Friday, 4 April 2014

Qadha solat selesai haid

Teks : Rapidah Ramli

Setiap wanita yang sihat akan kedatangan haid setiap bulan. Atau lebih popular hari ini dipanggil period. Bagi yang tidak datang setiap bulan tu samada dia hamil atau berpenyakit. Betul ke tidak? Biasa kita tiap bulan kira pusingan haid bila datangnya dan bila berakhir. Siap tanda dalam kalender. Dan dalam beg duit masing-masing ada kalender kecil untuk tanda bila haid datang. Saya buat. Anda? Benda ini penting tau, terutamanya kalau kita merancang nak anak lagi. Ehem! lain macam jer. Hahahahaha. Intro baru kot.

Apa yang Kak Dah nak highlight disini adalah kaitan haid, solat dan qadha solat. Rasanya ramai yang tak tahu. Mana yang dah tahu tu, alhamdulillah. Kembangkanlah ilmu dengan memberi tahu kepada yang lain. Ini juga sebagai peringatan buat diri Kak Dah. Kita sering alpa dan lalai dalam bab ini. Sentiasa ambil mudah. Dah haid, tak boleh solat kan? , nak qadha apa bendanya lagi? puasa jer yang kena qadha. Solat tak payah.

Baik. Harap anda bersabar dan tenang, lapangkan dada dan luangkan masa untuk membaca seterusnya.

Soalan : Adakah wajib bagi seorang wanita islam mengqadha solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?
Jawapan : Bila datang haid, solat tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa.

Inilah jawapan lazim dari kalangan wanita remaja, belia mahupun veteran dulu mahupun kini. Inilah penjelasan ringkas yang diajarkan di sekolah-sekolah seawal usia bergelar 'wanita'.

HAKIKATnya, diharamkankan keatas wanita yang sedang haid, samada solat fardhu atau solat sunat. Bahkan tidak sah jika tetap melaksanakannya. Maka, tidak wajib atas wanita tersebut untuk mengantikan solatnya apabila dia telah suci dari haid.

Namun terdapat SATU PENGECUALIAN iaitu apabila hakikatnya dia berkesempatan untuk memperolehi satu rakaat solat fardhu dalam waktunya, sama ada di awal atau di akhir, maka wajib atasnya solat fardhu tersebut.

CONTOH 1 : Memperolehi satu rakaat di awal waktu.

Seorang wanita didatangi haid selepas masuk waktu maghrib. Akan tetapi antara saat masuk waktu maghrib dan saat dia didatangi haid, wujud satu tempoh yang paling minima, sempat untuk dia melaksanakan rakaat pertama atau sekurang-kurangnya takbiratul ihram solat maghrib.

Maka wajib baginya mengqadha solat maghrib tersebut apabila suci. Ini kerana hakikatnya dia sempat mendapat satu rakaat daripada solat maghrib tersebut tersebut sebelum didatangi haid jika dia MENJAGA SOLAT DI AWAL WKTU.

CONTOH 2: Memperolehi satu rakaat di akhir waktu

Seorang wanita suci daripada haid sebelum terbit matahari. Akan tetapi antara saat dia suci dan saat terbit matahari, wujud satu tempoh masa yang paling minima sempat untuk dia melaksanakan rakaat pertama solat subuh.

maka wajib baginya mengqadha solat subuh tersebut apabila selesai bersuci (mandi wajib). ini kerana pada hakikatnya dia sempat mendapat satu rakaat solat subuh tersebut apabila tamat haidnya. Hanyasanya jika dia tidak MELEWAT-LEWATKAN  MANDI HADAS.

Dalil bagi eseluruhan hukum ini ialah :
Sabda Rasulullah s.a.w " sesiapa yang mendapat satu rakaat dari solat maka sesungguhnya ia mendapat solat". [Shahih Bukhari - no 580 ] [Shahih Muslim - no : 607]

Wallahuaklam. Moga selepas ini kita semua tidak memandang enteng lagi persoalan solat dan haid ini. Sebelum ni pun saya ambil mudah jer bab ini. Astagfirullahaladzhim. Lepas ni tak mau leka lagi dah.

Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari salah silap saya sendiri. Moga anda pembaca juga mendapat manfaat dari pembacaan diatas.

