Saturday, 1 November 2014

Jom Amal Sunnah Nabi

Teks :  Rapidah Ramli
Sumber : Group whatsapp

Assalamualaikum. Hari ni kak Dah masih tak sihat, kepala dok ting-tong, hidung dok meleleh hingus. Harap hangpa yang lain semua sihat lah nooo..

Alhamdulillah, sihat itu nikmat, sakit juga nikmat. Nantilah kakDah huraikan kaitannya.

Hari ini cuma nak tulis balik, sunnah-sunnah nabi, yang patut kita amalkan. Pasai apa nak amal? Pasai kita sayang nabi. Orang kalau sayang kepada seseorang, dia akan buat apa saja yang orang tu suruh...iya dak?

Sama la kes sunnah ni, kalau kita sayang nabi, kita ikut cakap dan perbuatannya dengan niat mengikut sunnah nabi, moga kita tergolong dalam orang-orang yang mencintainya. Allahumma solli a'ala Muhammad, wa a'ala a'aliyy Muhammad.

Jom semak sunnah-sunnahnya :-

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Dah baca? dah faham? Sebarkan...supaya lebih ramai lagi yang mengamalkn sunnah..

Jom amal sunnah nabi!!

Thursday, 30 October 2014

Seni kraf - Tasbih cum keycain

Teks : Rapidah Ramli


Selamat petang semua.


Kalau selama ini kita hanya memakai keychain biasa-biasa yang kawan bagi semasa bercuti, apa kata kita ubah sikit fenomena itu. Kita guna tasbih mini. Letak satu kunci jer pon ok dah. Kata guru KakDah untuk mengingati Allah kita kena ada perkakas. Perkakasnya, biasakan memegang tasbih katanya. Kalau pakai tasbih biasa yang panjang tu macam riak la pulak kan. Dulu memang KakDah pegang yang panjang tu. tapi ada tempat macam tak sesuai lansung, sedangkan kita dinasihatkan agar sentiasa mengingati Allah.

Kalau korang tak percaya, cuba buat. Letak tasbih dalam poket. Bila pegang atau tersentuh tasbih tu mesti automatik korang akan berzikir. Semoga kita bukan tergolong dalam golongan orang yang rugi.

Surah Al Asr 1-3 :
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan mengamalkan amal soleh dan saling nasihat menasihati dan kesabaran."

Memandangkan KakDah masih tak berapa sihat, hari ni kita layan gambar jerlah ye. Benda ni bukan kakDah buat ye. Busu suami yang  buat. KakDah cuma tolong promot dan jualkan jer.

Sapa yang berminat boleh contact KakDah di no 013-4876247. Nak jadikan buah tangan atau hadiah kepada pelanggan atau tetamu juga boleh,

p/s : Busu juga boleh membuat pelbagai kraf mengikut occasion kita. Dia juga menerima tempahan gubahan pengantin.





Aiskrim Malaysia yang Gebu

Teks : Rapidah Ramli


Assalamualaikum semua, Harap hangpa semua sihat belaka no. Hari ni KakDah tak sihat sangat. Kepala pening hidung tersumbat. Yaaaa.....selsema. Banyak makan aiskrim malaysia la ni. Dan sakit itu kafarah dosa. Aamiin.

KakDah ni manja sebenarnya. Cheeeewah!. Makin berusia makin tak boleh makan ais. Perasan lepas bersalinkan Amat hari tu lagi, kalau lebih sikit makan ais akan sakit tekak dan terus selsema dan demam. 

Nyum Nyum Nyum....menggodakan yang oren tu..

Tah angin apa melanda ter rajin la pula membuat aiskrim malaysia ni. Saja buat jajan untuk anak-anak. Sampai penuh la peti ais tu kakDah buat. Siap berjualan lagi. Kalau dulu masa kecik-kecik aiskrim ni sepuluh sen jer. Sekarang lima puluh sen habak hang. Yang tak puas hati tu, kadang tu sejengkal jer panjangnya. Buat sendiri lagi puas hatikan. Makan sampai lebam. Haahahahahhahaha.

KakDah pernah makan aiskrim Malaysia yang gebu jer aisnya. Sedap. Tak keras.  Tah la tak tahu nak terangkan macam mana. Tapi rasa aiskrim tu memang febeles la. Lima bintang kakDah bagi. Bila di tanya resepi typical kita melayu macam biasalah, buat macam biasa sahaja. Air bancuh dengan perisa apa yang kita nak kemudian di ikat dalam kelongsong plastik. Tak membantu langsung.

Macam-macam cara kakDah cuba buat tapi tak pernah pun dapat rasa yang sama dengan buatan pakcik tu. Hah rasa aiskrim pakcik tu macam makan solero....aisnya gebu.

