Tuesday, 12 January 2016

Aku dan #TBACENTRAL

Episod : #TBACENTRAL Meetup

Hari yang ditunggu pun tiba.  Debar didada rasa macam nak kendali kenduri kahwin pula.  Dup dap dup dap.  Maklum,  nak jumpa ramai orang.  Selama ini hanya bersapa di muka buku dan telegram sahaja.

Seawal empat pagi dah bangun.  Dah serupa nak bersahur la pula. Dah selesai tugas yg perlu,  baru mula masak takoyaki untuk potluck.

Jam sepuluh pagi tepat.  Tiba di tempat majlis.  Hmmmm... lega.  Tiada yang sampai lagi.  Penjaga bangunan lantas menerpa bila terlihat kelibat aku.

'Kak,  kata nak datang jam 9'

Aku hanya tersenyum (monolog hati berkata -  jam 9 akak mandi pun belum dik).

`Kak,  kita nak cakap ni,.  Minta maaf banyak². Hari ini air x ada kak kat tingkat ni.  Ada masalah plumbing sikit.  tapi kat surau ada.  Tandas akak boleh guna kat tingkat bawah.  Kat luar'

Bila dah diberitahu begitu,  nak marah pun tak guna.  Harap peserta lain tak marah lla.   Dalam berlenggang menuju ke pintu lif,  ternampak kereta tetamu VIP,  Tuan Zuan  sampai.  Alamak.

Dalam debar, tunggu beliau turun dan di  santuni.  Beliau tiba bersama P.A yang sungguh cun.  Bernama NorHaniza.  Manis jer senyuman nya. Bersama kami menuju ke bilik seminar.

Dalam kami membetulkan dan mengelokkan kedudukan kerusi,  seorang demi seorang Leader yang lain sampai.  Fuhhh.  Lega rasanya.  Tak lah menjawap sorang-sorang dengan Tuan Zuan
Ahaks.

Bila dah terkumpul semua leader, brainstorming dan laporan terkini dibentangkan kepada Tuan Zuan. 

Tengahari,  para peserta lain mula memenuhi tempat duduk.  Mereka diberi goodie bag yg mengandungi flyers dan name card peserta lain. 

Penerangan ringkas dan padat oleh Tuan Zuan mengenai Legasi #TBA  amat  membantu kami peserta mengilap potensi diri.

Simple but smart.  Moto TBA.

'Dalam market ada gap.  Dalam gap apa marketnya? ' -  Tuan Zuan

Kalau kita halusi... batu tepi jalan pun mampu kita jual.

Selesai penyampaian amanat dari Tuan Zuan,  tibalah aktiviti yang ditunggu.  Makan time.  Banyak makanan yang sedap dan enak.  Semuanya dibawa oleh para peserta yang budiman.

kelip-kelip ku sangka api
lilin  disimpan dalam peti
Ukhwah terjalin bertambah rapi
Bersama semua kami sepakati


.
.
.
Rapidah Ramli
@kakdahgojez
#SINDIKETTBA #TBACENTRAL #TBAKLPUTRAJAYASELANGOR #JAMUSUSUKDARA #CELEBRITYLASS

Monday, 11 January 2016

Aku dan #TBACENTRAL

Bab : Goodies Bag

Telah tiga hari berlalu sejak meetup hari tu. Kemesraan dan kemeriahan kawan- kawan masih  terbayang. Keenakan rasa masakan kawan-kawan juga masih  terasa. 

Hari ini baru  berkesempatan membelek beg oren.  Ya, orange goodies bag.  Alah,  yang macam kita dapat kalau pergi kenduri kahwin tu.  Ehhh,... ahaksss.

Satu persatu flyers dan kad nama didalammnya ku belek. Macam-macam barang jualan ada.  Jahitan, bakeri,  makanan, produk kesihatan hinggalah ke alat kelengkapan rumah pun ada.  Hebat-hebat mereka semua ni.