Salam sayang
Rapidah Ramli
www.rapidahramli.blogspot.com

Thursday, 3 April 2014

Hari khamis

Teks : Rpidah Ramli

Alhamdulillah, hari ini hari khamis. Esok dah hari Jumaat. Cepatnya masa berlalu dan kini dah kembali Khamis. Ada apa pada hari khamis. Ehem, ehem ehem. Opps! Jangan nak fikir apa yang anda fikirkan tu? Apa yang anda fikirkan pasal hari khamis? Apa yang anda tahu pasal hari khamis? Selain malamnya orang baca yaasin, buat solat hajat dan malam permintaan suami?

Hari Khamis merupakan hari yang kelima, sebab itu dalan Bahasa Arab di tulis sebagai alkhamis yang bermaksud "yang ke lima". Buat pengetahuan semua, hari Khamis merupakan hari yang baik untuk menunaikan hajat. Oppss! Haip! jangan nak fikir yang bukan-bukan. Ini kerana Allah menunaikan penunaian.
Maka barang siapa yang berhajat kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Khamis. Kebiasaannya amalan yang sering dilakukan ialah berpuasa pada hari ini, membaca yaasin dan sebagainya dimalam hari.

[betul ker? tak perasan la pulak. Nak kena cuba. hihihihi. Agak-agak kalu  minta hand bag baru malam ni boleh dapat tak??].

Ada beberapa peristiwa yang boleh kita ambil ikhtibar dan pengajaran berlaku pada hari Khamis menurut sejarah Islam :

1. Nabi Ibrahim bertemu Raja Mesir
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka telah membuang dan mengasingkannya ( masa ini Nabi Yusof sudah menjadi Raja Mesir yang terkenal)
3. Bunyamin iaitu saudara kecil nabi Yusof datang ke Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir. Juga untuk bertemu anakanda yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki Mesir pada hari Khamis untuk mengajak Firaun meyembah kepada Allah SWT.
6. Rasullullah s.a.w memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiah.

Selain itu, pada hari khamis ini juga disunatkan kita melakukan puasa sunat. Ada banyak fadhilat dan kelebihan berpuasa sunat pada hari ini kerana Rasullullah s.a.w mengambil berat puasa pada hari Khamis. Dalilnya :

Pertama : Diriwayatkan dari 'Aisyah r.a menceritakan bahawa ;"Adalah Rasulullah s.a.w amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis" [Riwayat Imam Tarmizi. Menurut beliau hadis ini soheh]

Kedua : Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda;"Dibentangkan amalan-amalan dihadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (dihadapan Allah) pada ketika aku berpuasa" [Riwayat Imam Tarmizi.]


Dan sebenarnya, malam ini kita patut dah membuat persedian meyambut hari kebesaran esok iaitu hari Jumaat.  Marilah kita melazimi membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat. Supaya dapat menjadi pelindung dari fitnah terutamanya fitnah Dajjal.

Al Kahfi??? Hohohohoho panjangkan ayat tu, ada 110 ayat. Mana  sempat nak habis baca. Pagi-pagi banyak urusan. Bukan macam yang bekerja di rumah. Hah! ini la Kak Dah nak habaq mai. Kak Dah dapat ini dari penulis Hlovate, dan dah praktikkan. Sesuai sangat bagi sesapa yang kata sibuk sangat rushing nak pergi kerja pepagi tu. Sampai tak sempat nak baca.

Habiskan membaca surah Al Kahfi dengaq cara best dan tak susah!
Split into 3
Ada 110 ayatkan?
Split masa jadi tiga.
Waktu bila?

[1] start lepas maghrib hari ini (khamis), kita habiskan ayat 1 sampai ayat 31.

sebab ayat 32 tu dah masuk cerita lain. nanti tak syok nak follow up baca terjemahan dia kalau tergantung. Ayat 32 dah masuk cerita pasal dua lelaki dengan kebun tu.

[2] lepas Isya' kita sambung ayat 32 sampai 59. Kalau larat sambung lagi dari 60 samoai 82. Tu dah masuk cerita pasal Nabi Musa dan Nabi Khidir.

[3] Subuh Jumaat sok kita habiskan je ayat 83 sampai 110 tu Tak adalah semput sangat. Ayat 83 tu mula dengan kisah Zulkarnain.

