Tuesday, 19 May 2015

Tak percaya ?

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Rapidah Ramli via CLTeam


Assalamualaikum semua. Apa habaq. Lama tak bercerita kat sini aih. 

Terima kasih kepada hangpa yang dok singgah kat sini no. 

Mai nak sambung cerita pasai Celebrity Lass (CL)  ni. Baguih sangat ka? 

Sebenarnya masih ramai lagi yang tak percaya dan ragu-ragu mengenai CL ni.

Biar betik.

3 saat jer hilang bau badan?

Kak Dah cadangkan hangpa cuba sendiri.  Dah cuba baru beritahu Ok ka dak?

Fungsi #CL ni sama macam deodorant. Uniknya bukan sahaja pakai dibawah lengan, bahkan boleh digunakan dikaki dan badan.

*Cara Guna*

1. Picit ditapak tangan
2. Sapu dibahagian yang masam seperti ketiak dan kaki
3. Biarkan seminit
4. Mandi dan sabun seperti biasa. Anda akan bebas bau badan selama 24 jam.

Selamat menggunakan Celebrity Lass.

Pn Rapidah
Pakar Nyah Bau Badan
Wassap 013-4876247


Saya nak bagi CL FREE.

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Rapidah Ramli

Bismillah.
Salam satu syaaban.




Anda tahu mengenai Celebrity Lass? Ingin dapatkannya secara percuma?

Apa yang yang perlu lakukan adalah, hanya komen dibawah no wassap anda. 

Saya akan pilih anda yang bertuah!

Kalau rasa tak selamat, anda boleh pm wassap saya terus dengan menaip "SAYA MAHU CL" ke 013-4876247

Peraduan ini bermula sekarang 19/5/2015 20:30 dan akan tamat selepas 24 jam iaitu pada 20/5/2015 jam 20;30.

Pemenang akan saya umumkan pada 21/5/2015. 

Semoga berjaya! 

Monday, 11 May 2015

Reunion - Class of 1986 Rules

Teks :  Rapidah Ramli
Foto : Rapidah Ramli

Bismillahirahmanirahim.

Kenangan di usia kanak-kanak sekolah rendah adalah yang paling manis. Kanak-kanak cukup bahagia, hanya tahu main-makan-tidur-main-makan-tidur. Hal yang bersangkutan ekonomi seperti tabung yang macam bangunan tinggi tu kena korek, beli nasi campur kena GST, harga petrol naik, pilihanraya kalah semuanya tak diambil peduli. Bak kata bebudak sekarang, ada aku kesah??

Yang penting, balik sekolah, makan, pergi mengaji dan petangnya main berlari bebas bersama kawan sekampung tanpa perlu rasa takut akan diculik atau ditangkap dan dijual. Air sungai diwaktu itu juga jernih mengalir lesu berbanding sekarang yang umpana teh tarik mamak warnanya.

Setelah 29 tahun meninggalkan alam persekolahan rendah, diawal tahun ini kami merancang untuk mengadakan pertemuan semula bersama bekas-bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Sentul 1 bersama guru-guru.

Perancangan drastik yang tercetus semasa minum kopi beramai-ramai. (kami selalu mengadakan acara mengeteh  spontan). Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, kami dapat mengumpulkan 48 orang murid dan 6 orang guru. Majlis minum petang telah diadakan di Flora Cafe@Ampwalk, Jalan Ampang. Walaupun makanan yang disediakan amat sedap tetapi pertemuan bersama kawan-kawan setelah berpuluh tahun lebih sedap dan manis dirasakan. Ramai yang hanya menjamah sedikit sahaja makanan. Masa lebih banyak di isi dengan bersembang sambil mengimbau kenangan lalu.

KakDah selaku ajk juga menitik air mata, melihat kehadiran guru yang hadir dalam keuzuran usia. Memang nostalgia.Jika dulu mereka sihat dan tegas. kami diajar mereka dengan garang dan tegas, ada yang kena pukul (majoriti kami semua pernah kena rotan), kena  cubit, dilempar buku kebawah dan bermacam lagi. Balik rumah takberani cakap kat mak sebab nanti mak akan tambah lagi. huuuhuuu.  Masa dulu memang kami geram, bermacam menyumpah, tetapi sekarang semuanya menjadi kenangan yang indah untuk dikenang. Rasanya kalau cikgu-cikgu tak tegas mendidik kami dahulu, tak tahulah apa yang kan jadi kepada kami sekarang. Terima Kasih cikgu. Jasa mu kami kenang hingga akhir hayat. Cikgu-cikgu juga nampak lebih lembut dan nampak seperti mak dan ayah kita. Yang paling membuat mata masuk habuk ialah, cikgu-cikgu meminta maaf atas kekasaran mereka semasa mengajar kami dahulu.

