Tuesday, 15 April 2014

Belasungkawa - Tuan Guru Abdul Aziz B Shafie (Baba Aziz)

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah. Alhamdulillah. Hari ini Kak Dah dapat menulis entri pada waktu siang. Tak lah tersengguk-senguk menongkat biji mata bila menulis macam  pada waktu malam. Eh! salah. Menaip bukan menulis.

Kali ini Kak Dah nak cerita pasal bapa rohani. Bukan, bukan. Kak Dah bukan nakcerita pasal bapa kepada kawan yang bernama Rohani. Tak dak pun kawan nama Rohani. Maksud sini ialah guru yang mendidik rohani kita kearah Allah. Adapun ayah yang dibintikan kepada nama kita itu adalah ayah jasmani. Kalau ayah jasmani ini membimbing kita kearah jalan menuju Allah dia juga merupakan ayah rohani kita. Bermakna setiap kita mempunyaai dua orang ayah, iaitu ayah jasmani dan ayah rohani. Ini adalah kata-kata yang diucapkan oleh Ust Fuad Kamaludin.

Kak Dah kenal Tuan Guru ni selepas kehilangan abah dan abah mertua. Sungguh cantik aturan Allah. Disaat kami bersedih atas kehilangan abah, dia hantar Baba (pangilan kami kepada Tuan Guru).  Melalui Baba lah kami mula didekatkan dengan amalan tarikat, mendalami ilmu tasawwuf. Allahu Akhbar. Banyak memori kami dengan Baba. Selain guru yang mendidik jiwa kami kepada Allah, beliau juga bertindak seperti ayah kepada kami. Setiap salah dan silap kami ditegur dengan begitu halus. Sabar melayan karenah kami yang pada mulanya begitu jahil dan tercari-cari dalam beragama.

Baba memang dah lama mengidap kencing manis. Setiap kali turun ke Kuala Lumpur kami akan pastikan dia mendapat rawatan dan makan makanan yang sesuai untuk penyakitnya. Baba akan turun  ke Kuala lumpur setiap tiga bulan sekali atau bila perlu. Dia akan memberi kami amalan bacaan untuk dilakukan dalam tempoh waktu tertentu. Datang untuk memeriksa samada kami perlu untuk tambah atau harus melanjutkan tempoh bacaan pada jumlah yang sama lagi. Sehinggalah kami sebati dengan semua amalan-amalan tersebut.

Bukan senang untuk mujahadah dan istiqamah dalam beramal. Alhamdulillah dipertemukan dengan guru murobbi yang betul-betul dapat membimbing.

Pada hari khamis,3hb April 2014 kami mendapat mesej mengatakan Baba sakit dan ada di Hospital Kubang Kerian, Kelantam. Petangnya pula mesej mengatakan, Baba dimasukkan ke wad kerana jangkitan pada pundi kencing, luka di kaki akibat kencing manis juga semakin teruk. Allah. Kami di Kuala Lumpur hanya dapat mendoakan agar Baba diberi kesembuhan. Hari sabtu, datang mesej kata Baba tak sedar. Hari ahad, Baba sedar tak Sedar. Dan malamnya kami menerima berita, Baba telah meninggalkan kami semua. Innalillahiwainna ilaihirajiun. Al Fatihah untuk Arwah Baba.

Pesanan terakhir Baba kepada kami semua anak murid beliau "Jangan tinggal semua amalan yang telah diberi. Perbanyakkan selawat Azimiah"
Bersama Al Habib Zein Bin Ibrahim Sumaith

Biodata beliau:

Beliau ialah Syeikh Abdul Aziz b. Syafie b. Ahmad b. Muhammad asy-Syafie. Lebih dikenali sebagai Baba Aziz. Lahir pada tahun 1947. Berasal daripada Selatan Thailand. Pernah menetap di Mekah selama 24 tahun dari tahun 1967 hingga tahun 1994. Kembali ke Thailand pada tahun 1994 dan membuka sekolah yang berteraskan kepada pengajian pondok. Berhijrah ke Malaysia pada tahun 2004 dan menetap di Kelantan sehingga ke hari ini.

