Friday, 24 October 2014

Selamat Tahun Baru Hijrah

Teks : Rapidah Ramli
Foto : ehsan dari kawan

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Selamat menyambut tahun baru hijrah 1436. Semoga segala amalan kita pada tahun lepas diterima Allah dan insyaAllah kita akan menperbaiki serta mengandakan usaha dan amalan pada tahun ini.

Imam Ibn Rajab al Hanbali, muridnya Imam Ibn Taimiyyah dan Imam Ibn Qayyim menyebut dalam kitabnya Lataifu al Ma'arif tentang kelebihan-kelebihan amalan pada bulan-bulan  dan musim yg tertentu. Imam ini menyebut tentang kepentingan dijaga amalan baik akhir tahun dan awal tahun. Sebagaimana afdalnya dijaga amalan di awal hari dan akhir hari, awal malam dan akhir malam ,diawal kehidupan dan di akhir kehidupan. Semoga sekiranya yg awal baik, yg akhir juga baik, kedua-dua  ini akan menyelimuti yg lain-lain di antara keduanya,

Jadi kita nak berdoa ke, nak baca al Quran ke, nak berzikir ke pada saat-saat awal tahun dan akhir tahun ini tidak ada larangan, doa awal tahun dan doa akhir tahun itu memang bukan ada riwayat drp Rasulullah sollalahu alaihi wassalam, ianya adalah susunan ulama dan diamalkan oleh oleh sekian banyak ulama dan solihin zaman berzaman. Memang munasabahnya sekiranya taubat kita di akhir tahun itu diterima Allah, syaitan akan kecewa, sekiranya doa awal tahun kita diterima Allah, juga syaitan akan kecewa. Walaupun dalam hal ini secara specificnya tidak ada riwayat,

Kita disuruh dalam al Quran untuk bersama dengan orang-orang yg benar, termasuk para ulama amilin dan solihin abidin, bersama itu termasuk dalam menyerupai amalan-amalan soleh mereka.
Mutakhir ini masyarakat kita dilanda wabak menolak amalan-amalan ulama dan solihan berslogan menolak bid'ah dan taqlid, tanpa disedari mereka ini mungkin sahaja dijangkiti penyakit 'we are better than scholars and 'ubbud of the past, we know and practise sunnah more than them'.

Marilah kita mengingatkan diri kita dengan tanda-tanda kebesaran Allah, antaranya perubahan malam siang, peralihan musim dan pertukaran tahun, marilah kita hidupkan masa-masa ini dengan menjadikan ianya kesempatan antara kesempatan-kesempatan untuk menghampiri diri kepada Allah.

Biarkanlah golongan yg memandang sinis pandangan ulama silam tetapi bertaqlid dgn ulama aliran mereka yg semasa dgn hujjah2 mereka, jangan biarkan mereka mempengaruhi sehingga kita terlucut peluang untuk berjinak-jinak kepada Allah dan rasul Nya dan kepada golongan solihin.
Fikirkan dan selamat beramal semua.




Sunday, 19 October 2014

Amat dan Dentist

Teks : Rapidah Ramli
Foto : galeri henpon

Salam sejahtera kepada semua. Apa khabar anda hari ini? Hari inj KakDah bersiaran langsung dari Pediatrik Pergigian Kuala Lumpur.

Oppssss...tak ada masalah besar pun. Hanya membawa Amat untuk pemeriksaan gigi berkala.

Amat mengalami masalah kerosakkan gigi yang teruk bila berumur 2 tahun. Pada masa umur tiga tahun, ianya semakin memburuk. Doktor mengambil keputusan membuang semua gigi yang rosak. Hampir keseluruhan giginya dibuang. Hanya tinggal 3 batang sahaja yg elok.

Ya Allah. Kesian tengok. Macam mana lah dia nak makan. Tapi nak buat macam mana?. Untuk kebaikkan dia juga.

Sejak dari itu, sentiasa berulang untuk pemeriksaan berkala. Kalau masa awal dahulu, setiap 3 buan sekali kena pergi.

Alhamdulillah. Hari ini Amat telah discharge, bermakna tak perlu lagi berulang ke hoapital. Kalau sakit gigi boleh pergi ke klinik biasa sahaja.

Di harap Amat akan lebih rajin menjaga kebersihan gigi selepas ini.

Sayang Amat ketat-ketat.

Friday, 17 October 2014

Sahabat Sejati

Teks : Rapidah Ramli

Salam subuh. Selamat menunaikan solat subuh kepada semua. Sarapan apa kita pagi ini? Sebelum itu, mari kita beri sarapan kepada 'rohani' kita. 

Dalam hidup kita ni, mesti kita ada kawan kan. Auta la kalau hangpa kata tak dak kawan. Kawan ni ada beberapa kategori atau jenisnya.

Mari kita teliti kategori kawan dan fikirkan bersama kita dalam kategori yang mana.

