Friday, 18 April 2014

Kecil Yang Besar

Teks : Rapidah Ramli
Sumber : Majalah Solusi isu 67

Apa yang kecil?

Apa yang besar?

DOSA.

Ya Dosa. Dosa ada kecil, ada besar. Rasanya semua orang tahu itu. TAPI pernah terfikir tak ? Dosa kecil itu sebenarnya tidak kecil.  Kita selalu memandang enteng tentang perkara ini.

"Alah, dosa kecil akan terhapus dengan membuat banyak perkara sunat." Ya ka?.

"Alah, nanti aku taubatla. Allah kan maha pengampun." Konpem ke? Yakin sempat taubat sebelum mati?

Rasulullah s.a.w mengingatkan: "Berwaspadalah kamu dengan remeh temeh dosa kerana perkara itu akan bertompok-tompok pada seseorang sampailah membinasakannya" (Riwayat Ahmad)

Dosa kecil boleh jadi  bahayanya lebih besar daripada dosa besar. Mana tidaknya, kita cenderung meremehkan dosa kecil kerana kecilnya dosa itu. Lalu kita ulanginya lagi dan lagi. Pada saat itu kita merasakan yang dosa itu biasa-biasa sahaja. Walhal dosa tetap dosa. Akhirnya tiada lagi rasa menyesal atau ralat, apatah lagi untuk berfikir untuk berhenti melakukannya.

Walhal mukmin bukan begitu perangainya. Ibn Mas'ud berkata: "Sesungguhnya orang mukmin melihat dosanya seperti dia sedang berada di kaki gunung, bimbang sangat akan runtuh menimpanya. Seorang fajir melihat dosanya seperti lalat yang terbang dihidungnya sahaja". (Riwayat Al-Bukhari) [wikipedia: fajir=kafir].

Syaitan tidaklah bebal untuk mengoda orang baik-baik dengan dosa besar. Sebaliknya syaitan akan umpan dengan perkara remeh temeh.

"Aku, solat berjemaah tak pernah lewat, kuliah pengajian tak pernah tinggal, tidak mengapalah buang sampah merata, parkir kereta ikut suka!"

Dosa kecil akan menjadi dosa besar jika dilakukan berterusan. TAK PERCAYA?

Malangnya kita tidak sedar. Kita mudah tertipu dengan nilai satu persatu sesuatu perkara tetapi JARANG mengira nilai keseluruhannya. Memang berhutang 10 sen sehari, sedikit. Namun kalau setahun dah jadi berapa? Dua, tiga, empat tahun pula? Inikan pula sampai tua?

Mukmin sebenar seorang yang kritis dengan dirinya. Dia lebih merasakan amal baiknya kurang malah keterlanjurannya lebih banyak. Demikianlah Rasulullah. Tidak kurang 70 kali baginda memohon ampun kepada Allah setiap hari.

Ibn Mas'ud pernah berkata: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan-perbuatan yang ada pada mata kamu bagaikan bulu sahaja sedangkan pada masa nabi kami menganggapnya sebagai pemusnah!" (Riwayat Al Bukhari)

Sebenarnya kita melakukan dosa kecil bukan kerana kecilnya dosa itu. Sebaliknya kerana kecilnya iman dan rasa malu kita kepada Allah yang maha besar.

Teringat pesan lama: "Jangan melihat pada kecilnya dosa, tetapi lihatlah pada besarnya Dia yang kita berdosa"




Jom Sertai ABDR
 
Hubungi penulis :

 Email : rapidahbtramli@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0134876247
 

Thursday, 17 April 2014

Kisah Di Hari Khamis

Teks : Rapidah Ramli



Assalamualaikum. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Hari ini Kak Dah mengepos entri langsung dari Kolej Vokasional Gombak. Cuaca yang sangat baik hari ini redup dengan awan hitam tanda hujan akan turun bila-bila masa. ( Eh! Korang baca intonasi seperti pembaca berita tau).

Apa Kak Dah buat di Kolej Vokasional? Sambung belajaq ka? Daftar anak? Anak yang mana? Atau nak jumpa Pengarahnya yang hensem?

Khikhikhikhikhi.

