pergi ke kubur, pergi pada hari selain drpd hari pengkembumian. Kecuali, jika satu Kg. itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dlm hal ini – perempuan yg bawa jenazah, yg gali kubur, yg kebumikan, yg uruskan semuanya.

■Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yg tidak sesuai dgn syarak jika ikut bersama lelaki yg menguruskan jenazah.
Kita pun lihat sendiri byk berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yg sopan dan menurut syarak.

■Biarkan org lelaki siap menguruskan. Esok pagi2, baru anak dan ahli keluarga pergi utk bacakan Yasin ke… dan akan dpt baca dlm keadaan tenang dan tak bercampur dgn lelaki.

■Ambil iktibar drpd kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yg ketika ingin mengambil air drpd perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh drpd perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau nak ziarah kubur, tunggu org lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.

■Terdpt byk perbahasan ulama dlm kes isteri yg kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dlm keadaan darurat, seseorg dibenarkan melakukan sesuatu yg haram sekalipun. Dlm hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dgn dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dpt dipenuhi, maka itu bukan darurat yg membolehkan dia utk keluar bekerja. Tapi, kalau dgn dia tak bekerja, dia tak blh makan, atau anak2nya tiada yg menanggung, atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya, walhasil, dia ada sebab yg menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri. Jadi, dlm hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak blh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yg diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tmpt2 yg tak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma utk keperluan beli makanan dan minuman sahaja.

WaLlahu'alam.

��Darulmurtadza��
��MTDM��

Sunday, 19 April 2015

Selamat Datang Rejab

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Rapidah Ramli via Goggle

Bismillah

Sahabat, esok (Isnin - 20 April 2015) adalah 1 Rejab 1436, kan. Sedikit perkongsian dari nota lama. Jom beramal untuk bekalan akhirat:).
------------------------------------------

Bulan Rejab = bulan pengampunan.

Antara amalan² yang dianjurkan;

◆ Puasa.
- Kalau tak mampu buat semua, jangan ditinggalkan semua. 

- Boleh puasa pada Isnin Khamis atau 13, 14 & 15hb Rejab ini -bersamaan 23, 24 & 25hb Mei.

* 13, 14 & 15 dikenali sebagai hari² putih setiap bulan hijrah. Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan berpuasa juga pada hari Jumaat jika hari itu jatuh pada hari² putih tersebut. Ia hanyalah anjuran daripada saya bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari bulan Rejab. Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam kitab As-Syamail tentang hari puasa sunat. Wa Allahu a'lam. Yang penting --> puasa ツ.

◆ Istighfar.
- Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat² dianjurkan". 

••► Penghulu istighfar;

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

✿ Kelebihannya: Sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu SIANG dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk petang maka dia termasuk golongan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu MALAM dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk pagi maka dia termasuk golongan ahli syurga.
~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah. 

••► Atau boleh juga amalkan istighfar ini;

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وتُبْ عَلَيَّ
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.

* Baca Subuh & Asar sebanyak 70x setiap hari.
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus حفظه الله).

◆ Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali atau lebih setiap hari.

◆ Membaca Al-Quran, perbanyakkan berdoa & lain² amalan soleh.

Alhamdulillah atas ni'mat Islam & Iman yang Allah anugerahkan pada kita di mana dengan 2 ni'mat itulah amalan di atas menjadi bermakna & mendapat ganjaran pahala di sisi Allah yang Maha Mulia.

Sudah hampir BULAN PESTA IBADAH -RAMADHAN-.Allah humma bariqlana fi rejab wa syaaban wabaliqna ramadhan. Semoga kita sempat bersua dengannya, amin.

Sunday, 30 November 2014

Mari bersedekah

Teks : Rapidah Ramli

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah
SAW bersabda,
“Setiap anggota manusia dkehendaki memberi
sedekah selagi matahari terbit.
Mendamaikan antara dua orang (yang
bertelingkah itu) merupakan sedekah,
menolong orang yang hendak menaiki kenderaan
adalah sedekah atau mengangkat barangan ke
atas kenderaan adalah sedekah,
kata-kata yang baik adalah sedekah,
setiap langkah perjalanan untuk sembahyang
adalah sedekah
dan membuang benda yang berbahaya dari jalan
adalah sedekah”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saturday, 1 November 2014

Jom Amal Sunnah Nabi

Teks :  Rapidah Ramli
Sumber : Group whatsapp

Assalamualaikum. Hari ni kak Dah masih tak sihat, kepala dok ting-tong, hidung dok meleleh hingus. Harap hangpa yang lain semua sihat lah nooo..

Alhamdulillah, sihat itu nikmat, sakit juga nikmat. Nantilah kakDah huraikan kaitannya.

Hari ini cuma nak tulis balik, sunnah-sunnah nabi, yang patut kita amalkan. Pasai apa nak amal? Pasai kita sayang nabi. Orang kalau sayang kepada seseorang, dia akan buat apa saja yang orang tu suruh...iya dak?

Sama la kes sunnah ni, kalau kita sayang nabi, kita ikut cakap dan perbuatannya dengan niat mengikut sunnah nabi, moga kita tergolong dalam orang-orang yang mencintainya. Allahumma solli a'ala Muhammad, wa a'ala a'aliyy Muhammad.

Jom semak sunnah-sunnahnya :-

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Dah baca? dah faham? Sebarkan...supaya lebih ramai lagi yang mengamalkn sunnah..

Jom amal sunnah nabi!!

Friday, 17 October 2014

Sahabat Sejati

Teks : Rapidah Ramli

Salam subuh. Selamat menunaikan solat subuh kepada semua. Sarapan apa kita pagi ini? Sebelum itu, mari kita beri sarapan kepada 'rohani' kita. 

Dalam hidup kita ni, mesti kita ada kawan kan. Auta la kalau hangpa kata tak dak kawan. Kawan ni ada beberapa kategori atau jenisnya.

Mari kita teliti kategori kawan dan fikirkan bersama kita dalam kategori yang mana.

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :
.
1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.
.
2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.
.
3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.
.
4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.
.
5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.
.
6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
.
Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."
.
7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.
.
Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)
.
Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah. Amin

Saturday, 26 July 2014

Berkesankah Ramadhan ini kepada kita?

Teks : Rapidah Ramli

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Salam pertemuan kembali. Allahumma Solli a'la Muhammad wa a'la aliy Muhammad.



Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi hari ini. Hari ini, insyaAllah merupakan hari terakhir kita berpuasa bagi tahun ini. Allahu Akhbar. Adakah kita akan berkesempatan bertemu lagi ramadhan tahun hadapan?

Mari kita membuat post-mortem diri. Apakah kesan/impak  Ramadhan kali ini terhadap diri kita? Adakah tarbiah didalamnya  terkesan atau tidak? Kesan yang bagaimana? orang lain tidak akan nampak tapi diri kita boleh menilainya. Jom kita semak bersama.

1.) Kemantapan Iman. Adakah ramadhan yang akan berakhir dalam beberapa jam lagi ini telah membuatkan iman kita bertambah mantap? Orang yang berpuasa, tidak dijanjikan akan mendapat rezeki yang banyak, rumah yang besar, kereta yang mewah, isteri yang cantik dan banyak tetapi dijanjikan keampunan dari Allah. Allahuakhbar. Allah telah berfirman dalam Quran, 2:183 yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa".
Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan sesungguh puasa dan mengharapkan redha Allah lebih dari segalanya, akan mendapat ganjaran, diampunkan dosa-dosa yang lalu. Siang ia berpuasa dan malam qiam. Masihkah kita mahu bergantung dengan manusia dan tidak yakin dengan Allah?.
Takwa ialah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya
dari segi individu, masyarakat, ekonomi dan keseluruhannya. Takwa ialah sebaik bekalan untuk kembali kepada Allah.
Tanda kita telah mendapat 'title' takwa ialah kita mengalami peningkatan iman, dimana pabila Ramadhan berlalu, kita masih boleh meneruskan rejim ramadhan iaitu solat malam dan berterusan membaca Quran.

