Tuesday, 8 April 2014

Petua Suri

Teks : Rapidah Ramli

Sebagai seorang surirumah yang dah lama berkecimpung dalam bidang ini, mesti banyak kemahiran dan petua-petua urus rumah. Betul tak?? Hah! aya merujuk kepada anda yang di luar sana. Yang sekarang ni masa senggang  sambil-sambil menonton sinetron di tv.

Pengalaman akan mengajar kita sesuatu. Dan sesuatu itu akan memberikan kita ilmu baru. Saya percaya pelbagai tip dan petua di miliki oleh suri rumah untuk mengatasi masalah yang mendatang. Kannnn?? Kalau tak tahu pun sanggup tanya orang kelling, mak, makcik atau sesiapa sahaja. Dan yang paling terbaru, of course la melalui googgle. Segalanya hanya dihujung jari.

Jangan cakap anda tak bese buat. Sebab saya pun buat. Pelbagai masalah yang bersangkut paut dengan rumah saya akan google. Dah goggle tanya pula kawan di group fb. Tak cukup dengan itu tanya pulak lagi kawan di group whatsapp. Punyalah kita berusaha mencari jalan penyelesaian dengan gigih. Yang penting masalah dapat diatasi dengan segera.

Apalah yang Kak Dah bebelkan. Macam buat karangan 200 patah perkataan jer. Haha! ha! ha!. Anda perasan??? Malu i dek non.( tutup muka dengan tapak tangan dan intai celah jari.)

Tak la, ni Kak Dah ada terima whatsapp dari kawan, rasanya ianya memang amat membantu. Daripada terbiar jer kat dalam phone tu atau delete macam tu jer, baik Kak Dah kongsi di sini. Dan yang penting nota tak hilang. Kalau setakat Kak Dah salin di buku nota sahaja, Kak Dah sorang jer la yang tau. Dan lagi, buku tu peratus untuk hilang tinggi woooo.

Mari kita tengok. Apa petua yang ada. (Ianya dalam bahasa Inggeris. Oklah kot kan. Korang mesti faham. Tak yah la Kak Dah nak terjemahkan)


๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜€ SOMETHING YOUMIGHT HAVE NOT KNOWN And NEED TO KNOW !!

๐Ÿœ Ants Problem:
Ants hate Cucumbers."KEEP the skin of Cucumbers near thePlace where they are or at Ant Hole.
Komen Kak Dah : Err semut tengah banyak ni.  Nanti Kak Dah cuba petua ni. Sebab nak bunuh guna ridsect rasa berdosa la pulak bunuh semut beramai-ramai.

 To Get Pure & CleanIce
 "Boil Water first before placing in the Freezer"
Komen Kak Dah : Bese buat terus jer dari penapis air. Ok jer.

 To make the Mirror Shine:
"Clean with Sprite"
Komen Kak Dah : Sprite sedap bila kita campur dalam punch drink.

 To remove ChewingGum from Clothes:
"Keep the Cloth inthe Freezer for One Hour"
Komen Kak Dah : Hah! yang ni memang berkesan. Tak pernak terpikir lak sebelum ni. Tapi tak la berharap ada lagi baju yang kena chewing gum.

๐Ÿ’ญ To Whiten White Clothes:
"Soak White Clothes in hot water with a Slice of Lemon for 10 Minutes"
Komen Kak Dah : Lemon tu wat lemonade, campur sprite dan ais diatas, minum masa cuaca panas. Nikmatnya.

 To give a Shine to your Hair:
"Add one Teaspoon of Vinegar to Hair,then wash Hair"
Komen Kak Dah : Selain memberi sinar kepada rambut, kutu kepala juga akan terhapus.

๐Ÿ‹ To get maximum Juice out of Lemons:
"Soak Lemons in Hot  water for One Hour,and then juice them"
Komen Kak Dah : Tak benyek  ke lemon tu? Lambatnya nak tunggu.

 To avoid smell of Cabbage while cooking:
"Keep a piece of  Bread on theCabbage in theVessel while cooking"
Komen Kak Dah : Err no komen. sebab tak makan sangat kobis.