Belek punya belek,  sampai nampak satu kad nama putih.  Tertulis disitu,  Jamu Susuk Dara.  Opppps,  jangan salah faham.   Bukan Ahkak Gojez punya.

Pemiliknya seorang lelaki.  Hmmmm... akan ku temuduga juga lelaki ini nanti.  (Maklum sekarang dah dapat pangkat mamarazigojez).

Bukan nak caras atau nak mencantas ..  Hanya nak tambah kenal lebih dekat.  Jarang tau,  orang lelaki mengaku dia jual Jamu Susuk Dara.

.
.
.
Rapidah Ramli
@kakdahgojez
#SENDIKITTBA #TBACENTRAL #TBAKLPUTRAJAYASELANGOR

Wednesday, 28 October 2015

Petua hilangkan hanyir ikan

Teks : Rapidah Ramli
Foto :Sumber dari google
Info kredit to : Khairunnisa Jamali



15 muharram 1427

Bismillah | Assalamulaikum

Ada yang rindu KakDah? Alah sapa la kita yang orang nak rindu-rindu ni. Poyo jer.

Hari ini dah 15 Muharram, cepatnya masa berlalu. Umur semakin meningkat, diharap amalan juga begitu kerana kubur semakin dekat.

Image result for ikan bakar

Ni apasal tetiba ada gambar ikan pula?

Hahahahah, sebenarnya nak cerita pasal cara menghilangkan hanyir ikan. Berguna tau panduan ni. Mana nak tau nanti hangpa yang memuda ni kawin, dok rumah mak mertua, kan malu kalau tak tau cara yang betul bersihkan ikan. 

Oklah sebelum KakDah melalut, kredit diberi kepada kawan FB baru KakDah, Khairunnisa Jamali, Pengusaha Dodol Masyhur dari Melaka. Korang kalau nak oder dodol buat cendermata sebarang majlis boleh la hubungi dia di fanpage Dodol Masyhur. Sedap dodol dia.

Berikut adalah rumusan kepada survey yang dibuat oleh Khairunnisa :

20 cara berkesan menghilangkan bau hanyir ikan (kalau tak hanyir itu bukan ikan - KakDah)
      1.    Perah limau nipis
2. Perah + rendam dengan air limau nipis selama 3 minit 
3. Lumur ikan dengan garam kasar, gaul, biar dan basuh
4. Lumur ikan dengan tepung gandum, gaul, biar dan basuh
5. Lumur ikan dengan perahan lemon, gaul, biar dan basuh
6. Basuh dengan air basuhan beras
7. Rendam dengan asam keping dan daun serai
8. Basuh bersih ikan, rendam sekejap dengan garam kasar dan asam jawa 
9. Ikan bendang : Gunakan daun serai
10. Basuh dengan garam
11. Basuh dengan air asam jawa
12. Asam jawa gaul pada ikan, salut tepung, biar dan cuci 
13. Jus limau gaul pada ikan, salut tepung, biar dan cuci
14. Basuh dengan air dan tepung gandum
15. Ramas dengan daun bebuas, biar sekejap dan cuci
16. Buh asam jawa, perap dalam peti ais selama 3 jam
17. Tutup hidung ( tak bau hanyir ikan )
18. Ikan sungai : gunakan air kapur
19. Ikan laut : gunakan asam + garam
20. Guna CelebrityLass (hilangkan bau hanyir ikan di tangan awak) 

 3 Cara berkesan menghilangkan bau hanyir ikan bersama ikannya sekali 
           1. Bagi kucing
        2. Makan ayam
3. Kasi Mak Leha Janda hujung taman goreng, kita makan saja KFC

 Semoga bakal pengantin baru tak gentar bertemu ikan segar di rumah mertua nanti.

kbaiii.

Tuesday, 15 September 2015

Susuk Kekal Dara

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Team JSD


Ini adalah persedian tradisional. Jadi jangan tanya pasal KKM.