Beliau pernah belajar di Ma'ahad Sanawiyyah di Solatiyyah, Mekah ketika berumur 16 tahun sehingga 20 tahun. Kemudian meneruskan pengajian di 'Aliah Darul 'Ulum sehingga berusia 22 tahun. Empat tahun seterusnya, di Jamadul 'Abdul 'Aziz, Mekah. Selanjutnya dua tahun kemudiannya di Fii'mul Hadis.

Antara guru-guru beliau ialah:
1- Sayyid 'Alawi b. 'Abbas al-Maliki.
2- Syeikh Muhammad Yasin b. 'Isa al-Fadani al-Makki.
3- Sayyid Muhammad b. Alawi b. 'Abbas al-Maliki.
4- Syeikh Hasan Mashsyat.
5- Syeikh Hasan Toha al-Yamani
6- Syeikh 'Abdullah Lahji al-Yamani.
7- Syeikh 'Iwadh al-Yamani.
8- Syeikh 'Abdul Karim al-Banjari.
9- Syeikh 'Abdul Hamid al-Banjari.
10- Syeikh Husain al-Falembani.
11- Syeikh Soleh al-Fatthoni.
12- Syeikh Muhammad Muhaddith al-Fatthoni.
13- Dr. Sayyid 'Abashi al-Habsyi.




Dikebumikan di perkarangan rumahnya.

Perjalanan ke rumah Baba harus seberang Sungai.


Rapidah Ramli
Diari WAHMpreneur
posted from Bloggeroid

Monday, 14 April 2014

Allah Mengikut Apa Yang Kita Sangka



Teks: Rapidah Ramli

Setiap hari hidup kita adalah dalam sangkaan kita. Macam mana tu? Apa maksudnya? Bukankah hidup kita sudah ditakdirkan. Telah tertulis segala qada dan qadar perjalanan hidup kita.
Pernah tak korang dengar kata-kata ini?

“Allah mengikut apa yang kita sangka”

Contoh. Cerita ini memang terjadi pada Kak Dah. Masa dah berlakunya barulah sedar. YA. Allah mengikut apa yang kita sangka. Kejadian berlaku di tanah haram Mekah Almukarramah. Seperti yang ditulis dalam cerita pengenalan Kak Dah pergi menunaikan Haji bersama ibu mertua. Pada tahun 2010. Di Mekah kami tinggal di hotel Al Azhar. Kira-kira dalam 400m dari masjidil haram.

Biasa pergi solat di di masjidil haram hanya pada waktu Subuh, Asar terus ke Isyak. Habis Zohor solat dimana? Tak kan tak solat kot?. Hehehehehehe. 
Biasa waktu zohor kak Dah solat di Masjid Kucing. Dekat sikit, Cuma dibelakang hotel je. Tak tau pulak apa nama sebenarnya. Tapi femes dengan nama Masjid kucing sebab banyak kucing. Kata orang lah. Masa Kak Dah pergi tak nampak pun walau sekor kucing.

Suatu hari, tak tahu kenapa terdetik di hari, kasut ni kalau aku letak disini, konpem hilang. (Biasa kasut Kak Dah masukkan dalam uncang dan letak di rak). Cuma nak jadi ceritalah kan, hari tu tak mau bubuh dalam uncang dan nak letak di tangga macam orang lain. 

Apa yang terjadi? Hmmmm. Lepas solat cari kasut tu, sah tak ada. Kata orang kalau dah hilang barang di Mekah jangan dicari. Tak akan jumpa punya la. Senyum. Ingat pesan tuan Haji Haron, pengarah Rayhar Travel, apa yang terjadi sekali pun di tanah Mekah atau Madinah, kita kena senyum. Sambil istigfar dan senyum, berjalan kaki dengan hanya memakai setokin ke kedai membeli kasut baru. Nasib baik setokin tebal. Tak lah sakit sangat kaki. Rezeki nak kasut baru.