 To avoid Tears while cutting Onions ๐Ÿ‘:
"Chew Gum"
Komen Kak dah : Takat sebijik bawang jer, nak masak gulai tak payah la. Lain la kalau anda merewang untuk kenduri.

 To boil Potatoes quickly:
"Skin one Potatofrom one side only before boiling"
Komen Kak Dah : Malas la. Kena buat banyak kerja la pulak.


 To remove Ink from Clothes:
"Put Toothpaste ๐Ÿฅon the Ink Spotsgenerously and let it dry completely, then wash"
Komen Kak Dah : Boleh di cuba. Make sense.

๐Ÿ  To skin Sweet Potatoes quickly :
"Soak in Cold Water immediately after boiling"

๐Ÿ€ To get rid of Mice or Rats:
"Sprinkle BlackPepper in places where you find Mice & Rats. They will run away"

 Take Water Before Bedtime..
"About 90% of HeartAttacks occur Early in the Morning & it can be reduced if one takes a Glass or two
of Water before going to bed at Night"

 We Know Water is important but never knew about the Special Times one has to drink it.. !!

Did you ???

 Drinking Water at the Right Time ⏰ Maximizes its effectiveness on the Human Body;

 1 Glass of Water after waking up -
⛅ helps toactivate internal organs..
Komen Kak Dah : Selalu buat ini. Hasilnya. Memang melawaskan. Lagipun ini kan sunnah.

 1 Glass of Water 30 Minutes ๐Ÿ•ง before a Meal -
helps digestion..
Komen Kak Dah : Ini juga sunnah.

 1 Glass of Water before taking aBath ๐Ÿšฟ -
helps lower your blood pressure.

 1 Glass of Water before going to Bed -
 avoids Stroke or Heart Attack

Sekian. Jumpa esok dalam episod Amat dan Gasing


Rapidah Ramli
Diari WAHMpreneur

Kelebihan Di Sebalik Kekurangan

Teks : Rapidah Ramli
Sumber : Ust Kay
 Foto : Google


TAZKIRAH HARI INI (Selasa, 8 Jdl. Akhir 1435H)

Kelebihan Di Sebalik Kekurangan !


ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ
 ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…ู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู…


Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR: Muslim)

“Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR: Ibnu Majah)

PENCERAHAN :

Kelebihan seorang wanita bukan dilihat dari kecantikan paras rupa dan keayuan wajahnya semata-mata. Tetapi wanita sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Tidak juga dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menutupi bentuk tubuhnya itu.

Kelebihan wanita bukanlah dilihat dari selazat mana masakan yang mampu dimasaknya, tetapi dari keikhlasannya ketika ia memasak itu. Kelebihan wanita bukanlah dilihat dari semerdu mana lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Kelebihan wanita bukan dilihat dari kepetahannya berbicara, tetapi dilihat dari santunnya ketika ia berbicara. Bukan juga dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatan dan maruahnya melalui pakaiannya itu.

Kelebihan wanita bukan dilihat dari kebimbangannya digoda orang di tepi jalan tetapi dilihat dari kebimbangan akan dirinya yang mengundang orang tergoda. Bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya ketika bergaul.

Kelebihan wanita bukanlah juga dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh redha, sabar dan sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

KELEBIHAN WANITA DI SEBALIK KEKURANGANNYA:

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang paling selamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar begitu saja kan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita yang perlu disimpan dan tutup rapi dan bukan didedah-dedahkan.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada kepada bapanya.

3. Wanita menerima warisan kurang sedikit daripada lelaki, tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Sementara apabila lelaki menerima warisan, Ia perlu atau wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4. Wanita perlu bersusah payah ketika mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk Allah di atas muka bumi ini. Jika ia
meninggal dunia kerana melahirkan anak adalah syahid dan syurga menantinya.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggung-jawabkan terhadap empat orang wanita, iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Sedangkan bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu : suami, ayah, anak lelaki dan saudara lelakinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan empat syarat saja, iaitu: Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, taat kepada suami dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suami, serta menunaikan tanggung-jawabnya kepada Allah, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Allahu... Allah ! Sayangnya Allah SWT pada wanita !

