Wednesday, 29 October 2014

Pengalaman Bisnes Tanpa Modal

Teks : Rapidah Ramli

Assalamualaikum semua.

 Hari ini live KakDah tulis dari dalam tren lrt sambil di temani bunyi sembangan bangla yang baru balik menyoping kot.

KakDah sebenarnya dalam perjalanan jumpa pelanggan Jamu Susuk Dara dan dia  sudah selamat mendaftar menjadi agen. Alhamdulillah. Ini bisnes yang KakDah buat sekarang. Modal berbayar.

Ada ke bisnes yang tak memerlukan modal? Auta atau fakta? wellll.....

Sebenarnya ada bisnes yang boleh kita buat tanpa mengeluarkan modal ni. Cuma kita perlu pandai mencari dan pastikan ianya benar. Korang pernah dengar 'dropship'?. Ini salah satu darinya. Kita hanya daftar, promote barang, tak kisah menggunakan medium apa, dapatkan pesanan, bayar kepada tuan punya setelah tolak komisen. Segala urusan pengeposan dan penghantaran barang akan diuruskan oleh pihak tuan punya. Mudah kan? cuma pastikan tuan punya barang masih aktif la....kalau tak nanti tak pepasal nama kita menjadi busuk.

Hah! kepada sesiapa yang nak menjadi agen dropship JSD (Jamu Susuk Dara) boleh hubungi KakDah secara wassap/telegram 013-4876247. Email : rapidahbtramli@gmail.com.

Setakat hari ni, KakDah juga membuat dropship kepada produk Celebrity Lass. Produk penghilang bau badan dalam 3 saat. Sangat berbaloi. Selain itu, KakDah juga menjual tudung yang kawan jahit, kuih-kuih frozen yang kawan buat. Ya, untuk produk-produk ini, KakDah tak keluarkan modal wang, hanya air liur promote dan sesekali menggunakan media seperti instagram dan facebook.

Kunci kejayaan adalah usaha dan kepercayaan antara kita dan pihak pengeluar.

Sekian dulu. KakDah dah sampai rumah. Laparlah pulak.  Nak buat goreng pisang cheese lah untuk minum petang ni.

kbai.

Friday, 24 October 2014

Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Google

Salam sejahtera semua. Semoga saya dan anda semua sentiasa berada didalam rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Kepada semua kawan-kawan dan pembaca sekelian,

Dosa mengumpat tidak boleh dihapuskan dengan solat, puasa sunat dan lain-lain kecuali dengan memohon maaf kepada orang yang diumpat.

Justeru itu, sempena menyambut tahun baru Maal Hijrah, KakDah menyusun jari sepuluh andaikata  ada terkata secara sengaja ataupun tidak. Malahan KakDah juga  ingin memohon maaf andaikata dalam  gurau senda, kata-kata dan tulisan  KakDah selama ini mengguris hati dan perasaan anda semua. KakDah  berharap anda semua dapat memaafkan diri ini dengan setulus hati dan penuh ikhlas.
 
Terima kasih juga kerana sentiasa hidup saling bermaafan, saling tegur menegur, saling berkongsi ilmu yang bermanfaat, agar tiada hasad dengki khianat, serta tidak sombong diri.

Selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah 1436
Semoga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati & diredhai Allah SWT.

JOM KITA BUKA BUKU BARU DALAM HIDUP KITA.

Selamat Tahun Baru Hijrah

Teks : Rapidah Ramli
Foto : ehsan dari kawan

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Selamat menyambut tahun baru hijrah 1436. Semoga segala amalan kita pada tahun lepas diterima Allah dan insyaAllah kita akan menperbaiki serta mengandakan usaha dan amalan pada tahun ini.

Imam Ibn Rajab al Hanbali, muridnya Imam Ibn Taimiyyah dan Imam Ibn Qayyim menyebut dalam kitabnya Lataifu al Ma'arif tentang kelebihan-kelebihan amalan pada bulan-bulan  dan musim yg tertentu. Imam ini menyebut tentang kepentingan dijaga amalan baik akhir tahun dan awal tahun. Sebagaimana afdalnya dijaga amalan di awal hari dan akhir hari, awal malam dan akhir malam ,diawal kehidupan dan di akhir kehidupan. Semoga sekiranya yg awal baik, yg akhir juga baik, kedua-dua  ini akan menyelimuti yg lain-lain di antara keduanya,

Jadi kita nak berdoa ke, nak baca al Quran ke, nak berzikir ke pada saat-saat awal tahun dan akhir tahun ini tidak ada larangan, doa awal tahun dan doa akhir tahun itu memang bukan ada riwayat drp Rasulullah sollalahu alaihi wassalam, ianya adalah susunan ulama dan diamalkan oleh oleh sekian banyak ulama dan solihin zaman berzaman. Memang munasabahnya sekiranya taubat kita di akhir tahun itu diterima Allah, syaitan akan kecewa, sekiranya doa awal tahun kita diterima Allah, juga syaitan akan kecewa. Walaupun dalam hal ini secara specificnya tidak ada riwayat,

Kita disuruh dalam al Quran untuk bersama dengan orang-orang yg benar, termasuk para ulama amilin dan solihin abidin, bersama itu termasuk dalam menyerupai amalan-amalan soleh mereka.
Mutakhir ini masyarakat kita dilanda wabak menolak amalan-amalan ulama dan solihan berslogan menolak bid'ah dan taqlid, tanpa disedari mereka ini mungkin sahaja dijangkiti penyakit 'we are better than scholars and 'ubbud of the past, we know and practise sunnah more than them'.