Cerita kedua pula. Semasa berada di Mina. Kami bermalam selama tiga malam disini. Bagi Kak Dah tiada masalah. Makan, tidur, solat, ibadat semua ok. Masuk hari kedua, kawan tilam sebelah mengadu sakit perut, rasa nak buang air besar tapi bila pergi ke toilet tak mahu la pula. 

“Eda, awak tak ada masalah ke toilet ke?”

“Kenapa kak?”

“Akk dah dua hari tak membuang ni, sakitnya perut. Tapi bila pergi ke tandas hilang lah pula. Nak ibadat pun tak khusyuk”

Dan Kak Dah tanya dia “masa nak datang sini hari itu ada tak apa-apa lintasan dihati?”.

“Lintasan macam mana?”

“Apa-apa jer la. Mungkin akak ada  pikir tak mau membuang kat sini sebab tahulah kan tandas nya tak best. Orang ramai. Tandas sikit. atau apa-apalah”

Lama dia diam memikir, “Ada kot, masa nak datang kesini hari tu, memang terniat tak mahu membuang kat sini sebab fikir tandas mesti tak best”

“Hmm…mungkin itulah sebabnya, apa kata akak ambil wudhu, solat taubat dan minta ampun. Minta Allah permudahkan urusan akak dan tandas tu. Hihhihihihi”

Petang tu jumpa kakak tersebut, tersenyum lebar jer dia. “Eda, terima kasih. Akak dah membuang. Hahahaha. Betullah kata kamu. Memang niat akak tak mahu membuang kat sini. Mungkin sebab itulah Allah tak bagi akak buang kat sini. Sekarang dah lega”

“Alhamdulillah.”

Ini adalah antara cebisan kisah semasa menunaikan haji. Ada banyak lagi kisah, walau tak seajaib kisah dalam Mastika tapi memang amat memberi kesan kepada diri kak Dah.

Apa yang Kak Dah boleh simpulkan ialah, untuk menunaikan haji selain mampu dari segi kewangan, fizikal juga mesti mampu. Mental mesti mantap dan betul-betul bersedia. Ilmu mengenainya harus dicari dan di isi. Jangan pergi dengan jiwa kosong. Hanya ikut-ikut sahaja. Oh! Aku kena pergi, sebab ramai dah tanya bila nak pergi padahal aku mampu. Mungkin ya kita mampu dari segi kewangan tetapi pastikan juga kita mampu dari segi rohani. Sayang jika kita pergi tanpa ilmu yang cukup. Dan selebihnya tawakkal dan berserah kepada Allah. Kerana dia sebaik-baik pengatur rancangan.

Bukan nak tunjuk atau kata ilmu Kak Dah dah mantap. Hingga ke hari ini masih lagi dalam proses pembelajaran. Antara wishlist Kak Dah adalah nak pergi Haji bersama Kanda. Mana tahu kot ada orang nak taja kami pergi berdua sempena wedding anniversary kami yang ke20 ni. Cuma itulah, Kak Dah hanya boleh mendaftar kembali pada tahun hadapan. Tak pa. Bak kata cikgu Nisa Nua, kita buat  dulu wishlist tu.

P/s : Kalau nak pergi menunaikan umrah atau haji, niatkan nak sedap beribadat, nak sedap tidur , nak sedap  makan dan nak sedap ke tandas. Insya Allah, walau apa yang diberi makan, atau bagaimana keadaan disana hati kita akan lapang menerimanya. Dan opkos kita cukup senang untuk beribadah.




Selamat Malam
Rapidah Ramli
Diari WAHMpreneur

Saturday, 12 April 2014

Sekolah Melayu Sekolah Inggeris

Teks: Rapidah Ramli

Sekolah Melayu ? Sekolah Inggeris ? Ada beza ker? Bukan sekarang semua Sekolah Kebangsaan ke?
Betul, betul, betul. Sekarang semua sekolah dah menjadi Sekolah Kebangsaan.

