Thursday, 7 August 2014

Rezeki syawal

Teks : Rapidah Ramli
Salam sejahtera semua. Kali ini Kak Dah tak mahu cerita panjang-panjang. Bulan syawal dah masuk hari ke 12, hangpa semua dah buat sunat syawal ka?? Raya, raya jugak no....puasa sunat jangan lupa.
Biasanya di bulan syawal ni ramai orang berlumba-lumba nak membuat rumah terbuka kan?. Biasa apa menu sedap yang hangpa sediakan untuk rumah terbuka??
Kak Dah buat yang ni.
Kalau hangpa nak oder? Boleh jer contact Kak Dah di no 013-4876246. Area Ampang dan Kuala Lumpur jer tau.
Pasai resepi, bukan tak mau bagi. Kak Dah sendiri pon google. Ambil sana sikit, ambil sini sikit. Ikutlah mana satu hangpa sesuai.
Kastadnya Kak Dah pakai instant kastad saja. Senang, cuma tambah susu dan kacau. Siap. Hiaslah ikut suka hati hangpa.

Saturday, 26 July 2014

Kuih bawang

Teks : Rapidah Ramli

Hehehhehehhe....layan gambaq dulu na....
Nanti bila kak dah lapang akan tulis resepi penuhnya. Gambar semua dalam henpon diknon. Jadi, sebelum iannya di delete, baik Kak Dah post kesini dulu.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Taqabballlahu minna wa minkum. Eid Mubarak kepada semua. Belum terlewat lagikan untuk ucapkannya.

Macam mana? Dah layan gambar-gambar yang diberi korang boleh figure out tak bagaimana nak membuatnya? hehehehehe. Perkara asas yang paling penting dan perlu ada adalah tenaga kerja yang kuat!

Huhuhuhuhu. Semenjak anak-anak tinggal diasrama ni, Kak Dah dah tak ada pembantu untuk membuatnya. Sayang. Ini adalah kuih tradisi yang memang sangat disukai oleh semua ahli keluarga terutama keluarga sebelah suami dan siapa yang makan sekali pasti hendak lagi.

Jadi, untuk panduan dimasa hadapan, mana lah tahu kot anak-anak nak sambung tradisi membuat kuih ini dan Kak Dah dah terlupa atau telah tiada jadi  Kak Dah tempek lah resepinya disini. Buat tatapan anak cucu dan korang pembaca semua.

RESEPI KUIH BAWANG
Sumber : Ibu Mertuaku
Resepi : Kak Dah

3 kg Tepung Gandum
1  1/2 kg Tepung Ubi
1  1/2 kg  Bawang Ros - mayang nipis
3 biji Telur
Daun Bawang dan Daun Sup - racik halus
2 cmb Baking Powder
Air dan garam secukupmya

Cara-cara.

Sediakan bahan dahulu. Bawang ros dimayang nipis. Daun sup dan daun bawang diracik halus.
Satukan semua tepung dan baking soda. Masukkan telur dan gaul rata. Dah rata, masukkan pula bawang mayang tadi bersama daun sup dan daun bawang. gaul rata lagi.

Setelah semua sebati dan rata, masukkan air garam sedikit demi sedikit, hingga sebati semuanya. AIR JANGAN BANYAK. Bila dah agak sebati...ambil sedikit doh tersebut dan uli macam uli roti canai, hingga mendai doh yang lembut. (kenapa perlu amasukkan air yang sedikit? kerana masa proses menguli, kira akan menekan air bawang keluar. Kalau guna air yang banyak, doh akan memjadi terlalu lembik - disini lah proses yang PENTING!) Bila doh dah menjadi lembut tutup dengan kain lembap supaya doh tidak menjadi kering. (cara Kak Dah, masukkan dalam bekas yang bertutup seperti tupperware atau periuk).

Proses seterusnya, ambil sedikit doh dan canai senipis yang boleh. Ingat! kena nipis-nipis. Kemudian potong dan gunting. Gambar ada dibawah. Bila dah banyak bolehlah digoreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Simpan didalam bekas kedap udara.


