Sunday, 4 May 2014

Kak Dah, Jamu Dan Sambal

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah...

Alhamdulillah, hari ini sudah 4hb rejab, lagi 56 hari akan bertemu ramadhan. Insya Allah. Anda semua dah sedia? Sudah habis membayar hutang-hutang puasa tahun lepas? Kalau belum, cepat jangan berlengah lagi.

Kali ini Kak Dah nak cerita apa yang Kak Dah buat atau kata lain niaga apa sebagai sumber pendapatan. Kalau tengok dekat pengenalan diri dulu Kak Dah ada cerita sikit-sikit apa yang Kak Dah buat kan? Tapi macam berterabur dan tak jelas apa yang Kak Dah buat. Nampak macam tak fokus sahaja.

[Kak Dah sedang mempraktikkan Bahasa Melayu Tinggi -BMT (jangan gelak) ]

Ok. Balik kepada topik asal. Apa sebenarnya perniagaan yang Kak Dah buat?

Kak Dah adalah pengedar sah Jamu Susuk Dara. Kepakaran Kak Dah membantu menghilangkan angin dalam badan, kegatalan pada muka akibat resdung, keputihan oleh anak dara dan wanita berkahwin yang menghidap masalah empat serangkai  (keputihan, longgar, berbau dan becak)





Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, insyaAllah kami di Jamu Susuk Dara amat berbesar hati untuk membantu anda mengatasinya dan kembalikan keharmonian rumah tangga anda.
Segala permasalahan anda kami akan rekod dan akan dirahsiakan. Itu janji kami, pengedar JSD. [ Macam anda berjumpa doktor, kami perlu ketahui apa masalah anda sebelum memberi cadangan produk ]. Perkara ini anda tidak akan dapat jika membeli hanya ditoko-toko jamu. Inilah keistimewaan produk JSD dan membeli dari pengedar atau agen yang sah.

Hubungi Kak Dah untuk konsultansi JSD secara  percuma :

Senarai produk JSD dan harga :

Masker Vagina   RM25/5gm
Medicated Feminine Wash RM48/100ml
Medicated Intimate Gel RM56/15ml
Minyak Ikat Kasih RM65/20ml
Medicated Deep Heat Lotion RM48/100ml
Magic Body Slim Soap RM36/100gm
Collagen Delimacious White RM100/12 sachet
Sabun Magic Seri Cahaya RM28.90/60gm
Sabun Magic Clear Sinus RM28.90/60gm
Bedak Seri Cahaya  RM36/120ml
Jamu Seri Cahaya RM48/40 biji
Berynna RM38/15 sachet
Collagen Blueberry Herbarium U-White RM78/12 sachet
Jamu Lelaki Jutawan - RM65/60 biji
Jamu Pengantin Dara RM65/10 biji
Jamu Aku Dara RM48/40 biji
Coklat Love Habibi RM48/30gm
Jamu Jalinan Cinta RM48/40 biji


Email : rapidahbtramli@gmail.com
sms/whatsapp: 013-4876247

atau  isi borang tempahan KLIK SINI



Kak Dah juga agen menjual Sambal Hijau Sedap keluaran Heritage, produk 100% bumiputera. Hanya RM10 sebotol. (tak termasuk postage)

Sambal hijau ini amat memudahkan kerja kita sebagai suri rumah. Bagi peminat makanan pedas inilah lawannya. Senang, mudah dan ringkas. Boleh dimakan begitu sahaja bersama lauk ikan goreng atau telo dadar atau yang rajin lagi boleh dimasak dalam pelbagai masakan melayu. Hampir semua masakan kita boleh olah dengan hanya menambah masuk sesudu sambal hijau didalam masakan anda.


Email : rapidahbtramli@gmail.com
sms/whatsapp: 013-4876247

atau  isi borang tempahan KLIK SINI

Wednesday, 30 April 2014

Perjalanan yang jauh dan terberat

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah.

Kemanakah nak di tuju? Kenapa berat? Susah sangat ker perjalanan ni? Mari kit alihat, apa yang dikatakan dengan perjalanan yang jauh ini.




Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Ramai orang kaya tidak mampu mengerjakannya yang sehari lima kali, bahkan banyak pula yang sekali seminggu pun (solat Jumaat) terlupa.
Tidak kurang juga seumur hidup tidak pernah pergi ke sana.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Orang pintar dan bijak pandai pun sering tidak mampu menemukannya.
Mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti di Eropah dan Amerika.Dapat melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dengan semangat yang tinggi.
Betapa sedihnya, ke masjid tetap juga menjadi perjalanan yang tidak mampu mereka tempuhi walau telah bergelar Profesor ataupun Doktor.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Para pemuda yang kuat dan berbadan sihat, mampu menaklukkan puncak gunung Kinabalu, Merapi mahupun Kalimanjaro pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid. Alasan mereka pun bermacam-macam,ada yang berkata inshaAllah, ada yang kata sekejap lagi, ada yang berucap tidak selesa dipanggil orang warak.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Maka berbahagialah dirimu wahai anakku. Bila sedari kecil kamu telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid.
Kerana bagi kami, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yang paling kami banggakan selain perjalananmu ke masjid.
Biar ku beritahu rahsia kepadamu,hakikatnya perjalanan mu ke masjid adalah perjalanan untuk menjumpai Rabb mu, bukankah masjid itu rumah Allah?
Inilah perjalanan yang diajarkan oleh Rasulullah saw,serta perjalanan yang akan membezakan kamu dengan mereka yang lupa akan Rabbnya.

Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah perjalanan ke masjid.
Lakukanlah walau kita harus merangkak dalam gelap subuh demi mengenal Rabb mu kerana hanya inilah satu-satunya jalan petunjuk yang Rasulullah saw sabdakan yakni Sunanul Huda (jalan kejayaan hanya solat berjemaah di masjid)

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid. Betul tak???

*Hidup adalah pilihan. Kita lah yang berhak untuk memilih apa yang terbaik untuk kita lalui.
posted from Bloggeroid

Sahabatku..

Teks : Rapidah Ramli
Gambar : Ehsan dr En. Goggle




 
Mohon kepada gadis-gadis dan juga para abang-abang baca post ni sampai habis.

Saat memandang kain sempit mu, seluar ketat mu, baju sendat mu, tudung singkat mu, solat dan ibadahmu.

Aku ingin sekali menegurmu.

Namun. Sering saja terkaku.

 Rasa tak mampu. Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur.

Jauh di sudut hati terasa bimbang.

Aku bimbang di akhirat kelak. Kau akan mempersoalkan aku.

 "Kau sahabat aku. Kenapa kau tak tegur aku dulu?"

" Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan? Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan?"

" Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu?"

" Kenapa kau tak guna untuk bantu aku? Kau tunggulah di akhirat kelak. Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku."  Allahu.

Sahabat.

 Begini lah cara aku menegur mu.

Dengan post kecil ini. Hari ini.

Sekurang - kurangnya. Bila aku di soal Dia di akhirat nanti.

Tentang apa yang aku lakukan untuk sahabatku. Aku boleh jawab bahawa. "Aku telah menegur mereka. Dengan post kecil ku ini.

Dan dengan selemah - lemah iman ku, Iaitu mendoakan mereka dari jauh.


posted from Bloggeroid

Rejab - Bulan Pengampunan

Teks : Rapidah Ramli
Sumber :Syarifah Nur'aysiqin Al Yahya
 


Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah kita masih bernafas hingga hari ini dan diberi peluang untuk bertemu bulan rejab lagi. Insya Allah.

Rasanya ramai dah tahu mengenai amalan-amalan dibulan ini kan? Bagi yang tak ingat tau masih rabun-rabun ayam, tak apa, tak apa. Kita sama-sama belajar. Mari kita lihat amalan-amalan yang dianjurkan pada bulan ini.

Antara amalan² yang dianjurkan;

◆ Puasa.
- Kalau tak mampu buat semua, jangan ditinggalkan semua.

- Boleh puasa pada Isnin & Khamis atau 13, 14 & 15hb Rejab ini -bersamaan 13, 14 & 15hb Mei.

* 13, 14 & 15 dikenali sebagai hari² putih setiap bulan hijrah. Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan berpuasa juga pada hari Jumaat jika hari itu jatuh pada hari² putih tersebut. Ini hanyalah anjuran daripada saya bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari sepanjang bulan Rejab. Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam kitab As-Syamail tentang hari puasa sunat. Wa Allahu a'lam. Yang penting --> puasa ツ.

◆ Istighfar.
- Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat² dianjurkan".

••► Penghulu istighfar;

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

✿ Kelebihannya: Sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu SIANG dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk petang maka dia termasuk golongan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu MALAM dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk pagi maka dia termasuk golongan ahli syurga.
~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah.

••► Atau boleh juga amalkan istighfar ini;

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وتُبْ عَلَيَّ
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.