Setelah membuat penyelidikan melalui pembacaan di googgle, kekekekek, pakcik googgle juga yang dicari akhirnya. KakDah dapat satu kata kunci. Bancuhan air gula tu hendaklah dicampur dengan tepung jagung. Ya, serius campur tepung jagung kata mereka. Sedikit sahaja. Dan tiada amount yang tepat mengenainya. Jadi kita kenalah pepandai mengolahnya.

Setelah dua tiga kali mencuba, inilah hasil yang KakDah dapat. Rasanya hampir dengan yang pakcik tu buat.

Resepi : Aiskrim Malaysia
Oleh : KakDah

1 liter air 
2 senduk gula (secukup rasa)
1 senduk tepung jagung
20 biji asam boi merah/putih atau sebarang perisa yang korang nak

Cara-caranya.

1. Rebus air bersama gula dan asam boi hingga gula larut
2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air kemudian masukkan ke dalam periuk air gula tadi
3. Kacau hingga mendidih dan agak pekat,  tutup api dan sejukkan
4. Masukan kedalam kelongsong aiskrim dan sejukkan semalamam hingga keras. Siap.

Yang seronoknya, bancuhan air bercampur tepung ini tak akan menyebabkan air melimpah keluar dari kelongsong aiskrim semasa proses pembekuan hingga menyebabkan peti ais kotor seperti sebelum-sebelum ini.

Korang cubalah yer. Tak lama lagi cuti sekolah. Anak-anak mesti suka.

Oklah kakDah nah bersiap nak keluar ni, Nak pergi restock barang JSD. Lipstick dan pondesen yang hot dan mabeles tu dah sampai. Yayyyyy....

kbai~





Wednesday, 29 October 2014

Pengalaman Bisnes Tanpa Modal

Teks : Rapidah Ramli

Assalamualaikum semua.

 Hari ini live KakDah tulis dari dalam tren lrt sambil di temani bunyi sembangan bangla yang baru balik menyoping kot.

KakDah sebenarnya dalam perjalanan jumpa pelanggan Jamu Susuk Dara dan dia  sudah selamat mendaftar menjadi agen. Alhamdulillah. Ini bisnes yang KakDah buat sekarang. Modal berbayar.

Ada ke bisnes yang tak memerlukan modal? Auta atau fakta? wellll.....

Sebenarnya ada bisnes yang boleh kita buat tanpa mengeluarkan modal ni. Cuma kita perlu pandai mencari dan pastikan ianya benar. Korang pernah dengar 'dropship'?. Ini salah satu darinya. Kita hanya daftar, promote barang, tak kisah menggunakan medium apa, dapatkan pesanan, bayar kepada tuan punya setelah tolak komisen. Segala urusan pengeposan dan penghantaran barang akan diuruskan oleh pihak tuan punya. Mudah kan? cuma pastikan tuan punya barang masih aktif la....kalau tak nanti tak pepasal nama kita menjadi busuk.

Hah! kepada sesiapa yang nak menjadi agen dropship JSD (Jamu Susuk Dara) boleh hubungi KakDah secara wassap/telegram 013-4876247. Email : rapidahbtramli@gmail.com.

Setakat hari ni, KakDah juga membuat dropship kepada produk Celebrity Lass. Produk penghilang bau badan dalam 3 saat. Sangat berbaloi. Selain itu, KakDah juga menjual tudung yang kawan jahit, kuih-kuih frozen yang kawan buat. Ya, untuk produk-produk ini, KakDah tak keluarkan modal wang, hanya air liur promote dan sesekali menggunakan media seperti instagram dan facebook.

Kunci kejayaan adalah usaha dan kepercayaan antara kita dan pihak pengeluar.

Sekian dulu. KakDah dah sampai rumah. Laparlah pulak.  Nak buat goreng pisang cheese lah untuk minum petang ni.

kbai.

Friday, 24 October 2014

Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Google

Salam sejahtera semua. Semoga saya dan anda semua sentiasa berada didalam rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Kepada semua kawan-kawan dan pembaca sekelian,

Dosa mengumpat tidak boleh dihapuskan dengan solat, puasa sunat dan lain-lain kecuali dengan memohon maaf kepada orang yang diumpat.

Justeru itu, sempena menyambut tahun baru Maal Hijrah, KakDah menyusun jari sepuluh andaikata  ada terkata secara sengaja ataupun tidak. Malahan KakDah juga  ingin memohon maaf andaikata dalam  gurau senda, kata-kata dan tulisan  KakDah selama ini mengguris hati dan perasaan anda semua. KakDah  berharap anda semua dapat memaafkan diri ini dengan setulus hati dan penuh ikhlas.
 