"Sapa2 yang pakai skd2 konsisten, faraj dah bersih dan rapat. Nanti dalaman faraj akn berdenyut2 dengan sendirinya nak mengawan. Erm..Itulah kalau faraj sehat dan bersih." pengasas JSD Dato Seri Hanni Borhan.
Bagi penguna yang dah pernah menggunakan SKD dulu pasti tahu kehebatan produk ini berfungsi.
Bagi pengguna baru yang baru nak kenal.....ini Kak Dah tempekkan cara  pennggunaannya..
SKD ni mengandungi 5 biji sebotol pada harga RM45 sahaja. (tak termasuk postage)
Mengenai testimoni-testimoni pengguna pula...semuanya memang berpuashati. Baik dari pihak suami atau dari pihak isteri sendiri. Secara tak lanssung KakDah pun puas hatisebab dapat membantu kawan-kawan menghangatkan rumahtangga yang sejuk tu. hehehehehe (KakDah akan tempek testi di FB page 'Jamu Susuk Dara e-kiosk)
Hey...apa gunanya kawan kalau tak dapat membantu membahagiakan kawan sendirikan. KakDah doakan kepada semua kawan-kawan dan pelanggan bahagia rumahtangga dunia dan akhirat. 
Terima kasih semua yang menyokong KakDah selama ini. Dan kepada sesiapa yang berminat dengan produk JSD atau Celebrity lass ini boleh lah Pm atau wassap KakDah 013-4876247 .
Korang boleh like FB page 'Jamu Susuk Dara e-kiosk' dan add friend Rapidah Ramli. Cuma nakhabaq la no...kat timeline KakDah jarang upload pasal JSD ni.
kbaiii.


Cara Hilangkan Keputihan

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Team JSD


Alamak dik...stress nampak ! 

Tak payah laa nak tension2 ni semua gojezz oii...sapa suruh tak jaga kebersihan odok tu...kan diri sendiri juga yg dah menuai hasilnya ! Ops...jangan terasa laa pulak yaa !


Tapi, inilah hakikatnya duhai hawa gojezzz...bab jaga dalam kain ni memang ramai yg tak anggap penting ! Cer uolss cek it out sendiri keperluan untuk penampilan luaran uolss tuu..lengkap kan ! Siap ada pencuci muka, bedak, gincu dan bla bla bla...

Tapi...cuba uolss cek pula barang keperluan untuk penjagaan cik V uolss tu ! Apa ? Langsung tak ada ? Cukup dengan cuci pakai sabun mandi jer ? Huh...kedekutnya uolsss ! Patut pun asyik tension dibuatnya..maklum laa, asset dalaman yg satu tu dah mula meragam !!!

Adoiii...tak tau nak cakap apa daa ! Kalau uolss masih bujang rasanya ok laa sikit sebab rahsia diri sendiri jer yg tau ! Tapi, kalau uolss tu da kawen..hmmm...macam mana laa agaknya reaksi en.somi uolss tu agak2nya ye ! Suami uolss mungkin tak cakap apa2...tapi sila laa perhatikan pula tindak tanduknya ! Sure ada jer yg tak kena ! Tak caya ? Cer buat bila balik nanti !

Uolss yg rasa2 dah tersentap tuuu...jom bertindak cepat untuk merawat apa yg patut !

 Bahagia vs derita...uolss sendiri juga yg rasa ! Meh pm kak Dah, nanti Kak Dah usahakan untuk bantu mana2 yg bole dibantu ! Ingat...melengah2kan hanya akan merugikanmu !

BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT

psst..psst kot nak cepat respond boleh wassap je
013-4876247
013-4876247
013-4876247

p/s : segala rundingan adalah rahsia kita bersama. 


Monday, 14 September 2015

Hanya kerana......