Nak cerita meamng panjang la,karang korang boring pulak. Jom layan gambar,

Biarlah gambar yang berbicara. Ini hanyalah sebahagian sahaia. Hampir seribu keping gambar diambil tidak termsuk dari kamera henpon. Layannnnnn...(psssst ...henpon sampai heng la bila bebudak lain asyik dok hantaq gambaq ja)


Iini #adminsado group wassap




























Selamat Pengantin Baru Jaja

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Rapidah Ramli

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah hari ini selesai majlis pernikahan antara Hamizah Muzafar (sepupu suami) dengan pasangannya Sabri, yang berlangsung di Dewan Crystal, Jelutong Plaza, Bukit Jelutong. Setelah setahun bertunangan.

Semalam seharian kami merewang membantu membuat persiapan terakhir, dari menyiapkan dewan dan membungkus cenderahati untuk tetamu. Satu kebiasan dan memang menjadi kewajipan untuk semua ahli keluarga untuk hadir dan bergotong-royong membuat persiapan. Suasana yang meriah disamping dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga yang kebanyakannya sibuk bekerja dan hal  keluarga masing-masing. Tapi bila ada kenduri-kendara, alhamdulillah masing-masing sudi mengambil cuti dan hadir memeriahkan majlis.

Barakallahufikum buat pasangan pengantin. Esok akan berlangsung majlis resepsi sebelah perempuan di Dewan Felda, Jalan Semarak Kuala Lumpur.

Oklah, korang layanlah gambar yang ado ni yer, KakDah nak pi wat lulur dan mandi susu tuk majlis sok. Mesti la nak vogue giteww....sesekali melaram di majlis orang. Hihihihihihihi.

Sunday, 19 April 2015

Selamat Datang Rejab

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Rapidah Ramli via Goggle

Bismillah

Sahabat, esok (Isnin - 20 April 2015) adalah 1 Rejab 1436, kan. Sedikit perkongsian dari nota lama. Jom beramal untuk bekalan akhirat:).
------------------------------------------

Bulan Rejab = bulan pengampunan.

Antara amalan² yang dianjurkan;

◆ Puasa.
- Kalau tak mampu buat semua, jangan ditinggalkan semua. 

- Boleh puasa pada Isnin Khamis atau 13, 14 & 15hb Rejab ini -bersamaan 23, 24 & 25hb Mei.

* 13, 14 & 15 dikenali sebagai hari² putih setiap bulan hijrah. Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan berpuasa juga pada hari Jumaat jika hari itu jatuh pada hari² putih tersebut. Ia hanyalah anjuran daripada saya bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari bulan Rejab. Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam kitab As-Syamail tentang hari puasa sunat. Wa Allahu a'lam. Yang penting --> puasa ツ.

◆ Istighfar.
- Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat² dianjurkan". 

••► Penghulu istighfar;

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

✿ Kelebihannya: Sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu SIANG dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk petang maka dia termasuk golongan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu MALAM dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk pagi maka dia termasuk golongan ahli syurga.
~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah. 

••► Atau boleh juga amalkan istighfar ini;

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وتُبْ عَلَيَّ
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.

* Baca Subuh & Asar sebanyak 70x setiap hari.
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus حفظه الله).

◆ Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali atau lebih setiap hari.

◆ Membaca Al-Quran, perbanyakkan berdoa & lain² amalan soleh.

Alhamdulillah atas ni'mat Islam & Iman yang Allah anugerahkan pada kita di mana dengan 2 ni'mat itulah amalan di atas menjadi bermakna & mendapat ganjaran pahala di sisi Allah yang Maha Mulia.

Sudah hampir BULAN PESTA IBADAH -RAMADHAN-.Allah humma bariqlana fi rejab wa syaaban wabaliqna ramadhan. Semoga kita sempat bersua dengannya, amin.

Thursday, 16 April 2015

Pencarian Agen dan Dropship

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Team Rapidah Ramli

Bismillah.

.
Agen / Dropship Wanted !!
.
Ciri-ciri diperlukan :-
-Ada smartphone
-Ada internet
-Rajin dan boleh bagi komitmen
-BUKAN hangat-hangat tahi ayam
-Boleh bekerjasama dengan TEAM
.
Kelebihan:-
-Agen berdaftar akan dipaparkan namanya dalan website.
-REWARD berharga menanti
-Dimasukkan dalam group coaching yang AWESOME
-Percutian di SPONSOR sekiranya SALES mencapai TARGET COMPANY
-Income 4k dalam genggaman
.
Apa tunggu lagi??
.
PM/Whatsapp segera : 013-4876247
.
JANGAN PM KALAU ANDA TIDAK KOMITED ;)
.
#projektambahwang

Thursday, 26 March 2015

Marshmallow

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Rapidah Ramli




Assalamualaikum semua.