Kak Dah darjah satu, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Bagan Serai Perak. Tinggal bersama arwah tok dan tokwan. Mak dan abah merantau ke Selangor.  Arwah abah janji, "kakak dok ngan tokwn setahun. Sekolah kat sini dulu. Nanti tahun depan abah mai ambil kakak. Cuti Sekolah abah balik la kampung. Jangan Nakal tau"

Tiap minggu bilang hari. Bila  la abah nak mai amik Kakak. Bulan December tiba. Abah balik kampung dan cakap " Kakak, lepas ni ikut abah p Kulompo. Abah dah dapat rumah kat sana". Yeayyyyyy.

Masa nak daftar sekolah baru, abah tanya "Kakak nak sekolah mana? sekolah melayu ka sekolah Inggeris?
"Ermmmm sekolah Melayu lah bah, mana kakak nak reti cakap orang putih kalau sekolah Inggeris."
Punya la phobia bila dengar perkataan inggeris tu. Dalam hati dok pikiaq, mati aku nak paham apa depa cakap kat sekolah tu. dah la budak baru, kawan pun tak dak.

Sekolah buka. Bermulalah Kak Dah sekolah di Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu, Selangor. Sekolah yang terpencil. Di sebelah kem Komando yang motonya Satu Peluru Satu Musuh. Hensem-hensem abang komando tu. Kat atas bukitnya ada Hospital Kuala Kubu Bharu. Sekolah pun kecil jer. Ada lapan bilik darjah termasuk opis dan bilik guru. TAPI, padangnya besaaaaaar. Ada la sebesar padang bola sepak yang national standard punya. Best kalau main rounders. Pemainnya satu sekolah. Tapi tak penuh pun padang tu.

Di sebelah kanan ada kem komando dan disekeliling  pula hutan hijau. Kami tak berani pergi sampai kehujung padang sebab dimomokkan ada keranda Jepun dihujung sana. Begitu juga dengan kata-kata seram yang mengatakan sekolah ini dulu adalah bekas kem tentera jepun. Jadi kalau pergi toilet jangan pergi sorang-sorang, takut. Selain takut hantu, takut pada binatang liar seperti ular juga. Maklum sekolah dikelilingi hutan. Pernah terserempak dengan cik Ular berlingkar didalam tandas. Hishhh geli you. Tapi memang betul pun. Masa buat penambahkan kelas di hujung padang sana, kontraktor memang jumpa keranda lama dan bom zaman jepun.

Hahahaha, yang paling tak boleh lupa rupanya kat sekolah ni pun kena belajar juga bahasa Inggeris. Ingatkan Sekolah Melayu tak payah belajar bahasa Inggeris.

Bila masuk sekolah menengah masuk sekolah aliran Inggeris. barulah tahu beza pertanyaan abah yang berpuluh tahun dulu. "Nak sekolah melayu ke sekolah inggeris?"

Dangkalnya ilmu dan pengetahuan pada masa itu. Apa pun terima kasih dan Al Fatihah kepada arwah abah yang banyak menyokong apa yang kakak buat selama ini.  Walau kakak banyak berontak dan tak mendengar kata. Terutama dalam bab bidang kerjaya.

Apa pun kepada kalian yang  ada mak dan abah yang masih hidup, berbaktilah kepada mereka sebaik mungkin. Sentiasa temani mereka dan menelefon sekurangnya untuk bertanya khabar. Carilah ruang dan peluang untuk bersama mereka sementara mereka masih ada ini.

Oklah sampai sini coretan tuk hari ini. Nak p antaq Angah balik asrama. Tadi pagi ada majlis di sekolah lama dia. Kot larat dan tak banyak kerja Kak Dah sambung cerita lagi malam nanti.

Salam sayang.



RAPIDAH RAMLI
Diari WAHMpreneur

Salah Masuk Kenduri.