2.) Mantap Ilmu. Apa yang kita buat perlu ada ilmu, kalau nak mantapkan iman kena ada ilmu. Sebab itu ayat pertama yang di turunkan ialah 'Iqra ! bismirabbikal lazi kholaq........."..hingga akhir ayat, yang bermaksud "Bacalah! dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! dan tuhanmulah yang maha pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya..............." hingga akhir.

3.) Mantap amal. Bila dah mantap ilmu baru boleh mantap amal. Kita perlu ilmu untuk mantapkan amal, nak amal sebab yang dengan Allah. Bila amal telah mantap ianya akan terkesan kepada Akhlak.




Kehebatan Islam ialah pada individu yang ada keyakinan, iktikad kepada Allah. Akhlak mantap barulah ada kesatuan ummah. Dan ketahuilah, pembinaan jati diri islam adalah secara berulang-ulang, sebab itu setelah 11 bulan berlalu, Ramadhan akan datang untuk proses mendidik kita. Jadi jangan jemu.

Oklah semua, sampai sini dahulu untuk kali ini. Kak Dah nak buat kuih raya pula.

Dikesempatan ini Kak Dah mohon ampun dan maaf, kepada semua. Andai kata ada kata yang menguris hati, andai kata ada tulisan yang mencalar jiwa, andai kata ada kelakuan yang kurang menyenangkan Kak Dah mohon harap dimaafkan. Sesungguhnya, yang baik datang dari Allah dan yang tidak elok itu datang dari khilaf Kak Dah.

Sekian. Eid Mubarak. Taqabballahu minna wa minkum.



Saturday, 28 June 2014

Ramadhan Kareem

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah. Assalamualaikum. Marhaban ya Ramadhan Kareem. Ya, hari ini sudah satu ramadhan. Jangan lupa pula, ke ada yang sarapan pagi tadi?

Alhamdulillah kita semua sampai bertemu ramadhan kali ini. Ada kawan-kawan kita yang tak sempat bertemu ramadhan kali ini. Jadi dengan itu, janganlah kita lepaskan tawaran yang Allah beri ini. Offer berganda-ganda, sale kat sogo pun tak boleh lawan.

Satu kebajikan yang dibuat berkali ganda di beri pahala. Buat yang sunat seumpama buat yang wajib. Bayangkanlah apa kita akan dapat kalau kita buat yang wajib?? Mesti lebih lagi kan??

Kak Dah dapat satu nota yang rasanya memang amat berguna untuk dikongsikan bersama. Kredit kepada penulis ini. Mulai hari ini boleh la amalkan. Maaflah lambat mengeposnya di blog.

Mari kita baca dan hayati serta amalkan mana yang boleh dalam mencari keberkatan di bulan yang mulia ini. Semoga segala usaha kita dirahmati Allah dan dimudahkan segala urusan.

Kuliah puasa dr sudut kesihatan. Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)
Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah satu kesilapan. Nabi buka puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepad hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari  tidak akan  berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kepada  kesihatan.

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
- makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......

4. Selepas solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.

5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jangan risau mandi malam dgn paru-paru berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi macam burung untuk elak paru-paru berair. Burung mandi dengan cara basahkan rambut tapi badan x basah.

5. Selepas mandi, sebelum pergi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Selepas itu solat terawih.  Solat dengan perlahan dan santai. Jangan cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Makan lepas pukul 10.30 adalah kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya.

8. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pukul 12 malam untuk kerehatan. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda.
9. Bangun pukul 3 untuk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Tiasa masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik2 sahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jangan campur garam dan simpan sikit untuk sahur. Bila nak sahur panaskan dan baru campur garam

11. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami
Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lbh dr  8 jam.
Inilah antara inti kandungannya. Kalau selama ini kita berbuka main makan ikut dan ja kata orang utara, apa kata tahu kita ubah cara pemakanan kita. Ini kalilah!.
Ramadhan Mubarak, selamat berpuasa dan menjalankan ibadah di bulan mulia... maaf zahir dan batin... 

Moga anda semua mendapat manfaat dari nukilan Kak Dah hari ini. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari diri saya sendiri. Hingga jumpa lagi.

Monday, 16 June 2014

Indahnya Tahajud.

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah.

SEJENAK. DI 1/3 AKHIR MALAM :

Hikmahnya Sakit.                        

@>--Sakit itu Zikrullah. Meraka yg menderitanya akan lebih sering & syahdu menyebut Asma Allah dibanding ketika dlm sihatnya.

@>--Sakit itu Istighfar. Dosa2 akan mudah teringat, jika datang sakit. Sehingga lisan terbimbing untuk mohon ampun.

@>--Sakit itu Tauhid. Bukankah saat sedang hebat rasa sakit, kalimat thoyyibah (Laa ilaaha ill Allah)  yg akan terus digetarkan?

@>--Sakit itu Muhasabah. Dia yg sakit akan punya lebih banyak waktu untuk merenungi diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali kpd KhaaliqNya.

@>--Sakit itu Jihad. Dia yg sakit tak boleh menyerah kalah; diwajibkan terus berikhtiar, berjuang ke arah kesembuhannya.            

@>--Sakit itu Ilmu. Bukankah ketika sakit, dia akan memeriksakan, berbincang & pada akhirnya merawat diri untuk berikutnya dan ada ilmu pencegahan untuk tdk mudah kena sakit.          

@>--Sakit itu Nasihat. Yg sakit mengingatkan si sihat untuk jaga diri. Yg sihat menghiburkan si sakit agar mahu bersabar. ALLAH cinta & sayang keduanya.           

@>--Sakit itu Silaturrahim Saat dijenguk/di amati, bukankah keluarga yg jarang datang akhirnya dtg bertandang dgn. penuh senyum & rindu mesra?

@>--Sakit adalah mengikat Ukhuwwah. Sakit itu menggugurkan dosa. Barang/Perkara yang haram/dosa terdapat di tubuh dilarutkan/di ampunkan di dunia, anggota badan yang sakit diserikan & dicuci-NYA.    

@>--Sakit itu Mustajab doa. Imam As-Suyuuthi (Mujaddid kurun ke-9) keliling kota mencari org. sakit lalu beliau meminta didoakan oleh mereka.

@>--Sakit itu salah satu keadaan yg menyulitkan Syaitan; diajak maksiat tak mampu-tak mau; dosa yg lalu malah disesali kemudian diampuni-NYA.

@>--Sakit itu membuat sedikit tertawa & banyak menangis; satu sikap keinsafan yang disukai Nabi Sollallahu 3alaihi wa Sallam & para makhluk/penduduk langit.

@>--Sakit meningkatkan kualiti ibadah; Rukuk-Sujud lebih khusyuk, Tasbih-Istighfar lebih sering/sentiasa, Tahiyyat-Doa jadi lebih lama.      

@>--Sakit itu memperbaiki Akhlak; kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk/buangkan, peribadi dibiasakan sopan-santun, lembut dan tawaadhu'.

