Foto : Galeri henpon
Saturday, 25 July 2015
Salam Lebaran 1436H
Foto : Galeri henpon
Tuesday, 19 May 2015
Tak percaya ?
Foto : Rapidah Ramli via CLTeam
Saya nak bagi CL FREE.
Foto : Rapidah Ramli
Monday, 11 May 2015
Reunion - Class of 1986 Rules
Foto : Rapidah Ramli
Bismillahirahmanirahim.
Kenangan di usia kanak-kanak sekolah rendah adalah yang paling manis. Kanak-kanak cukup bahagia, hanya tahu main-makan-tidur-main-makan-tidur. Hal yang bersangkutan ekonomi seperti tabung yang macam bangunan tinggi tu kena korek, beli nasi campur kena GST, harga petrol naik, pilihanraya kalah semuanya tak diambil peduli. Bak kata bebudak sekarang, ada aku kesah??
Yang penting, balik sekolah, makan, pergi mengaji dan petangnya main berlari bebas bersama kawan sekampung tanpa perlu rasa takut akan diculik atau ditangkap dan dijual. Air sungai diwaktu itu juga jernih mengalir lesu berbanding sekarang yang umpana teh tarik mamak warnanya.
Setelah 29 tahun meninggalkan alam persekolahan rendah, diawal tahun ini kami merancang untuk mengadakan pertemuan semula bersama bekas-bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Sentul 1 bersama guru-guru.
Perancangan drastik yang tercetus semasa minum kopi beramai-ramai. (kami selalu mengadakan acara mengeteh spontan). Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, kami dapat mengumpulkan 48 orang murid dan 6 orang guru. Majlis minum petang telah diadakan di Flora Cafe@Ampwalk, Jalan Ampang. Walaupun makanan yang disediakan amat sedap tetapi pertemuan bersama kawan-kawan setelah berpuluh tahun lebih sedap dan manis dirasakan. Ramai yang hanya menjamah sedikit sahaja makanan. Masa lebih banyak di isi dengan bersembang sambil mengimbau kenangan lalu.
KakDah selaku ajk juga menitik air mata, melihat kehadiran guru yang hadir dalam keuzuran usia. Memang nostalgia.Jika dulu mereka sihat dan tegas. kami diajar mereka dengan garang dan tegas, ada yang kena pukul (majoriti kami semua pernah kena rotan), kena cubit, dilempar buku kebawah dan bermacam lagi. Balik rumah takberani cakap kat mak sebab nanti mak akan tambah lagi. huuuhuuu. Masa dulu memang kami geram, bermacam menyumpah, tetapi sekarang semuanya menjadi kenangan yang indah untuk dikenang. Rasanya kalau cikgu-cikgu tak tegas mendidik kami dahulu, tak tahulah apa yang kan jadi kepada kami sekarang. Terima Kasih cikgu. Jasa mu kami kenang hingga akhir hayat. Cikgu-cikgu juga nampak lebih lembut dan nampak seperti mak dan ayah kita. Yang paling membuat mata masuk habuk ialah, cikgu-cikgu meminta maaf atas kekasaran mereka semasa mengajar kami dahulu.
Nak cerita meamng panjang la,karang korang boring pulak. Jom layan gambar,
Biarlah gambar yang berbicara. Ini hanyalah sebahagian sahaia. Hampir seribu keping gambar diambil tidak termsuk dari kamera henpon. Layannnnnn...(psssst ...henpon sampai heng la bila bebudak lain asyik dok hantaq gambaq ja)
![]() |
| Iini #adminsado group wassap |
Selamat Pengantin Baru Jaja
Foto : Rapidah Ramli
Sunday, 19 April 2015
Selamat Datang Rejab
Teks : Rapidah Ramli
Foto : Rapidah Ramli via Goggle
Bismillah
Sahabat, esok (Isnin - 20 April 2015) adalah 1 Rejab 1436, kan. Sedikit perkongsian dari nota lama. Jom beramal untuk bekalan akhirat:).
------------------------------------------
Bulan Rejab = bulan pengampunan.
Antara amalan² yang dianjurkan;
◆ Puasa.
- Kalau tak mampu buat semua, jangan ditinggalkan semua.
- Boleh puasa pada Isnin Khamis atau 13, 14 & 15hb Rejab ini -bersamaan 23, 24 & 25hb Mei.
* 13, 14 & 15 dikenali sebagai hari² putih setiap bulan hijrah. Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan berpuasa juga pada hari Jumaat jika hari itu jatuh pada hari² putih tersebut. Ia hanyalah anjuran daripada saya bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari bulan Rejab. Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam kitab As-Syamail tentang hari puasa sunat. Wa Allahu a'lam. Yang penting --> puasa ツ.
◆ Istighfar.
- Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat² dianjurkan".
••► Penghulu istighfar;
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
✿ Kelebihannya: Sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu SIANG dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk petang maka dia termasuk golongan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu MALAM dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk pagi maka dia termasuk golongan ahli syurga.
~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah.
••► Atau boleh juga amalkan istighfar ini;
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وتُبْ عَلَيَّ
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.
* Baca Subuh & Asar sebanyak 70x setiap hari.
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus حفظه الله).
◆ Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali atau lebih setiap hari.
◆ Membaca Al-Quran, perbanyakkan berdoa & lain² amalan soleh.
Alhamdulillah atas ni'mat Islam & Iman yang Allah anugerahkan pada kita di mana dengan 2 ni'mat itulah amalan di atas menjadi bermakna & mendapat ganjaran pahala di sisi Allah yang Maha Mulia.
Sudah hampir BULAN PESTA IBADAH -RAMADHAN-.Allah humma bariqlana fi rejab wa syaaban wabaliqna ramadhan. Semoga kita sempat bersua dengannya, amin.
Thursday, 16 April 2015
Pencarian Agen dan Dropship
Teks : Rapidah Ramli
Foto : Team Rapidah Ramli
Bismillah.
.
Agen / Dropship Wanted !!
.
Ciri-ciri diperlukan :-
-Ada smartphone
-Ada internet
-Rajin dan boleh bagi komitmen
-BUKAN hangat-hangat tahi ayam
-Boleh bekerjasama dengan TEAM
.
Kelebihan:-
-Agen berdaftar akan dipaparkan namanya dalan website.
-REWARD berharga menanti
-Dimasukkan dalam group coaching yang AWESOME
-Percutian di SPONSOR sekiranya SALES mencapai TARGET COMPANY
-Income 4k dalam genggaman
.
Apa tunggu lagi??
.
PM/Whatsapp segera : 013-4876247
.
JANGAN PM KALAU ANDA TIDAK KOMITED ;)
.
#projektambahwang


