Spekulasi la korang. Agak-agak la. Kalau Kak Dah buat semua benda di atas tu, macam mana pula Kak Dah boleh menulis entri ni. Jawapannya sudah tentulah Kak Dah sekarang sedang menunggu di tepi jalan dalam kereta. Tak tahu nak buat apa. Baik tulis sesuatu.

Hari ini satu hari Kak Dah berkeliaran di Kuala Lumpur. Rumah masuk sekejap kemudian keluar balik. Semuanya gara-gara Along mendapat panggilan temuduga ke UiTM pada hari sabtu ni. Jadi sempena dia cuti kerja hari ini, tu yang kalut siapkan semua dokumen yang perlu. Paling susah dalam semua dokumen yang perlu ada ialah SURAT BERANAK ibu dan bapa. Huh! Cari keliling rumah. Tak jumpa Kak Dah punya. Rasa dulu ada buat baru. Telifon mak tanya ada tak kat umah mak. Nasib baik mak cakap ada. Kanda punya pula memang kena buat baru la. Dah hancur. Jenuh berselotape. Nasib baik pagi tadi Kak Dah boleh mohon yang baru untuk dia.

Sekarang ni tengah tunggu Along wat pengesahan salinan di Sekolah lama. Masa dia baru masuk sekolah ni namanya Sekolah Menengah Teknik Gombak. Setahun kemudian di tukar kepada Kolej Vokasional Gombak.

Cepatnya masa berlalu. Ingat lagi masa dia masuk daftar dua tahun lepas. Pun kalut juga. Dah dapat panggilan masuk sessi pertama tak jawab. Bila dah akhir sessi kedua baru cakap nak masuk. Nasib baik rayuan diterima. Dah masuk, hal lain pula. Cenggeng. Bila telefon jer nangis ingat umah. Setiap dua minggu sekali akan balik, tapi untuk minggu yang tak balik, kami kena pergi ziarah dia. Ada jer benda yang dia nak. Tak cukup itu. Tak cukup ini. Nak itu. Nak ini. Ikutkan jugak la. (Tak boleh nak keluar asrama sebab Kak Dah dah tetapkan syarat nak masuk dulu. Kalau nak tukar sekolah duduk asrama. Jangan merengek nak keluar walau bagaimana di dera oleh senior). Hehehehe. Jadi soalan nak keluar asrama nak berulang alik dr rumah ke sekolah tidak boleh dibicara.

Jika direnung kembali, tiap minggu kami ke Gombak melawat dia. Minggu balik berjemput dan berhantar. Minggu tak boleh balik, kami kesana berkelah. Masak dirumah, bawa dengan periuk nasi kesana. Makan ramai-ramai di kantin.

Itu belum cerita, dia selalu mc. Kena sengat tebuan. Bengkak kaki. Kena gigit tah binatang apa. Bengkak badan. Terseliuh kaki sebab bersilat. Dan macam-macam lagi.

Bekalan makanan junk food jangan ceritalah. Tiap minggu ada jer order barang. Rasa macam buka kedai runcit pula. Kena restock barang tiap minggu.

Kiranya Along adalah last batch spm di sekolah ini. Dan alhamdulillah keputusan untuk spm 2013 adalah yang terbaik.

Lepas ini, Kak Dah rancang nak pergi rumah mak sekejap. Kemudian kalau sempat nak ke Jalan TAR. Nak cari kain. Ada projek baru. Dah masuk file sulit. Syyyyy. Semangat tengah membara. Tungguuuuuu.

Oh ya...takziah kepada keluarga Karpal Singh yang meninggal dalam kemalangan pagi tadi dan keluarga murid tahun lima yang jatuh kedalam longkang dan hanyut ke sungai petang semalam.

Kejadian berlaku tak jauh dari rumah. Memang petang semalam hujan lebat turun selama sejam. Kebiasaannya kalau hujan begitu, air sungai mesti melimpah dan naik tinggi. Ceritanya kata nak ambil bola takraw yang jatuh kedalam longkang.



Tapi, malang tak berbau. Tergelincir lalu masuk kedalam longkang. Arus air pula laju. Langsung terus masuk kedalam sungai.