KESIMPULAN :

Kelemahan wanita yang paling besar sebenarnya adalah wanita selalu lupa betapa berharga akan dirinya itu
.
Wallahu a'lam - Doakan Istiqamah
posted from Bloggeroid

Katak Dan Menara

Teks : Rapidah Ramli

Ibu-ibu yang duduk dirumah mesti banyak ideakan. Macam mana nak selesaikan masalah berbangkit yang selalu di buat oleh anak-anak dan kadang-kadang oleh bapa anak. Kita biasa kena think a head dari  nmereka ni. Chewahh Kak Dah speaking tu.

Biasalah ibu-ibu ni memang dijadikan tempat rujukan. Kalu mereka jadikan ibu sebagai rujukan, ibu-ibu merujuk kepada siapa yer?? Hah! inilah gunanya networking. Bukan setakat ahli mesyuarat tingkap semata-mata. Kita kan merujuk kepada ahli-ahli networking lain lebih berpengetahuan walaupun kekadang dia lebih muda dari kita.

Jangan merendah diri jika anda hanya seorang surirumah. Bangkit. Kita juga boleh bersosial dan menjana pendapatan dari rumah tanpa perlu keluar pun dari rumah. Jangan la pulak tak keluar rumah kenal-kenal dengan jiran sekeliling. Lain pula jadinya nanti.

Mari kita berblog secara professional walaupun kita hanya seorang surirumah. Tak kira apa tahap pendidikan anda. Semua orang ada potensi dalam diri yang boleh dibangunkan. Hidup kita adalah dalam genggaman kita. Jangan biar hidup kita digenggam orang lain. Jangan takut untuk melangkah. Jangan takut untuk berubah. Tak ada siapa yang boleh menghalang. Segalanya ditangan Allah. Submit. Minta izin pada Allah. Tanya pada Allah. Kemudian usaha dan buatlah.

Pernah dengar kisah katak dan menara? Pernah? Apa pengajarannya? Err ada yang tak pernah? Hehehehe Kak Dah pun dengar setiap kali bila ada anak nak ambil periksa jer. Bila pergi mesyuarat PIBG, Guru Penolong Kanan sekolah mesti membangkitkan kisah katak dan menara ini. Rasanya dari Angah la. Baru-baru ni si Achik. Video yang amat menarik sungguh bermotivasi. Senang untuk faham. Terutamanya kanak-kanak UPSR. Dan katak itu sungguh comel!

Begini ceritanya. Ada sekumpulan anak-anak katak didalam sebuah kolam. Pada suatu hari, diadakan pertandingan memanjat menara tinggi. Untuk sampai ke menara itu mereka perlu melalui pelbagai rintangan halangan yang didakan. Hadiah yang akan diberi kepada pemenang juga sungguh lumayan.

Anak-anak katak sungguh bersemangat. Masing-masing membuat persiapan diri. Tiba di hari pertandingan, ramai penonton datang menonton. Semua mak katak, bapa katak, adik beradik katak dan beberapa binatang rimba lagi hadir untuk memeriahkan pertandingan memanjat Menara.Dalam keriuhan suasana yang kedengaran hanyalah suara-suara mengatakan :

"wah! sukarnya halangan yang diberi, boleh ke anak-anak katak ini buat nak sampai kemenara?"
"Fuyoooo jauhnya nak sampai ke menara. Anak-anak katak ini mesti tak boleh sampai ke Menara"
"Ya Allah, susahnya rintangan depan tu. Macam tak percaya jer anak-anak katak ini boleh buat"

Apa terjadi pada anak-anak katak yang mendengar kata-kata diatas? Ya, separuh dari mereka mula rasa goyah. Boleh ke aku buat. Boleh tak boleh. Boleh tak boleh. Akhirnya hanya seperuh yang berjaya ke Menara.