* Baca Subuh & Asar sebanyak 70x setiap hari.
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus حفظه الله).

◆ Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali atau lebih setiap hari.

◆ Membaca Al-Quran, perbanyakkan berdoa & lain² amalan soleh.

Alhamdulillah atas ni'mat Islam & Iman yang Allah anugerahkan pada kita di mana dengan 2 ni'mat itulah, amalan di atas menjadi bermakna & mendapat ganjaran pahala di sisi Allah yang Maha Mulia.











Sudah hampir BULAN PESTA IBADAH -RAMADHAN-. Semoga kita sempat bersua dengannya, amin.




posted from Bloggeroid

Wednesday, 23 April 2014

Ulasan kelas asas blog online

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah.

Lama rasanya tak bersiaran. Rindu. Selama ini hanya catat di buku nota sahaja. Hari ini Allhamdulillah, Allah telah kembalikan nikmat kesihatan dan kelapangan masa. Oleh sebab nota ini dah terperap di dalam draft dah lama, jadi Kak Dah mulakan entri kali ini dengan ulasan kelas ye.

Aikk? Nak kena bagi ulasan kelas bagai? Hehehe.

Mesti korang semua tertanya kenapa kak Dah nak berblog? Ikut orang lah tu? Orang berblog dia pun nak berblog.

Well, (chewah). ada betulnya. Sebelum ni memang membuak-buak rasa didada nak membuat blog. Ini kerana Kak Dah memang suka menulis diari, dan membaca buku cerita. Konon kalau ada blog bolehlah menulis berbagai-bagai. yang penting, ianya tak akan hilang (kalu tak kena hack la kan). Malangnya, jadi surirumah tanpa pengetahuan luas dan jaringan kekawan yang banyak memang susah. Pendam jer la.

Tahun 2012 kalau tak silap, teruja dengan blog seorang member. Google dan godek dan tanya member. (dia pun cuma cakap "alah ko godek-godek jer, tak tau tanya google. Aku pun buat macam tu je").  Bolehlah. Siaplah juga blog tu. Tapi biasalah syok sendiri. Macam adik cakap "alah, yng datang melawat blog ko tu, ko sorang jer lah?". Cisss! sungguh tidak memberi sokongan.

Tambah pula masa mengajar di tadika dahulu. Terfikir dalam hati. Seronok kalau ragam anak-anak syurga ini dirakam dan di satukan cerita mengenai mereka. Cemburu jer bila tengok ada tadika yang dah membuat blog mereka sendiri. Saya pun nak buat juga!

Usul dibentang kepada guru besar. Katanya, 'if you know how to do it, yes you may preceed'. Wah! Cabaran ni. Mana boleh tak sahut. Pantang dicabar tau.(padahal nak buat pun tak tahu)  Maka terbinalah satu blog tadika yang sekarang ini Kak Dah pun dah lupa apa passwordnya. Secara dasarnya, hanya sebuah blog yang di buat secara semborono tanpa panduan dari orang yang lebih tahu, tanpa guru yang mengajar memang sesat. Hahaha. Walaupun bentuk blog tu ada tetapi isi kandungannya hancur dan carca marba. (err ada ke isi kandungan? rasa macam banyak gambar jer? hehehehe - itu jer yang tahu)



Dalam tercari-cari orang yang boleh membimbing cara-cara membuat blog dengan betul, ternampak post seorang kawan dalam facebook mengenai WHAM, SOHO DAN KELAS ASAS MEMBUAT BLOG SECARA ONLINE.  Awal tahun ini, 2014, dia dah mula memberi hint. Kalau selama ini dia post mengenai produk, sedikit demi sedikit dia post mengenai aspirasi. hari-hari aspirasi. Kemudian nampak sikit apa dia aspirasi yang dikatakan. Ok. tak pe lagi. One fine day, dia post mengenai kelas blog online, terus contact dan membuat pembayaran tanpa memikir panjang. Tak  menyesal?. Rasanya tak. Sebab ini lah yang saya cari selama ini. Bertahun. Hanya orang yang mengalaminya sahaja dapat memahaminya.


Bermula saat itu, jadilah Kak Dah penuntut dialam maya. Walau ada pengalaman membuat blog secara sendiri, tetapi dengan adanya seorang guru, memang berlainan sekali. Selama ini kita buat ikut suka hati kita, tapi kali ini ada pembimbing yang boleh beritahu mana salah silap kita. Boleh memberi semangat disaat kita merasa susah untuk siapkan tugasan.