Barokallahufiikum,
Doakan sesama kita di mana saja kita berada.
"Uzkuruuni. ...Azkurkom. ..Washkuruuni"
Semoga Bermaanfaat.

Gembira, Nikmat dan Rahmat

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah. Assalamualaikum.

Dalam kesibukan kerja harian, tanpa kita sedar masa begitu pantas berlalu. Leka seminit, rugi yang besar. Diam tak diam kita semakin menghampiri Ramadhan AlMubarak. Kiriman mesej seorang teman membuatkan Kak Dah tersentap. Oh, lalainya aku!.
Khas buat kalian semua, Kak Dah nukilkan balik apa yang di sampaikn oleh teman.

INGATLAH PESAN INI!
Sentiasa dapat melihat wajah ibu bapa kita semasa hidup adalah satu KEGEMBIRAAN yang Allah berikan tetapi jarang sekali anak-anak apabila sudah dewasa ingin kerap melihat wajah mereka, apatah lagi bila mereka sudah tua, uzur dan berwajah sugul!
Dapat mencium dan mendakap atau memeluk ibu bapa kita setiap masa dan hari adalah suatu NIKMAT yang Allah juga berikan. Tetapi apabila kita sudah dewasa dan beristeri atau bersuami maka kita amat jarang sekali memeluk dan mencium ibu bapa kita. Kita hanya gemar memeluk bayi, anak-anak dan suami/isteri kita.

Doa dari ibu bapa kepada anak-anaknya adalah satu RAHMAT besar yang Allah berikan kepada kita tetapi kita jarang hargai dan mengharapkan doa ibu bapa itu sehinggalah kita ditimpa musibah dan kesusahan barulah kita teringat akan ibu bapa dan mengharapkan doa dari nya.

Apabila ibu bapa kita telah MATI maka hilang dan terputuslah KEGEMBIRAAN, KENIKMATAN dan KERAHMATAN dari doa ibu bapa kita. Kita menjadi orang yang sayu dan sepi di dalam mengenangkan masa-masa lampau bersama ibu bapa kita kerana di situlah mengalirnya kasih sayang dari mereka.
Apabila kita menjadi ibu bapa maka kita pula mengharapkan agar anak-anak seringkali dapat menjengguk, mendakap dan melihat wajah kita. Kita sentiasa mendoakan agar Allah melindungi anak-anak kita ini dengan dilimpahi rahmat, kasih sayang, rezeki, dan kebahagian hidup. Yang pasti kita akan mengharapkan agar anak-anak mendoakan kita selepas kematian. Itulah yang belum tentu pasti!

"Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya". (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

HARGAILAH IBU BAPA KITA SEBELUM DATANGNYA KEMATIAN

Masih belum terlambat. Semoga kita semua dapat berbakti kepada ibu dan ayah selagi hayat mereka ada. Bagi mereka yang telah pergi, janganlah lupa kirimkan pahala bacaan Al Quran dan doakan kesejahteraan mereka disana. Agar mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman.

Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari khilaf saya.
Jumpa di lain entri.

Thursday, 5 June 2014

Mutiara Kata

Teks : Rapidah Ramli
Sumber : whatsapp group

Bismillah.

Assalamualaikum. Salam Jumaat yag penuh barakoh. Harap anda semua dan saya  sihat dan bahagia dalam rahmat Allah.

Pagi ini Kak Dah mendapat mesej dari kumpulan pengajian. Perkongsian mengenai kata-kata nasihat dari Prof. Muhaya. Ianya dalam bahasa inggeris, harap anda semua tak kisah lah yer. Kak Dah malas nak terjemah.

Mari kita hayati kata-kata dari Prof Muhaya.

---------------------------------

Beautiful advices from Prof Dr Muhaya

Stay away from anger
It hurts only YOU and nobody else
If u are right, then there is no need to get angry
and if u are wrong then u don't have any right to get angry

Patience with family is love
Patience with others is respect
Patience with self is confidence and
Patience with GOD is faith

Never think hard about the past, it brings tears
Don't think more about the future, it brings fear
Live this moment with a smile, it brings cheer

Every test in our life makes us bitter or better
every problem comes to make us or break us
The choice is ours whether we become victims or victorious

Search for a beautiful heart and not a beautiful face
Beautiful things are not always good but good things are always beautiful

Do u know why God created gaps between fingers?
So that who is special to u
comes and fills those gaps by holding your hand forever

Never forget this advice....
Happiness keeps Us sweet 
Trials keep Us strong
Success keeps Us Glowing

BUT ONLY ALLAH KEEPS US GOING......

Salam kasih sayang. Jumpa di entri lain.

Sunday, 4 May 2014

Pilih yang terbaik!

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah.

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..brpeluang hadir Daurah Muhadditsin di UKM pagi tadi bersama Maulana AsSyeikh Hussein Abd Kadir Yusuf..pemegang sanad hadith dari Imam Bukhary terus kepada Baginda saw.

Utk makluman semua, Imam AlBukhary adalah seorang Muhaddith yang menghafal 300 atau 600 ribu hadith, namun hanya 7275 hadith yg berulang2, dimuatkan dalam Kitab Shahih Bukhary. Jika yg berulang2 dikeluarkan, hanya 2460 yg tinggal. Memandangkan Imam Bukhary yg menghafal 600 ribu hadith, mengambil hadith dari gurunya iaitu Imam Ahmad bin Hambal dan Imam Humaidi, yang mengambil pula dari gurunya iaitu dari Imam Syafie, yang mengambil dari Imam Malik dan Waki' ibnul Jarrah, yang mengambil dari Imam Abu Hanifah, yang menerima hadith dari Sahabat Baginda saw bernama Abdullah bin Harith, manakala Imam Malik menerima dari Nafe' dari Sahabat Baginda saw iaitu Ibnu Umar...pastilah guru- guru di atas Imam Bukhary ini, menghafal lebih banyak malah berjuta-juta hadith.

Oleh yg demikian, bagi seseorg yg ingin menolak atau menghukum sesuatu itu hadith atau bukan, shahih, dhaif atau maudhu, perlulah telah mahir hadith2 yg terkandung dlm kitab-kitab Muhaddith lain yang menjadi pelengkap bagi hadith-hadith yang tidak dimuatkan dalam Shahih Bukhary iaitu 8 kitab Shahih yg utama, 6 kitab Jami', 13 kitab Sunan..yg setiapnya mengandungi 16-48 jilid. Atau merujuk Musannaf Ibnu Abi Syaibah yg disimpan di Muzium Mesir utk segala ahkam..dgn sanad perawi yg bersambung terus kpd Baginda saw. Ini tidaklah termasuk..hadith yang dihafal oleh guru-guru dan Imam Imam di atas setiap mereka masing2.

Dgn kata lain, sekadar mendapat ijazah beberapa sheikh, sekadar merujuk Shahih Bukhary, kutubus sittah atau mengambil pendapat Imam Ibn Jauzi, Darul Qutni, Albani apalagi Sheikh Google, jauh sekali kita menghafal 600 ribu hadith. Maka jangan sekali2 mempersoal para mufassir, muhaddith dan mujtahid yang meriwayat sejak 3 kurun awal, dgn menghukum sst hadis sbg maudhu, dhaif, mauquf dsb kerana akan menjerumus kita ke dalam dosa menolak hadith padahal yang nyata...kita adalah BUTA.