Dah sampai ke Menara ada lagi komen-komen :

"Huiiiiii tinggi nya menara. Sayup mata memandang. Anak-anak katak ni mesti tak boleh memanjat"
"Hailah! tinggi nya gayat den nengoknyer, budok-budok ni tak ghayat ko?"
"Tinggi ni. Kalau jatuh mesti patah riuk"
"Tak boleh! tak boleh! budak-budak ni tak boleh nak panjat ni, tinggi ni"

Anak-anak kata yang mendengar kata-kata komen tu terus makin merudum semangat mereka. Ramai yang jatuh.  Tetapi ada seekor anak katak kecil tetap kosisten meneruskan pendakian tanpa menghiraukan jerit pekik orang dibawah. Akhirnya dia tiba di kemuncak menara.

Setelah diselidiki, rupanya katak tersebut katak pekak. Patutlah dia tak mendengar segala komen-komen negatif. Dan itulah punca kejayaannya.

Moral story : Usah peduli apa pandanga orang tentang apa kita buat. Yang penting kita berilmu dan tahu hala tuju kita.

Sekian.


Rapidah Ramli
Diari WAHMpreneur












posted from Bloggeroid

Monday, 7 April 2014

Jom Berkhalwat

 Teks : Rapidah Ramli


ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ

ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…ู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู…


Jangan salah sangka...baca dulu sampai habis!


"Tiada sesuatu yang berguna bagi hati sebagaimana uzlah untuk masuk ke medan tafakkur." Kata-kata ini diungkapkan oleh Sheikh Ibnu Athalillah Assakandari.
Kata-kata itu menggambarkan tentang peri pentingnya uzlah demi meningkatkan tafakkur kita, malah mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Esa.

Maka jalannya ialah beruzlah atau berkhulwah kepada Allah. Cuma masyarakat kita mengaitkan amalan beruzlah ini dengan ilmu pertapaan untuk mendapatkan kuasa mistik dan berkhulwah dengan maksud berkhalwat (berdua-duaan dengan pasangan) pada makna sisi yang negatif pula.

JOM BERKHALWAT ?
Beruzlah dan berkhalwat atau pada sebutannya disebut berkhulwah ialah bersunyi-sunyian untuk ta'abud dan taqarrub kepada Allah. Duduk bersunyi diri dalam satu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang beribadat tanpa gangguan. Mengadu, merintih dan merayu dengan Allah serta bertafakkur merenung kebesaran dan keagungan Allah.

Umumnya, terdapat dua pembahagian, iaitu :
1. Dibuat dengan badan dan hati
2. Dibuat dengan hati sahaja.
Kebiasaannya, jenis yang pertama itu dilakukan oleh golongan mubtadi' iaitu orang yang belajar tasawuf namun hatinya masih lalai. Sedangkan jenis kedua itu biasanya yang telah mencapai dan mengatasi jenis yang pertama serta telah mencapai pelbagai objektif dengannya.

DISYARIAT ATAU SEKADAR AMALAN BIDA'AH ?
Ia sememangnya disyariatkan dalam Islam dan bukan direka oleh ulama tasawuf dan tidak pula dari unsur pertapaan. Contohnya tertera sendiri dalam al-Quran dan hadis Nabi saw. Malah beberapa orang nabi serta para solehin turut beruzlah. Termasuklah baginda Nabi Muhammad saw yang beruzlah dan berkhulwah di Gua Hira' di atas Jabal Nur sehingga baginda dilantik menjadi rasul. (Kitab Fiqh Sirah Dr. Said Ramadhan Al-Buti)

PRO & KONTRA :
Kebanyakan mereka yang zuhud menyatakan uzlah itu lebih baik dari bermasyarakat dengan membawa hujah dari hadis Rasulullah SAW yang diceritakan oleh Uqbah bin Amir R A yang bermaksud "Aku bertanya "Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya untuk selamat? Sabda baginda: Peliharalah lidahmu, diamilah rumahmu dan tangisilah dosa-dosamu (HR : at-Tirmizi)

Hujah golongan kedua pula ialah hadis Nabi SAW yang bermaksud "Seseorang mukmin yang hidup bergaul dengan orang ramai dan bersabar atas kerenah mereka, lebih baik daripada yang tidak bergaul dengan orang ramai dan tidak bersabar atas kerenah mereka
(HR : at-Tirmizi)

Khulwah ini ada kebaikan dan ada keburukannya seperti dapat menumpukan sepenuh masa kepada ibadat dan merasai nikmat munajat kepada Allah SWT. Dapat melepaskan diri dari maksiat pergaulan iaitu mengumpat, tidak amar makruf nahi mungkar, riya', sum'ah dan terpengaruh dengan akhlak buruk. Terselamat dari fitnah dan permusuhan. Bebas dari kejahatan manusia seperti perasaan hasad dengki, sakit hati orang lain dll...