Teks : Rapidah Ramli

Sekarang ni orang kahwin dah tak tunggu cuti sekolah dah. Tiap-tiap minggu ada jer jemputan kenduri kahwin. Kalau tak kenduri kahwin, majlis aqiqah cucu/anak.

Bagaimana dengan korang? Banyak terima jemputan?. Alhamdulillah. Hari tu sah kita tak payah masak.  Kak Dah suka. Sebab tak payah masak. Tapi kesian la sapa yang buat kenduri kat Selangor ni. Ayaq kena catu. Payah la sikit. Kita tengok payah, orang yang wat kenduri lagi payah. Kesian.

Ni citer kawan Kak Dah. Dia dia jenis kalut sikit. Peniaga kedai runcit. Pagi tadi Kak Dah pergi jumpa dia hantar stok sambal bilis.

"Pidah, ko datang awal tau hantar stok sambal bilis tu. Kang tengahari aku tak ada. Nak pergi kenduri. Ada dua majlis". Awal pagi dah whatsapp pesan suruh kita pergi awal.

Masa sampai di kedai tadi, dia memang gelut sikit sebab pembantu tak datang lagi. Dah siap hantar stok, Kak Dah tunggu la kejap, sembang lebih kurang. Kemudian terus balik ambil anak di sekolah.

Lepas zohor dapat whatsapp dari kawan tadi.

"Pidahhhhhh"

"Ya, apahal?"

"Malu aku weiii. Malu semalu malunya"

"Kenapa? Apa yang terjadi?"

"Hahahaha. Aku salah pergi kenduri. Siap salam dengan tuan rumah dan makan lagi. Rupanya salah. Jemputan kenduri tu esok. Aku dok fikir hari ni. Cik hubby langsung tawar nak makan. Adesshhh".

"Hahahahahhaha.. gelak besar aku. Lawak la ko Alo"

Rasanya ramai yang mengalami situasi macam kawan Kak Dah tu kan. Tapi tak mahu mengaku. Malu. Percayalah. Anda tidak kesorangan.

Ini pun satu pembelajaran juga. Di masa hadapan kita patut lebih berhati-hati dan alert dengan tarikh dan masa sesuatu jemputan.


P/s : Hari ini Kak Dah dapat kek coklat moist dari cik Alo sempena besday Kak Dah. Barakallahufikum cik Alo.



posted from Bloggeroid

Thursday, 10 April 2014

Buah-buahan dan falsafah

Teks : Rapidah Ramli


Salam Jumaat. Apa khabar anda hari ini? Dah habis baca surah AlKahfi hari ini? Belum? Tak apa, masih sempat lagi. Nampak macam panjang surah tu, tapi bila sentiasa amal, sekejap jer nak baca. Tips. Bila dah lancar baca, mula pula baca bersama terjemahannya pula. Boleh?

Kali ni Kak Dah cerita pasal buah la pula. Kamu semua suka makan buah? Buah apa yang korang suka? Tempatan atau import? Kak Dah suka semua. Buah memang sedap. Sebaik cara makan buah adalah setengah jam sebelum makan. Ini sunnah tau. Dan bila tahu ia sunnah, niat dalam hati. Aku makan ini mengikut sunnah nabiku. Dan selawat sekali. Tak ada la pula hadis tau quran mengenai ini. Tapi jika ianya perkara baik, tak salah kita membuatnya kan?.

Mari kita tengok kaitan buah dan hidup kita.

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.

Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

2. Jadilah Pokok pisang.

Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.

Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.

6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santannya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna

7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

Faham? Bersamalah kita muhasabah diri di hari Jumaat ini.



Salam sayang.
Rapidah Ramli
Diari WAHMpreneur

posted from Bloggeroid

Tuesday, 8 April 2014

Petua Suri

Teks : Rapidah Ramli

Sebagai seorang surirumah yang dah lama berkecimpung dalam bidang ini, mesti banyak kemahiran dan petua-petua urus rumah. Betul tak?? Hah! aya merujuk kepada anda yang di luar sana. Yang sekarang ni masa senggang  sambil-sambil menonton sinetron di tv.