Hingga pagi tadi rasanya belum jumpa lagi sebab nampak orang-orang JPAM berada di sepanjang laluan sungai tersebut. Polis dan JPAM pun nampaknya masih berkampung di tempat kejadian.

Mudah-mudahan budak tersebut dapat dijumpai segera dan selamat. Walau keadaan mengatakan sebaliknya. Tapi kita tak tahukan, segalanya dengan kuasa Allah. Jika belum ajal, pasti masih bernyawa walau apa yang melanda. Aamiin. Aamiin yra.

Jenuh juga yer menulis guna tab ni. Tapi best. Tak payah nak tunggu malam, bila pc kosong baru boleh masuk entri. Jumpa lagi.


Salam sayang
Rapidah Ramli
Diari WAHMpreneur
posted from Bloggeroid

Wednesday, 16 April 2014

Bengkel Branding Yourself & Business Strategies

Teks : Rapidah Ramli

Alhamdulillah Kak dah  telah dapat hadir di Bengkel Branding Yourself & Business strategies ini yang diadakan di Kuala Lumpur pada 6hb april lalu. Pelbagai petua, tip dan resepi yang diajar oleh Guru Puan Nisa Nua untuk menjadi lebih berjaya. Bagusnya semua kita boleh buat hanya dirumah. Tak perlu nak meredah kesesakan jalan raya. Terkocoh-kocoh mengejar punch card. Anak-anak  boleh membesar di depan mata.

Jika selama ini tak tahu nak mula dari mana, apa kata mari kita mulakan dengan menghadiri Bengkel yang amat bermanfaat ini.

Jika selama ini tak tahu nak buat apa, disini kita akan diajar untuk mengenali potensi yang ada dalam diri kita.

Jika selama ini tak tahu bagaimana nak berbisnes, disini kita akan diajar bagaimana nak melakarkan bisnes anda.

"Jangan takut untuk berubah"
"Hidup kita dalam genggaman kita"
"Cipta pintu baru jika tiada yang boleh diketuk"

Sentap mendengar kata-kata guru Nisa Nua. Baru tersedar, bila bertindak tanpa guru memang kita akan sesat. Selama ini hanya buat untuk syok sendiri sahaja. Main redah tanpa bimbingan guru. Banyak masa terbuang begitu sahaja.

Kata Guru Puan Nisa Nua, "Bengkel selepas ini akan diadakan di Kota Bahru. Itu yang terakhir. Tidak akan ada lagi dah bengkel tu"

Rebut Peluang!

Bengkel terakhir di Kota Bahru 26/4/2014
Hanya Rm150 sahaja. Makanan dan minuman disediakan.

>>>DAFTAR SEKARANG<<< KLIK  SINI
Whatsapp 013-4876247



Rapidah Ramli
Diari WAHMpreneur

Tuesday, 15 April 2014

Belasungkawa - Tuan Guru Abdul Aziz B Shafie (Baba Aziz)

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah. Alhamdulillah. Hari ini Kak Dah dapat menulis entri pada waktu siang. Tak lah tersengguk-senguk menongkat biji mata bila menulis macam  pada waktu malam. Eh! salah. Menaip bukan menulis.

Kali ini Kak Dah nak cerita pasal bapa rohani. Bukan, bukan. Kak Dah bukan nakcerita pasal bapa kepada kawan yang bernama Rohani. Tak dak pun kawan nama Rohani. Maksud sini ialah guru yang mendidik rohani kita kearah Allah. Adapun ayah yang dibintikan kepada nama kita itu adalah ayah jasmani. Kalau ayah jasmani ini membimbing kita kearah jalan menuju Allah dia juga merupakan ayah rohani kita. Bermakna setiap kita mempunyaai dua orang ayah, iaitu ayah jasmani dan ayah rohani. Ini adalah kata-kata yang diucapkan oleh Ust Fuad Kamaludin.

Kak Dah kenal Tuan Guru ni selepas kehilangan abah dan abah mertua. Sungguh cantik aturan Allah. Disaat kami bersedih atas kehilangan abah, dia hantar Baba (pangilan kami kepada Tuan Guru).  Melalui Baba lah kami mula didekatkan dengan amalan tarikat, mendalami ilmu tasawwuf. Allahu Akhbar. Banyak memori kami dengan Baba. Selain guru yang mendidik jiwa kami kepada Allah, beliau juga bertindak seperti ayah kepada kami. Setiap salah dan silap kami ditegur dengan begitu halus. Sabar melayan karenah kami yang pada mulanya begitu jahil dan tercari-cari dalam beragama.