Bahan-bahan yang diperlukan tak banayak pun.


gaul rata semua bahan.
Uli doh sehingga kentl dan lembut seperti doh roti canai. ( Hasil dari perahan air bawang)
Ambil sedikit doh sebesar bola golf dan canai nipis. INGAT ! NIPIS-NIPIS
Canai nipis doh, dan potong memanjang.
Gunting kuih mengikut saiz yang dikehendaki.
Inilah rupa produk yang sudah siap. Nak buat bukan main becinta lagi. bila makan sekali hadap jer.

Berkesankah Ramadhan ini kepada kita?

Teks : Rapidah Ramli

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Salam pertemuan kembali. Allahumma Solli a'la Muhammad wa a'la aliy Muhammad.



Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi hari ini. Hari ini, insyaAllah merupakan hari terakhir kita berpuasa bagi tahun ini. Allahu Akhbar. Adakah kita akan berkesempatan bertemu lagi ramadhan tahun hadapan?

Mari kita membuat post-mortem diri. Apakah kesan/impak  Ramadhan kali ini terhadap diri kita? Adakah tarbiah didalamnya  terkesan atau tidak? Kesan yang bagaimana? orang lain tidak akan nampak tapi diri kita boleh menilainya. Jom kita semak bersama.

1.) Kemantapan Iman. Adakah ramadhan yang akan berakhir dalam beberapa jam lagi ini telah membuatkan iman kita bertambah mantap? Orang yang berpuasa, tidak dijanjikan akan mendapat rezeki yang banyak, rumah yang besar, kereta yang mewah, isteri yang cantik dan banyak tetapi dijanjikan keampunan dari Allah. Allahuakhbar. Allah telah berfirman dalam Quran, 2:183 yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa".
Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan sesungguh puasa dan mengharapkan redha Allah lebih dari segalanya, akan mendapat ganjaran, diampunkan dosa-dosa yang lalu. Siang ia berpuasa dan malam qiam. Masihkah kita mahu bergantung dengan manusia dan tidak yakin dengan Allah?.
Takwa ialah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya
dari segi individu, masyarakat, ekonomi dan keseluruhannya. Takwa ialah sebaik bekalan untuk kembali kepada Allah.
Tanda kita telah mendapat 'title' takwa ialah kita mengalami peningkatan iman, dimana pabila Ramadhan berlalu, kita masih boleh meneruskan rejim ramadhan iaitu solat malam dan berterusan membaca Quran.

2.) Mantap Ilmu. Apa yang kita buat perlu ada ilmu, kalau nak mantapkan iman kena ada ilmu. Sebab itu ayat pertama yang di turunkan ialah 'Iqra ! bismirabbikal lazi kholaq........."..hingga akhir ayat, yang bermaksud "Bacalah! dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! dan tuhanmulah yang maha pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya..............." hingga akhir.

3.) Mantap amal. Bila dah mantap ilmu baru boleh mantap amal. Kita perlu ilmu untuk mantapkan amal, nak amal sebab yang dengan Allah. Bila amal telah mantap ianya akan terkesan kepada Akhlak.




Kehebatan Islam ialah pada individu yang ada keyakinan, iktikad kepada Allah. Akhlak mantap barulah ada kesatuan ummah. Dan ketahuilah, pembinaan jati diri islam adalah secara berulang-ulang, sebab itu setelah 11 bulan berlalu, Ramadhan akan datang untuk proses mendidik kita. Jadi jangan jemu.

Oklah semua, sampai sini dahulu untuk kali ini. Kak Dah nak buat kuih raya pula.

Dikesempatan ini Kak Dah mohon ampun dan maaf, kepada semua. Andai kata ada kata yang menguris hati, andai kata ada tulisan yang mencalar jiwa, andai kata ada kelakuan yang kurang menyenangkan Kak Dah mohon harap dimaafkan. Sesungguhnya, yang baik datang dari Allah dan yang tidak elok itu datang dari khilaf Kak Dah.