Adalah lebih aula..utk seseorang itu diam, daripada mempersoal hukum, menyebar berita dan fitnah sebaliknya mengikut garis panduan imam mazhab sejak ribuan tahun, kerana hukum bagi solat 4 rakaat shj pun, sudah ada 200 khilaf di dalamnya dan diterima, disepakati semua muhaddith 3 kurun awal...berbanding sesiapa pun antara kita...yang dengan leluasa menghukum dhaif, maudhu dan sebagainya..sedangkan hadith dhaif..mahupun dhaif jiddan..tidak ditolak oleh Imam Bukhary, malah beliau mengakui dan beramal dengannya jua.

Dalam Daurah akan datang, Maulana Syeikh akan menerangkan Hadith Dhaif dan Maudhu berpandukan Sunan Tirmidzi pada 24 Mei 2014, di tempat dan waktu yang sama...insyaaAllah.

Aqulu qauli hazaa wa astaghfirullaha li wa lakum.

Wallahu'alam.
posted from Bloggeroid

Wednesday, 30 April 2014

Perjalanan yang jauh dan terberat

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah.

Kemanakah nak di tuju? Kenapa berat? Susah sangat ker perjalanan ni? Mari kit alihat, apa yang dikatakan dengan perjalanan yang jauh ini.




Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Ramai orang kaya tidak mampu mengerjakannya yang sehari lima kali, bahkan banyak pula yang sekali seminggu pun (solat Jumaat) terlupa.
Tidak kurang juga seumur hidup tidak pernah pergi ke sana.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Orang pintar dan bijak pandai pun sering tidak mampu menemukannya.
Mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti di Eropah dan Amerika.Dapat melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dengan semangat yang tinggi.
Betapa sedihnya, ke masjid tetap juga menjadi perjalanan yang tidak mampu mereka tempuhi walau telah bergelar Profesor ataupun Doktor.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Para pemuda yang kuat dan berbadan sihat, mampu menaklukkan puncak gunung Kinabalu, Merapi mahupun Kalimanjaro pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid. Alasan mereka pun bermacam-macam,ada yang berkata inshaAllah, ada yang kata sekejap lagi, ada yang berucap tidak selesa dipanggil orang warak.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Maka berbahagialah dirimu wahai anakku. Bila sedari kecil kamu telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid.
Kerana bagi kami, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yang paling kami banggakan selain perjalananmu ke masjid.
Biar ku beritahu rahsia kepadamu,hakikatnya perjalanan mu ke masjid adalah perjalanan untuk menjumpai Rabb mu, bukankah masjid itu rumah Allah?
Inilah perjalanan yang diajarkan oleh Rasulullah saw,serta perjalanan yang akan membezakan kamu dengan mereka yang lupa akan Rabbnya.

Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah perjalanan ke masjid.
Lakukanlah walau kita harus merangkak dalam gelap subuh demi mengenal Rabb mu kerana hanya inilah satu-satunya jalan petunjuk yang Rasulullah saw sabdakan yakni Sunanul Huda (jalan kejayaan hanya solat berjemaah di masjid)

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid. Betul tak???

*Hidup adalah pilihan. Kita lah yang berhak untuk memilih apa yang terbaik untuk kita lalui.
posted from Bloggeroid

Rejab - Bulan Pengampunan

Teks : Rapidah Ramli
Sumber :Syarifah Nur'aysiqin Al Yahya
 


Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah kita masih bernafas hingga hari ini dan diberi peluang untuk bertemu bulan rejab lagi. Insya Allah.

Rasanya ramai dah tahu mengenai amalan-amalan dibulan ini kan? Bagi yang tak ingat tau masih rabun-rabun ayam, tak apa, tak apa. Kita sama-sama belajar. Mari kita lihat amalan-amalan yang dianjurkan pada bulan ini.

Antara amalan² yang dianjurkan;

◆ Puasa.
- Kalau tak mampu buat semua, jangan ditinggalkan semua.

- Boleh puasa pada Isnin & Khamis atau 13, 14 & 15hb Rejab ini -bersamaan 13, 14 & 15hb Mei.

* 13, 14 & 15 dikenali sebagai hari² putih setiap bulan hijrah. Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan berpuasa juga pada hari Jumaat jika hari itu jatuh pada hari² putih tersebut. Ini hanyalah anjuran daripada saya bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari sepanjang bulan Rejab. Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam kitab As-Syamail tentang hari puasa sunat. Wa Allahu a'lam. Yang penting --> puasa ツ.

◆ Istighfar.
- Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat² dianjurkan".

••► Penghulu istighfar;

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

✿ Kelebihannya: Sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu SIANG dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk petang maka dia termasuk golongan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu MALAM dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk pagi maka dia termasuk golongan ahli syurga.
~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah.

••► Atau boleh juga amalkan istighfar ini;

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وتُبْ عَلَيَّ
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.

* Baca Subuh & Asar sebanyak 70x setiap hari.
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus حفظه الله).

◆ Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali atau lebih setiap hari.

◆ Membaca Al-Quran, perbanyakkan berdoa & lain² amalan soleh.

Alhamdulillah atas ni'mat Islam & Iman yang Allah anugerahkan pada kita di mana dengan 2 ni'mat itulah, amalan di atas menjadi bermakna & mendapat ganjaran pahala di sisi Allah yang Maha Mulia.











Sudah hampir BULAN PESTA IBADAH -RAMADHAN-. Semoga kita sempat bersua dengannya, amin.




posted from Bloggeroid

Friday, 18 April 2014

Kecil Yang Besar

Teks : Rapidah Ramli
Sumber : Majalah Solusi isu 67

Apa yang kecil?

Apa yang besar?

DOSA.

Ya Dosa. Dosa ada kecil, ada besar. Rasanya semua orang tahu itu. TAPI pernah terfikir tak ? Dosa kecil itu sebenarnya tidak kecil.  Kita selalu memandang enteng tentang perkara ini.

"Alah, dosa kecil akan terhapus dengan membuat banyak perkara sunat." Ya ka?.

"Alah, nanti aku taubatla. Allah kan maha pengampun." Konpem ke? Yakin sempat taubat sebelum mati?

Rasulullah s.a.w mengingatkan: "Berwaspadalah kamu dengan remeh temeh dosa kerana perkara itu akan bertompok-tompok pada seseorang sampailah membinasakannya" (Riwayat Ahmad)

Dosa kecil boleh jadi  bahayanya lebih besar daripada dosa besar. Mana tidaknya, kita cenderung meremehkan dosa kecil kerana kecilnya dosa itu. Lalu kita ulanginya lagi dan lagi. Pada saat itu kita merasakan yang dosa itu biasa-biasa sahaja. Walhal dosa tetap dosa. Akhirnya tiada lagi rasa menyesal atau ralat, apatah lagi untuk berfikir untuk berhenti melakukannya.

Walhal mukmin bukan begitu perangainya. Ibn Mas'ud berkata: "Sesungguhnya orang mukmin melihat dosanya seperti dia sedang berada di kaki gunung, bimbang sangat akan runtuh menimpanya. Seorang fajir melihat dosanya seperti lalat yang terbang dihidungnya sahaja". (Riwayat Al-Bukhari) [wikipedia: fajir=kafir].

Syaitan tidaklah bebal untuk mengoda orang baik-baik dengan dosa besar. Sebaliknya syaitan akan umpan dengan perkara remeh temeh.

"Aku, solat berjemaah tak pernah lewat, kuliah pengajian tak pernah tinggal, tidak mengapalah buang sampah merata, parkir kereta ikut suka!"

