Wednesday 13 January 2016

#SINDIKETTBA

EPISOD : Merancang sebuah pertemuan.


Tak ingat bila tarikh sebenar dirancang. Yang diingat adalah dalam dua bulan kami block jadual Tuan Zuan. Maklum, orang sibukkan. Kenalah tempah awal-awal. Memandangkan TBAPERAK telah menjayakan meetup bersama Tuan Zuan dengan jayanya, membuatkan kami di Central merasa lagi berdebar. Adrenalin terasa laju menerjah.

Konon  nak pilih tarikh selepas Perak, Banyak pula halangannya. Tambahan pula dah dekat awal tahun. Masing-masing sibuk dengan persiapan anak sekolah dan pengiraan stok dan akaun akhir tahun. Tarikh yang dipersetujui akhirnya ialah pada 9hb Januari 2016.

Perkara pertama yang diusul mestilah nak cari tempat. Dimana nak buat. Berapa kos dan sebagainya. Permulaan hanya perbincangan antara leader. Setelah dikenal pasti lokasi pertemuan, baru disebarkan kepada anak kapal.

Dalam tak mahu ambil peranan, tugas mengutip duit sebulat suara para leader memilih aku. Apa lah nasib. Agaknya muka ku ni ada money magnet kot. Ini bukanlah kali pertama aku diserahkan tugas sebagai pemegang akaun. Hairan dengan diri. Matematik masa spm dulu pun cukup makan jer.
*terharu sebenarnya, orang beri amanah ni*

Anak kapal ramai yang berminat untuk hadir dan masing-masing teruja. Terutama bila kami sahkan makanan adalah potluck. Bila lagikan nak rasa masakan makanan kawan-kawan. Bukan calang orang mereka semua ni. Ramai yang berniaga makanan. Ada pembuat roti, kek, chef, tauke restoren.

Dalam banyak senarai nama,  terselit namaku, Siap tertulis Lamb Stew dan Takoyaki. Aik tangan siapalah yang gatal telah menulisnya. Nak padam balik rasa malu pula. Redho sajalah. *Niat hati nak bawa kacang cap tangan macam masa sekolah dulu aje*

Dalam kesuntukan masa, tempat yang sesuai masih tidak dapat ditempah. Hmmmm ikutkan hati nak offer buat kat rumah sahaja. Tapi Cinta hati tak benarkan la pula. Sebab dia tahu lepas tu mesti penat gila nak mngemas. Haahahaha.

Cari punya cari, akhirnya dapat di Kampung Bharu. Tempat dah stategik ku rasa. Para leader semua pun bersetuju. Ditengah kota. Kawasan popular. Kemudahan awam pun senang. Antara stesen LRT Putra Kampung Bharu dan Dang Wangi. Semasa pergi melawat tapak kawasan segalanya ok. Jadi terus lah tempah. Lagipun inilah satu-satunya tempat yang kami boleh bawa makanan sendiri.

Walaupun begitu terjadi juga kisah anak kapal yang sesat untuk sampai walau dah guna waze dan maps gugel *senyum sajalah*

Dihari kejadian terdapat sedikit masalah. Kecewa betul rasa dihati. Ralat rasanya. Air tak ada dan tandas tidak boleh digunakan. Allahuakbar. Nasib baik kawasan surau ada air dan tandas boleh guna di ground floor.

Apa pun, keterujaan bertemu kawan yang selama ini cuma berteguran di muka buku dan Applikasi Telegram terlerai hari ini. Jadi masalah air dan tandas tu tak berapa dihiraukan.





Rapidah Ramli
@kakDahGojez


#TBA #TBANIAGA4 #TBACENTRAL #TBACREW
#JAMUSUSUK DARA #CELEBRITY LASS
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design