Marilah kita mengingatkan diri kita dengan tanda-tanda kebesaran Allah, antaranya perubahan malam siang, peralihan musim dan pertukaran tahun, marilah kita hidupkan masa-masa ini dengan menjadikan ianya kesempatan antara kesempatan-kesempatan untuk menghampiri diri kepada Allah.

Biarkanlah golongan yg memandang sinis pandangan ulama silam tetapi bertaqlid dgn ulama aliran mereka yg semasa dgn hujjah2 mereka, jangan biarkan mereka mempengaruhi sehingga kita terlucut peluang untuk berjinak-jinak kepada Allah dan rasul Nya dan kepada golongan solihin.
Fikirkan dan selamat beramal semua.




Sunday, 19 October 2014

Amat dan Dentist

Teks : Rapidah Ramli
Foto : galeri henpon

Salam sejahtera kepada semua. Apa khabar anda hari ini? Hari inj KakDah bersiaran langsung dari Pediatrik Pergigian Kuala Lumpur.

Oppssss...tak ada masalah besar pun. Hanya membawa Amat untuk pemeriksaan gigi berkala.

Amat mengalami masalah kerosakkan gigi yang teruk bila berumur 2 tahun. Pada masa umur tiga tahun, ianya semakin memburuk. Doktor mengambil keputusan membuang semua gigi yang rosak. Hampir keseluruhan giginya dibuang. Hanya tinggal 3 batang sahaja yg elok.

Ya Allah. Kesian tengok. Macam mana lah dia nak makan. Tapi nak buat macam mana?. Untuk kebaikkan dia juga.

Sejak dari itu, sentiasa berulang untuk pemeriksaan berkala. Kalau masa awal dahulu, setiap 3 buan sekali kena pergi.

Alhamdulillah. Hari ini Amat telah discharge, bermakna tak perlu lagi berulang ke hoapital. Kalau sakit gigi boleh pergi ke klinik biasa sahaja.

Di harap Amat akan lebih rajin menjaga kebersihan gigi selepas ini.

Sayang Amat ketat-ketat.

Friday, 17 October 2014

Sahabat Sejati

Teks : Rapidah Ramli

Salam subuh. Selamat menunaikan solat subuh kepada semua. Sarapan apa kita pagi ini? Sebelum itu, mari kita beri sarapan kepada 'rohani' kita. 

Dalam hidup kita ni, mesti kita ada kawan kan. Auta la kalau hangpa kata tak dak kawan. Kawan ni ada beberapa kategori atau jenisnya.

Mari kita teliti kategori kawan dan fikirkan bersama kita dalam kategori yang mana.

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :
.
1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.
.
2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.
.
3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.
.
4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.
.
5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.
.
6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
.
Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."
.
7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.
.
Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)
.
Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah. Amin

Mari Menjahit Setokin Sendiri

Teks: Rapidah Ramli
Foto : Galeri Henpon

Dah lama sebenarnya KakDah berangan nak buat setokin ni. Baru hari ni tercapai hasrat di hati.
Oleh kerana Kak Dah ni penjahit amatur jer, jadi banyak aspek kena perbaiki lagi.

Apa pun bangga beb!. dapat buat setokin sendiri. Sanggup pergi beli kain semata nak buat setokin ni tau.  Ko hado??

Nak Kak Dah bagi tutorial, tak pandai la. Kak Dah pon dok baca tutorial dari blog Kak zai di sewnsell.blogspot.com. Boleh beli ebook dari Kak zai.

Korang tengok la gambar ni. Macam tak percaya saja Kak Dah berjaya membuatnya. Sepuluh minit boleh siapkan sepasang.


Sunday, 21 September 2014

Selamat datang baby A'alaullah

Teks : Rapidah Ramli
Foto : galeri henpon

Assalamualaikum semua.

Kak Dah dapat anak saudara baru. Seronok. Bau baby wangi jer. Maklum ahli syurga.

Perkenalkan baby A'alaallah binti Mohd Helmi. Alahai cik Lala tergeliat lidah mak long nak menyebutnya sayang oii!.

Bila ditanya kepada mak dan pak dia pasai apa bubuh nama susah sebut?.

Selamba ja depa jawab, " mak dan pak saudara semua pandai ngaji, makhraj huruf dah kenai, senang ja aihhh nak sebut."

"Yalah. Suka hangpa lah".

Geram sangat tengok baby ni.

Hah! Hangpa jangan nak tanya bila giliran Kak Dah pulak. Tak mau dah la. Dah tua. Laaa ni dok ingat nak mengaji ja.

Hangpa yang muda-muda ni elok la kawin awai dan beranak cepat. Nanti senang umoq tak tua sangat anak-anak dah besaq belaka.

#salam ukhwah

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design