Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Salam pertemuan kembali. Allahumma Solli a'la Muhammad wa a'la aliy Muhammad.
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi hari ini. Hari ini, insyaAllah merupakan hari terakhir kita berpuasa bagi tahun ini. Allahu Akhbar. Adakah kita akan berkesempatan bertemu lagi ramadhan tahun hadapan?
Mari kita membuat post-mortem diri. Apakah kesan/impak Ramadhan kali ini terhadap diri kita? Adakah tarbiah didalamnya terkesan atau tidak? Kesan yang bagaimana? orang lain tidak akan nampak tapi diri kita boleh menilainya. Jom kita semak bersama.
1.) Kemantapan Iman. Adakah ramadhan yang akan berakhir dalam beberapa jam lagi ini telah membuatkan iman kita bertambah mantap? Orang yang berpuasa, tidak dijanjikan akan mendapat rezeki yang banyak, rumah yang besar, kereta yang mewah, isteri yang cantik dan banyak tetapi dijanjikan keampunan dari Allah. Allahuakhbar. Allah telah berfirman dalam Quran, 2:183 yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa".
Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan sesungguh puasa dan mengharapkan redha Allah lebih dari segalanya, akan mendapat ganjaran, diampunkan dosa-dosa yang lalu. Siang ia berpuasa dan malam qiam. Masihkah kita mahu bergantung dengan manusia dan tidak yakin dengan Allah?.
Takwa ialah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya
Tanda kita telah mendapat 'title' takwa ialah kita mengalami peningkatan iman, dimana pabila Ramadhan berlalu, kita masih boleh meneruskan rejim ramadhan iaitu solat malam dan berterusan membaca Quran.
2.) Mantap Ilmu. Apa yang kita buat perlu ada ilmu, kalau nak mantapkan iman kena ada ilmu. Sebab itu ayat pertama yang di turunkan ialah 'Iqra ! bismirabbikal lazi kholaq........."..hingga akhir ayat, yang bermaksud "Bacalah! dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! dan tuhanmulah yang maha pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya..............." hingga akhir.
3.) Mantap amal. Bila dah mantap ilmu baru boleh mantap amal. Kita perlu ilmu untuk mantapkan amal, nak amal sebab yang dengan Allah. Bila amal telah mantap ianya akan terkesan kepada Akhlak.
Kehebatan Islam ialah pada individu yang ada keyakinan, iktikad kepada Allah. Akhlak mantap barulah ada kesatuan ummah. Dan ketahuilah, pembinaan jati diri islam adalah secara berulang-ulang, sebab itu setelah 11 bulan berlalu, Ramadhan akan datang untuk proses mendidik kita. Jadi jangan jemu.
Oklah semua, sampai sini dahulu untuk kali ini. Kak Dah nak buat kuih raya pula.
Dikesempatan ini Kak Dah mohon ampun dan maaf, kepada semua. Andai kata ada kata yang menguris hati, andai kata ada tulisan yang mencalar jiwa, andai kata ada kelakuan yang kurang menyenangkan Kak Dah mohon harap dimaafkan. Sesungguhnya, yang baik datang dari Allah dan yang tidak elok itu datang dari khilaf Kak Dah.
Sekian. Eid Mubarak. Taqabballahu minna wa minkum.
0 comments:
Post a Comment