Wednesday, 4 June 2014
Aktiviti Cuti Sekolah
Bismillah.
Alhamdulillah. Hari ini dapat bersiaran menggunakan lappy. Lama tak bersiaran. Terima kasih kepada pemgunjung sekelian. Walau tak ada cerita baru anda masih sudi singgah.
Oklah, dah seminggu cuti sekolah berlalu, apa ya aktiviti yang anda dan anak-anak lakukan??.
Bercuti di pantai?
Bercuti ke luar negara?
Mengerjakan umrah sekeluarga?
Menonton wayang? Jalan-jalan di kompleks membeli belah?
Balik kampung?
Hmmm, banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan ekk??
Cuti kali ini bagi Kak Dah macam tak cuti jer. Minggu sebelum cuti sibuk adik nak nikah. Seminggu lepasnya sibuk untuk majlis menyambut menantu kemudian lari uruskan pendaftaran along masuk ke Matrik Teknikal Johor dan selepas itu demam 3 hari sakit urat. Hahahaha bajet iron woman.
Minggu tadi pula sibuk hantar dan ambil achik yang ada kelas tambahan untuk UPSR.
Minggu ni pula sibuk menyediakan persediaan angah nak balik asrama. Wahhhh!!! anak-anak dah membesar. Cuti sekolah pun macam dah tak cuti.
Jadi korang yang ada anak kecil dan sedang membesar, hargailah masa anda dengan mereka kerana bila ia berlalu, tidak akan kembali. Kita tak akan sedar betapa pantasnya masa berlalu, sedar-sedar jer, owh!! along dah nak masuk U, kemudian diikuti oleh angah, achik. Amat mungkin lambat lagi lah.
Kalau dulu masa mereka kecil, kami suka pergi bercuti sekeluarga. Walau dapat duduk di hotel 3 bintang dah cukup memadai asalkan kami semua berkumpul satu keluarga. Kalau tak pergi bercuti, kami bereksperimen dengan resepi baru. Ini untung ada anak dara ramai. Tapi yang minat masak cuma angah!.
Wah! dah jadi macam luahan perasaan jer. Oklah sampai sini dulu, nak sambung mengemas barang-barang untuk along. Hari Jumaat nanti nak pergi Johor nak hantar barang-barang permintaan dia. Alah! alasan dia jer tu nak memacam, padahal nak jumpa family. Bila telefon suara macam orang demam jer. Demam rindulah tu. Tak pa kali ini Kak Dah dah sediakan sehelai baju yang berbau Kak Dah. Seminggu Kak Dah dok pakai tidoq baju tu dan tak basuh. (Cara ini dah guna untuk angah hari tu, dan ianya berkesan).
Oh! lupa cakap dalam kesibukan urus itu ini Kak Dah masih sempat membuat penghantaran Sambal Hijau Sedapp dan Jamu Susuk Dara. Orang kata sambil menyelam minum air. Hangpa yang berminat nak dapatkan Sambal Hijau Sedappp dan Nak dapatkan konsultan Jamu Susuk Dara boleh sms/whatsapp Kak Dah 013 4876247 atau isi jer borang tempahan Di Sini
Salam sayang semua. Jumpa di entri lain.
Saturday, 31 May 2014
Lego lego dan lego
Teks : Rapidah Ramli
Bismillah.
Salam hari minggu. Tenggelam timbul Kak Dah ni. Hmmm. Demam Dik Non. Penat uruskan kenduri adik hari itu di ikuti urusan Along ke Matrik di hujung dunia membuatkan seluruh urat badan rasa macam bekerja di sawah. Cheewahh!, ayat tak boleh blah.
Apa pun, alhamdulillah segalanya dah selesai.
Hari ni nak tunjuk koleksi lego Amat. Sekarang ni musim orang main lego. Tiap hari duit sekolah yang diberi dia tak belanja beli makanan semata-mata nak beli lego. Dah lebih sepuluh ekor lego dia kumpul. Semalam Kak Dah pergi Plaza GM, dan ternampak Box World Display. Teringat koleksi dia yang hanya disimpan dalam kotak. Belikanlah satu. Seronok bukan main lagi.
Lepas ini, mak kena jual sambal hijau sedap tu lebih banyak la untuk belikan Amat koleksi lego.
Thursday, 22 May 2014
Resepi sambal hijau
Cili api hijau
Ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Garam
![]() |
| RM10 jer sebotol |
Monday, 19 May 2014
Seni keras tangan
Teks : Rapidah Ramli
Bismillah.
Alhamdulillah seperti yang kamu semua maklum adik lelaki Kak Dah dah selamat bernikah sabtu lalu. Sekarang kami sibuk pula membuat persiapan terakhir menyambut menantu.
