Tuesday, 6 September 2016
Set Kecantikan JSD
Homemade Masker - Rasyitsudu
Kali ini saya nak berkongsi mengenai kecantikan. Semua Orang nak cantik. Betul? Cumanya bahan untuk mengekalkan kecantikan itu ada orang yang tak mampu beli atau ianya tidak sesuai dengan kulit muka.
Haaa. Jangan memain, pilih sembarangan produk untuk kulit muka ni. Klau kena yang tidak sesuai jenuh nak merepairnya nanti.
Ok, Mari saya belanja cara dan bahan pembuatan masker dari bahan yang terdapat dirumah sahaja. Low budget giteww. Resepi ini saya dapat dari seorang kawan dari group kecantikan. Kredit kepada Cikpuan Rusilla.
Katanya dia dapat resepi ni dari youtube dan diolah mengikut bahan yang ada dirumah. Telah guna dua kali dan hasilnya sungguh mabeles.
🍁Bahan-bahannya🍁
🔺 Bedak sejuk atau Satu sudu Tepung Beras
Jujur. Bedak sejuk saya habis. Jadi saya beli tepung beras ja. Hahaha. Malaslah nak kisar sendiri.
🔺Satu sudu kecil serbuk kunyit
🔺Satu sudu kecil susu segar.
Jika tiada susu boleh guna yogurt. Jika tiada juga olive oil pun boleh. Tiada juga? Air pun boleh.
🔺Satu sudu kecil madu
🔵 Gaul hingga rata. Memang dia akan jadi pekat. Kalau cair tak best nak tenyeh di muka
🔵 Ratakan masker ini di seluruh muka. Saya gunakan berus. Barulah sempurna dan cantik masker itu.
🔵 Biarkan 10-15 minit.
🔴 AWAS! Jangan senyum jangan gelak. Sebab masker ini akan mengeras. Kalau tak nak kulit tu jadi berkedut dan kerepot baik diam-diam ja.
🔵 Bila dah kering basahkan tangan dan dap dap air tu ke seluruh muka. Biar masker tu lembap.
Kemudian gosok dengan lembut. Lepas tu basuhlah dengan bersih.
🔵 Nak lagi best, tuam ais ke seluruh muka lepas pakai masker ni. Fuhhhh lebih segar tau.
🔵 Buatlah 2 kali seminggu
Nah, senangkan? Tak payah nak bazir beli pelbagai produk lagi dah. Buat sendiri jer. Lagi berbaloi.
Selamat beramal.
Sunday, 1 May 2016
Tuntutlah ilmu.....
Kredit to : Izzah Inani founder Syuzzani Shawl
Setiap hari kita jumpa sesuatu yang baru. Terutama dalam majlis ilmu. Sangat cliche jika saya update apa yang saya belajar dalam kelas semalam.
Semalam saya jumpa ramai kawan baru dan dapat pengalaman baru.
Antara perkara menarik yang saya jumpa.
1) Berulang kali baca puan guru pesan kalau tak setuju, diam dan angguk2 sahaja.
Semalam kali pertama apply in real life. Berbalah dengan orang tak mau kalah tak membawa apa2.
2) Taksub untuk jadi kaya raya dan korbankan semua dalam usaha untuk mencapai cita2. By the end of the day, kau dapat jadi kaya. Tapi hilang nikmat perhubungan sesama manusia.
3) Pentingnya pasangan yang sekufu dan memahami. It will not going to work if both do not speak the same language.
4) Menjadi owner produk atau brand tak perlu malu belajar. Somebody make millions still come to gain knowledge. Tak perlu mention sana sini kita owner brand dan dah buat sales juta2. Nobody cares if u drop dan hutang juta2 juga.
5) Bina hubungan baik sesama manusia. Duit boleh beli apa saja tapi tak boleh beli kasih sayang manusia.
Ringkasnya, berpadalah. Sederhana dalam setiap perbuatan.
Thursday, 28 April 2016
Chak!