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :
.
1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.
.
2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.
.
3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.
.
4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.
.
5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.
.
6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
.
Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."
.
7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.
.
Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)
.
Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah. Amin

Mari Menjahit Setokin Sendiri

Teks: Rapidah Ramli
Foto : Galeri Henpon

Dah lama sebenarnya KakDah berangan nak buat setokin ni. Baru hari ni tercapai hasrat di hati.
Oleh kerana Kak Dah ni penjahit amatur jer, jadi banyak aspek kena perbaiki lagi.

Apa pun bangga beb!. dapat buat setokin sendiri. Sanggup pergi beli kain semata nak buat setokin ni tau.  Ko hado??

Nak Kak Dah bagi tutorial, tak pandai la. Kak Dah pon dok baca tutorial dari blog Kak zai di sewnsell.blogspot.com. Boleh beli ebook dari Kak zai.

Korang tengok la gambar ni. Macam tak percaya saja Kak Dah berjaya membuatnya. Sepuluh minit boleh siapkan sepasang.


Sunday, 21 September 2014

Selamat datang baby A'alaullah

Teks : Rapidah Ramli
Foto : galeri henpon

Assalamualaikum semua.

Kak Dah dapat anak saudara baru. Seronok. Bau baby wangi jer. Maklum ahli syurga.

Perkenalkan baby A'alaallah binti Mohd Helmi. Alahai cik Lala tergeliat lidah mak long nak menyebutnya sayang oii!.

Bila ditanya kepada mak dan pak dia pasai apa bubuh nama susah sebut?.

Selamba ja depa jawab, " mak dan pak saudara semua pandai ngaji, makhraj huruf dah kenai, senang ja aihhh nak sebut."

"Yalah. Suka hangpa lah".

Geram sangat tengok baby ni.

Hah! Hangpa jangan nak tanya bila giliran Kak Dah pulak. Tak mau dah la. Dah tua. Laaa ni dok ingat nak mengaji ja.

Hangpa yang muda-muda ni elok la kawin awai dan beranak cepat. Nanti senang umoq tak tua sangat anak-anak dah besaq belaka.

#salam ukhwah

Tuesday, 16 September 2014

Selamat Hari Malaysia

Teks : Rapidah Ramli

Selamat hari Malaysia. Saya bangga saya anak Malaysia.


Di sini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati

Di sini tersemai cita-cita

Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan

Ke mana harus ku bawakan

Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah

Ke utara selatan, timur dan barat

Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira

Gagah menjunjung senjata

Namun hati rela berjuang

Walau dengan cara sendiri

Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Aku lah penyambung warisan...

Saturday, 13 September 2014

Cheezy Meatball

Teks : Rapidah Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.



Selasa. 9/9/2014. lokasi kejadian : food court SOGO kl.

Ceritanya kawan C cuti sebab ada appointment dengan doktor dan dia mengajak sesiapa yang ada masa terluang untuk berkumpul masa lunch. KakDah dan dua tiga orang kawan yang memang surirumah bersetuju. Bukan senang nak jumpa. Ahh..untuk makluman korang semua, ini adalah kawan-kawan sekolah rendah yang tidak pernah jumpa sejak 28 thaun yang lepas. Thanks to technology.

Kalau dilihat dari gambar diatas, tak kan semuanya surirumah? Yup. Anda betul. Surirumah hanya 4 orang sahaja. Yang lain semua nya bekerja. Dan salute kepada mereka sanggup ambil cuti separuh hari semata-mata nak jumpa kawan lama. Dan ada kawan yang dari Melaka, juga sanggup menghadirkan diri.



Kawah H membawa kek kukus. Nanti KakDah upload resepinya. KakDah pula bawa Cheesy Meatball. Dah lama teringin nak makan. Depa kata sedap. Selalu makan di IKEA, tapi KakDah tak penah pi IKEA tuk makan lagi!.


Once dapat resepi ini, terus buat. Kebetulan nak jumpa ngan kawan-kawan. Jadi terus jamu depa semualah. Alhamdulilah semua kata sedap dan minta resepi. Ada yang balik tu, terus ke supermarket nak beli bahan, nak buat.

Meh kita cikedaut resepinya.

CHEESY MEATBALL
sumber : FB resepi ringkas
Oleh : KakDah

MeatBall
Capsicum
Bawang Holland
Cendawan
Sos Carbonara
Lada Hitam
Oregano
Kepingan cheese

(Kuantiti - ikut suka korang lah nak banyak mana)

Cara : goreng meatball, bawang, cendawan dan capsicum dengan sedikit minyak (kalau boleh pakai la olive oil,)..tak perlu garing. agak separuh masak dah cukup. masukkan kedalam bekas ketepikan. Panaskan sos prego bersama separuh tin air, campurkan lada hitam dan oregano dah didih tutup api. Curah atas meatball tadi. susun cheese atasnya dan bakar. Agak-agak dalam 10-15 minit. hingga cheese mencair sahaj. Siap.

Puas makan.



 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design