Wednesday 19 September 2018

Dahulu Aku Kurus

Teks : Rapidah Ramli


30 tahun lalu kakak berada pada no 5. Slim dan comel sebab kakak ni tidaklah begitu tinggi. Petite kata orang putih. Tiada masalah kesihatan yang serius. Gembira dengan kehidupan yang sederhana. 

Bila pulang kekampung arwah tok dan tokwan selalu tegur kenapa kurus sangat? Berbanding dengan sepupu yang lain, kakak memang nampak terlalu kurus macam tak cukup makan. 

Kakak  tidak pernah berdiet atau mengawal pemakanan. Apa yang terhidang di depan mata, kakak akan makan tanpa banyak soal. Mungkin dikala itu gaya hidup kakak sihat. Banyak berjalan. Pergi sekolah hanya berjalan kaki. Setakat dua kilometer tu sepuluh minit jer dari rumah kesekolah. Kan sihat aktif tu. Awal pagi lagi dah briskwalk. 

Tidak pernah kakak mimpi atau terfikir yang suatu masa dihadapan kakak akan berada pada kedudukan 1. Huhuhhuhu. Sungguh ngeri sekali. 

OK lah sampai sini dahulu. Nanti kalau rajin kakak sambung bagaimana kakak boleh berada dikedudukan 1 itu. 

Lagipun, ada ke orang nak tahu? hahahha. Perasan macam banyak peminat jer kakak ni.

Apa pun diharapkan kompilasi cerita yang kakak karang selepas-selepas ini akan menjadi kenangan kepada anak cucu. 

0 comments:

Post a Comment

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design