Aku tanya apa  khabar?
Aku tanya apa khabar ?
Aku tanya apa khabar?

Diharap semuanya sihat lah no. Harap maaf kerana lambat post entri mengenai mallow ni. Kesian kepada kawan-kawan yang dok menanti. Oklah tanpa membuang moh kita cikedaut resepinya.


MARSHMALLOW

  • 1 1/2 cup gula
  • 1 cup corn sugar
  • 1 tsp Esen Vanilla
  • 120g Gelatin (pastikan yang halal ya)
  • secubit garam
  • snow powder atau gula aising dicampur tepung jagung
  • 1 cup air

Cara-caranya:

  • Campurkan gula, cornsyrup, garam dan separuh cawan air dari secawan air tadi didalam periuk. Kacau hingga gula larut dan tenggek atas api sederhana, sehingga semuanya larut dan menjadi crystal clear (ikut ticer kata suhu pada 85'C - tapi kakDah buat hari tu suhu 95'C)
  • Air yang separuh cawan lagi tadi dimasukkan ke dalam mixer bowl. Kemudian masukkan gelatin. Ianya akan mula melekat dan pekat.
  • Apabila air gula telah menjadi crystal clear, tutup api dan curah masuk kedalam mixer bowl yang ada gelatin tadi secara perlahan dan on kan mixer. (dinasihatkankan guna standmixer untuk memudahkan kerja. kalau guna hand mixer pastikan ada pembantu)
  • Pukul hingga menjadi creamy dan berwarna putih. Masukkan Esen Vanilla dan coloring jika mahu. Pukul lagi hingga kembang dan bertanduk
  • Bentangkan tracing paper dn taburkan snowpowder. Cepat-cepat tuang mallow tadi, tabur lagi diatasnya snowpowder. Tutup dengan sehelai kertas lagi dan roll bagi nipis.
  • NOTE : kena buat cepat-cepat sebab ianya cepat mengeras
  • Simpan di suhu bilik selama 4 jam untuk mengeraskannya. Jangan simpan dalam petiais, nanti berair
  • Bila dah set kerasnya, bolehlah diterap dengan bentuk yang di sukai atau  kalau malas potong aje dengan pizza roll. Cepat, mudah dan tuntas. Kikikikiki.
Senangkan membuatnya. Yang penting konpem halal. Rasa yang tak terucap bila dapat bagi makan anak-anak dengan air tangan kita sendiri. Jadi ibu-ibu sekelian jangan malas. Kalau malas, boleh oder dengan kakDah. Hihihihihihi.

Owh! lupanak cakap. Cornsyrup tu boleh didapati di mana-mana kedai yang menjual bahan bakeri. KakDah dah cari di KL tapi tak jumpa pun. Nasib baik ticer Iqa ada bagi resepinya. So, kita boleh buat sendiri. Nama jer cornsyrup, tapi tak ada pun jagung didalamnya.

CORN SYRUP

  1. 1 cup gula
  2. 1/2 cup air
  3. 1 tsp cream of tartar atau jus lemon
Cara - caranya :

  1. Masakkan semua bahan diatas api sederhana hingga larut dan pekat.

Itu jer resepi dan caranya.Mudah kan?

Jadi, diharap semua kawan-kawan dapat manfaat dari entri kali ini. Tak paham boleh bertanya. mana yang KakDah tahu, akan cuba jawap. Kalau tidak, akan bertanyakan kepada yang lebih arif.

Salam subuh semua.

Kbai.





Setelah set 4 jam, kita bolehlah terap dengan bentuk yang kita mahu. Rasanya nak set lama lagi pun boleh kot.






KakDah Malas. Potong memanjang guna pizza cutter lagi senang.
Masak campuran gula, cornsyrup dan air hingga menjadi crystal clear
Gelatin yang dicampur air setengah cawan
Tuang air gula panas tadi kedalam gelatin yang didalam mixer bowl
Terus on kan mesin dan pukul hingga creamy dan putih
Bila dah jadi macamni,boleh campur esen vanilla dan color jika mahu
Bila dah kembang dan bertanduk, cepat tuang keatas kertas  yang telah ditabur dengan snow powder tadi.
Tabur lagi snow powder atasnya sebelum ditutup dengan sehelai lagi kertas dan biarkan pada suhu bilik selama 4 jam atau lebih lama lagi untuki a mengeras.
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design