Tetapi jika seseorang itu beruzlah atau berkhulwah dengan ilmu syariat yang masih belum mantap atau dia seorang guru yang perlu mengajar penuntut, maka uzlahnya adalah sesuatu kerugian kerana tidak dapat belajar atau mengajar ilmu itu. Orang beruzlah juga tidak dapat mengambil manfaat dan memberi manfaat kepada orang lain atau tidak mendapat pahala untuk diri sendiri serta membantu orang lain mendapat pahala.

KESIMPULAN :
Justeru, kalau ada orang yang sedang mengasingkan diri, lama tak muncul dalam masyarakat, menyepi diri...bersangka baiklah, mungkin dia sedang beruzlah atau berkhulwah dengan Allah !
Wallahu a'lam.
posted from Bloggeroid

Saturday, 5 April 2014

5 S

Teks : Rapidah Ramli

Anda tahu apa itu 5S? Pernah dengar 5S? Pernah tengok 5S? Apa yang anda faham tentang 5S? Yang dah faham apa 5S tu, selalu praktik ke? Sekarang ini kalau kita pergi ke Agensi kerajaan kita akan tengok bunting mengenai amalan 5S ini atau pun poster-poster mengenainya.

Kak Dah mula kenal pasal 5S masa mula kerja di Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) pada awal tahun 90an dulu. Kilang pemasangan kereta Nissan di Segambut. Awalnya perak juga la bila dok dengar orang cakap 5S, 5S. Bila tanya senior, dia cakap department kita tak terlibat cuma bahagian production. Aik! macam tu pulak. Tiga bulan kemudian baru faham apa itu 5S. Lamanya Kak Dah nak faham. Heheh sebab kerja di bahagian Personnel tak selalu pergi production walau setiap hari pekerja production datang jumpa Kak Dah di bahagian Personnel. Faham? tak faham tak apa. Tak penting pun. Hahahaha. kisah lama.

Sekarang, cerita pasal 5S ini. 5S ini merupakan amalan pengurusan berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dan TCMA ini memang berkalobrasi dengan pihak Jepun. Ianya menumpukan lima langkah tindakan perlaksanaan yang bermula dengan huruf asalan 'S' yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik.

Meh sini kita tangok apa dia lima 'S' tu :

1. Seiri bermaksud Sisih.

    Ini bermakna BUANG dan Sisih segala benda yang tak perlu, dah expired, dah tak digunakan lebih dari setahun dalam  bahasa kasarnya, sampah la. Biasalah kita surirumah ni, beli barang selalu, kadang ada yang tak pakai pun. . Elok berbungkus jer. Atau ada yang dah expired berbulan tak berusik. Sayang konon. Hah! mulai sekarang kita cuba ubah perangai tu. Tak payah la nak sayang-sayang benda yang dah expired tu. lagi satu, kalau ada barang yang dah lama tak guna tu, buang atau beri pada orang atau jualkan jer di kedai barang lusuh. Dapat duit dan ada ruang dalam rumah.

2. Seiton bermaksud Susun.

    Dah kita buang semua sampah-sampah dan barang yang tak perlu, kita susun barang yang ada mengikut kumpulan yang sama dengan elok. Kalau boleh label setiap barang supaya senang dicari kemudian hari. Dan kita juga akan dapat mencari barang dengan cepat. Ia juga dapat menjimatkan penggunaan ruang.

3. Seiso bermaksud Sapu.

    Hah! dah susun elok-elok tu, sapu bersih kawasan tu jangan nak biar macam tu jer pulak. Tujuan menyapu untuk menghilangkan habuk atau kotoran yang melekat di lantai, mesin tempat kerja atau barang yang dah disisih dan disusun tadi. 

4. Seiketsu bermaksud Seragam.

    Seragam ini hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun dan sapu telah di sempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting supaya segala usaha yang dilakukan dalam aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia.

