Monday 31 March 2014

Selangor, air dan catu.

Teks : Rapidah Ramli

Dah tiga hari masuk hari ini. Hari ini patut ada air. Dengar khabar bahagian bawah bukit sana dah ada air. Hmmmm. Lambat lagilah air nak naik sampai ke rumah ni. Biasa petang nak maghrib baru naik kerumah. Itu pun dengan tekanan yang rendah sahaja. Dan mampu menaikkan tekanan darah kita. Hehehehe. Penat woo.

Kadang nak kena angkut ayaq tu, angkat berat-berat ni bahaya tau. Bagi orang perempuan boleh jatuh peranakkannya. Kak Dah dah rasa bebaru ini. Nasib baik boleh urut sendiri. Hah! Ada teknik tau nak urut ni. Nanti kita citer di entri lain ya.

Air memang amat berharga kepada kita. Macam-macam yan kita buat perlukan air. Terutamanya sekali bila istinjak dan nak berwudhu. Lebih payah bila ada anak kecil. Allahuakbar. Teringat masa kejadian catu air tahun 98 dulu. Masa tu baru lepas pantang si Angah. Punyalah payah. Sebab air di hantar melalui lori. Dari lori nak angkut ke rumah, rasa macam dok kat kampung nuuu. Angkut ayaq dari telaga. Kali ni nasib baik dia on/off on/off jer.

Betapalah berharganya air nak dapat nak ucap! Disaat ianya tiada, begitu tersa kepentingannya. Selama ini buat lewa sahaja kerana tahu, bila pulas jer kepala paip tu, air akan mengalir.

Memang perangai kita kan? Bila benda tak ada baru terasa betapa berharganya benda tersebut. Betapa bernilainya benda tersebut. Betapa payahnya kita jika ia tak ada. TAPI di saat ianya dihadapan mata, kita sering buat lewa sahaja. Tak hargai langsung. Tak mahu beringat langsung yang satu hari nanti ianya akan hilang dari pandangan mata.




Oklah sampai sini dulu. Tu nampaknya ayaq dah mula meleleh. Nak pi tadah lu sat. Banyak keja nak buat ni. Maklum dah tiga hari tak daq ayaq.Nabi dah pesan rebut 5 perkara sebelum 5 perkara. Sekarang Kak Dah nak rebut peluang ada ayaq sebelum dia hilang esok.  Nanti kita sambung lain noo.
posted from Bloggeroid

Test and try

Teks : Rapidah Ramli



Assalamualaikum. Ini hanyalah percubaan dan pembelajaran. Teks penuh mengenainya akan ditulia kemudian.

Sekian terima kasih.




posted from Bloggeroid

MENCARI JALAN PULANG

Teks : Rapidah Ramli

Sabtu lepas balik kampung. Macam biasa duduk di rumah tua yang setia menanti kedatangan anak cucu datang berkunjung. Yang ada hanya Pak Tam sekeluarga. Itu pun tinggal di rumah sebelah. Jadi kami anak cucu ini anggap rumah tua macam homestay.

Balik kali ini belum musim buah. Tapi seronok tengok semua pokok buah sedang lebat berbunga. Dijangkakan lepas raya nanti, boleh petik hasilnya.

Keesokkan harinya pula, terus ke bandar Taiping. Hantar Angah balik sekolah. Sebelum itu, pergi makan tengahari dahulu.gedebak gedebuk dah pukul 2.30pm. Selesai hantar Angah, semak perjalanan pulang ke Kuala Lumpur melalui aplikasi waze. Huih! Tu dia. Kereta berderet meremut. Semua komen heavy traffic. Dan ada dua kemalangan dilaporkan berlaku. Satu di Kuala Kangsar dan satu lagi atas sikit dari Simpang Pulai. Dan kami mengambil kepuusan untuk mengikut jalan lama.