Adik menggunakan khidmat wedding planner yang juga merupakan rakan sekolah Kak Dah dulu. Senang. Hihihihihi. Walaupun begitu ada sedikit kerja keras tangan yang kena dilakukan sendiri. Personal touch kata orang. Hahahaha. Yang menjadi mangsa, tentulah kak longnya. Hadoiii...sayang adik punya pasal buatkan lah juga. Meh layan gambar. Tangan Kak Dah tak la berseni kalau nak banding dengan B, anak kedua Kak Dah. Memandangkan dia tak ada, Kak Dah la kena gagahkan diri untuk menyiapkan semuanya. Harap penerimanya berpuas hati.
Rombongan Cik Midah ke Simpang Pulai
Teks : Rapidah Ramli
Bismillah.
Assalamualaikum. Pssst. Pssssst. Ni gossip terbaru. Ahaks. Cik Midah dapat menantu baru. Orang Ipoh. Ipoh mali talak sombong.
Sabtu yang lepas dia buat rombongan hantar pengantin satu bas nak habaq mai. Kak Dah la jadi kepala jalan. Depa lain semua dah pi sehari sebelum. Jom layan gambaq. (Pakai kamera telefon bimbit jer).
Thursday, 15 May 2014
Antara Matriks, Diploma dan Asasi
Teks : Rapidah Ramli
Bismillah.
Assalamualaikum semua. Apa khabar anda semua hari ini? Kak Dah alhamdulillah sihat tapi pening kepala sikit. Macam mana tu, sihat tapi pening?. Hihihihihi. Macam tu lah. Tubuh badan alhamdulillah sihat tapi kepala rasa sakit sikit. Entah lah, agaknya kurang tidur atau terlebih memikir. Kak Dah kalau stress akan senang dapat migrain.
Ni apa citernya pasal matrik, diploma ni? Kak Dah nak sambung belajar ke?
Niat di hati memang nak sambung belajar. Boleh masuk 'U' bersama anak. Grad sama-sama, tapi bila mengenangkan nak kena ulang belajar balik, errr tak apa lah. Hihihihihihihi. Belum cukup kekuatan nak melawan tenaga belajar anak-anak muda ini.
Sebenarnya ini adalah pilihan untuk along. Dia mendapat matriks di Pontian, Johor. Diploma di UiTM Jengka. Asi Teasl di Shah Alam. Asi Teasl dah pergi temuduga di UiTM Shah Alam April lalu. Keputusannya belum diumumkan lagi. Keputusan Matrik pula dah dapat dua minggu lalu dan keputusan UPU baru dapat minggu lepas.
Setelah di tolak, di bahagi, didarab bagai dia memilih untuk ke Matrik. Bahagian yang semua orang kata susah. Tak bagus. Payah nak lulus. Dan semua contoh saudara mara yang kandas dalam Matrik ini keluar. Yang ada sebahagiannya kami tak kenal pun.
Bagi Kak Dah sebagai mak, semestinya sokong apa yang anak nak buat dan berpesan agar dia pedulikan segala yang negatif. Tengok orang yang berjaya, jangan tengok orang yang kandas. Buktikan kau boleh buat, disaat semua orang tekan matrik adalah SUSAH!.
Mak, abah dan adik-adik semua sokong along. Malah yang paling seronok, mak mertua Kak Dah pun sokong. "Buktikan engkau boleh buat. Belajar bersungguh-sungguh". Kata opah. Sayang mak.
Kak Dah sebenarnya sekarang ini tengah tunggu along selesai berurusan dengan pihak sekolah. Tadi selepas hantar dia, Kak Dah COD jamu susuk dara dan sambal sedap kepada pelanggan. Err ada yang x faham ke apa itu COD?. COD bermaksud cash on delivery atau dalam Bahasa Melayunya bayar semasa penghantaran. Betul ke? Sambil menyelam minum air kata orang-orang tua. Sekarang Kak Dah dah selesai dia belum lagi. Seronok tak baca? Sambil-sambil buat kerja asasi kita dapat duit?
Sesiapa yang berminat nak mendapatkan Sambal Hijau Sedap atau nak mendapatkan konsultan percuma Jamu Susuk Dara boleh lah hubungi Kak Dah. Korang boleh isi borang tempahan atau whatsapp/sms Kak Dah. Kalau whatsapp/sms tu sila kenalkan diri dulu ye.
Oklah, tu along dah siap. Kami nak pergi buat urusan lain pula. Jumpa lagi.
Tuesday, 13 May 2014
Rawatan pergigian
Kak Dah dah buat rawatan 5 batang RCT (root canal treatment), dan crown. Terbaru membaiki semua RCT yang dilakukan sebelum ini, 2 lagi crown dan gigi palsu baru. Opps bocor sudah. Hihihihi. Disamping rawatan biasa seperti tampalan dan scaling.

















