Tuesday 15 April 2014

Belasungkawa - Tuan Guru Abdul Aziz B Shafie (Baba Aziz)

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah. Alhamdulillah. Hari ini Kak Dah dapat menulis entri pada waktu siang. Tak lah tersengguk-senguk menongkat biji mata bila menulis macam  pada waktu malam. Eh! salah. Menaip bukan menulis.

Kali ini Kak Dah nak cerita pasal bapa rohani. Bukan, bukan. Kak Dah bukan nakcerita pasal bapa kepada kawan yang bernama Rohani. Tak dak pun kawan nama Rohani. Maksud sini ialah guru yang mendidik rohani kita kearah Allah. Adapun ayah yang dibintikan kepada nama kita itu adalah ayah jasmani. Kalau ayah jasmani ini membimbing kita kearah jalan menuju Allah dia juga merupakan ayah rohani kita. Bermakna setiap kita mempunyaai dua orang ayah, iaitu ayah jasmani dan ayah rohani. Ini adalah kata-kata yang diucapkan oleh Ust Fuad Kamaludin.

Kak Dah kenal Tuan Guru ni selepas kehilangan abah dan abah mertua. Sungguh cantik aturan Allah. Disaat kami bersedih atas kehilangan abah, dia hantar Baba (pangilan kami kepada Tuan Guru).  Melalui Baba lah kami mula didekatkan dengan amalan tarikat, mendalami ilmu tasawwuf. Allahu Akhbar. Banyak memori kami dengan Baba. Selain guru yang mendidik jiwa kami kepada Allah, beliau juga bertindak seperti ayah kepada kami. Setiap salah dan silap kami ditegur dengan begitu halus. Sabar melayan karenah kami yang pada mulanya begitu jahil dan tercari-cari dalam beragama.

Baba memang dah lama mengidap kencing manis. Setiap kali turun ke Kuala Lumpur kami akan pastikan dia mendapat rawatan dan makan makanan yang sesuai untuk penyakitnya. Baba akan turun  ke Kuala lumpur setiap tiga bulan sekali atau bila perlu. Dia akan memberi kami amalan bacaan untuk dilakukan dalam tempoh waktu tertentu. Datang untuk memeriksa samada kami perlu untuk tambah atau harus melanjutkan tempoh bacaan pada jumlah yang sama lagi. Sehinggalah kami sebati dengan semua amalan-amalan tersebut.

Bukan senang untuk mujahadah dan istiqamah dalam beramal. Alhamdulillah dipertemukan dengan guru murobbi yang betul-betul dapat membimbing.

Pada hari khamis,3hb April 2014 kami mendapat mesej mengatakan Baba sakit dan ada di Hospital Kubang Kerian, Kelantam. Petangnya pula mesej mengatakan, Baba dimasukkan ke wad kerana jangkitan pada pundi kencing, luka di kaki akibat kencing manis juga semakin teruk. Allah. Kami di Kuala Lumpur hanya dapat mendoakan agar Baba diberi kesembuhan. Hari sabtu, datang mesej kata Baba tak sedar. Hari ahad, Baba sedar tak Sedar. Dan malamnya kami menerima berita, Baba telah meninggalkan kami semua. Innalillahiwainna ilaihirajiun. Al Fatihah untuk Arwah Baba.

Pesanan terakhir Baba kepada kami semua anak murid beliau "Jangan tinggal semua amalan yang telah diberi. Perbanyakkan selawat Azimiah"
Bersama Al Habib Zein Bin Ibrahim Sumaith

Biodata beliau:

Beliau ialah Syeikh Abdul Aziz b. Syafie b. Ahmad b. Muhammad asy-Syafie. Lebih dikenali sebagai Baba Aziz. Lahir pada tahun 1947. Berasal daripada Selatan Thailand. Pernah menetap di Mekah selama 24 tahun dari tahun 1967 hingga tahun 1994. Kembali ke Thailand pada tahun 1994 dan membuka sekolah yang berteraskan kepada pengajian pondok. Berhijrah ke Malaysia pada tahun 2004 dan menetap di Kelantan sehingga ke hari ini.

Beliau pernah belajar di Ma'ahad Sanawiyyah di Solatiyyah, Mekah ketika berumur 16 tahun sehingga 20 tahun. Kemudian meneruskan pengajian di 'Aliah Darul 'Ulum sehingga berusia 22 tahun. Empat tahun seterusnya, di Jamadul 'Abdul 'Aziz, Mekah. Selanjutnya dua tahun kemudiannya di Fii'mul Hadis.

Antara guru-guru beliau ialah:
1- Sayyid 'Alawi b. 'Abbas al-Maliki.
2- Syeikh Muhammad Yasin b. 'Isa al-Fadani al-Makki.
3- Sayyid Muhammad b. Alawi b. 'Abbas al-Maliki.
4- Syeikh Hasan Mashsyat.
5- Syeikh Hasan Toha al-Yamani
6- Syeikh 'Abdullah Lahji al-Yamani.
7- Syeikh 'Iwadh al-Yamani.
8- Syeikh 'Abdul Karim al-Banjari.
9- Syeikh 'Abdul Hamid al-Banjari.
10- Syeikh Husain al-Falembani.
11- Syeikh Soleh al-Fatthoni.
12- Syeikh Muhammad Muhaddith al-Fatthoni.
13- Dr. Sayyid 'Abashi al-Habsyi.




Dikebumikan di perkarangan rumahnya.

Perjalanan ke rumah Baba harus seberang Sungai.


Rapidah Ramli
Diari WAHMpreneur
posted from Bloggeroid
 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design