The journey was begin. Cuba teka pukul berapa kami sampai Kuala Lumpur? Hikhikhikhik. Pukul 11 malam. Agaknya kalau kami ikut lebuhraya yang jem tu sama gak kot? Tapi yang ni tak berbayar. Cuma jauh tu jer lah. Dan jalan hanya mengikut arahan kata hati sahaja. Dari Taiping ke Kuala Kangsar, ok. Tiada masalah. Dah sampai ke Kuala Kangsar tak tahu hala tuju kemana. Signboard ke KL x ada. Ke Ipoh pulak jarang2 dia timbul. Tengok waze semua arahan pergi ke lebuhraya PLUS.

Nekad jer la. Janji minyak penuh. Jalan lah kami masuk kampung keluar kampung. Bermacam nama tempat baru yang selama ini dengar sahaja dan hari ini dapat melihat sendiri. Manong, Bota Kanan, Belanja kiri, Belanja kanan, Parit, Pusing. Dapat menyusur tepi Sungai Perak. Wah! Besonya sungei. Agak kome ade boye dalamnye? Jalan punya jalan, akhirnya nampak signboard Rtc Gopeng. Lagi 10km. Huh! Lega.  Lalu depan Kellie's Castle. Tapi maaf ler x sempat nak amik gambar.

Masuk pekan Tapah, Kampar, Slim River semua jem. Tapi masih teruskan juga perjalanan. Entah mimpi apa, sampai Bertam, kanda pandu masuk highway PLUS. Kak Dah bantai tidoq la. Terlelap sat. Tak lama lepas itu, tengok dia pandu keluar pula, ke Bukit Tagar. Sebab jalan kedepan lagi dah tak bergerak.Hah! Jalan ni gelap tau kanda. Nanti sampai hujung masuk kiri.

Mulalah kami meredah kembali jalan kampung. Masuk estet, keluar kampung hingga ke Ijok dan Kuala Selangor. Hinggalah akhirnya lega bila ternampak signnoard highway LATAR. Pastikan keluar hingga kehujung ke Rawang. Jangan keluar ke Sungai Buluh.

Seterusnya perjalanan lancar hingga kami selamat tiba ke rumah. Pada jam 12 tengahmalam tepat. Alhamdulillah. Dan teks ini ditulis disaat mata kuyu nak tido sementara menanti giliran nak jumpa dentist. Adios. Jumpa di next entri.


Saturday 29 March 2014

KITA TAK TAHU

Teks : Rapidah Ramli

Hari ini hari sabtu. Cepatnya masa beredar, rasa baru semalam ambil angah di Jalan Duta. Balik bercuti dari asrama. Esok dah kena hantar balik ke asrama semula. Jadi hari ini kami bergerak ke kampung dahulu seperti biasa. Tidur semalam di kampung, esok tengahari hantar dia ke sekolah dan terus balik ke Kuala Lumpur semula.

Begitu pantas masa berlalu. Dalam hidup ni adakah kita sedar apa yang kita lakukan setiap hari? Adakah kita ingat apa yang kita lakukan semalam? Dulu semalam? Minggu lepas? Bulan lepas? Adakah kita tahu dan ingat apa yang kita tuturkan setiap hari? Adakah ianya membawa kebaikan atau sebaliknya?

Allahuakbar! Kalau kita muhasabah diri semula, tak mampu untuk mengucapkan selain dari istigfar. Kita tak tahu adakah apa yang kita lakukan, yang kita perbuatkan, yang kita cakapkan, yang kita omelkan itu mendapat rahmat atau murka allah.

Disini Kak Dah nak kongsi satu cerita. Kak Dah dapat cerita ini dari group whatsapp kelas mengaji. Dan cerita ini wallahuaklam, x pasti kebenarannya, walau pun di tulis sebagai kisah benar.apa yang penting ialah, kak Dah nak korang semua fikirkan nasihat disebalik cerita tersebut. Boleh ye? Peace no war.