Baba memang dah lama mengidap kencing manis. Setiap kali turun ke Kuala Lumpur kami akan pastikan dia mendapat rawatan dan makan makanan yang sesuai untuk penyakitnya. Baba akan turun  ke Kuala lumpur setiap tiga bulan sekali atau bila perlu. Dia akan memberi kami amalan bacaan untuk dilakukan dalam tempoh waktu tertentu. Datang untuk memeriksa samada kami perlu untuk tambah atau harus melanjutkan tempoh bacaan pada jumlah yang sama lagi. Sehinggalah kami sebati dengan semua amalan-amalan tersebut.

Bukan senang untuk mujahadah dan istiqamah dalam beramal. Alhamdulillah dipertemukan dengan guru murobbi yang betul-betul dapat membimbing.

Pada hari khamis,3hb April 2014 kami mendapat mesej mengatakan Baba sakit dan ada di Hospital Kubang Kerian, Kelantam. Petangnya pula mesej mengatakan, Baba dimasukkan ke wad kerana jangkitan pada pundi kencing, luka di kaki akibat kencing manis juga semakin teruk. Allah. Kami di Kuala Lumpur hanya dapat mendoakan agar Baba diberi kesembuhan. Hari sabtu, datang mesej kata Baba tak sedar. Hari ahad, Baba sedar tak Sedar. Dan malamnya kami menerima berita, Baba telah meninggalkan kami semua. Innalillahiwainna ilaihirajiun. Al Fatihah untuk Arwah Baba.

Pesanan terakhir Baba kepada kami semua anak murid beliau "Jangan tinggal semua amalan yang telah diberi. Perbanyakkan selawat Azimiah"
Bersama Al Habib Zein Bin Ibrahim Sumaith

Biodata beliau:

Beliau ialah Syeikh Abdul Aziz b. Syafie b. Ahmad b. Muhammad asy-Syafie. Lebih dikenali sebagai Baba Aziz. Lahir pada tahun 1947. Berasal daripada Selatan Thailand. Pernah menetap di Mekah selama 24 tahun dari tahun 1967 hingga tahun 1994. Kembali ke Thailand pada tahun 1994 dan membuka sekolah yang berteraskan kepada pengajian pondok. Berhijrah ke Malaysia pada tahun 2004 dan menetap di Kelantan sehingga ke hari ini.

Beliau pernah belajar di Ma'ahad Sanawiyyah di Solatiyyah, Mekah ketika berumur 16 tahun sehingga 20 tahun. Kemudian meneruskan pengajian di 'Aliah Darul 'Ulum sehingga berusia 22 tahun. Empat tahun seterusnya, di Jamadul 'Abdul 'Aziz, Mekah. Selanjutnya dua tahun kemudiannya di Fii'mul Hadis.

Antara guru-guru beliau ialah:
1- Sayyid 'Alawi b. 'Abbas al-Maliki.
2- Syeikh Muhammad Yasin b. 'Isa al-Fadani al-Makki.
3- Sayyid Muhammad b. Alawi b. 'Abbas al-Maliki.
4- Syeikh Hasan Mashsyat.
5- Syeikh Hasan Toha al-Yamani
6- Syeikh 'Abdullah Lahji al-Yamani.
7- Syeikh 'Iwadh al-Yamani.
8- Syeikh 'Abdul Karim al-Banjari.
9- Syeikh 'Abdul Hamid al-Banjari.
10- Syeikh Husain al-Falembani.
11- Syeikh Soleh al-Fatthoni.
12- Syeikh Muhammad Muhaddith al-Fatthoni.
13- Dr. Sayyid 'Abashi al-Habsyi.




Dikebumikan di perkarangan rumahnya.

Perjalanan ke rumah Baba harus seberang Sungai.