Terima kasih juga kerana sentiasa hidup saling bermaafan, saling tegur menegur, saling berkongsi ilmu yang bermanfaat, agar tiada hasad dengki khianat, serta tidak sombong diri.

Selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah 1436
Semoga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati & diredhai Allah SWT.

JOM KITA BUKA BUKU BARU DALAM HIDUP KITA.

Selamat Tahun Baru Hijrah

Teks : Rapidah Ramli
Foto : ehsan dari kawan

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Selamat menyambut tahun baru hijrah 1436. Semoga segala amalan kita pada tahun lepas diterima Allah dan insyaAllah kita akan menperbaiki serta mengandakan usaha dan amalan pada tahun ini.

Imam Ibn Rajab al Hanbali, muridnya Imam Ibn Taimiyyah dan Imam Ibn Qayyim menyebut dalam kitabnya Lataifu al Ma'arif tentang kelebihan-kelebihan amalan pada bulan-bulan  dan musim yg tertentu. Imam ini menyebut tentang kepentingan dijaga amalan baik akhir tahun dan awal tahun. Sebagaimana afdalnya dijaga amalan di awal hari dan akhir hari, awal malam dan akhir malam ,diawal kehidupan dan di akhir kehidupan. Semoga sekiranya yg awal baik, yg akhir juga baik, kedua-dua  ini akan menyelimuti yg lain-lain di antara keduanya,

Jadi kita nak berdoa ke, nak baca al Quran ke, nak berzikir ke pada saat-saat awal tahun dan akhir tahun ini tidak ada larangan, doa awal tahun dan doa akhir tahun itu memang bukan ada riwayat drp Rasulullah sollalahu alaihi wassalam, ianya adalah susunan ulama dan diamalkan oleh oleh sekian banyak ulama dan solihin zaman berzaman. Memang munasabahnya sekiranya taubat kita di akhir tahun itu diterima Allah, syaitan akan kecewa, sekiranya doa awal tahun kita diterima Allah, juga syaitan akan kecewa. Walaupun dalam hal ini secara specificnya tidak ada riwayat,

Kita disuruh dalam al Quran untuk bersama dengan orang-orang yg benar, termasuk para ulama amilin dan solihin abidin, bersama itu termasuk dalam menyerupai amalan-amalan soleh mereka.
Mutakhir ini masyarakat kita dilanda wabak menolak amalan-amalan ulama dan solihan berslogan menolak bid'ah dan taqlid, tanpa disedari mereka ini mungkin sahaja dijangkiti penyakit 'we are better than scholars and 'ubbud of the past, we know and practise sunnah more than them'.

Marilah kita mengingatkan diri kita dengan tanda-tanda kebesaran Allah, antaranya perubahan malam siang, peralihan musim dan pertukaran tahun, marilah kita hidupkan masa-masa ini dengan menjadikan ianya kesempatan antara kesempatan-kesempatan untuk menghampiri diri kepada Allah.

Biarkanlah golongan yg memandang sinis pandangan ulama silam tetapi bertaqlid dgn ulama aliran mereka yg semasa dgn hujjah2 mereka, jangan biarkan mereka mempengaruhi sehingga kita terlucut peluang untuk berjinak-jinak kepada Allah dan rasul Nya dan kepada golongan solihin.
Fikirkan dan selamat beramal semua.




Sunday, 19 October 2014

Amat dan Dentist

Teks : Rapidah Ramli
Foto : galeri henpon

Salam sejahtera kepada semua. Apa khabar anda hari ini? Hari inj KakDah bersiaran langsung dari Pediatrik Pergigian Kuala Lumpur.

Oppssss...tak ada masalah besar pun. Hanya membawa Amat untuk pemeriksaan gigi berkala.

Amat mengalami masalah kerosakkan gigi yang teruk bila berumur 2 tahun. Pada masa umur tiga tahun, ianya semakin memburuk. Doktor mengambil keputusan membuang semua gigi yang rosak. Hampir keseluruhan giginya dibuang. Hanya tinggal 3 batang sahaja yg elok.

Ya Allah. Kesian tengok. Macam mana lah dia nak makan. Tapi nak buat macam mana?. Untuk kebaikkan dia juga.

Sejak dari itu, sentiasa berulang untuk pemeriksaan berkala. Kalau masa awal dahulu, setiap 3 buan sekali kena pergi.

Alhamdulillah. Hari ini Amat telah discharge, bermakna tak perlu lagi berulang ke hoapital. Kalau sakit gigi boleh pergi ke klinik biasa sahaja.

Di harap Amat akan lebih rajin menjaga kebersihan gigi selepas ini.

Sayang Amat ketat-ketat.

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design