Friday, 20 February 2015

Selamat Tahun Baru Cina

Teks :Rapidah Ramli
Foto : Rapidah Ramli via picasa

Assalamualaikum / salam sejahtera

GONG XI, GONG XI, GONG XI FAT CHAI

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kenalan Chinese dan selamat bercuti kepada yang yang lain. Warggghhhhhhh...bahagia kan cuti panjang kali ni. Kalau korang perasan la, tahun ini alhamduillah, kebanyakkan cuti umum jatuh pada khamis dan jumaat atau isnin selasa, membolehkan kita mendapat cuti hujung minggu yang panjang.

Cuti, sapa yang tak suka? ya dop?...dah ada cuti tu, gunalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.

Cuti panjang kali ini korang plan apa? Balik kampung? bercuti bersama keluarga atau lepak depan tv kat umah memasing jer?

Bagi KakDah, bahagia rasa cuti kali ini kerana anak-anak semua berkumpul. Ada dirumah dengn perangai memasing yang tak berubah dari dulu. Wahh..poyo jer KakDah ni kan?...
Heheheheheheh, tapi itulah. Rasa yang tak boleh dicakap bagaimana. tak terungkap dek kata. Hanya ibu yang merasanya atau mungkinkah juga si bapa??

Kalau dua hari lepas sibuk mengutip mereka di sekitar Kuala Lumpur, esok pula sibuk menghantar mereka kembali. Dari mana dan kemanakah mereka? Nanti Kakdah share citer ye. Sedih ni, kenang sok petang umah kembali kosong. yang tinggal hanyalah si Amat Hero seorang.

Oklah, Angah dah siap bersiap tu, nak keluar membeli barang untuk bekalan mereka esok. Adiosss...jumpa la
gi.

#ingatantukdiriuntukmenghapdateselalublog

Friday, 13 February 2015

Resepi Cream Puff

Teks : Rapidah Ramli
Foro : Rapidah Ramli


Lama tak bercerita. Sibuk!. Alasan cliche. Hehehehehe.

Bukan apa sejak awal tahun hari tu sibuk urus persekolahan anak-anak dan masalah keluarga yang perlu diberi tumpuan.

Nak bercerita pasal banjir besar di Kelantan pada Disember hari tu pun tak sempat, kalut. macam la diri ni yang mengalami banjir tu. poyo jer lebih.

Lupakan kisah sedih, mulakan hari ini penuh semangat baru. Bangkit dari segala kejatuhan/kegagalan.

Hari ini KakDah nak cerita pasal makan, Hah, kalau nak tau, sekarang ini KakDah sibuk dok siapkan benda-benda ini. Tempahan dari kawan-kawan. Salah satu yang kawan tempah ini lah dia Cream Puff.

Sedap...sedap....sedap.

Makan memang tak cukup satu. Kalau beli, mahal. Buat sendiri lebih puas hati, Dapat makan banyak. Lepas makan jangan lupa eksesais ye, kang berat naik jangan salahkan Kakdah pulak.

Meh kita cikedaut resepinya....resepi ni pun KakDah amik dari facebook jer.


Tu diaaaa........maleh tulih, pakai gambaq macam ni pun buleh na. Tau hangpa semua bijak.

Nak habaq cara Kakdah buat, kira macam nota kaki la.

1. Kakdah guna kuali. Ya, Kuali. Motifnya supaya senang kacau. hehehehehe. Sebab tepung tu kita kena kacau hingga ia kering dan sedikit berkerak. kalau guna periuk (well, dah pernah guna sebelum ini) susah sikit nak kacau, kecuali kalau guna periuk non stick. banyak songeh la pulak. 

2. Bila tepung dah berkerak (jangan berkerak sangat tau, ala ala je). tutup api dan sejukkan sebentar. then transfer doh kedalam mixer bowl, pukul sambil memasukkan telur sebiji demi sebiji hingga sebati. (kalau nak guna tangan ja pun boleh, tapi kena beat kuat ye dan pastikan betul-betul sebati) tak larat mak deknon. mak dah tua.

3. Dulang di sapu majerin. kemudian paipkan doh mnegikut bentuk yang korang nak. kalau boleh, paipkan semuanya habis siap-siap sebab kalau lambat paip nanti doh dah mengeras dan susah kita nak paip.

4. Bakar ikut oben memasing ye. Standard tuk masak kukis. owh...sebelum masuk oben tu hangpa  kena spray ayaq ke doh siap paip tadi, baru bakaq. paham dak ni.

5. Kastad tu, kalau takat nak makan sendiri boleh beli je instant custard di mana-mana bakeri berhampiran anda. Tapi kalau nak berniaga, sendiri mau ingat la.

Oklah, adios lu nak pi sediakan bekpes. Hangpa cuba la buat cream puff ni. Berbaloi-baloi habaq hang.






Belasungkawa - Datuk Hasbullah Awang

Teks : Rapidah Ramli
Foto : carian Google


Khamis 12 Feb 2015 bersamaan 22 Rabiulakhir 1436.

Jika malamnya diberitakan TGNA pergi buat selamanya, siangnya pula, pemilik suara sukan Malayasia telah 'pergi' dahulu dijemput  pada jam 12.20 tengah hari.

Datuk Hj Hasbullah Awang. Nama yang amat tersohor dalam dunia pengulasan sukan negara. Meninggal dunia di Unit Rawatan Koronari, Institut Jantung Negara pada usia 63 tahun. Berasal dari Teluk Intan, Perak dan meninggalkan seorang balu, empat orang anak dan enam cucu.

Beliau di anggap pengulas sukan terbaik Malaysia kerana keunikkan suara emasnya dan berkhidmat dengan Astro Arena sejak Januari tahun lalu.

