Saturday 26 July 2014

Kuih bawang

Teks : Rapidah Ramli

Hehehhehehhe....layan gambaq dulu na....
Nanti bila kak dah lapang akan tulis resepi penuhnya. Gambar semua dalam henpon diknon. Jadi, sebelum iannya di delete, baik Kak Dah post kesini dulu.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Taqabballlahu minna wa minkum. Eid Mubarak kepada semua. Belum terlewat lagikan untuk ucapkannya.

Macam mana? Dah layan gambar-gambar yang diberi korang boleh figure out tak bagaimana nak membuatnya? hehehehehe. Perkara asas yang paling penting dan perlu ada adalah tenaga kerja yang kuat!

Huhuhuhuhu. Semenjak anak-anak tinggal diasrama ni, Kak Dah dah tak ada pembantu untuk membuatnya. Sayang. Ini adalah kuih tradisi yang memang sangat disukai oleh semua ahli keluarga terutama keluarga sebelah suami dan siapa yang makan sekali pasti hendak lagi.

Jadi, untuk panduan dimasa hadapan, mana lah tahu kot anak-anak nak sambung tradisi membuat kuih ini dan Kak Dah dah terlupa atau telah tiada jadi  Kak Dah tempek lah resepinya disini. Buat tatapan anak cucu dan korang pembaca semua.

RESEPI KUIH BAWANG
Sumber : Ibu Mertuaku
Resepi : Kak Dah

3 kg Tepung Gandum
1  1/2 kg Tepung Ubi
1  1/2 kg  Bawang Ros - mayang nipis
3 biji Telur
Daun Bawang dan Daun Sup - racik halus
2 cmb Baking Powder
Air dan garam secukupmya

Cara-cara.

Sediakan bahan dahulu. Bawang ros dimayang nipis. Daun sup dan daun bawang diracik halus.
Satukan semua tepung dan baking soda. Masukkan telur dan gaul rata. Dah rata, masukkan pula bawang mayang tadi bersama daun sup dan daun bawang. gaul rata lagi.

Setelah semua sebati dan rata, masukkan air garam sedikit demi sedikit, hingga sebati semuanya. AIR JANGAN BANYAK. Bila dah agak sebati...ambil sedikit doh tersebut dan uli macam uli roti canai, hingga mendai doh yang lembut. (kenapa perlu amasukkan air yang sedikit? kerana masa proses menguli, kira akan menekan air bawang keluar. Kalau guna air yang banyak, doh akan memjadi terlalu lembik - disini lah proses yang PENTING!) Bila doh dah menjadi lembut tutup dengan kain lembap supaya doh tidak menjadi kering. (cara Kak Dah, masukkan dalam bekas yang bertutup seperti tupperware atau periuk).

Proses seterusnya, ambil sedikit doh dan canai senipis yang boleh. Ingat! kena nipis-nipis. Kemudian potong dan gunting. Gambar ada dibawah. Bila dah banyak bolehlah digoreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Simpan didalam bekas kedap udara.


Bahan-bahan yang diperlukan tak banayak pun.


gaul rata semua bahan.
Uli doh sehingga kentl dan lembut seperti doh roti canai. ( Hasil dari perahan air bawang)
Ambil sedikit doh sebesar bola golf dan canai nipis. INGAT ! NIPIS-NIPIS
Canai nipis doh, dan potong memanjang.
Gunting kuih mengikut saiz yang dikehendaki.
Inilah rupa produk yang sudah siap. Nak buat bukan main becinta lagi. bila makan sekali hadap jer.

Berkesankah Ramadhan ini kepada kita?

Teks : Rapidah Ramli

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Salam pertemuan kembali. Allahumma Solli a'la Muhammad wa a'la aliy Muhammad.



Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi hari ini. Hari ini, insyaAllah merupakan hari terakhir kita berpuasa bagi tahun ini. Allahu Akhbar. Adakah kita akan berkesempatan bertemu lagi ramadhan tahun hadapan?

Mari kita membuat post-mortem diri. Apakah kesan/impak  Ramadhan kali ini terhadap diri kita? Adakah tarbiah didalamnya  terkesan atau tidak? Kesan yang bagaimana? orang lain tidak akan nampak tapi diri kita boleh menilainya. Jom kita semak bersama.

1.) Kemantapan Iman. Adakah ramadhan yang akan berakhir dalam beberapa jam lagi ini telah membuatkan iman kita bertambah mantap? Orang yang berpuasa, tidak dijanjikan akan mendapat rezeki yang banyak, rumah yang besar, kereta yang mewah, isteri yang cantik dan banyak tetapi dijanjikan keampunan dari Allah. Allahuakhbar. Allah telah berfirman dalam Quran, 2:183 yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa".
Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan sesungguh puasa dan mengharapkan redha Allah lebih dari segalanya, akan mendapat ganjaran, diampunkan dosa-dosa yang lalu. Siang ia berpuasa dan malam qiam. Masihkah kita mahu bergantung dengan manusia dan tidak yakin dengan Allah?.
Takwa ialah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya
dari segi individu, masyarakat, ekonomi dan keseluruhannya. Takwa ialah sebaik bekalan untuk kembali kepada Allah.
Tanda kita telah mendapat 'title' takwa ialah kita mengalami peningkatan iman, dimana pabila Ramadhan berlalu, kita masih boleh meneruskan rejim ramadhan iaitu solat malam dan berterusan membaca Quran.

2.) Mantap Ilmu. Apa yang kita buat perlu ada ilmu, kalau nak mantapkan iman kena ada ilmu. Sebab itu ayat pertama yang di turunkan ialah 'Iqra ! bismirabbikal lazi kholaq........."..hingga akhir ayat, yang bermaksud "Bacalah! dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! dan tuhanmulah yang maha pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya..............." hingga akhir.

3.) Mantap amal. Bila dah mantap ilmu baru boleh mantap amal. Kita perlu ilmu untuk mantapkan amal, nak amal sebab yang dengan Allah. Bila amal telah mantap ianya akan terkesan kepada Akhlak.




Kehebatan Islam ialah pada individu yang ada keyakinan, iktikad kepada Allah. Akhlak mantap barulah ada kesatuan ummah. Dan ketahuilah, pembinaan jati diri islam adalah secara berulang-ulang, sebab itu setelah 11 bulan berlalu, Ramadhan akan datang untuk proses mendidik kita. Jadi jangan jemu.

Oklah semua, sampai sini dahulu untuk kali ini. Kak Dah nak buat kuih raya pula.

Dikesempatan ini Kak Dah mohon ampun dan maaf, kepada semua. Andai kata ada kata yang menguris hati, andai kata ada tulisan yang mencalar jiwa, andai kata ada kelakuan yang kurang menyenangkan Kak Dah mohon harap dimaafkan. Sesungguhnya, yang baik datang dari Allah dan yang tidak elok itu datang dari khilaf Kak Dah.

Sekian. Eid Mubarak. Taqabballahu minna wa minkum.



 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design