5. Shitsuke bermaksud Sentiasa Amal

    Senang cakap sentiasa amal. Insya Allah, rumah akan menjadi lebih bersih dan teratur.

Cuba kita terapkan budaya 5S ini dalam keluarga kita. Senangkan hidup hidup, sebab semua orang bekerjasama dalam menjaga kebersihan.

Tapi terus terang lah, anak-anak Kak Dah pun tak mengikut sangat amalan ini. Letih kadang mengingatkan mereka, lepas mandi, towel tolong sidai. Tapi usaha nasihat tetap diteruskan. Mereka bila depan mak memang manja. Semua nak mak buatkan. Bila hidup sendiri di asrama, boleh pulak menguruskan diri dan menjaga kebersihan. 

Ahh!! rindu dengan kaletah anak-anak masa kecil. Dah besar rupanya anak-anak.dan yang bangganya dibelakang mak mereka boleh pulak apply 5S. Selama ini kita dok ajaq depa buat tak reti ja. Kita punya la kecut perut nak lepaihkan depa pi dok asrama. Takut tak reti nak mengemaih bagai. Jadi jangan lah kita memandang rendah dengan kebolehan anak-anak ini.

Err.. ada ada kena mengena ke cerita anak tu dengan cerita 5S??? Adakan?? Harap hangpa semua tak jemu membaca bebelan Kak Dah ini.

Celoteh Kak Dah : Benda yang selalu kita buat akan menjadi amalan. Sentiasalah amal benda-benda yang baik. Kalau  tak percaya cuba buat satu perkara selama 40 hari. Dan tengok, pada hari ke 41, mesti anda akan automatik membuatnya. Memula jer susah. Selamat beramal. Kak Dah pon tengah cuba membuat amalan menulis blog secara konsisten selama 44 pos@44 hari. Doakan kak Dah berjaya. Ganbatte!!

Friday, 4 April 2014

Kenangan masa zaman budak-budak

Teks : Rapidah Ramli

Sekarang dah alaf ke 22. Atau ke 23? Berapa lama dah kita meninggalkan zaman kanak-kanak? Best kan jadi kanak-kanak zaman kita dulu. Dalam 20 ke 30 tahun yang lalu. Zaman yang tak perlu risau apa-apa. Yang kita tahu, pergi sekolah dan main dengan kawan-kawan. Kak Dah suka pergi sekolah. Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Anda bagaimana?

Pada zaman itu, banyak perkara yang kita lalui dalam hidup sehari tetapi tidak pernah kita kisah. Hanya apabila mencapai usia dewasa, mula mengenang dan terfikir. Oh! Begitu. Oh! Begini. Oh! itu, oh! Ini. Dan kita akan ketawa.

Hari ini Kak dah jumpa dua orang kawan semasa sekolah rendah. Allahuakbar!. Macam-macam cerita masa sekolah dulu keluar. Semua cerita pasal gaduh dan tak suka budak itu, tak suka budak ini keluar. Kenangan tak boleh dilupakan ialah karektor cikgu. Terutama yang garang, suka pukul dengan pembaris kalau tak dapat jawab. Hehehehehe. Bila dikenang memang sungguh nostalgia. Al Fatihah kepada semua guru-guru samada yang hidup atau yang mati.

Berikut adalah sebahagian senarai kenangan zaman menjadi budak-budak?
Mustahil tidak pernah terjadi. Kalau anda kanak-kanak zaman 80an rugi kalau tak tengok.

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'm'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak
tengok bila lampu dia mati.

9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.

10. Fikir dunia kartun memang wujud.

11. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.

12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.

13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

14. Susun kusyen dan buat seni binaan.

15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.

18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.

19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.

20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.

21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.

22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.

23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.

24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang.

25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.

26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi
orang miskin.

27. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.