Beliau memulakan kerjaya penyiaran pada tahun 1974 sebagai Pembantu Siaran di RTM Kuantan, Pahang sebelum berpindah ke Angkasapuri Kuala Lumpur pada tahun 1980.

Pernah memenangi anugerah Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa pada tahun 1989, 1991 dan 2004 menerima Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato' pada tahun 2010.

Beliau juga pernah digandingkan bersama Tengku Mariam Tengku Laksamana Nasir atau dikenali sebagai Kak Yong mengacarakan rancangan radio untuk kanak-kanak yang popular, Permintaan Apa Itu sekitar tahun 70an dan 80an.

Belasungkawa TGNA

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Koleksi Rapidah Ramli



Assalamualaikum. Innalillahiwainnailaihirajiun. Dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali. Semalam seharian alam turut mendung mengiringi pemergian tokoh ulama yang amat disayangi, Tuan Guru Nik Abduh Aziz Nikmat. Menderita kanser prostat tahap empat, beliau semalam meninggal dunia di kediamannya pada pukul 9.40 malam pada usia 84 tahun.

Orang yang baik, mati di malam yang baik, Hari khamis, malam Jumaat. disolatkan oleh ribuan rakyat. Sesungguhnya matinya dalam husnul khatimah. Impian kita semua. Moga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Aamiin.


Thursday, 1 January 2015

Selawat Dan Salam buat Junjungan

Teks  : Rapidah Ramli
Foto :
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ُ
"1 hari lagi"
"Ape yg 1 hari?"
"hari kelahiran nabi kita"
'MUHAMMAD SAW'
ُِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Kita Sebuah Buku

Teks : Rapidah Ramli
Foto : sumber fb

Assalamualaikum. Tidak terlewat rasanya kalau baru nak ucapkan 'selamat tahun baru 2015'.

Hari ini 2hb Januari 2015, bersamaan 11 rabiulawal 1436H. Telah dua hari kita melangkah ke tahun baru. Masa begitu pantas rasanya. Banyak perkara yang belum selesai lagi.

Hari ini, KakDah terima satu telegram yang mendalam maksud untuk difikirkan bersama. Allahuakbar!. mari kita hayatinya dengan mata hati, maksud yang tersirat. Yang baik jadi ikutan, yang buruk jadikan sempadan. Yang elok datangnya dari Allah, yang busuk datangnya dari salah kakDah. Selamat beramal semua.

��������������������
RENUNGAN PAGI JUMAAT
��������������������

"Kita ini Seperti Sebuah BUKU"

Cover depan adalah tanggal lahir.
Cover belakang adalah tanggal kematian.

Tiap lembarnya, adalah tiap hari dalam hidup kita dan apa yg kita lakukan.

Ada buku yg tebal,
ada buku yg tipis.

Ada buku yg menarik dibaca,
ada yg sama sekali tidak menarik.

Sekali tertulis, ternyata Allah msh memberikan kesempatan kita menghapus nya dengan taubatan nashuha.

Tapi hebatnya,
seburuk apapun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman selanjutnya yg putih bersih, baru dan tiada cacat.

Sama dengan hidup kita, seburuk apapun kemarin,
Allah Yang Maha Rahman selalu menyediakan hari yang baru untuk kita.

Kita selalu diberi kesempatan baru untuk melakukan sesuatu yg benar dalam hidup kita setiap harinya.

Kita selalu bisa memperbaiki kesalahan kita dan melanjutkan alur cerita kedepannya sampai saat usia berakhir, yang sudah ditetapkanNYA.

Terima kasih Ya Allah utk hari yg baru ini.

Syukuri hari ini dan isilah halaman buku kehidupanmu dgn hal-hal yg baik semata.

Dan, jangan pernah lupa, untuk selalu bertanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta'aala, tentang apa yang harus ditulis tiap harinya.

Supaya pada saat halaman terakhir buku kehidupan kita selesai, kita dapati diri ini sebagai pribadi yg berkenan kepadaNya.

Dan buku kehidupan itu layak untuk dijadikan teladan bagi anak-anak kita dan siapapun setelah kita nanti.
Aamiin.

Selamat menulis di buku kehidupanmu,
Menulislah dengan cinta dan kasih sayang, serta pena yang diredhai Allah Ta'ala.

Friday, 26 December 2014

Aku yang leka

Teks : Rapidah Ramli
Foto : sumber google

Assalamualaikum. Hari ini 27hb Disember 2014. Alhamdulillah. Mentari mula memancarkan sinar setelah seminggu berlindung di balik awan.

Sejak seminggu yang lalu cuaca suram tanpa cahaya. hujan turun mencurah dan akhirnya....banjir melanda.

Hingga hari ini Kelantan masih ditenggelami air. Lumpuh habis. Paling terjejas daerah Kuala Krai, habis tenggelam seluruh daerah.

Banjir di Kelantan kali ini lebih besar dari yang sebelum. Kesiannya kepada anak-anak kecik dan orang tua. Ramai yang terkandas dan terperangkap. Air yang tinggi dan arus yang deras menyukarkan pihak penyelamat menghantar bekalan makanan dan ubatan. Allahuakbar.

Lihat dari sudut positif. Allah sayang kita kerana memberi ujian dan dugaan untuk menaikkan darjat kita. Dan Allah maha mengetahui dugaan yang bagaimana dan kemampuan kita untuk hadapinya. Subhanallah.

Mulakan dari diri kita. Sangka baik kerana Allah mengikut sangkaan kita.

Moga mereka yang terlibat dengan banjir ini, tabah dan kuat hadapi hati mendatang. Aamiin yra.

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design