Kelas yang dijalankan memang 100% online. tak perlu keluar dari rumah. Tak perlu isi minyak kereta. Tak perlu bayar parking. Boleh dimulakan bila-bila masa yang kita sudah sedia. Masa yang fleksibel dan segala tunjuk ajar, tips dan pertanyaan berlangsung secara maya. Ianya memang memang kelas untuk mereka yang benar-benar tak tahu untuk bermula (zero knowledge) atau sudah pun bermula tapi mahu berjaya lagi.

Segalanya dilakukan secara online dan mengikut flexibility masa kita. Jalan dah ada, kenderaan pun dah ada. Kita hanya perlu isi minyak dan terus pandu. Yakin diri kita juga boleh buat. Tiada istilah terlewat untuk belajar atau untuk memajukan diri.

Bagi Kak Dah, kelas ini memang amat memuaskan. Sebab kita akan dibimbing,. Bukan dibiar lepas setelah kita menyertainya. Memang, kita dapat membuatnya sendiri dengan bantuan En Google, tapi bolehkah En Google tu beri kita semangat bila kita down? beri kita tunjuk ajar dalam sesetengah perkara?.Beritahu apa yang perlu dan apa yang tidak boleh? Boleh mendoakan kita ke?.Heiii! Doa guru perlu tau untuk kita berjaya dengan ilmunya. (Bagi yang tak tau la).

Bergabung pula dengan ramai lagi usahawan dan blogger ini juga menambah kenalan dan ilmu. Semua maklum, Kak Dah cuma suri rumah dari awal. Tugas selama ini hanya lah, hantar anak, kemas rumah, masak, ambil anak sekolah, hantar anak sekolah agama, ambil anak sekolah, hantar mengaji dan seterusnya. What a boring life kata orang. Tapi dicelahnya banyak rencah hidup yang boleh dikongsi. Di saat senggang selalu membaca buku-buku dan novel. Berangan untuk menjadi novelis dan penulis. Dulu selalu menulis dalam buku. Berangan.

Bila anak-anak dah besar, ada terfikir nak keluar bekerja. Tapi bila difikir lagi sekali macam tak relevan jer. Sebab utama faktor umur, kedua dah biasa bebas ikut suka bila nak buat kerja atau nak buat apa. Nak pergi bercuti pun boleh bila-bila masa. Ketiga, walau anak-anak dah besar, tak biasa tinggalkan mereka untuk uruskan diri tanpa pemantauan.Terutama bab makan mereka.

Alhamdulillah, keputusan menyertai kelas asas blog online ini amat, amat bersyukur. Tak tahu nak tulis ayat apa nak gambarkannya. Masih lagi belajar, kerana ilmu yang ada amat sedikit, masih banyak lagi ilmu nak di pelajari. Insya Allah akan cuba diperbaiki lagi dengan bimbingan guru. Sedikit perlahan kerana kekangan masa.

Wah! Bajet bizi bangat Kak Dah ni kan. Bukan apa, Kak Dah perlukan masa yang lama untuk meneliti sesuatu yang baru belajar. Maklum dah berusia dan sel-sel otak pun dah mula kurang berhubung. Nak kena makan susu yang ada ganglioksida ni (betul ke ejaan). Buat masa ini masih  sibuk dengan anak-anak yang berpindah sekolah dan yang nak menghadapi UPSR. Jugasibuk membuat persiapan adik nak kahwin bulan depan. Ini semua memakan masa.


Sekiranya kita konsisten dan fokus menghabiskan tugasan, maka cepatlah kita bergraduasi.. :) Dan cepat jugaklah kita mengorak langkah seterusnya untuk lebih berjaya.

Kak Dah  lewat sikit nak grad ni. Hehehehe. Tak payah la nak ulas bagi alasan komitment keluarga bagai. Semuanya terletak pada diri dan kesungguhan masing-masing. Kannnn? (Ye ke? tu kat atas macam dah ulas jer pun?)
 
Jom para kenalan semua, tak kira anda bekerja atau surirumah sepenuhnya, kita semua hebat. Anda juga boleh bermula dan berjaya.
 

=====

Sertai Kelas Asas Blog Online sekarang : http://rapidahramli.blogspot.com/p/kelas-online.html
 

=====

Malas atau tiada masa untuk bina blog? Hubungi saya. Saya siapkan blog anda. 



 Email : rapidahbtramli@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0134876247
 

 posted from Bloggeroid

Friday, 18 April 2014

Kecil Yang Besar

Teks : Rapidah Ramli
Sumber : Majalah Solusi isu 67

Apa yang kecil?