Rapidah Ramli
Diari WAHMpreneur
posted from Bloggeroid

Monday, 14 April 2014

Allah Mengikut Apa Yang Kita Sangka



Teks: Rapidah Ramli

Setiap hari hidup kita adalah dalam sangkaan kita. Macam mana tu? Apa maksudnya? Bukankah hidup kita sudah ditakdirkan. Telah tertulis segala qada dan qadar perjalanan hidup kita.
Pernah tak korang dengar kata-kata ini?

“Allah mengikut apa yang kita sangka”

Contoh. Cerita ini memang terjadi pada Kak Dah. Masa dah berlakunya barulah sedar. YA. Allah mengikut apa yang kita sangka. Kejadian berlaku di tanah haram Mekah Almukarramah. Seperti yang ditulis dalam cerita pengenalan Kak Dah pergi menunaikan Haji bersama ibu mertua. Pada tahun 2010. Di Mekah kami tinggal di hotel Al Azhar. Kira-kira dalam 400m dari masjidil haram.

Biasa pergi solat di di masjidil haram hanya pada waktu Subuh, Asar terus ke Isyak. Habis Zohor solat dimana? Tak kan tak solat kot?. Hehehehehehe. 
Biasa waktu zohor kak Dah solat di Masjid Kucing. Dekat sikit, Cuma dibelakang hotel je. Tak tau pulak apa nama sebenarnya. Tapi femes dengan nama Masjid kucing sebab banyak kucing. Kata orang lah. Masa Kak Dah pergi tak nampak pun walau sekor kucing.

Suatu hari, tak tahu kenapa terdetik di hari, kasut ni kalau aku letak disini, konpem hilang. (Biasa kasut Kak Dah masukkan dalam uncang dan letak di rak). Cuma nak jadi ceritalah kan, hari tu tak mau bubuh dalam uncang dan nak letak di tangga macam orang lain. 

Apa yang terjadi? Hmmmm. Lepas solat cari kasut tu, sah tak ada. Kata orang kalau dah hilang barang di Mekah jangan dicari. Tak akan jumpa punya la. Senyum. Ingat pesan tuan Haji Haron, pengarah Rayhar Travel, apa yang terjadi sekali pun di tanah Mekah atau Madinah, kita kena senyum. Sambil istigfar dan senyum, berjalan kaki dengan hanya memakai setokin ke kedai membeli kasut baru. Nasib baik setokin tebal. Tak lah sakit sangat kaki. Rezeki nak kasut baru.

Cerita kedua pula. Semasa berada di Mina. Kami bermalam selama tiga malam disini. Bagi Kak Dah tiada masalah. Makan, tidur, solat, ibadat semua ok. Masuk hari kedua, kawan tilam sebelah mengadu sakit perut, rasa nak buang air besar tapi bila pergi ke toilet tak mahu la pula. 

“Eda, awak tak ada masalah ke toilet ke?”

“Kenapa kak?”

“Akk dah dua hari tak membuang ni, sakitnya perut. Tapi bila pergi ke tandas hilang lah pula. Nak ibadat pun tak khusyuk”

Dan Kak Dah tanya dia “masa nak datang sini hari itu ada tak apa-apa lintasan dihati?”.

“Lintasan macam mana?”

“Apa-apa jer la. Mungkin akak ada  pikir tak mau membuang kat sini sebab tahulah kan tandas nya tak best. Orang ramai. Tandas sikit. atau apa-apalah”

Lama dia diam memikir, “Ada kot, masa nak datang kesini hari tu, memang terniat tak mahu membuang kat sini sebab fikir tandas mesti tak best”

“Hmm…mungkin itulah sebabnya, apa kata akak ambil wudhu, solat taubat dan minta ampun. Minta Allah permudahkan urusan akak dan tandas tu. Hihhihihihi”

Petang tu jumpa kakak tersebut, tersenyum lebar jer dia. “Eda, terima kasih. Akak dah membuang. Hahahaha. Betullah kata kamu. Memang niat akak tak mahu membuang kat sini. Mungkin sebab itulah Allah tak bagi akak buang kat sini. Sekarang dah lega”

“Alhamdulillah.”

Ini adalah antara cebisan kisah semasa menunaikan haji. Ada banyak lagi kisah, walau tak seajaib kisah dalam Mastika tapi memang amat memberi kesan kepada diri kak Dah.