 [Kisah Benar] 

 Ini adalah suatu kisah benar berdasarkan apa yang diceritakan oleh seorang sahabat saya. Ketika saya mendengar cerita itu, bulu roma saya meremang ketakutan. Saya bimbang mengenai tahap iman saya. Adakah ia sempurna atau sebaliknya. Diharapkan kisah jenazah Mufti tersemadi Kristian ini memberi kita ruang dan peluang untuk membaiki diri.

Jenazah Mufti Tersemadi Di Perkuburan Kristian !

          Kisah ini terjadi di India. Pada suatu hari, seorang mufti meninggal dunia dan beliau pun disemadikan di tanah perkuburan Islam. Pada hari yang sama juga, seorang remaja perempuan Kristian telah meninggal dunia dan disimpan di tanah perkuburan Kristian.
          Disebabkan oleh suatu kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan, pihak polis terpaksa menggali semula kubur remaja perempuan Kristian tersebut. Alangkah terkejutnya mereka tatkala mendapati mayat perempuan tersebut tidak ada di situ bahkan di kubur itu tersemadinya jenazah seorang mufti!
          Mereka semua bingung dan hairan bagaimana jenazah boleh bertukar dengan orang lain. Hasil perbincangan bersama-sama penduduk Muslim, pihak polis kemudiannya menggali semula kubur mufti tersebut yang asalnya berada di tanah perkuburan Islam. Sekali lagi mengejutkan. Di kubur tersebut, mereka telah menjumpai jenazah remaja perempuan Kristian tadi. Pelik bin ajaib!

          Orang ramai semakin bingung. Berita itu tersebar luas sehingga memaksa mereka bertanya kepada waris si mati mengenai apa yang telah remaja perempuan dan mufti itu ketika di dunia. Mesti ada sesuatu yang Allah hendak jadikan pengajaran terhadap peristiwa bertukarnya kubur itu.
          Ibu bapa kepada jenazah perempuan Kristian itu memberitahu, ”Ketika anak kami hidup, dia ada berhasrat untuk memeluk agama Islam tetapi kami menghalangnya. Kami sendiri tidak tahu status agamanya ketika dia meninggal dunia. Adakah masih dalam Kristian atau memeluk Islam secara senyap-senyap.”
          Isteri kepada mufti itu pula menceritakan, ”Sepanjang hidup, suami saya memang seorang yang banyak membantu masyarakat menyelesaikan pelbagai masalah agama. Ramai orang bertanyakan kepadanya pelbagai perkara dan dia dapat menyelesaikannya dengan baik. Setiap malam dia akan bangun bersolat tahajjud.”
          Mereka yang mendengar masih tidak menemui kecacatan kepada sifat mufti itu. Dia seorang yang mulia dan berjasa kepada masyarakat. Tapi, mengapa Allah menukarkan kuburnya ke tanah perkuburan Kristian. Sehinggalah, si isteri meneruskan ceritanya.
          ”… Cuma, saya kadang-kadang saya terdengar suami saya merungut sesuatu. Sewaktu dia bangun untuk solat malam, dia berkata, ’Susahnya jadi orang Islam. Kena solat, kena buat itu … kena buat ini … . Jadi orang agama lain kan senang? Tak perlu nak susah-susah buat semua tu’.”

          Kadang-kadang, kita tak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Sebab itulah, kita perlu menjauhi semua perkara dan jangan banyak soal mengapa Allah melarang kita berbuat itu dan berbuat ini. Kadang-kadang, dengan niat yang salah pun Allah murka!

          Kita juga tidak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan ’senyuman’ Allah. Sebab itulah, kita mesti berusaha untuk melakukan segala kebaikan dan jangan banyak soal mengapa Allah perintahkan kita berbuat itu dan berbuat ini. Dengan niat yang baik pun, Allah suka!