Apa yang besar?

DOSA.

Ya Dosa. Dosa ada kecil, ada besar. Rasanya semua orang tahu itu. TAPI pernah terfikir tak ? Dosa kecil itu sebenarnya tidak kecil.  Kita selalu memandang enteng tentang perkara ini.

"Alah, dosa kecil akan terhapus dengan membuat banyak perkara sunat." Ya ka?.

"Alah, nanti aku taubatla. Allah kan maha pengampun." Konpem ke? Yakin sempat taubat sebelum mati?

Rasulullah s.a.w mengingatkan: "Berwaspadalah kamu dengan remeh temeh dosa kerana perkara itu akan bertompok-tompok pada seseorang sampailah membinasakannya" (Riwayat Ahmad)

Dosa kecil boleh jadi  bahayanya lebih besar daripada dosa besar. Mana tidaknya, kita cenderung meremehkan dosa kecil kerana kecilnya dosa itu. Lalu kita ulanginya lagi dan lagi. Pada saat itu kita merasakan yang dosa itu biasa-biasa sahaja. Walhal dosa tetap dosa. Akhirnya tiada lagi rasa menyesal atau ralat, apatah lagi untuk berfikir untuk berhenti melakukannya.

Walhal mukmin bukan begitu perangainya. Ibn Mas'ud berkata: "Sesungguhnya orang mukmin melihat dosanya seperti dia sedang berada di kaki gunung, bimbang sangat akan runtuh menimpanya. Seorang fajir melihat dosanya seperti lalat yang terbang dihidungnya sahaja". (Riwayat Al-Bukhari) [wikipedia: fajir=kafir].

Syaitan tidaklah bebal untuk mengoda orang baik-baik dengan dosa besar. Sebaliknya syaitan akan umpan dengan perkara remeh temeh.

"Aku, solat berjemaah tak pernah lewat, kuliah pengajian tak pernah tinggal, tidak mengapalah buang sampah merata, parkir kereta ikut suka!"

Dosa kecil akan menjadi dosa besar jika dilakukan berterusan. TAK PERCAYA?

Malangnya kita tidak sedar. Kita mudah tertipu dengan nilai satu persatu sesuatu perkara tetapi JARANG mengira nilai keseluruhannya. Memang berhutang 10 sen sehari, sedikit. Namun kalau setahun dah jadi berapa? Dua, tiga, empat tahun pula? Inikan pula sampai tua?

Mukmin sebenar seorang yang kritis dengan dirinya. Dia lebih merasakan amal baiknya kurang malah keterlanjurannya lebih banyak. Demikianlah Rasulullah. Tidak kurang 70 kali baginda memohon ampun kepada Allah setiap hari.

Ibn Mas'ud pernah berkata: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan-perbuatan yang ada pada mata kamu bagaikan bulu sahaja sedangkan pada masa nabi kami menganggapnya sebagai pemusnah!" (Riwayat Al Bukhari)

Sebenarnya kita melakukan dosa kecil bukan kerana kecilnya dosa itu. Sebaliknya kerana kecilnya iman dan rasa malu kita kepada Allah yang maha besar.

Teringat pesan lama: "Jangan melihat pada kecilnya dosa, tetapi lihatlah pada besarnya Dia yang kita berdosa"




Jom Sertai ABDR
 
Hubungi penulis :

 Email : rapidahbtramli@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0134876247
 

Thursday, 17 April 2014

Kisah Di Hari Khamis

Teks : Rapidah Ramli



Assalamualaikum. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Hari ini Kak Dah mengepos entri langsung dari Kolej Vokasional Gombak. Cuaca yang sangat baik hari ini redup dengan awan hitam tanda hujan akan turun bila-bila masa. ( Eh! Korang baca intonasi seperti pembaca berita tau).

Apa Kak Dah buat di Kolej Vokasional? Sambung belajaq ka? Daftar anak? Anak yang mana? Atau nak jumpa Pengarahnya yang hensem?

Khikhikhikhikhi.

Spekulasi la korang. Agak-agak la. Kalau Kak Dah buat semua benda di atas tu, macam mana pula Kak Dah boleh menulis entri ni. Jawapannya sudah tentulah Kak Dah sekarang sedang menunggu di tepi jalan dalam kereta. Tak tahu nak buat apa. Baik tulis sesuatu.