Pengalaman akan mengajar kita sesuatu. Dan sesuatu itu akan memberikan kita ilmu baru. Saya percaya pelbagai tip dan petua di miliki oleh suri rumah untuk mengatasi masalah yang mendatang. Kannnn?? Kalau tak tahu pun sanggup tanya orang kelling, mak, makcik atau sesiapa sahaja. Dan yang paling terbaru, of course la melalui googgle. Segalanya hanya dihujung jari.

Jangan cakap anda tak bese buat. Sebab saya pun buat. Pelbagai masalah yang bersangkut paut dengan rumah saya akan google. Dah goggle tanya pula kawan di group fb. Tak cukup dengan itu tanya pulak lagi kawan di group whatsapp. Punyalah kita berusaha mencari jalan penyelesaian dengan gigih. Yang penting masalah dapat diatasi dengan segera.

Apalah yang Kak Dah bebelkan. Macam buat karangan 200 patah perkataan jer. Haha! ha! ha!. Anda perasan??? Malu i dek non.( tutup muka dengan tapak tangan dan intai celah jari.)

Tak la, ni Kak Dah ada terima whatsapp dari kawan, rasanya ianya memang amat membantu. Daripada terbiar jer kat dalam phone tu atau delete macam tu jer, baik Kak Dah kongsi di sini. Dan yang penting nota tak hilang. Kalau setakat Kak Dah salin di buku nota sahaja, Kak Dah sorang jer la yang tau. Dan lagi, buku tu peratus untuk hilang tinggi woooo.

Mari kita tengok. Apa petua yang ada. (Ianya dalam bahasa Inggeris. Oklah kot kan. Korang mesti faham. Tak yah la Kak Dah nak terjemahkan)


😴😀 SOMETHING YOUMIGHT HAVE NOT KNOWN And NEED TO KNOW !!

🐜 Ants Problem:
Ants hate Cucumbers."KEEP the skin of Cucumbers near thePlace where they are or at Ant Hole.
Komen Kak Dah : Err semut tengah banyak ni.  Nanti Kak Dah cuba petua ni. Sebab nak bunuh guna ridsect rasa berdosa la pulak bunuh semut beramai-ramai.

 To Get Pure & CleanIce
 "Boil Water first before placing in the Freezer"
Komen Kak Dah : Bese buat terus jer dari penapis air. Ok jer.

 To make the Mirror Shine:
"Clean with Sprite"
Komen Kak Dah : Sprite sedap bila kita campur dalam punch drink.

 To remove ChewingGum from Clothes:
"Keep the Cloth inthe Freezer for One Hour"
Komen Kak Dah : Hah! yang ni memang berkesan. Tak pernak terpikir lak sebelum ni. Tapi tak la berharap ada lagi baju yang kena chewing gum.

💭 To Whiten White Clothes:
"Soak White Clothes in hot water with a Slice of Lemon for 10 Minutes"
Komen Kak Dah : Lemon tu wat lemonade, campur sprite dan ais diatas, minum masa cuaca panas. Nikmatnya.

 To give a Shine to your Hair:
"Add one Teaspoon of Vinegar to Hair,then wash Hair"
Komen Kak Dah : Selain memberi sinar kepada rambut, kutu kepala juga akan terhapus.

🍋 To get maximum Juice out of Lemons:
"Soak Lemons in Hot  water for One Hour,and then juice them"
Komen Kak Dah : Tak benyek  ke lemon tu? Lambatnya nak tunggu.

 To avoid smell of Cabbage while cooking:
"Keep a piece of  Bread on theCabbage in theVessel while cooking"
Komen Kak Dah : Err no komen. sebab tak makan sangat kobis.

 To avoid Tears while cutting Onions 🍑:
"Chew Gum"
Komen Kak dah : Takat sebijik bawang jer, nak masak gulai tak payah la. Lain la kalau anda merewang untuk kenduri.