Dosa kecil akan menjadi dosa besar jika dilakukan berterusan. TAK PERCAYA?

Malangnya kita tidak sedar. Kita mudah tertipu dengan nilai satu persatu sesuatu perkara tetapi JARANG mengira nilai keseluruhannya. Memang berhutang 10 sen sehari, sedikit. Namun kalau setahun dah jadi berapa? Dua, tiga, empat tahun pula? Inikan pula sampai tua?

Mukmin sebenar seorang yang kritis dengan dirinya. Dia lebih merasakan amal baiknya kurang malah keterlanjurannya lebih banyak. Demikianlah Rasulullah. Tidak kurang 70 kali baginda memohon ampun kepada Allah setiap hari.

Ibn Mas'ud pernah berkata: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan-perbuatan yang ada pada mata kamu bagaikan bulu sahaja sedangkan pada masa nabi kami menganggapnya sebagai pemusnah!" (Riwayat Al Bukhari)

Sebenarnya kita melakukan dosa kecil bukan kerana kecilnya dosa itu. Sebaliknya kerana kecilnya iman dan rasa malu kita kepada Allah yang maha besar.

Teringat pesan lama: "Jangan melihat pada kecilnya dosa, tetapi lihatlah pada besarnya Dia yang kita berdosa"




Jom Sertai ABDR
 
Hubungi penulis :

 Email : rapidahbtramli@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0134876247
 

Tuesday, 8 April 2014

Kelebihan Di Sebalik Kekurangan

Teks : Rapidah Ramli
Sumber : Ust Kay
 Foto : Google


TAZKIRAH HARI INI (Selasa, 8 Jdl. Akhir 1435H)

Kelebihan Di Sebalik Kekurangan !


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR: Muslim)

“Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR: Ibnu Majah)

PENCERAHAN :

Kelebihan seorang wanita bukan dilihat dari kecantikan paras rupa dan keayuan wajahnya semata-mata. Tetapi wanita sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Tidak juga dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menutupi bentuk tubuhnya itu.

Kelebihan wanita bukanlah dilihat dari selazat mana masakan yang mampu dimasaknya, tetapi dari keikhlasannya ketika ia memasak itu. Kelebihan wanita bukanlah dilihat dari semerdu mana lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Kelebihan wanita bukan dilihat dari kepetahannya berbicara, tetapi dilihat dari santunnya ketika ia berbicara. Bukan juga dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatan dan maruahnya melalui pakaiannya itu.

Kelebihan wanita bukan dilihat dari kebimbangannya digoda orang di tepi jalan tetapi dilihat dari kebimbangan akan dirinya yang mengundang orang tergoda. Bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya ketika bergaul.

Kelebihan wanita bukanlah juga dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh redha, sabar dan sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

KELEBIHAN WANITA DI SEBALIK KEKURANGANNYA:

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang paling selamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar begitu saja kan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita yang perlu disimpan dan tutup rapi dan bukan didedah-dedahkan.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada kepada bapanya.

3. Wanita menerima warisan kurang sedikit daripada lelaki, tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Sementara apabila lelaki menerima warisan, Ia perlu atau wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4. Wanita perlu bersusah payah ketika mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk Allah di atas muka bumi ini. Jika ia
meninggal dunia kerana melahirkan anak adalah syahid dan syurga menantinya.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggung-jawabkan terhadap empat orang wanita, iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Sedangkan bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu : suami, ayah, anak lelaki dan saudara lelakinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan empat syarat saja, iaitu: Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, taat kepada suami dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suami, serta menunaikan tanggung-jawabnya kepada Allah, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Allahu... Allah ! Sayangnya Allah SWT pada wanita !

KESIMPULAN :

Kelemahan wanita yang paling besar sebenarnya adalah wanita selalu lupa betapa berharga akan dirinya itu
.
Wallahu a'lam - Doakan Istiqamah
posted from Bloggeroid

Monday, 7 April 2014

Jom Berkhalwat

 Teks : Rapidah Ramli


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


Jangan salah sangka...baca dulu sampai habis!


"Tiada sesuatu yang berguna bagi hati sebagaimana uzlah untuk masuk ke medan tafakkur." Kata-kata ini diungkapkan oleh Sheikh Ibnu Athalillah Assakandari.
Kata-kata itu menggambarkan tentang peri pentingnya uzlah demi meningkatkan tafakkur kita, malah mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Esa.

Maka jalannya ialah beruzlah atau berkhulwah kepada Allah. Cuma masyarakat kita mengaitkan amalan beruzlah ini dengan ilmu pertapaan untuk mendapatkan kuasa mistik dan berkhulwah dengan maksud berkhalwat (berdua-duaan dengan pasangan) pada makna sisi yang negatif pula.

JOM BERKHALWAT ?
Beruzlah dan berkhalwat atau pada sebutannya disebut berkhulwah ialah bersunyi-sunyian untuk ta'abud dan taqarrub kepada Allah. Duduk bersunyi diri dalam satu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang beribadat tanpa gangguan. Mengadu, merintih dan merayu dengan Allah serta bertafakkur merenung kebesaran dan keagungan Allah.

Umumnya, terdapat dua pembahagian, iaitu :
1. Dibuat dengan badan dan hati
2. Dibuat dengan hati sahaja.
Kebiasaannya, jenis yang pertama itu dilakukan oleh golongan mubtadi' iaitu orang yang belajar tasawuf namun hatinya masih lalai. Sedangkan jenis kedua itu biasanya yang telah mencapai dan mengatasi jenis yang pertama serta telah mencapai pelbagai objektif dengannya.

DISYARIAT ATAU SEKADAR AMALAN BIDA'AH ?
Ia sememangnya disyariatkan dalam Islam dan bukan direka oleh ulama tasawuf dan tidak pula dari unsur pertapaan. Contohnya tertera sendiri dalam al-Quran dan hadis Nabi saw. Malah beberapa orang nabi serta para solehin turut beruzlah. Termasuklah baginda Nabi Muhammad saw yang beruzlah dan berkhulwah di Gua Hira' di atas Jabal Nur sehingga baginda dilantik menjadi rasul. (Kitab Fiqh Sirah Dr. Said Ramadhan Al-Buti)

PRO & KONTRA :
Kebanyakan mereka yang zuhud menyatakan uzlah itu lebih baik dari bermasyarakat dengan membawa hujah dari hadis Rasulullah SAW yang diceritakan oleh Uqbah bin Amir R A yang bermaksud "Aku bertanya "Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya untuk selamat? Sabda baginda: Peliharalah lidahmu, diamilah rumahmu dan tangisilah dosa-dosamu (HR : at-Tirmizi)

Hujah golongan kedua pula ialah hadis Nabi SAW yang bermaksud "Seseorang mukmin yang hidup bergaul dengan orang ramai dan bersabar atas kerenah mereka, lebih baik daripada yang tidak bergaul dengan orang ramai dan tidak bersabar atas kerenah mereka
(HR : at-Tirmizi)

Khulwah ini ada kebaikan dan ada keburukannya seperti dapat menumpukan sepenuh masa kepada ibadat dan merasai nikmat munajat kepada Allah SWT. Dapat melepaskan diri dari maksiat pergaulan iaitu mengumpat, tidak amar makruf nahi mungkar, riya', sum'ah dan terpengaruh dengan akhlak buruk. Terselamat dari fitnah dan permusuhan. Bebas dari kejahatan manusia seperti perasaan hasad dengki, sakit hati orang lain dll...