Sekian. Eid Mubarak. Taqabballahu minna wa minkum.



Wednesday, 9 July 2014

Vacum Telinga

Teks : Rapidah Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Bertemu kembali. Cheeewah. Poyo jer Kak Dah ni. Kali ni nak santai-santai, tadi dah post berita yang agak serius.

Okeh! Seperti yang dijanjikan. Tadaaaaaa. Ini lah dia alat nya. Vacum telinga.

sila abaikan buku 3 lima tu!
selamat tiba



Terus dapat appointment ke HSA Johor Bahru.
Mesti kamu semua tertanya kan? macammana nak guna dan berkesan ke? Bila disebut Vacum, apa yang terlintas di fikiran korang semua?? Hahahaha. Mesti bayangkan, macam kita vacum habuk. Disedut kedalam kantung dan permukaan meja menjadi bersih. Betul tak??

Itu juga bayangan Kak Dah. Wah!! alat ini akan menyedut sampah telinga tanpa tinggalkan kesan. Hakikatnya setelah terima barang, barulah sedar realitinya tidak begitu sangat. Ya. Alat ini menyedut sampah dalam telinga anda, tetapi apalah kudrat kuasa yang ada pada 2 bateri AA sahaja. Faham ke faham??

Moralnya. Alat ini masih boleh guna tetapi perlukan kesabaran yang tinggi. Dimana Kak Dah memiliki level amat rendah dalam kesabaran. Hihihihi. Alat ini juga dah selamat pos kepada along dua hari lepas. Masih belum berkesempatan untuk menanya lagi, bagaimana dia guna. Harap ini dapat membantu. Hari tu dia pergi semula ke Klinik Kesihatan dan dirujukkan terus ke Pakar di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Harap semuanya baik-baik sahaja. Hati mak mana yang tak risau bila anak-anak berjauhan dari mata.

Oklah, dah cukup masa. Nak keluar jemput Amat balik sekolah Agama. Dah lama juga Kak Dah tak update cerita pasal Amat kan??. 

Jumpa di entri seterusnya. InsyaAllah.

Doa Untuk Gaza

Teks : Rapidah Ramli
 Sumber : Aman Palestin HQ



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Salam sejahtera keatas kalian semua.

Allahu Akhbar! Allahu Akhbar. Disaat kita senang di negara sendiri, ketika ini saudara kita di Palestin sedang bergelut, berjuang mempertahankan diri. Bermandikan darah. Disaat kita leka dengan sekeliling, mereka telah diserang oleh Israel laknatullah.

Israel telah mengistiharkan perang ke 3 ke atas Gaza dan menamakan ia sebagai 'Operasi Batu konkrit'.

Palestin telah di kepung melalui udara dan darat. Keluarga pejuang Hamas diserang bertali arus.

Roket-roket Al Qassam tidak lagi akan membiarkan darah rakyat Palestin  walau dimana mereka berada ditumpahkan oleh penganas Yahudi dengan mudah. Roket ini juga sebagai tanda menuntut bela atas pembunuhan kanak-kanak Palestin di Tebing Barat, Hussein Abu Khdeir.

Abraham, stesyen radio ketenteraan Yahudi melaporkan 65 roket jatuh di Israel dalam tempoh 30 minit. Iron Dome Israel hanya dapat menghalang 23% shaja roket Hamas. Bakinya berjaya menembusi Israel.

Berdoalah untuk Gaza. Jika mampu, banyakkanlah sumbangan kepada Palestin. Keadaan mereka amat teruk sekarang ini.

Berikan masa anda seminit untuk mengaminkan doa untuk Mesir, Syria, Palestin, Iraq, Afghanistan dan negara-negara Islam lain.