28. Anda mesti tgh senyum sorang bila anda baca memory kat atas.
cuba teka. Mana satu saya?
posted from Bloggeroid

Qadha solat selesai haid

Teks : Rapidah Ramli

Setiap wanita yang sihat akan kedatangan haid setiap bulan. Atau lebih popular hari ini dipanggil period. Bagi yang tidak datang setiap bulan tu samada dia hamil atau berpenyakit. Betul ke tidak? Biasa kita tiap bulan kira pusingan haid bila datangnya dan bila berakhir. Siap tanda dalam kalender. Dan dalam beg duit masing-masing ada kalender kecil untuk tanda bila haid datang. Saya buat. Anda? Benda ini penting tau, terutamanya kalau kita merancang nak anak lagi. Ehem! lain macam jer. Hahahahaha. Intro baru kot.

Apa yang Kak Dah nak highlight disini adalah kaitan haid, solat dan qadha solat. Rasanya ramai yang tak tahu. Mana yang dah tahu tu, alhamdulillah. Kembangkanlah ilmu dengan memberi tahu kepada yang lain. Ini juga sebagai peringatan buat diri Kak Dah. Kita sering alpa dan lalai dalam bab ini. Sentiasa ambil mudah. Dah haid, tak boleh solat kan? , nak qadha apa bendanya lagi? puasa jer yang kena qadha. Solat tak payah.

Baik. Harap anda bersabar dan tenang, lapangkan dada dan luangkan masa untuk membaca seterusnya.

Soalan : Adakah wajib bagi seorang wanita islam mengqadha solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?
Jawapan : Bila datang haid, solat tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa.

Inilah jawapan lazim dari kalangan wanita remaja, belia mahupun veteran dulu mahupun kini. Inilah penjelasan ringkas yang diajarkan di sekolah-sekolah seawal usia bergelar 'wanita'.

HAKIKATnya, diharamkankan keatas wanita yang sedang haid, samada solat fardhu atau solat sunat. Bahkan tidak sah jika tetap melaksanakannya. Maka, tidak wajib atas wanita tersebut untuk mengantikan solatnya apabila dia telah suci dari haid.

Namun terdapat SATU PENGECUALIAN iaitu apabila hakikatnya dia berkesempatan untuk memperolehi satu rakaat solat fardhu dalam waktunya, sama ada di awal atau di akhir, maka wajib atasnya solat fardhu tersebut.

CONTOH 1 : Memperolehi satu rakaat di awal waktu.

Seorang wanita didatangi haid selepas masuk waktu maghrib. Akan tetapi antara saat masuk waktu maghrib dan saat dia didatangi haid, wujud satu tempoh yang paling minima, sempat untuk dia melaksanakan rakaat pertama atau sekurang-kurangnya takbiratul ihram solat maghrib.

Maka wajib baginya mengqadha solat maghrib tersebut apabila suci. Ini kerana hakikatnya dia sempat mendapat satu rakaat daripada solat maghrib tersebut tersebut sebelum didatangi haid jika dia MENJAGA SOLAT DI AWAL WKTU.

CONTOH 2: Memperolehi satu rakaat di akhir waktu

Seorang wanita suci daripada haid sebelum terbit matahari. Akan tetapi antara saat dia suci dan saat terbit matahari, wujud satu tempoh masa yang paling minima sempat untuk dia melaksanakan rakaat pertama solat subuh.

maka wajib baginya mengqadha solat subuh tersebut apabila selesai bersuci (mandi wajib). ini kerana pada hakikatnya dia sempat mendapat satu rakaat solat subuh tersebut apabila tamat haidnya. Hanyasanya jika dia tidak MELEWAT-LEWATKAN  MANDI HADAS.

Dalil bagi eseluruhan hukum ini ialah :
Sabda Rasulullah s.a.w " sesiapa yang mendapat satu rakaat dari solat maka sesungguhnya ia mendapat solat". [Shahih Bukhari - no 580 ] [Shahih Muslim - no : 607]

Wallahuaklam. Moga selepas ini kita semua tidak memandang enteng lagi persoalan solat dan haid ini. Sebelum ni pun saya ambil mudah jer bab ini. Astagfirullahaladzhim. Lepas ni tak mau leka lagi dah.

Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari salah silap saya sendiri. Moga anda pembaca juga mendapat manfaat dari pembacaan diatas.

Salam sayang
Rapidah Ramli
www.rapidahramli.blogspot.com
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design