Hari ini satu hari Kak Dah berkeliaran di Kuala Lumpur. Rumah masuk sekejap kemudian keluar balik. Semuanya gara-gara Along mendapat panggilan temuduga ke UiTM pada hari sabtu ni. Jadi sempena dia cuti kerja hari ini, tu yang kalut siapkan semua dokumen yang perlu. Paling susah dalam semua dokumen yang perlu ada ialah SURAT BERANAK ibu dan bapa. Huh! Cari keliling rumah. Tak jumpa Kak Dah punya. Rasa dulu ada buat baru. Telifon mak tanya ada tak kat umah mak. Nasib baik mak cakap ada. Kanda punya pula memang kena buat baru la. Dah hancur. Jenuh berselotape. Nasib baik pagi tadi Kak Dah boleh mohon yang baru untuk dia.

Sekarang ni tengah tunggu Along wat pengesahan salinan di Sekolah lama. Masa dia baru masuk sekolah ni namanya Sekolah Menengah Teknik Gombak. Setahun kemudian di tukar kepada Kolej Vokasional Gombak.

Cepatnya masa berlalu. Ingat lagi masa dia masuk daftar dua tahun lepas. Pun kalut juga. Dah dapat panggilan masuk sessi pertama tak jawab. Bila dah akhir sessi kedua baru cakap nak masuk. Nasib baik rayuan diterima. Dah masuk, hal lain pula. Cenggeng. Bila telefon jer nangis ingat umah. Setiap dua minggu sekali akan balik, tapi untuk minggu yang tak balik, kami kena pergi ziarah dia. Ada jer benda yang dia nak. Tak cukup itu. Tak cukup ini. Nak itu. Nak ini. Ikutkan jugak la. (Tak boleh nak keluar asrama sebab Kak Dah dah tetapkan syarat nak masuk dulu. Kalau nak tukar sekolah duduk asrama. Jangan merengek nak keluar walau bagaimana di dera oleh senior). Hehehehe. Jadi soalan nak keluar asrama nak berulang alik dr rumah ke sekolah tidak boleh dibicara.

Jika direnung kembali, tiap minggu kami ke Gombak melawat dia. Minggu balik berjemput dan berhantar. Minggu tak boleh balik, kami kesana berkelah. Masak dirumah, bawa dengan periuk nasi kesana. Makan ramai-ramai di kantin.

Itu belum cerita, dia selalu mc. Kena sengat tebuan. Bengkak kaki. Kena gigit tah binatang apa. Bengkak badan. Terseliuh kaki sebab bersilat. Dan macam-macam lagi.

Bekalan makanan junk food jangan ceritalah. Tiap minggu ada jer order barang. Rasa macam buka kedai runcit pula. Kena restock barang tiap minggu.

Kiranya Along adalah last batch spm di sekolah ini. Dan alhamdulillah keputusan untuk spm 2013 adalah yang terbaik.

Lepas ini, Kak Dah rancang nak pergi rumah mak sekejap. Kemudian kalau sempat nak ke Jalan TAR. Nak cari kain. Ada projek baru. Dah masuk file sulit. Syyyyy. Semangat tengah membara. Tungguuuuuu.

Oh ya...takziah kepada keluarga Karpal Singh yang meninggal dalam kemalangan pagi tadi dan keluarga murid tahun lima yang jatuh kedalam longkang dan hanyut ke sungai petang semalam.

Kejadian berlaku tak jauh dari rumah. Memang petang semalam hujan lebat turun selama sejam. Kebiasaannya kalau hujan begitu, air sungai mesti melimpah dan naik tinggi. Ceritanya kata nak ambil bola takraw yang jatuh kedalam longkang.



Tapi, malang tak berbau. Tergelincir lalu masuk kedalam longkang. Arus air pula laju. Langsung terus masuk kedalam sungai.







Hingga pagi tadi rasanya belum jumpa lagi sebab nampak orang-orang JPAM berada di sepanjang laluan sungai tersebut. Polis dan JPAM pun nampaknya masih berkampung di tempat kejadian.

Mudah-mudahan budak tersebut dapat dijumpai segera dan selamat. Walau keadaan mengatakan sebaliknya. Tapi kita tak tahukan, segalanya dengan kuasa Allah. Jika belum ajal, pasti masih bernyawa walau apa yang melanda. Aamiin. Aamiin yra.

Jenuh juga yer menulis guna tab ni. Tapi best. Tak payah nak tunggu malam, bila pc kosong baru boleh masuk entri. Jumpa lagi.


Salam sayang
Rapidah Ramli
Diari WAHMpreneur
posted from Bloggeroid
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design