"Ya Allah! Ya Qahhar! Ya Jabbar! Ya Muntaqim! Ya Dzal Jalali Wal Ikram! Ya Muntaqim! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Bantulah saudara-saudara kami di Gaza dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.
Ya Allah!  Bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.
Ya Allah! Bantulah mereka dan janganlah  Engkau menolong musuh melawan mereka.
Ya Allah! Berilah mereka  kepakaran membuat senjata untukmenghadapi musuh-musuhMU.
Ya Allah! tepatkanlah tembakan senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq Mu pada setiap langkah mereka.
Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.
Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan Mu dan janganlah haramkan pahala jihad meraka atas kami.
Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang dizalimi di Mesir, Syria, Palestin, Rhohingya, Selatan Thai dan di semua tempat.
Ya Allah! tolonglah Ikhwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.
Ya Allah! binasakanlah para munafiqin yang bersekongkol dengan Zionis Israel, Syaih dan Mustakbirin Amerika. Goncangkanlah mereka dan hancurkan mereka.
Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantak kalimat mereka.
Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan baik bagi mereka di muka bumi ini.
Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.
Ya Allah! kasihanilah saudara-saudara kami.
Ya Allah! perkenankanlah permintaan kami.
Aamiin, Aamiin, Aaminn ya rabbal Alamin.

Tuesday, 1 July 2014

Along, telinga dan rindu

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah. Assalamualaikum. Hari ini sudah  3 Ramadhan. Alhamdulillah, masih sihat menjalani ibadah puasa bersama keluarga yang ada, insya Allah.

Bagaimana dengan anda semua? Apa ya menu buka puasa anda hari ni? Hmmm, Kak Dah belum dapat fikir sebarang idea nak masak apa. Not good, not good. Kalau ketahuan oleh Cik Aspirasi Suri, mesti dia akan bebel pasal pengurusan masa ngan Kak Dah. Hahahaha. Rileks la Cik Yah. Masak-masak ni sat ja. Janji dah keluarkan bahan dari peti ais.

Sebenarnya Kak dah nak cerita pasal along. Sejak awal ramadhan lalu, tiap petang dia akan telifon tanya mak masak apa untuk buka. Adusssh. Dah mula la aura mengada dia tu. Nak cakapmasak apa pun serba salah jadinya. Walau diberitahu, "mak cuma masak telur dadar je", dia akan jawap "Ya Allah! sedapnya. Makan  dengan kicap nasi panas-panas." Erk..kelu lidah jap. Taring nak minta mohon balik sudah keluar. 
Sebelum hati ini cair alih cerita, alih cerita.

Sebelum puasa hari tu, dia ada beri tahu bahawa telinga dia yang sakit hari tu masih pekak dan tak berapa dengar. Tanya korek ke tak? Dia beritahu tak berani nak korek guna cotton bud sebab doktor dah oesan jangan guna cotton bud tapi guna vacum telinga. "Mak dah beli belum?".

Awal bulan Jun.
Ceritanya, kami semua pergi ke Pontian melawat along di samping menghantar barang-barang keperluannya.
Sampai di sana, di beritahu telinga dia sakit, suruh korek, ada darah dan nanah. Selepas solat Jumaat terus pergi ke klinik dan di rujukkan ke hospital. Doktor sahkan ada nanah tapi tak pasti puncanya. Samada dari bisul didalan atau bendasing seperti cotton bud tertinggal didalam.

Kami mendaftar di bahagian Kecemasan Hospital Pontian. Nasib baik sekejap jer. Dibandingkan hospital kerajaan di Kuala Lumpur. Kalau di Kuala Lumpur mahu waktu menunggu cecah ke 5 jam.

Doktor siap cuci telinga along. Ubat diberi seperti biasalah, antibiotik kerana dah ada nanah dan ubat titis. Dia dapat cuti sakit 3 hari. Tapi maaf, tidak boleh balik Kuala Lumpur. Tak ada orang nak hantar. Lagipun lusa kami kena hantar angah pula. Nun ke utara pula. Jadi hanya titipkan doa,semoga  Allah jaga mu nak. (Keringkan hati)

Itu cerita yang lepas. Baru ni dia diberitahu, telinga masih bengang dan sakit. Suruh pergi hospital tapi felo cuma hantar ke klinik biasa dan mendapat ubat yang sama sebelum ini. Jadi dia ingatkan Kak Dah, dapatkan vacum telinga tu!