Apa yang Kak Dah boleh simpulkan ialah, untuk menunaikan haji selain mampu dari segi kewangan, fizikal juga mesti mampu. Mental mesti mantap dan betul-betul bersedia. Ilmu mengenainya harus dicari dan di isi. Jangan pergi dengan jiwa kosong. Hanya ikut-ikut sahaja. Oh! Aku kena pergi, sebab ramai dah tanya bila nak pergi padahal aku mampu. Mungkin ya kita mampu dari segi kewangan tetapi pastikan juga kita mampu dari segi rohani. Sayang jika kita pergi tanpa ilmu yang cukup. Dan selebihnya tawakkal dan berserah kepada Allah. Kerana dia sebaik-baik pengatur rancangan.

Bukan nak tunjuk atau kata ilmu Kak Dah dah mantap. Hingga ke hari ini masih lagi dalam proses pembelajaran. Antara wishlist Kak Dah adalah nak pergi Haji bersama Kanda. Mana tahu kot ada orang nak taja kami pergi berdua sempena wedding anniversary kami yang ke20 ni. Cuma itulah, Kak Dah hanya boleh mendaftar kembali pada tahun hadapan. Tak pa. Bak kata cikgu Nisa Nua, kita buat  dulu wishlist tu.

P/s : Kalau nak pergi menunaikan umrah atau haji, niatkan nak sedap beribadat, nak sedap tidur , nak sedap  makan dan nak sedap ke tandas. Insya Allah, walau apa yang diberi makan, atau bagaimana keadaan disana hati kita akan lapang menerimanya. Dan opkos kita cukup senang untuk beribadah.




Selamat Malam
Rapidah Ramli
Diari WAHMpreneur

Saturday, 12 April 2014

Sekolah Melayu Sekolah Inggeris

Teks: Rapidah Ramli

Sekolah Melayu ? Sekolah Inggeris ? Ada beza ker? Bukan sekarang semua Sekolah Kebangsaan ke?
Betul, betul, betul. Sekarang semua sekolah dah menjadi Sekolah Kebangsaan.

Kak Dah darjah satu, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Bagan Serai Perak. Tinggal bersama arwah tok dan tokwan. Mak dan abah merantau ke Selangor.  Arwah abah janji, "kakak dok ngan tokwn setahun. Sekolah kat sini dulu. Nanti tahun depan abah mai ambil kakak. Cuti Sekolah abah balik la kampung. Jangan Nakal tau"

Tiap minggu bilang hari. Bila  la abah nak mai amik Kakak. Bulan December tiba. Abah balik kampung dan cakap " Kakak, lepas ni ikut abah p Kulompo. Abah dah dapat rumah kat sana". Yeayyyyyy.

Masa nak daftar sekolah baru, abah tanya "Kakak nak sekolah mana? sekolah melayu ka sekolah Inggeris?
"Ermmmm sekolah Melayu lah bah, mana kakak nak reti cakap orang putih kalau sekolah Inggeris."
Punya la phobia bila dengar perkataan inggeris tu. Dalam hati dok pikiaq, mati aku nak paham apa depa cakap kat sekolah tu. dah la budak baru, kawan pun tak dak.

Sekolah buka. Bermulalah Kak Dah sekolah di Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu, Selangor. Sekolah yang terpencil. Di sebelah kem Komando yang motonya Satu Peluru Satu Musuh. Hensem-hensem abang komando tu. Kat atas bukitnya ada Hospital Kuala Kubu Bharu. Sekolah pun kecil jer. Ada lapan bilik darjah termasuk opis dan bilik guru. TAPI, padangnya besaaaaaar. Ada la sebesar padang bola sepak yang national standard punya. Best kalau main rounders. Pemainnya satu sekolah. Tapi tak penuh pun padang tu.