See how it goes. Bila split bahagian macam tu tak ada la rasa terkejar sangat. Bolehlah savour maksud ayat dengan membaca terjemahan dia sekali untuk setiap bahagian tu.

Benar, surahnya sedikit panjang dari lazim yang kita biasa. Kita cuba cari jalan dan cari masa. InsyaAllah niat yang baik Allah akan bantu dan permudahkan.

Marilah kita bersama meningkatkan amalan untuk bekal di hari kemudian. Salam sayang hari Jumaat. Semoga kita semua mendapat rahmat dan syafaat dari Allah. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Jumpa di entri lain esok. InsyaAllah.




Wednesday, 2 April 2014

Pengenalan - Amat The Series

Teks : Rapidah Ramli

Amat The Series??? Apa tu? Cerita baru?? Slot Astro Ceria?? Atau drama minggu ini?? Atau tah apa?? Jawapan kepada semua soklan, nehi, salah, tidak, bukan dan sewaktunya.

Habis tu apa? Amat the series ialah kisah hidup anak bujang Kak Dah. Bermula minggu ini setiap rabu, Kak Dah akan cuba mengupdatekan cerita anak bujang ini. Sebuah memoir perjalanan untuk tatapan dia bila besar nanti.

Nama penuh beliau ialah Muhammad Alawi Naim bin Mohd Hisham. Nama panggilan dirinya Amat. Tak tahu kenapa dia gelar dirinya begitu, kerana Kak Dah sentiasa memanggilnya Muhammad atau Alawi atau Naim. Ingatkan di awal percakapannya dia pelat dan tidak boleh sebut Muhammad. Tapi bila diperhati dengan teliti boleh pulak sebut abang sepupunya Muhammad. Tak apalah, janji dia bahagia. Lekatlah panggilan dirinya Amat.
Hensem tak??

Amat anak bongsu dari empat beradik. Atasnya semua kakak. Masa awal kelahirannya dulu amat risau dia akan terjebak dengan sifat keperempuanan. Nauzubillahiminzalik. Alhamdulilah hingga ke hari ini dia membesar sebagai anak lelaki yang begitu caring terhadap mak dan kakak-kakak. Kak Dah melahirkan semua anak melalaui kaedah ceasearian. Oh! Tidak. Empat kali you. Yes! Empat kali. Bayangkan lah yer selepas kelahiran anak ketiga yang juga perempuan, doktor pakat nak tutup dah. Tapi Kak Dah tak mahu. Masih ingin mencuba, mana tahu kali keempat akan dapat lelaki.

"Bagaimana kalau ianya perempuan juga?" Tanya doktor. Jawap Kak Dah, "tak apa, akan terima juga. Yang penting saya mahu satu lagi peluang". Penuh yakin masa jawab tu.

Mulai selepas itu setiap kali solat, memang Kak Dah tak pernah lupa masukkan doa, nak seorang anak lelaki yang sempurna aqal fikiran dan sihat tubuh badan. Masa menunaikan umrah pada tahun 2005 beramai-ramai bersama keluarga suami juga, dimana yang dikatakan tempat mustajab doa, akan Kak Dah berdoa dan minta seorang anak lelaki yang sempurna aqal fikiran dan sihat tubuh badan. Selain mendoakan diri, suami, anak-anak dan yang lain, doa nak anak lelaki memang tak tinggal. Hingga kini mana yang tahu akan tanya Kak Dah, "Ini lah orang nya ye, yang doa minta depan kaabah?". Kak Dah cuma senyum dan jawab "Ya. Alhamdulillah"

Alhamdulillah, pada tahun 2006 Kak Dah disahkan hamil lagi. Ya Allah, disamping rasa bahagia terselit kegusaran. Gusar jika kandungan ini perempuan lagi. Masih meneruskan doa dan mengharap kepada Allah. Pada usia kandungan 2 bulan , abah pergi meninggalkan kami. 3 bulan selepas itu, abah mertua pula menyusul. Sedihnya hati. Kandungan kali ini abah-abah tak ada. Dalam kesedihan tu, ada pulak yang mengata, kandungan kau tu lelaki, sebagai ganti kepada atuk yang pergi. Allahuakbar!