Vacum telinga?? Pertama kali dengar dan tahu ada benda ni. Tadi tanya di farmasi yang ada dalam Tesco Ampang tu, "maaf kak, tak ada alat itu di disi". Malasnya nak meronda cari dari satu farmasi ke satu farmasi. "Manalah aku nakdapatkan benda alah ni?"  Laaa, kan boleh goggle. Macam tak biasa buat. Yesss. Terima kasih kepada teknologi. Akhirnya dapat pun. Terus pesan dan bayar. Esok insyaAllah barang sampai. Nanti Kak Dah upload eh. Teruja juga ni. Macam mana lah rupa benda tu agaknya. Kalau tengok demo, macam best jer gunanya. Sabarrrr. Heheheh.

Oklah. Sampai sini dulu. Kak dah nak pergi masak untuk berbuka. Rasanya hari ni nak masak kari ikan mayong la. Goreng telur mata. Sambal hijau sedap. Brokoli rebus. Siap. Oh! Oh! Nak buat ayaq jagung kuning lemak manis....slurpppp

Haip...batai posa sat lagi.
Oklah chow dulu. Esok barang sampai Kak Dah update gambar yer.

Saturday, 28 June 2014

Ramadhan Kareem

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah. Assalamualaikum. Marhaban ya Ramadhan Kareem. Ya, hari ini sudah satu ramadhan. Jangan lupa pula, ke ada yang sarapan pagi tadi?

Alhamdulillah kita semua sampai bertemu ramadhan kali ini. Ada kawan-kawan kita yang tak sempat bertemu ramadhan kali ini. Jadi dengan itu, janganlah kita lepaskan tawaran yang Allah beri ini. Offer berganda-ganda, sale kat sogo pun tak boleh lawan.

Satu kebajikan yang dibuat berkali ganda di beri pahala. Buat yang sunat seumpama buat yang wajib. Bayangkanlah apa kita akan dapat kalau kita buat yang wajib?? Mesti lebih lagi kan??

Kak Dah dapat satu nota yang rasanya memang amat berguna untuk dikongsikan bersama. Kredit kepada penulis ini. Mulai hari ini boleh la amalkan. Maaflah lambat mengeposnya di blog.

Mari kita baca dan hayati serta amalkan mana yang boleh dalam mencari keberkatan di bulan yang mulia ini. Semoga segala usaha kita dirahmati Allah dan dimudahkan segala urusan.

Kuliah puasa dr sudut kesihatan. Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)
Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah satu kesilapan. Nabi buka puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepad hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari  tidak akan  berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kepada  kesihatan.

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
- makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......

4. Selepas solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.

5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jangan risau mandi malam dgn paru-paru berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi macam burung untuk elak paru-paru berair. Burung mandi dengan cara basahkan rambut tapi badan x basah.

5. Selepas mandi, sebelum pergi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Selepas itu solat terawih.  Solat dengan perlahan dan santai. Jangan cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Makan lepas pukul 10.30 adalah kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya.

8. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pukul 12 malam untuk kerehatan. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda.
9. Bangun pukul 3 untuk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Tiasa masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik2 sahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jangan campur garam dan simpan sikit untuk sahur. Bila nak sahur panaskan dan baru campur garam

11. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami
Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lbh dr  8 jam.
Inilah antara inti kandungannya. Kalau selama ini kita berbuka main makan ikut dan ja kata orang utara, apa kata tahu kita ubah cara pemakanan kita. Ini kalilah!.
Ramadhan Mubarak, selamat berpuasa dan menjalankan ibadah di bulan mulia... maaf zahir dan batin... 

Moga anda semua mendapat manfaat dari nukilan Kak Dah hari ini. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari diri saya sendiri. Hingga jumpa lagi.
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design