Teks : Rapidah Ramli
Foto : clteam






Ini ada satu kisah.
Kerana badan berbau, Dollah Deodoren mula menyepikan diri kerana tak tahan ejekan dari rakan-rakan.
.
Kekasihnya dari sejak bangku sekolah juga mula menolak cintanya.
Kucing beliau mula menjauhkan diri dan taknak makan.
Rakan-rakan kerja mula tak ajak beliau rehat sama-sama.
walhal, rakannya pun kaki dia bukan main cagu lagi berbau...
.
TIDAAAAAKK!!!
katakan TIDAK kepada badan berbau.
semudah SPRAY, SAPU dan BILAS.
hanya 3 SAAT sahaja untuk hilangkan bau badan yang busuk tu.
Lebih dari 100 000 pengguna sudah mencubanya dan BERJAYA.
200% menjadi.
.
CHECK IT OUT..
.
Cecepat wassap
+6013-4876247
+6013-4876247
+6013-4876247
.
======================
Bayangkan BESTnya bila badan kita tak berbau.
YAKIN itu pasti.
Bayangkan BESTnya bila badan kita tak berbau.
YAKIN itu pasti.
Bayangkan BESTnya bila badan kita tak berbau.
YAKIN itu pasti.

Thursday, 3 September 2015

Hajat tak sampai

Teks : Rapidah Ramli

Salam Jumaat semua. Dah dhuha Dan baca surah al kahfi? Diharap sahabat semua Sudah melakukannya.

Alhamdulillah. Pendaftaran Along di UTHM selasa lalu berjalan dengan lancar.
Kawasan yang luas dan panas kerana kebanyakan pokok masih belum besar. Dari kolej kediaman nampak sayuppp je fakultinya. Rasa lemah lutut bila bayangkan kena berjalan ke sana setiap hari. Boleh kurus dengan kadar sepantas cahaya....hahahahahaha

Along minta belikan basikal. OK. Permintaan akan dipertimbangkan. Sementara itu, pandai-pandai lah guna kemudahan awan yang tak seberapa tu ya.

Berada di Batu Pahat membuatkan hati melonjak riang sebab memikirkan ada kemungkinan besar untuk berjumpa dengan seorang kawan lama. Kawan sekolah menengah yang memang lama gila tak bertemu sejak habis spm. Biasa hanya bertemu di laman sosial fb sahaja. Itu pun jarang sekali dia kemas kini wall dan menjawab pertanyaan kami.
Pada malam 31/8 yang lalu, Cuba mendial henponnya. Berdering. Tapi tak berangkat. Sangka baik sahaja. Dia sibuk barangkali. (Dalam hati....kuciwa juga..)
Esok harinya, seawal 730 pagi dia return call. Alhamdulillah. Agaknya dia dah sampai sekolah kot.
Kd : assalamualaikum yati.
Caller : wsalam. Siapa ni?
Kd : Ini Pidah.
Caller : siapa?
Kd : kawan sekokah. Smcs?
Caller : owhhh...ni Mak dia
Kd : Laaa.ye ke? Yati mana makcik? Dia pergi sekolah tak bawa telefon? Dia sihat makcik? Saya kat Batu Pahat ni, ingat nak jumpa dia sekejap. Lama tak jumpa dia. Sejak lepas spam.
Caller : dia dah tak ada. Meninggal 8 raya hari tu.
Kd : innalillahiwainnailaihirojiun. (Kelu tanpa dapat berkata Dan bertanya lanjut lagi)

Sememangnya nada makcik Hamimah menceritakan pemergian arwah amat tenang sekali. Kita yang dengar pula terlebih sebak.

Memang hajat nak jumpa x kesampaian. Moga roh arwah Hayati Bt Yusoff dicucuri Rahmat Dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Aamiin. Alfatihah.

To be continued...

Jangan marah. Nanti cepat tua. Entri ni ditulis masa menunggu kereta di servis. Sekarang kereta dah siap.
Jumpa di entri seterusnya...
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design