Teks: Rapidah Ramli
Setiap hari hidup kita adalah dalam sangkaan kita. Macam
mana tu? Apa maksudnya? Bukankah hidup kita sudah ditakdirkan. Telah tertulis
segala qada dan qadar perjalanan hidup kita.
Pernah tak korang dengar kata-kata ini?
“Allah mengikut apa yang kita sangka”
Contoh. Cerita ini memang terjadi pada Kak Dah. Masa dah berlakunya
barulah sedar. YA. Allah mengikut apa yang kita sangka. Kejadian berlaku di
tanah haram Mekah Almukarramah. Seperti yang ditulis dalam cerita pengenalan
Kak Dah pergi menunaikan Haji bersama ibu mertua. Pada tahun 2010. Di Mekah
kami tinggal di hotel Al Azhar. Kira-kira dalam 400m dari masjidil haram.
Biasa pergi solat di di masjidil haram hanya pada waktu
Subuh, Asar terus ke Isyak. Habis Zohor solat dimana? Tak kan tak solat kot?.
Hehehehehehe.
Biasa waktu zohor kak Dah solat di Masjid Kucing. Dekat sikit, Cuma
dibelakang hotel je. Tak tau pulak apa nama sebenarnya. Tapi femes dengan nama
Masjid kucing sebab banyak kucing. Kata orang lah. Masa Kak Dah pergi tak nampak
pun walau sekor kucing.
Suatu hari, tak tahu kenapa terdetik di hari, kasut ni kalau
aku letak disini, konpem hilang. (Biasa kasut Kak Dah masukkan dalam uncang dan
letak di rak). Cuma nak jadi ceritalah kan, hari tu tak mau bubuh dalam uncang
dan nak letak di tangga macam orang lain.
Apa yang terjadi? Hmmmm. Lepas solat
cari kasut tu, sah tak ada. Kata orang kalau dah hilang barang di Mekah jangan
dicari. Tak akan jumpa punya la. Senyum. Ingat pesan tuan Haji Haron, pengarah
Rayhar Travel, apa yang terjadi sekali pun di tanah Mekah atau Madinah, kita
kena senyum. Sambil istigfar dan senyum, berjalan kaki dengan hanya memakai
setokin ke kedai membeli kasut baru. Nasib baik setokin tebal. Tak lah sakit
sangat kaki. Rezeki nak kasut baru.
Cerita kedua pula. Semasa berada di Mina. Kami bermalam
selama tiga malam disini. Bagi Kak Dah tiada masalah. Makan, tidur, solat,
ibadat semua ok. Masuk hari kedua, kawan tilam sebelah mengadu sakit perut,
rasa nak buang air besar tapi bila pergi ke toilet tak mahu la pula.
“Eda, awak tak ada masalah ke toilet ke?”
“Kenapa kak?”
“Akk dah dua hari tak membuang ni, sakitnya perut. Tapi bila
pergi ke tandas hilang lah pula. Nak ibadat pun tak khusyuk”
Dan Kak Dah tanya dia “masa nak datang sini hari itu ada tak
apa-apa lintasan dihati?”.
“Lintasan macam mana?”
“Apa-apa jer la. Mungkin akak ada pikir tak mau membuang kat
sini sebab tahulah kan tandas nya tak best. Orang ramai. Tandas sikit. atau apa-apalah”
Lama dia diam memikir, “Ada kot, masa nak datang kesini hari
tu, memang terniat tak mahu membuang kat sini sebab fikir tandas mesti tak best”
“Hmm…mungkin itulah sebabnya, apa kata akak ambil wudhu,
solat taubat dan minta ampun. Minta Allah permudahkan urusan akak dan tandas
tu. Hihhihihihi”
Petang tu jumpa kakak tersebut, tersenyum lebar jer dia. “Eda,
terima kasih. Akak dah membuang. Hahahaha. Betullah kata kamu. Memang niat akak
tak mahu membuang kat sini. Mungkin sebab itulah Allah tak bagi akak buang kat sini. Sekarang dah lega”
“Alhamdulillah.”
Ini adalah antara cebisan kisah semasa menunaikan haji. Ada banyak
lagi kisah, walau tak seajaib kisah dalam Mastika tapi memang amat memberi kesan
kepada diri kak Dah.
Apa yang Kak Dah boleh simpulkan ialah, untuk menunaikan
haji selain mampu dari segi kewangan, fizikal juga mesti mampu. Mental mesti
mantap dan betul-betul bersedia. Ilmu mengenainya harus dicari dan di isi.
Jangan pergi dengan jiwa kosong. Hanya ikut-ikut sahaja. Oh! Aku kena pergi,
sebab ramai dah tanya bila nak pergi padahal aku mampu. Mungkin ya kita mampu
dari segi kewangan tetapi pastikan juga kita mampu dari segi rohani. Sayang
jika kita pergi tanpa ilmu yang cukup. Dan selebihnya tawakkal dan berserah
kepada Allah. Kerana dia sebaik-baik pengatur rancangan.
Bukan nak tunjuk atau kata ilmu Kak Dah dah mantap. Hingga ke hari ini masih lagi dalam proses pembelajaran. Antara wishlist Kak Dah adalah nak pergi Haji bersama Kanda. Mana tahu kot ada orang nak taja kami pergi berdua sempena wedding anniversary kami yang ke20 ni. Cuma itulah, Kak Dah hanya boleh mendaftar kembali pada tahun hadapan. Tak pa. Bak kata cikgu Nisa Nua, kita buat dulu wishlist tu.
P/s : Kalau nak pergi menunaikan umrah atau haji, niatkan
nak sedap beribadat, nak sedap tidur , nak sedap makan dan nak sedap ke tandas. Insya Allah,
walau apa yang diberi makan, atau bagaimana keadaan disana hati kita akan
lapang menerimanya. Dan opkos kita cukup senang untuk beribadah.
Selamat Malam
Rapidah Ramli
Diari WAHMpreneur