Chak!
Saya kembali lagi. Lama tak kemas kini blog. Insya Allah lepas ni akan lebih istiqamah.
Azam nih... azam..
Korang semua sokong eh
Test... test
Kali ni guna apps baru. Jadi tengah mengodek-godek.
Tadi dah tulis satu artikel, salah godek, hilang sudah.
#macambanyakpeminat
Promosi Pengantin Baru
Foto : Rapidah Ramli
Chak!
Selamat malam semua. Lama tak menulis. Malam ni kita mula ya. Nak cerita apa? Hahahaha.... kerek jer.
Hari ni 1hb May. Ramai yang bercuti kerana cuti panjang. Ada yang balik kampung. Bawa keluarga bercuti ke luar daerah, tak kurang ada yang mengadakan majlis perkahwinan. Tak kira lah perkahwinan sendiri atau anak atau adik atau keluarga dan sesiapalah.
Siang tadi KakDah pergi memenuhi jemputan kawan sekolah rendah mengahwinkan anaknya.
Teguran dari kawan lain yang jumpa disitu, "wah, Pidah, ko nampak slim la"
"Kau diet ek, nampak ramping"
"kau guna produk apa? "
Kembang pula rasa KakDah. Ni KakDah bagi promosi Pengantin Baru sebab ramai yang tegur KakDah dah kurus. *senyum sampai telinga*
Set Promosi ni mengandungi,
Feminine Wash RM56
SKD2 RM 45
Masker vagina RM 25
= RM 126
HARGA PROMOSI.... HANYA RM100.00 sahaja. JIMAT RM26.00
(tidak termasuk kos pos)
Apa-apa nak tanya boleh whatsapp atau telegram ke no 013.4876247 / @kakdahvogue
Friday, 4 March 2016
Nina dan SPM
Foto : FB Rapidah Ramli
menunggu keputusan.
Tuesday, 2 February 2016
AKU DAN JSD 2016
EPISOD : KONVENSYEN JUTAWAN JAMU SUSUK DARA 2016
Teks : Rapidah Ramli
Foto : Team JSD
Sebulan yang lalu, telah dimaklumkan kepada para pengedar semua. JSD HQ akan adakan kelas FBAds pada akhir bulan Januari.
Disaat melihat iklan tersebut, hati meronta nak pergi. Tangan gatal sahaja nak setuju pergi. Tapi.......abang sayang kala itu berada jauh diperantauan. Sedang mengerjakan Umrah. Alahaiii, tak sabar nak tunggu dia balik nak minta izin.
Kenapa tak beritahu sahaja melalui teknologi? Boleh sms, whatsapp dan call. Hmmm, rasa macam tak seronok pula kalau beritahu tanpa bertentang mata. Bertabahlah hati, menanti kepulangan si dia.
Akhirnya setelah puas merayu dan menggoda, kebenaran untuk pergi diluluskan. Rasa nak melompat tinggi-tinggi sahaja.
Malam sebelum tiba harinya, rasa tak boleh tidur. arahan untuk mendaftar di tempat berlangsungnya acara, membuatkan fikiran sedikit cemas. Shah Alam. Walau dekat, tapi disebabkan jarang pergi, tak familiar sangat dengan jalan disana. Jam empat pagi sudah terjaga, kerana merancang akan bertolak dari rumah jam lima pagi dan akan sampai di tol Shah Alam jam 6.
Tiba di SACC jam tujuh. Beratur mendaftar dan mengambil tempat. Seharian di sini. Dari jam tujuh pagi ke 10 malam. Bermacam ilmu yang dapat. Hanya tinggal untuk di aplikasikan sahaja.
Kami diajar satu persatu ilmu berniaga. Anda mahu bersama kami? bersama membantu nilai hidup orang lain. Bersama membangunkan ekonomi keluarga. Hubungi kami untuk mengetahui caranya. 😉😉
@kakdahvogue
manis.mesra.ceria
013.4876247