Di sebelah kanan ada kem komando dan disekeliling  pula hutan hijau. Kami tak berani pergi sampai kehujung padang sebab dimomokkan ada keranda Jepun dihujung sana. Begitu juga dengan kata-kata seram yang mengatakan sekolah ini dulu adalah bekas kem tentera jepun. Jadi kalau pergi toilet jangan pergi sorang-sorang, takut. Selain takut hantu, takut pada binatang liar seperti ular juga. Maklum sekolah dikelilingi hutan. Pernah terserempak dengan cik Ular berlingkar didalam tandas. Hishhh geli you. Tapi memang betul pun. Masa buat penambahkan kelas di hujung padang sana, kontraktor memang jumpa keranda lama dan bom zaman jepun.

Hahahaha, yang paling tak boleh lupa rupanya kat sekolah ni pun kena belajar juga bahasa Inggeris. Ingatkan Sekolah Melayu tak payah belajar bahasa Inggeris.

Bila masuk sekolah menengah masuk sekolah aliran Inggeris. barulah tahu beza pertanyaan abah yang berpuluh tahun dulu. "Nak sekolah melayu ke sekolah inggeris?"

Dangkalnya ilmu dan pengetahuan pada masa itu. Apa pun terima kasih dan Al Fatihah kepada arwah abah yang banyak menyokong apa yang kakak buat selama ini.  Walau kakak banyak berontak dan tak mendengar kata. Terutama dalam bab bidang kerjaya.

Apa pun kepada kalian yang  ada mak dan abah yang masih hidup, berbaktilah kepada mereka sebaik mungkin. Sentiasa temani mereka dan menelefon sekurangnya untuk bertanya khabar. Carilah ruang dan peluang untuk bersama mereka sementara mereka masih ada ini.

Oklah sampai sini coretan tuk hari ini. Nak p antaq Angah balik asrama. Tadi pagi ada majlis di sekolah lama dia. Kot larat dan tak banyak kerja Kak Dah sambung cerita lagi malam nanti.

Salam sayang.



RAPIDAH RAMLI
Diari WAHMpreneur

Salah Masuk Kenduri.

Teks : Rapidah Ramli

Sekarang ni orang kahwin dah tak tunggu cuti sekolah dah. Tiap-tiap minggu ada jer jemputan kenduri kahwin. Kalau tak kenduri kahwin, majlis aqiqah cucu/anak.

Bagaimana dengan korang? Banyak terima jemputan?. Alhamdulillah. Hari tu sah kita tak payah masak.  Kak Dah suka. Sebab tak payah masak. Tapi kesian la sapa yang buat kenduri kat Selangor ni. Ayaq kena catu. Payah la sikit. Kita tengok payah, orang yang wat kenduri lagi payah. Kesian.

Ni citer kawan Kak Dah. Dia dia jenis kalut sikit. Peniaga kedai runcit. Pagi tadi Kak Dah pergi jumpa dia hantar stok sambal bilis.

"Pidah, ko datang awal tau hantar stok sambal bilis tu. Kang tengahari aku tak ada. Nak pergi kenduri. Ada dua majlis". Awal pagi dah whatsapp pesan suruh kita pergi awal.

Masa sampai di kedai tadi, dia memang gelut sikit sebab pembantu tak datang lagi. Dah siap hantar stok, Kak Dah tunggu la kejap, sembang lebih kurang. Kemudian terus balik ambil anak di sekolah.

Lepas zohor dapat whatsapp dari kawan tadi.

"Pidahhhhhh"

"Ya, apahal?"

"Malu aku weiii. Malu semalu malunya"

"Kenapa? Apa yang terjadi?"

"Hahahaha. Aku salah pergi kenduri. Siap salam dengan tuan rumah dan makan lagi. Rupanya salah. Jemputan kenduri tu esok. Aku dok fikir hari ni. Cik hubby langsung tawar nak makan. Adesshhh".

"Hahahahahhaha.. gelak besar aku. Lawak la ko Alo"

Rasanya ramai yang mengalami situasi macam kawan Kak Dah tu kan. Tapi tak mahu mengaku. Malu. Percayalah. Anda tidak kesorangan.

Ini pun satu pembelajaran juga. Di masa hadapan kita patut lebih berhati-hati dan alert dengan tarikh dan masa sesuatu jemputan.


P/s : Hari ini Kak Dah dapat kek coklat moist dari cik Alo sempena besday Kak Dah. Barakallahufikum cik Alo.



posted from Bloggeroid
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design