Thursday 19 March 2015

Spinach lasagna

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Rapidah Ramli





Assalamualaikum semua. Salam malam Jumaat. Dah habis baca Yaasin? Alhamdulillah. Jom kita tengok pula resepi ketiga yang kakDah belajar di kelas charity ni.

Kali ni kami belajar cara membuat Spinach Lasagna tau Lasagna Bayam dalam Bahasa Melayunya. Sesuatu yang berbeza. Biasa kita hanya membuat lasagna ayam atau daging jer kan. Apa kata kali ni kita ubah selera pula. Lagipun kita kan digalakkan banyak makan sayur-sayuran.

Lasagna ni memang kita buat dari sheet hingga ke inti malah cheesenya (guna ricotta cheese yang dibuat dari kelas sebelum ini) juga dibuat sendiri.

Nak buat Lasagna ni ada beberapa step yang kita perlu buat.  Sebenarnya tak lah makan masa banyak sangat pun. Mari kita lihat resepi dan caranya.

Resepi Spinach Lasagna

a) Lasagna Sheet
    
     100g tepung gandum unbleach (ros atau faiza)
     1       biji telur
     sedikit air (cukup setakat basah di tangan)
     sedikit minyak (dalan 1 sdt )
    
Cara-caranya :

    Gaul sebati tepung dan telur. masukkan myk dan uli lagi. Air hanya sekadar basah ditangan. Uli sehinga sebati dan tidak melekat ditangan. Bulatkan ia dan balut dengan cling wrap. Ketepikan selama setengah jam. (tujuan perap adalah untuk memesrakan semua bahan). 

Uli, canai nipis dn potong  menjadi kepingan mengikut acuan bekas yang kita guna. KakDah nak senang jer (malas sebenarnya, hehehehe) jadi guna jer bekas aluminium foil. Lepas pakai, buang.

Kepingan tepung hendaklah di celur didalam air panas mendidih dan ketepikan seketika.

b) White sauce

500 ml susu 
2 ulas bawang putih. cincang halus (boleh lebihkan kalau suka)
1 sdb butter
2 sdb tepung gandum
Sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
sedikit mozarella
Kalau guna cheddar - sila kurangkan garam kerana cheddar lebih masin.
Mixed herbs secukupnya

Cara-carnya.

Panaskan sesudu butter, tumis bawang putih hingga keperangan. 
Masukkan susu segar tadi.
Masukkan tepung dan kacau rata.
Masukkan garam, serbuk lada hitam, mixed herbs. Kacau sentiasa.
Letakkan sedikit cheese sekadar untuk memekat. jangan banyak nanti terlebih masin.
Bila adunan dah agak pekat, matikan api dan sentiasa kacau lagi.
Adunan akan nampak creamy and so yummy.
Ini juga dah boleh jadi sos carbonara.

c) Inti

2 biji bawang holland- diracik halus
300 g bayam - hanya ambil bahagian daun dan tangkainya sahaja
1" halia diparut
semangkuk tomato paste (yang sama kita buat masam paste spaggeti)
mixed herbs
parsley
pepper
garam 
Cili - flake - option kalau suka pedas
Sesudu minyak untuk menumis

Cara-caranya :

Masukkan minyak kedalam pan dan tumis bawng holland hingga menjadi layu dan berbau wangi.
Bila bawang dah lecur, masukkan mix herbs, parsli, pepper, halia dan garam. Gaul sebati. Matikan api dan tuang kedalam besen yang berisi bayan tadi. gaul rata.
Masukkan cheese dan gaul rata lafi.
Akhir sekali masukkan tomato paste dan gaul sebati.
Siap

Ok. Bila semua bahan dah siap sekarang kita assemble lasagna kita.
Lapis bekas dengan lasagna sheet kemudian masukkan sos putih tadi, lapis dengan sheet, masukkan inti , lapis sheet, sos putih  dan tabur cheese diatasnya. Tutup bekas dengan aluminium foil. Bakar selama 30 minit pada suhu 180'C. Selepas 30 minit buka penutup aluminium tadi dan bakar lagi dalam 20 minit.

Sheet--->sos putih--->sheet--->inti---->sheet--->sos putih--->cheese

Sejukkan sedikit sebelum dihidangkan. Bon apetit bebeh.



Manis jer senyuman kak Loma.
Student paling tua....macam la penulis ni muda lagi..hihihihi

1 comments:

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design