Tetapi jika seseorang itu beruzlah atau berkhulwah dengan ilmu syariat yang masih belum mantap atau dia seorang guru yang perlu mengajar penuntut, maka uzlahnya adalah sesuatu kerugian kerana tidak dapat belajar atau mengajar ilmu itu. Orang beruzlah juga tidak dapat mengambil manfaat dan memberi manfaat kepada orang lain atau tidak mendapat pahala untuk diri sendiri serta membantu orang lain mendapat pahala.

KESIMPULAN :
Justeru, kalau ada orang yang sedang mengasingkan diri, lama tak muncul dalam masyarakat, menyepi diri...bersangka baiklah, mungkin dia sedang beruzlah atau berkhulwah dengan Allah !
Wallahu a'lam.
posted from Bloggeroid

Friday, 4 April 2014

Qadha solat selesai haid

Teks : Rapidah Ramli

Setiap wanita yang sihat akan kedatangan haid setiap bulan. Atau lebih popular hari ini dipanggil period. Bagi yang tidak datang setiap bulan tu samada dia hamil atau berpenyakit. Betul ke tidak? Biasa kita tiap bulan kira pusingan haid bila datangnya dan bila berakhir. Siap tanda dalam kalender. Dan dalam beg duit masing-masing ada kalender kecil untuk tanda bila haid datang. Saya buat. Anda? Benda ini penting tau, terutamanya kalau kita merancang nak anak lagi. Ehem! lain macam jer. Hahahahaha. Intro baru kot.

Apa yang Kak Dah nak highlight disini adalah kaitan haid, solat dan qadha solat. Rasanya ramai yang tak tahu. Mana yang dah tahu tu, alhamdulillah. Kembangkanlah ilmu dengan memberi tahu kepada yang lain. Ini juga sebagai peringatan buat diri Kak Dah. Kita sering alpa dan lalai dalam bab ini. Sentiasa ambil mudah. Dah haid, tak boleh solat kan? , nak qadha apa bendanya lagi? puasa jer yang kena qadha. Solat tak payah.

Baik. Harap anda bersabar dan tenang, lapangkan dada dan luangkan masa untuk membaca seterusnya.

Soalan : Adakah wajib bagi seorang wanita islam mengqadha solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?
Jawapan : Bila datang haid, solat tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa.

Inilah jawapan lazim dari kalangan wanita remaja, belia mahupun veteran dulu mahupun kini. Inilah penjelasan ringkas yang diajarkan di sekolah-sekolah seawal usia bergelar 'wanita'.

HAKIKATnya, diharamkankan keatas wanita yang sedang haid, samada solat fardhu atau solat sunat. Bahkan tidak sah jika tetap melaksanakannya. Maka, tidak wajib atas wanita tersebut untuk mengantikan solatnya apabila dia telah suci dari haid.

Namun terdapat SATU PENGECUALIAN iaitu apabila hakikatnya dia berkesempatan untuk memperolehi satu rakaat solat fardhu dalam waktunya, sama ada di awal atau di akhir, maka wajib atasnya solat fardhu tersebut.

CONTOH 1 : Memperolehi satu rakaat di awal waktu.

Seorang wanita didatangi haid selepas masuk waktu maghrib. Akan tetapi antara saat masuk waktu maghrib dan saat dia didatangi haid, wujud satu tempoh yang paling minima, sempat untuk dia melaksanakan rakaat pertama atau sekurang-kurangnya takbiratul ihram solat maghrib.

Maka wajib baginya mengqadha solat maghrib tersebut apabila suci. Ini kerana hakikatnya dia sempat mendapat satu rakaat daripada solat maghrib tersebut tersebut sebelum didatangi haid jika dia MENJAGA SOLAT DI AWAL WKTU.

CONTOH 2: Memperolehi satu rakaat di akhir waktu

Seorang wanita suci daripada haid sebelum terbit matahari. Akan tetapi antara saat dia suci dan saat terbit matahari, wujud satu tempoh masa yang paling minima sempat untuk dia melaksanakan rakaat pertama solat subuh.

maka wajib baginya mengqadha solat subuh tersebut apabila selesai bersuci (mandi wajib). ini kerana pada hakikatnya dia sempat mendapat satu rakaat solat subuh tersebut apabila tamat haidnya. Hanyasanya jika dia tidak MELEWAT-LEWATKAN  MANDI HADAS.

Dalil bagi eseluruhan hukum ini ialah :
Sabda Rasulullah s.a.w " sesiapa yang mendapat satu rakaat dari solat maka sesungguhnya ia mendapat solat". [Shahih Bukhari - no 580 ] [Shahih Muslim - no : 607]

Wallahuaklam. Moga selepas ini kita semua tidak memandang enteng lagi persoalan solat dan haid ini. Sebelum ni pun saya ambil mudah jer bab ini. Astagfirullahaladzhim. Lepas ni tak mau leka lagi dah.

Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari salah silap saya sendiri. Moga anda pembaca juga mendapat manfaat dari pembacaan diatas.

Salam sayang
Rapidah Ramli
www.rapidahramli.blogspot.com

Thursday, 3 April 2014

Hari khamis

Teks : Rpidah Ramli

Alhamdulillah, hari ini hari khamis. Esok dah hari Jumaat. Cepatnya masa berlalu dan kini dah kembali Khamis. Ada apa pada hari khamis. Ehem, ehem ehem. Opps! Jangan nak fikir apa yang anda fikirkan tu? Apa yang anda fikirkan pasal hari khamis? Apa yang anda tahu pasal hari khamis? Selain malamnya orang baca yaasin, buat solat hajat dan malam permintaan suami?

Hari Khamis merupakan hari yang kelima, sebab itu dalan Bahasa Arab di tulis sebagai alkhamis yang bermaksud "yang ke lima". Buat pengetahuan semua, hari Khamis merupakan hari yang baik untuk menunaikan hajat. Oppss! Haip! jangan nak fikir yang bukan-bukan. Ini kerana Allah menunaikan penunaian.
Maka barang siapa yang berhajat kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Khamis. Kebiasaannya amalan yang sering dilakukan ialah berpuasa pada hari ini, membaca yaasin dan sebagainya dimalam hari.

[betul ker? tak perasan la pulak. Nak kena cuba. hihihihi. Agak-agak kalu  minta hand bag baru malam ni boleh dapat tak??].

Ada beberapa peristiwa yang boleh kita ambil ikhtibar dan pengajaran berlaku pada hari Khamis menurut sejarah Islam :

1. Nabi Ibrahim bertemu Raja Mesir
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka telah membuang dan mengasingkannya ( masa ini Nabi Yusof sudah menjadi Raja Mesir yang terkenal)
3. Bunyamin iaitu saudara kecil nabi Yusof datang ke Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir. Juga untuk bertemu anakanda yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki Mesir pada hari Khamis untuk mengajak Firaun meyembah kepada Allah SWT.
6. Rasullullah s.a.w memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiah.

Selain itu, pada hari khamis ini juga disunatkan kita melakukan puasa sunat. Ada banyak fadhilat dan kelebihan berpuasa sunat pada hari ini kerana Rasullullah s.a.w mengambil berat puasa pada hari Khamis. Dalilnya :

Pertama : Diriwayatkan dari 'Aisyah r.a menceritakan bahawa ;"Adalah Rasulullah s.a.w amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis" [Riwayat Imam Tarmizi. Menurut beliau hadis ini soheh]

Kedua : Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda;"Dibentangkan amalan-amalan dihadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (dihadapan Allah) pada ketika aku berpuasa" [Riwayat Imam Tarmizi.]


