Thursday 31 October 2019

Mula bertindak

Dah lama menyepi. Sepi sesepinya. Bukan tak ada cerita. Banyak peristiea berlaku. Entah kenapa tidak dilakar.

Segalanya dibiar berlalu, walau minda berkata, "kau haris notakan ini. Ianya akan menjadi satu cerita untuk dikenang nanti." 

Malangnya tiada apanyang dilakukan. Hanya berkata didalam hati dan otak menvisualkan. Sayang sekali. Tidak disokong dengan sebarang nota catatan yang ringkas sekali pun. Segalanya akan dilupai melampau masa yang berlalu. 

Mulai sekarang., ya saya berazam untuk menotakan setiap perkara agar ada ada cerita yang dapat anak cucu kenang dan tahu mengenai mak mereka. 

Saya mulakan dengan menulis di Journal it. Jika berkesempatan akan dimuat naik disini. Insyallah 

Praktikal Penyembelihan


Teks : Rapidah Ramli
Foto : Rapidah Ramli

Minggu lepas Sekolah Agama adakan Program Penyembelihan. Praktikal cara-cara sembelih ayam.

Sepanjang proses ustazah dok muat naik gambar  budak-budak tu. Mak tercari juga mana gambar anak mak ni? Tak menonjol langsung. Sayup jer belakang orang. Biasa dia la kemain lagi posing.

Balik sekolah aje dia bercerita. "Best mak. Tadi belajar sembelih ayam."

"Hmmm. Berapa ekor sembelih? Ko tak buat?".

"Amat buat mula-mula je. Amat pegang."

"Pegang apa? Pisau?." Eksaited mak nak tau, sebab tak ada gambar dia kan? 

"Tak. Amat pegang kaki ayam jer."

😑
#jurnalsuri

Wednesday 19 September 2018

Umur Kita Sama

Teks : Rapidah Ramli


Selamat pagi. Didoakan sesiapa yang membaca posting ini urusannya dipermudahkan Allah dan sentiasa didalam rahmatnya.

Hari ini. Pagi-pagi lagi terima satu mesej whatsapp dari seorang kawan.

Penantian seribu tahun katanya.

Hari ini seluruh dunia umor kita sama.. 2018

Hari ini adalah hari yang sangat istimewa. Hanya ada satu kesempatan setiap 1.000 tahun.

Cuba Camporkan

Usia Anda + Tahun Kelahiran Anda, setiap orang = 2018

Cubalah untuk ketahui betul atau tidak ?



Dahulu Aku Kurus

Teks : Rapidah Ramli


30 tahun lalu kakak berada pada no 5. Slim dan comel sebab kakak ni tidaklah begitu tinggi. Petite kata orang putih. Tiada masalah kesihatan yang serius. Gembira dengan kehidupan yang sederhana. 

Bila pulang kekampung arwah tok dan tokwan selalu tegur kenapa kurus sangat? Berbanding dengan sepupu yang lain, kakak memang nampak terlalu kurus macam tak cukup makan. 

Kakak  tidak pernah berdiet atau mengawal pemakanan. Apa yang terhidang di depan mata, kakak akan makan tanpa banyak soal. Mungkin dikala itu gaya hidup kakak sihat. Banyak berjalan. Pergi sekolah hanya berjalan kaki. Setakat dua kilometer tu sepuluh minit jer dari rumah kesekolah. Kan sihat aktif tu. Awal pagi lagi dah briskwalk. 

Tidak pernah kakak mimpi atau terfikir yang suatu masa dihadapan kakak akan berada pada kedudukan 1. Huhuhhuhu. Sungguh ngeri sekali. 

OK lah sampai sini dahulu. Nanti kalau rajin kakak sambung bagaimana kakak boleh berada dikedudukan 1 itu. 

Lagipun, ada ke orang nak tahu? hahahha. Perasan macam banyak peminat jer kakak ni.

Apa pun diharapkan kompilasi cerita yang kakak karang selepas-selepas ini akan menjadi kenangan kepada anak cucu. 

Jangan Mengalah

Teks : Rapidah Ramli



Hari yang cerah berbanding semalam. Awal pagi mentari munculkan diri membawa bersama sinar langsung mengeringkan tanah yang basah akibat hujan seharian semalam.

Awal pagi mulakan dengan banyak bersyukur. Syukur atas segala nikmat yang kita dapat. Syukur atas nikmat yang kita ada dan paling bersyukur kita masih diberi kesempatan hidup sehari lagi.

Maka, jangan mengalah untuk terus mencuba hingga berjaya.




BPC - Bullet Proof Coffee

teks : Rapidah Ramli


BPC atau nama penuhnya Bullet Proof Coffee. Apa benda lah pula ni. Katanya sedap setanding dengan Cafe Latte Starbucks.

Sebenarnya BPC ini minuman untuk mereka yang berdiet mazhab keto. Jangan memain, dalam berdiet pun ada mazhab tau. Nanti kakak terangkan apa dia mazhab keto ni,  atau nama panjangnya ketogenic  dalam post yang lain ya. Andai kata yang membaca ini nak cepat tahu silalah google. Sekarang kita cerita pasal kopi sedap ni dulu. Sekali rasa mesti mahu lagi.

Ini resepinya. Kredit kepada Puan Muhaini selaku mentor dalam group RDO.

1 cawan air panas
1 sudu coffee(not 3 in 1 ya)
1 tbsp butter
2 sudu extra virgin coconut oil
1 titik stevia (optional or 1 sdt Lakanto)
Blend semua dalam blender.
Rasa macam Starbucks Cafe Latte!!!😋


Rasa kopi lemak berkrim dan berbau harum kelapa.


Ini kopi yang kakak  guna.


Tuesday 18 September 2018

Kembali

Teks :Rapidah Bt Ramli
Foto : Koleksi Rameda


Assalamualaikum. Lama tidak bersiaran. Terhenti seketika mencapah arah kata orang. Insya Allah selepas ini akan cuba istiqamah menulis kembali.

Masa berlalu tidak akan sesekali dapat kita undur. Malah akan terus berlalu tanpa dapat kita menahannya. Terasa amat rugi bila kenangan yang berlaku tidak dicoret. sekurangnya ada tinggalan kenangan untuk dibaca oleh anak cucu kemudian nanti. Ini yang kakak rasakan sekarang.

Muharram 1440H. Azam tahun baru, "Saya akan terus gigih dan istiqamah menulis yang bermanfaat".


 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design