          Berhati-hatilah tatkala anda memberi pendapat mengenai sesuatu pelaksanaan hukum-hukum Allah. Tidak takutkah anda dimurkai Allah? Siapa kita untuk mempertikaikan perintah Allah?

Wallahuaklam. Yang baik datang dari Allah. Yang buruk salah dan silap dari saya. Hingga ketemu esok di entri yang lain.


Friday 28 March 2014

ADAB BERHUTANG DAN MEMBERI HUTANG

Teks : Rapidah Ramli

Salam petang Jumaat. Hari ni nak cerita apa ya?? Hmmm. Macam tersangkut sikit.  Apa kata cerita pasal hutang? Definasi hutang menurut kamus besar - Utusan ialah perkiraan, perhitungan, meminjamkan wang/benda kepada seseorang.

Anda berhutang? Atau anda memberi hutang? Mari kita lihat dari sudut agama pulu. Ini adalah salinan tazkirah yg Kak Dah dapat dari kawan sepengajian. Harap ianya dapat memberi manfaat bersama.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
أصحاب استاذ حذري

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاهُ


Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda

الْقَتْلُ فِي سَبِيلِ اللهِ يُكَفِّرُ كُلَّ شَيْءٍ، إِلَّا الدَّيْنَ

"Terbunuh di jalan Allah menghapuskan seluruhnya ( dosa dan kesalahan ) kecuali hutang" (HR Muslim no 1886)

Dari Salamah bin al-Akwa' radhiallahu 'anh

أن النبي صلى الله عليه وسلم أتي بجنازة ليصلي عليها فقال هل عليه من دين قالوا لا فصلى عليه ثم أتي بجنازة أخرى فقال هل عليه من دين قالوا نعم قال صلوا على صاحبكم قال أبو قتادة علي دينه يا رسول الله فصلى عليه

"Bahwasanya Nabi shallallahu 'alahi wa sallam didatangkan kepada Baginda jenazah untuk disolatkat, maka baginda berkata, "Apakah dia memiliki hutang?". Mereka mengatakan, "Tidak". Maka Nabi pun menyolatkannya. Lalu didatangkan janazah yang lain, maka Nabi shallallahu 'alahi wa sallam berkata, "Apakah ia memiliki hutang?", mereka mengatakan, "ya", Nabi berkata, "Sholatkanlah saudara kalian". Abu Qotadah berkata, "Aku yang menanggung hutangnya wahai Rasulullah". Maka Nabi pun menyolatkannya" (HR Al-Bukhari no 2295)

Penjelasan :

Wahai saudara-saudaraku yang beriman, kehidupan kita pada saat ini tidak sunyi dari berhutang. Hampir semua yang berharga di sekeliling kita diperolehi dengan cara berhutang. Rumah, kereta, motosikal, barang kemas, computer dan sebagainya. Bahkan menuntut ilmu pun hari ini melalui kaedah berhutang. Pendek kata kita sekarang ni memang kaki hutang sama ada dengan bank, koperasi, sahabat dan teman. Tidak salah berhutang selama mana kita menjaga etika dan adab-adabnya yang digariskan oleh syariat islam. Bahkan ayat yang terpanjang dalam al-quran pun adalah ayat berkenaan dengan hutang.

Fokus kita dalam hal ini adalah berhutang dengan sanak saudara, teman-teman dan individu kerana hutang dengan institusi kewangan telahpun ada syarat-syaratnya yang kebiasaannya seseorang tidak ambil ringan dan tidak culas membayarnya.

1. Adab dan etika orang yang berhutang dan pemberi hutang:

Menulis jumlah wang yang dipinjamkan agar menjadi bukti dan kesaksian , firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ

"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar.” (QS Al-Baqoroh : 282)

Dengan bukti dan kesaksian ini dapat membantu ahli waris sekira sesuatu berlaku sama ada dalam hal menuntut hak dari yang berhutang atau melunaskan hutang kepada pemiutang.