Dan sebenarnya, malam ini kita patut dah membuat persedian meyambut hari kebesaran esok iaitu hari Jumaat.  Marilah kita melazimi membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat. Supaya dapat menjadi pelindung dari fitnah terutamanya fitnah Dajjal.

Al Kahfi??? Hohohohoho panjangkan ayat tu, ada 110 ayat. Mana  sempat nak habis baca. Pagi-pagi banyak urusan. Bukan macam yang bekerja di rumah. Hah! ini la Kak Dah nak habaq mai. Kak Dah dapat ini dari penulis Hlovate, dan dah praktikkan. Sesuai sangat bagi sesapa yang kata sibuk sangat rushing nak pergi kerja pepagi tu. Sampai tak sempat nak baca.

Habiskan membaca surah Al Kahfi dengaq cara best dan tak susah!
Split into 3
Ada 110 ayatkan?
Split masa jadi tiga.
Waktu bila?

[1] start lepas maghrib hari ini (khamis), kita habiskan ayat 1 sampai ayat 31.

sebab ayat 32 tu dah masuk cerita lain. nanti tak syok nak follow up baca terjemahan dia kalau tergantung. Ayat 32 dah masuk cerita pasal dua lelaki dengan kebun tu.

[2] lepas Isya' kita sambung ayat 32 sampai 59. Kalau larat sambung lagi dari 60 samoai 82. Tu dah masuk cerita pasal Nabi Musa dan Nabi Khidir.

[3] Subuh Jumaat sok kita habiskan je ayat 83 sampai 110 tu Tak adalah semput sangat. Ayat 83 tu mula dengan kisah Zulkarnain.

See how it goes. Bila split bahagian macam tu tak ada la rasa terkejar sangat. Bolehlah savour maksud ayat dengan membaca terjemahan dia sekali untuk setiap bahagian tu.

Benar, surahnya sedikit panjang dari lazim yang kita biasa. Kita cuba cari jalan dan cari masa. InsyaAllah niat yang baik Allah akan bantu dan permudahkan.

Marilah kita bersama meningkatkan amalan untuk bekal di hari kemudian. Salam sayang hari Jumaat. Semoga kita semua mendapat rahmat dan syafaat dari Allah. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Jumpa di entri lain esok. InsyaAllah.




Saturday, 29 March 2014

KITA TAK TAHU

Teks : Rapidah Ramli

Hari ini hari sabtu. Cepatnya masa beredar, rasa baru semalam ambil angah di Jalan Duta. Balik bercuti dari asrama. Esok dah kena hantar balik ke asrama semula. Jadi hari ini kami bergerak ke kampung dahulu seperti biasa. Tidur semalam di kampung, esok tengahari hantar dia ke sekolah dan terus balik ke Kuala Lumpur semula.

Begitu pantas masa berlalu. Dalam hidup ni adakah kita sedar apa yang kita lakukan setiap hari? Adakah kita ingat apa yang kita lakukan semalam? Dulu semalam? Minggu lepas? Bulan lepas? Adakah kita tahu dan ingat apa yang kita tuturkan setiap hari? Adakah ianya membawa kebaikan atau sebaliknya?

Allahuakbar! Kalau kita muhasabah diri semula, tak mampu untuk mengucapkan selain dari istigfar. Kita tak tahu adakah apa yang kita lakukan, yang kita perbuatkan, yang kita cakapkan, yang kita omelkan itu mendapat rahmat atau murka allah.

Disini Kak Dah nak kongsi satu cerita. Kak Dah dapat cerita ini dari group whatsapp kelas mengaji. Dan cerita ini wallahuaklam, x pasti kebenarannya, walau pun di tulis sebagai kisah benar.apa yang penting ialah, kak Dah nak korang semua fikirkan nasihat disebalik cerita tersebut. Boleh ye? Peace no war.

 [Kisah Benar] 

 Ini adalah suatu kisah benar berdasarkan apa yang diceritakan oleh seorang sahabat saya. Ketika saya mendengar cerita itu, bulu roma saya meremang ketakutan. Saya bimbang mengenai tahap iman saya. Adakah ia sempurna atau sebaliknya. Diharapkan kisah jenazah Mufti tersemadi Kristian ini memberi kita ruang dan peluang untuk membaiki diri.

Jenazah Mufti Tersemadi Di Perkuburan Kristian !

          Kisah ini terjadi di India. Pada suatu hari, seorang mufti meninggal dunia dan beliau pun disemadikan di tanah perkuburan Islam. Pada hari yang sama juga, seorang remaja perempuan Kristian telah meninggal dunia dan disimpan di tanah perkuburan Kristian.
          Disebabkan oleh suatu kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan, pihak polis terpaksa menggali semula kubur remaja perempuan Kristian tersebut. Alangkah terkejutnya mereka tatkala mendapati mayat perempuan tersebut tidak ada di situ bahkan di kubur itu tersemadinya jenazah seorang mufti!
          Mereka semua bingung dan hairan bagaimana jenazah boleh bertukar dengan orang lain. Hasil perbincangan bersama-sama penduduk Muslim, pihak polis kemudiannya menggali semula kubur mufti tersebut yang asalnya berada di tanah perkuburan Islam. Sekali lagi mengejutkan. Di kubur tersebut, mereka telah menjumpai jenazah remaja perempuan Kristian tadi. Pelik bin ajaib!

          Orang ramai semakin bingung. Berita itu tersebar luas sehingga memaksa mereka bertanya kepada waris si mati mengenai apa yang telah remaja perempuan dan mufti itu ketika di dunia. Mesti ada sesuatu yang Allah hendak jadikan pengajaran terhadap peristiwa bertukarnya kubur itu.
          Ibu bapa kepada jenazah perempuan Kristian itu memberitahu, ”Ketika anak kami hidup, dia ada berhasrat untuk memeluk agama Islam tetapi kami menghalangnya. Kami sendiri tidak tahu status agamanya ketika dia meninggal dunia. Adakah masih dalam Kristian atau memeluk Islam secara senyap-senyap.”
          Isteri kepada mufti itu pula menceritakan, ”Sepanjang hidup, suami saya memang seorang yang banyak membantu masyarakat menyelesaikan pelbagai masalah agama. Ramai orang bertanyakan kepadanya pelbagai perkara dan dia dapat menyelesaikannya dengan baik. Setiap malam dia akan bangun bersolat tahajjud.”
          Mereka yang mendengar masih tidak menemui kecacatan kepada sifat mufti itu. Dia seorang yang mulia dan berjasa kepada masyarakat. Tapi, mengapa Allah menukarkan kuburnya ke tanah perkuburan Kristian. Sehinggalah, si isteri meneruskan ceritanya.
          ”… Cuma, saya kadang-kadang saya terdengar suami saya merungut sesuatu. Sewaktu dia bangun untuk solat malam, dia berkata, ’Susahnya jadi orang Islam. Kena solat, kena buat itu … kena buat ini … . Jadi orang agama lain kan senang? Tak perlu nak susah-susah buat semua tu’.”

          Kadang-kadang, kita tak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Sebab itulah, kita perlu menjauhi semua perkara dan jangan banyak soal mengapa Allah melarang kita berbuat itu dan berbuat ini. Kadang-kadang, dengan niat yang salah pun Allah murka!

          Kita juga tidak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan ’senyuman’ Allah. Sebab itulah, kita mesti berusaha untuk melakukan segala kebaikan dan jangan banyak soal mengapa Allah perintahkan kita berbuat itu dan berbuat ini. Dengan niat yang baik pun, Allah suka!