 To boil Potatoes quickly:
"Skin one Potatofrom one side only before boiling"
Komen Kak Dah : Malas la. Kena buat banyak kerja la pulak.


 To remove Ink from Clothes:
"Put Toothpaste 🍥on the Ink Spotsgenerously and let it dry completely, then wash"
Komen Kak Dah : Boleh di cuba. Make sense.

🍠 To skin Sweet Potatoes quickly :
"Soak in Cold Water immediately after boiling"

🐀 To get rid of Mice or Rats:
"Sprinkle BlackPepper in places where you find Mice & Rats. They will run away"

 Take Water Before Bedtime..
"About 90% of HeartAttacks occur Early in the Morning & it can be reduced if one takes a Glass or two
of Water before going to bed at Night"

 We Know Water is important but never knew about the Special Times one has to drink it.. !!

Did you ???

 Drinking Water at the Right Time ⏰ Maximizes its effectiveness on the Human Body;

 1 Glass of Water after waking up -
⛅ helps toactivate internal organs..
Komen Kak Dah : Selalu buat ini. Hasilnya. Memang melawaskan. Lagipun ini kan sunnah.

 1 Glass of Water 30 Minutes 🕧 before a Meal -
helps digestion..
Komen Kak Dah : Ini juga sunnah.

 1 Glass of Water before taking aBath 🚿 -
helps lower your blood pressure.

 1 Glass of Water before going to Bed -
 avoids Stroke or Heart Attack

Sekian. Jumpa esok dalam episod Amat dan Gasing


Rapidah Ramli
Diari WAHMpreneur

Kelebihan Di Sebalik Kekurangan

Teks : Rapidah Ramli
Sumber : Ust Kay
 Foto : Google


TAZKIRAH HARI INI (Selasa, 8 Jdl. Akhir 1435H)

Kelebihan Di Sebalik Kekurangan !


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR: Muslim)

“Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR: Ibnu Majah)

PENCERAHAN :

Kelebihan seorang wanita bukan dilihat dari kecantikan paras rupa dan keayuan wajahnya semata-mata. Tetapi wanita sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Tidak juga dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menutupi bentuk tubuhnya itu.

Kelebihan wanita bukanlah dilihat dari selazat mana masakan yang mampu dimasaknya, tetapi dari keikhlasannya ketika ia memasak itu. Kelebihan wanita bukanlah dilihat dari semerdu mana lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Kelebihan wanita bukan dilihat dari kepetahannya berbicara, tetapi dilihat dari santunnya ketika ia berbicara. Bukan juga dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatan dan maruahnya melalui pakaiannya itu.

Kelebihan wanita bukan dilihat dari kebimbangannya digoda orang di tepi jalan tetapi dilihat dari kebimbangan akan dirinya yang mengundang orang tergoda. Bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya ketika bergaul.

Kelebihan wanita bukanlah juga dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh redha, sabar dan sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

KELEBIHAN WANITA DI SEBALIK KEKURANGANNYA:

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang paling selamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar begitu saja kan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita yang perlu disimpan dan tutup rapi dan bukan didedah-dedahkan.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada kepada bapanya.

3. Wanita menerima warisan kurang sedikit daripada lelaki, tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Sementara apabila lelaki menerima warisan, Ia perlu atau wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4. Wanita perlu bersusah payah ketika mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk Allah di atas muka bumi ini. Jika ia
meninggal dunia kerana melahirkan anak adalah syahid dan syurga menantinya.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggung-jawabkan terhadap empat orang wanita, iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Sedangkan bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu : suami, ayah, anak lelaki dan saudara lelakinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan empat syarat saja, iaitu: Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, taat kepada suami dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suami, serta menunaikan tanggung-jawabnya kepada Allah, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Allahu... Allah ! Sayangnya Allah SWT pada wanita !

KESIMPULAN :

Kelemahan wanita yang paling besar sebenarnya adalah wanita selalu lupa betapa berharga akan dirinya itu
.
Wallahu a'lam - Doakan Istiqamah
posted from Bloggeroid
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design