Alhamdulillah. Pada 3 januari 2007 bersamaan 14 zulhijjah, Muhammad Alawi Naim selamat dilahirkan. Kini beliau sudah berusia tujuh tahun. Bermacam rentetan cerita dalam membesarkan anak lelaki sorang ini. Yang pasti cabarannya memang berbeza dengan anak perempuan.

Apa yang pasti disini, yang boleh Kak Dah katakan ialah kita jangan cepat putus harap. Jangan cepat mengalah dan penting sekali jangan tinggal doa. Berdoalah, mintalah kepada yang maha pencipta, yang maha mengetahui, yang maha pemberi, yang maha kaya, yang maha lemah lembut. Sesungguhnya dia suka jika kita selalu meminta kepadanya.

Sekian. Jumpa di entri lain esok. Citer apa pulak ya???
Tungguuuuuuu...








posted from Bloggeroid

Monday, 31 March 2014

Selangor, air dan catu.

Teks : Rapidah Ramli

Dah tiga hari masuk hari ini. Hari ini patut ada air. Dengar khabar bahagian bawah bukit sana dah ada air. Hmmmm. Lambat lagilah air nak naik sampai ke rumah ni. Biasa petang nak maghrib baru naik kerumah. Itu pun dengan tekanan yang rendah sahaja. Dan mampu menaikkan tekanan darah kita. Hehehehe. Penat woo.

Kadang nak kena angkut ayaq tu, angkat berat-berat ni bahaya tau. Bagi orang perempuan boleh jatuh peranakkannya. Kak Dah dah rasa bebaru ini. Nasib baik boleh urut sendiri. Hah! Ada teknik tau nak urut ni. Nanti kita citer di entri lain ya.

Air memang amat berharga kepada kita. Macam-macam yan kita buat perlukan air. Terutamanya sekali bila istinjak dan nak berwudhu. Lebih payah bila ada anak kecil. Allahuakbar. Teringat masa kejadian catu air tahun 98 dulu. Masa tu baru lepas pantang si Angah. Punyalah payah. Sebab air di hantar melalui lori. Dari lori nak angkut ke rumah, rasa macam dok kat kampung nuuu. Angkut ayaq dari telaga. Kali ni nasib baik dia on/off on/off jer.

Betapalah berharganya air nak dapat nak ucap! Disaat ianya tiada, begitu tersa kepentingannya. Selama ini buat lewa sahaja kerana tahu, bila pulas jer kepala paip tu, air akan mengalir.

Memang perangai kita kan? Bila benda tak ada baru terasa betapa berharganya benda tersebut. Betapa bernilainya benda tersebut. Betapa payahnya kita jika ia tak ada. TAPI di saat ianya dihadapan mata, kita sering buat lewa sahaja. Tak hargai langsung. Tak mahu beringat langsung yang satu hari nanti ianya akan hilang dari pandangan mata.




Oklah sampai sini dulu. Tu nampaknya ayaq dah mula meleleh. Nak pi tadah lu sat. Banyak keja nak buat ni. Maklum dah tiga hari tak daq ayaq.Nabi dah pesan rebut 5 perkara sebelum 5 perkara. Sekarang Kak Dah nak rebut peluang ada ayaq sebelum dia hilang esok.  Nanti kita sambung lain noo.
posted from Bloggeroid

Test and try

Teks : Rapidah Ramli



Assalamualaikum. Ini hanyalah percubaan dan pembelajaran. Teks penuh mengenainya akan ditulia kemudian.

Sekian terima kasih.




posted from Bloggeroid

MENCARI JALAN PULANG

Teks : Rapidah Ramli

Sabtu lepas balik kampung. Macam biasa duduk di rumah tua yang setia menanti kedatangan anak cucu datang berkunjung. Yang ada hanya Pak Tam sekeluarga. Itu pun tinggal di rumah sebelah. Jadi kami anak cucu ini anggap rumah tua macam homestay.

Balik kali ini belum musim buah. Tapi seronok tengok semua pokok buah sedang lebat berbunga. Dijangkakan lepas raya nanti, boleh petik hasilnya.