          Berhati-hatilah tatkala anda memberi pendapat mengenai sesuatu pelaksanaan hukum-hukum Allah. Tidak takutkah anda dimurkai Allah? Siapa kita untuk mempertikaikan perintah Allah?

Wallahuaklam. Yang baik datang dari Allah. Yang buruk salah dan silap dari saya. Hingga ketemu esok di entri yang lain.


Friday, 28 March 2014

ADAB BERHUTANG DAN MEMBERI HUTANG

Teks : Rapidah Ramli

Salam petang Jumaat. Hari ni nak cerita apa ya?? Hmmm. Macam tersangkut sikit.  Apa kata cerita pasal hutang? Definasi hutang menurut kamus besar - Utusan ialah perkiraan, perhitungan, meminjamkan wang/benda kepada seseorang.

Anda berhutang? Atau anda memberi hutang? Mari kita lihat dari sudut agama pulu. Ini adalah salinan tazkirah yg Kak Dah dapat dari kawan sepengajian. Harap ianya dapat memberi manfaat bersama.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
أصحاب استاذ حذري

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاهُ


Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda

الْقَتْلُ فِي سَبِيلِ اللهِ يُكَفِّرُ كُلَّ شَيْءٍ، إِلَّا الدَّيْنَ

"Terbunuh di jalan Allah menghapuskan seluruhnya ( dosa dan kesalahan ) kecuali hutang" (HR Muslim no 1886)

Dari Salamah bin al-Akwa' radhiallahu 'anh

أن النبي صلى الله عليه وسلم أتي بجنازة ليصلي عليها فقال هل عليه من دين قالوا لا فصلى عليه ثم أتي بجنازة أخرى فقال هل عليه من دين قالوا نعم قال صلوا على صاحبكم قال أبو قتادة علي دينه يا رسول الله فصلى عليه

"Bahwasanya Nabi shallallahu 'alahi wa sallam didatangkan kepada Baginda jenazah untuk disolatkat, maka baginda berkata, "Apakah dia memiliki hutang?". Mereka mengatakan, "Tidak". Maka Nabi pun menyolatkannya. Lalu didatangkan janazah yang lain, maka Nabi shallallahu 'alahi wa sallam berkata, "Apakah ia memiliki hutang?", mereka mengatakan, "ya", Nabi berkata, "Sholatkanlah saudara kalian". Abu Qotadah berkata, "Aku yang menanggung hutangnya wahai Rasulullah". Maka Nabi pun menyolatkannya" (HR Al-Bukhari no 2295)

Penjelasan :

Wahai saudara-saudaraku yang beriman, kehidupan kita pada saat ini tidak sunyi dari berhutang. Hampir semua yang berharga di sekeliling kita diperolehi dengan cara berhutang. Rumah, kereta, motosikal, barang kemas, computer dan sebagainya. Bahkan menuntut ilmu pun hari ini melalui kaedah berhutang. Pendek kata kita sekarang ni memang kaki hutang sama ada dengan bank, koperasi, sahabat dan teman. Tidak salah berhutang selama mana kita menjaga etika dan adab-adabnya yang digariskan oleh syariat islam. Bahkan ayat yang terpanjang dalam al-quran pun adalah ayat berkenaan dengan hutang.

Fokus kita dalam hal ini adalah berhutang dengan sanak saudara, teman-teman dan individu kerana hutang dengan institusi kewangan telahpun ada syarat-syaratnya yang kebiasaannya seseorang tidak ambil ringan dan tidak culas membayarnya.

1. Adab dan etika orang yang berhutang dan pemberi hutang:

Menulis jumlah wang yang dipinjamkan agar menjadi bukti dan kesaksian , firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ

"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar.” (QS Al-Baqoroh : 282)

Dengan bukti dan kesaksian ini dapat membantu ahli waris sekira sesuatu berlaku sama ada dalam hal menuntut hak dari yang berhutang atau melunaskan hutang kepada pemiutang.

2.Adab orang yang berhutang :

a. Jangan menangguh-nangguh pembayaran hutang. Utamakan pembayaran hutang dari membelanjakan wang kepada sesuatu yang bersifat keinginan bukan keperluan.

b. Jangan menunggu diminta dahulu baru membayar hutang, boleh jadi pemilik piutang malu untuk meminta , atau mungkin juga dia tidak meminta tetapi mengeluh dan mengadu hal kamu kepada Allah.

نَامَتْ عُيُوْنُكَ وَالْمَظْلُوْمُ مُنْتَبِهُ يَدْعُو عَلَيْكَ وَعَيْنُ اللهِ لَمْ تَنَم
"Kedua matamu tertidur sementara orang yang engkau zalimi terjaga…Ia mendoakan kecelakaan untukmu, dan pandangan Allah tidaklah pernah tidur"

c. Jangan berhutang kecuali benar-benar terdesak dan memerlukan kerana ia perkara harus tetapi melibatkah maruah. ingatlah tangan yang memberi itu lebik baik dari tangan yang menerima.

d. Perbaiki niat untuk segera mengmbalikan hutang tersebut, agar ia dibantu oleh Allah. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda ;

من أخذ أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه ومن أخذ يريد إتلافها أتلفه الله

"Barang siapa yang mengambil harta manusia/orang lain dengan niat untuk mengembalikannya maka Allah akan menunaikannya. Akan tetapi barangsiapa yang mengambil harta orang lain dengan niat untuk merosakkannya maka semoga Allah merosakkannya" (HR Al-Bukhari no 2387)

e. jangan memberi janji-janji palsu sehingga pemiutang ternanti-nanti pembayarannya. Tidak menunaikan janji juga dalah sifat tercela.

3. Adab pemiutang ( pemberi pinjaman ).

a. Anggaplah pemberian itu suatu peluang kebajikan bukan suatu beban. Memberi pinjaman atau hutang adalah suatu perbuatan ta’awun yang dianjurkan oleh islam agar umatnya hidup dengan makmur dan prihatin terhadap orang lain.
b. Jangan kenakan bunga kerana itu riba yang diharamkan.
c. Jangan rasa malu untuk menuntut hutang. jika benar kita sayang kepada orang yang berhutang maka hendaklah kita menuntut hutang tersebut darinya. Kerana jika tidak dituntut teman mu itu akan menghadpi kesukaran akhiratnya. ( seabagaimana hadis di atas ).

d. berihsanlah kepada yang berhutang bila kau lihat kesukaran hidupnya. Jangan didesak segera membayarnya sedangkan hidupmu penuh kemewahan. Kata Imam al-Qurtubi :

وأما إذا لم يجد للخروج من ذلك سبيلاً فالمرجو من كرم الله تعالى إذا صدق في قصده وصحت توبته أن يرضي عنه خصومه

Adapun orang yang tidak memiliki kemampuan untuk membayar hutang, maka diharapkan dari kurnia dan kedermawan Allah, jika ia jujur dalam tujuannya (untuk membayar hutang) dan taubatnya telah benar maka Allah akan menjadikan musuhnya (yang memberikan piutang) akan ridho kepadanya" (Dalil Al-Faalihin 2/540)

Kesimpulan :

Hidup ini tidak sunyi dari berhutang, tetapi beringat dan berwaspadalah.

Ya Allah jauhilah kami dari belenggu hutang, luaskanlah rezeki kami agar kami sentiasa menjadi hamba-Mu yang taat dan bersyukur… amin.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ..... والعفو منكم


 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design