Keesokkan harinya pula, terus ke bandar Taiping. Hantar Angah balik sekolah. Sebelum itu, pergi makan tengahari dahulu.gedebak gedebuk dah pukul 2.30pm. Selesai hantar Angah, semak perjalanan pulang ke Kuala Lumpur melalui aplikasi waze. Huih! Tu dia. Kereta berderet meremut. Semua komen heavy traffic. Dan ada dua kemalangan dilaporkan berlaku. Satu di Kuala Kangsar dan satu lagi atas sikit dari Simpang Pulai. Dan kami mengambil kepuusan untuk mengikut jalan lama.

The journey was begin. Cuba teka pukul berapa kami sampai Kuala Lumpur? Hikhikhikhik. Pukul 11 malam. Agaknya kalau kami ikut lebuhraya yang jem tu sama gak kot? Tapi yang ni tak berbayar. Cuma jauh tu jer lah. Dan jalan hanya mengikut arahan kata hati sahaja. Dari Taiping ke Kuala Kangsar, ok. Tiada masalah. Dah sampai ke Kuala Kangsar tak tahu hala tuju kemana. Signboard ke KL x ada. Ke Ipoh pulak jarang2 dia timbul. Tengok waze semua arahan pergi ke lebuhraya PLUS.

Nekad jer la. Janji minyak penuh. Jalan lah kami masuk kampung keluar kampung. Bermacam nama tempat baru yang selama ini dengar sahaja dan hari ini dapat melihat sendiri. Manong, Bota Kanan, Belanja kiri, Belanja kanan, Parit, Pusing. Dapat menyusur tepi Sungai Perak. Wah! Besonya sungei. Agak kome ade boye dalamnye? Jalan punya jalan, akhirnya nampak signboard Rtc Gopeng. Lagi 10km. Huh! Lega.  Lalu depan Kellie's Castle. Tapi maaf ler x sempat nak amik gambar.

Masuk pekan Tapah, Kampar, Slim River semua jem. Tapi masih teruskan juga perjalanan. Entah mimpi apa, sampai Bertam, kanda pandu masuk highway PLUS. Kak Dah bantai tidoq la. Terlelap sat. Tak lama lepas itu, tengok dia pandu keluar pula, ke Bukit Tagar. Sebab jalan kedepan lagi dah tak bergerak.Hah! Jalan ni gelap tau kanda. Nanti sampai hujung masuk kiri.

Mulalah kami meredah kembali jalan kampung. Masuk estet, keluar kampung hingga ke Ijok dan Kuala Selangor. Hinggalah akhirnya lega bila ternampak signnoard highway LATAR. Pastikan keluar hingga kehujung ke Rawang. Jangan keluar ke Sungai Buluh.

Seterusnya perjalanan lancar hingga kami selamat tiba ke rumah. Pada jam 12 tengahmalam tepat. Alhamdulillah. Dan teks ini ditulis disaat mata kuyu nak tido sementara menanti giliran nak jumpa dentist. Adios. Jumpa di next entri.


Saturday, 29 March 2014

KITA TAK TAHU

Teks : Rapidah Ramli

Hari ini hari sabtu. Cepatnya masa beredar, rasa baru semalam ambil angah di Jalan Duta. Balik bercuti dari asrama. Esok dah kena hantar balik ke asrama semula. Jadi hari ini kami bergerak ke kampung dahulu seperti biasa. Tidur semalam di kampung, esok tengahari hantar dia ke sekolah dan terus balik ke Kuala Lumpur semula.

Begitu pantas masa berlalu. Dalam hidup ni adakah kita sedar apa yang kita lakukan setiap hari? Adakah kita ingat apa yang kita lakukan semalam? Dulu semalam? Minggu lepas? Bulan lepas? Adakah kita tahu dan ingat apa yang kita tuturkan setiap hari? Adakah ianya membawa kebaikan atau sebaliknya?

Allahuakbar! Kalau kita muhasabah diri semula, tak mampu untuk mengucapkan selain dari istigfar. Kita tak tahu adakah apa yang kita lakukan, yang kita perbuatkan, yang kita cakapkan, yang kita omelkan itu mendapat rahmat atau murka allah.

Disini Kak Dah nak kongsi satu cerita. Kak Dah dapat cerita ini dari group whatsapp kelas mengaji. Dan cerita ini wallahuaklam, x pasti kebenarannya, walau pun di tulis sebagai kisah benar.apa yang penting ialah, kak Dah nak korang semua fikirkan nasihat disebalik cerita tersebut. Boleh ye? Peace no war.

 [Kisah Benar] 

 Ini adalah suatu kisah benar berdasarkan apa yang diceritakan oleh seorang sahabat saya. Ketika saya mendengar cerita itu, bulu roma saya meremang ketakutan. Saya bimbang mengenai tahap iman saya. Adakah ia sempurna atau sebaliknya. Diharapkan kisah jenazah Mufti tersemadi Kristian ini memberi kita ruang dan peluang untuk membaiki diri.

Jenazah Mufti Tersemadi Di Perkuburan Kristian !

          Kisah ini terjadi di India. Pada suatu hari, seorang mufti meninggal dunia dan beliau pun disemadikan di tanah perkuburan Islam. Pada hari yang sama juga, seorang remaja perempuan Kristian telah meninggal dunia dan disimpan di tanah perkuburan Kristian.
          Disebabkan oleh suatu kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan, pihak polis terpaksa menggali semula kubur remaja perempuan Kristian tersebut. Alangkah terkejutnya mereka tatkala mendapati mayat perempuan tersebut tidak ada di situ bahkan di kubur itu tersemadinya jenazah seorang mufti!
          Mereka semua bingung dan hairan bagaimana jenazah boleh bertukar dengan orang lain. Hasil perbincangan bersama-sama penduduk Muslim, pihak polis kemudiannya menggali semula kubur mufti tersebut yang asalnya berada di tanah perkuburan Islam. Sekali lagi mengejutkan. Di kubur tersebut, mereka telah menjumpai jenazah remaja perempuan Kristian tadi. Pelik bin ajaib!

          Orang ramai semakin bingung. Berita itu tersebar luas sehingga memaksa mereka bertanya kepada waris si mati mengenai apa yang telah remaja perempuan dan mufti itu ketika di dunia. Mesti ada sesuatu yang Allah hendak jadikan pengajaran terhadap peristiwa bertukarnya kubur itu.
          Ibu bapa kepada jenazah perempuan Kristian itu memberitahu, ”Ketika anak kami hidup, dia ada berhasrat untuk memeluk agama Islam tetapi kami menghalangnya. Kami sendiri tidak tahu status agamanya ketika dia meninggal dunia. Adakah masih dalam Kristian atau memeluk Islam secara senyap-senyap.”
          Isteri kepada mufti itu pula menceritakan, ”Sepanjang hidup, suami saya memang seorang yang banyak membantu masyarakat menyelesaikan pelbagai masalah agama. Ramai orang bertanyakan kepadanya pelbagai perkara dan dia dapat menyelesaikannya dengan baik. Setiap malam dia akan bangun bersolat tahajjud.”
          Mereka yang mendengar masih tidak menemui kecacatan kepada sifat mufti itu. Dia seorang yang mulia dan berjasa kepada masyarakat. Tapi, mengapa Allah menukarkan kuburnya ke tanah perkuburan Kristian. Sehinggalah, si isteri meneruskan ceritanya.
          ”… Cuma, saya kadang-kadang saya terdengar suami saya merungut sesuatu. Sewaktu dia bangun untuk solat malam, dia berkata, ’Susahnya jadi orang Islam. Kena solat, kena buat itu … kena buat ini … . Jadi orang agama lain kan senang? Tak perlu nak susah-susah buat semua tu’.”

          Kadang-kadang, kita tak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Sebab itulah, kita perlu menjauhi semua perkara dan jangan banyak soal mengapa Allah melarang kita berbuat itu dan berbuat ini. Kadang-kadang, dengan niat yang salah pun Allah murka!

          Kita juga tidak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan ’senyuman’ Allah. Sebab itulah, kita mesti berusaha untuk melakukan segala kebaikan dan jangan banyak soal mengapa Allah perintahkan kita berbuat itu dan berbuat ini. Dengan niat yang baik pun, Allah suka!

          Berhati-hatilah tatkala anda memberi pendapat mengenai sesuatu pelaksanaan hukum-hukum Allah. Tidak takutkah anda dimurkai Allah? Siapa kita untuk mempertikaikan perintah Allah?

Wallahuaklam. Yang baik datang dari Allah. Yang buruk salah dan silap dari saya. Hingga ketemu esok di entri yang lain.


 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design