2.Adab orang yang berhutang :

a. Jangan menangguh-nangguh pembayaran hutang. Utamakan pembayaran hutang dari membelanjakan wang kepada sesuatu yang bersifat keinginan bukan keperluan.

b. Jangan menunggu diminta dahulu baru membayar hutang, boleh jadi pemilik piutang malu untuk meminta , atau mungkin juga dia tidak meminta tetapi mengeluh dan mengadu hal kamu kepada Allah.

نَامَتْ عُيُوْنُكَ وَالْمَظْلُوْمُ مُنْتَبِهُ يَدْعُو عَلَيْكَ وَعَيْنُ اللهِ لَمْ تَنَم
"Kedua matamu tertidur sementara orang yang engkau zalimi terjaga…Ia mendoakan kecelakaan untukmu, dan pandangan Allah tidaklah pernah tidur"

c. Jangan berhutang kecuali benar-benar terdesak dan memerlukan kerana ia perkara harus tetapi melibatkah maruah. ingatlah tangan yang memberi itu lebik baik dari tangan yang menerima.

d. Perbaiki niat untuk segera mengmbalikan hutang tersebut, agar ia dibantu oleh Allah. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda ;

من أخذ أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه ومن أخذ يريد إتلافها أتلفه الله

"Barang siapa yang mengambil harta manusia/orang lain dengan niat untuk mengembalikannya maka Allah akan menunaikannya. Akan tetapi barangsiapa yang mengambil harta orang lain dengan niat untuk merosakkannya maka semoga Allah merosakkannya" (HR Al-Bukhari no 2387)

e. jangan memberi janji-janji palsu sehingga pemiutang ternanti-nanti pembayarannya. Tidak menunaikan janji juga dalah sifat tercela.

3. Adab pemiutang ( pemberi pinjaman ).

a. Anggaplah pemberian itu suatu peluang kebajikan bukan suatu beban. Memberi pinjaman atau hutang adalah suatu perbuatan ta’awun yang dianjurkan oleh islam agar umatnya hidup dengan makmur dan prihatin terhadap orang lain.
b. Jangan kenakan bunga kerana itu riba yang diharamkan.
c. Jangan rasa malu untuk menuntut hutang. jika benar kita sayang kepada orang yang berhutang maka hendaklah kita menuntut hutang tersebut darinya. Kerana jika tidak dituntut teman mu itu akan menghadpi kesukaran akhiratnya. ( seabagaimana hadis di atas ).

d. berihsanlah kepada yang berhutang bila kau lihat kesukaran hidupnya. Jangan didesak segera membayarnya sedangkan hidupmu penuh kemewahan. Kata Imam al-Qurtubi :

وأما إذا لم يجد للخروج من ذلك سبيلاً فالمرجو من كرم الله تعالى إذا صدق في قصده وصحت توبته أن يرضي عنه خصومه

Adapun orang yang tidak memiliki kemampuan untuk membayar hutang, maka diharapkan dari kurnia dan kedermawan Allah, jika ia jujur dalam tujuannya (untuk membayar hutang) dan taubatnya telah benar maka Allah akan menjadikan musuhnya (yang memberikan piutang) akan ridho kepadanya" (Dalil Al-Faalihin 2/540)

Kesimpulan :

Hidup ini tidak sunyi dari berhutang, tetapi beringat dan berwaspadalah.

Ya Allah jauhilah kami dari belenggu hutang, luaskanlah rezeki kami agar kami sentiasa menjadi hamba-Mu yang taat dan bersyukur… amin.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ..... والعفو منكم


Wednesday 26 March 2014

KUTU MENYERANG LAGI

Teks : Rapidah Ramli


"Ana, kenapa ko tergaru-garu kepala tu? ada kutu ke hapa?"- mak
"Mana ada. Gatal kepala jer" - Ana
"Mak! kepala Amat pon gatal. Ni mesti Ana ada kutu" - Amat
"Mak! apa ni, habis la kepala orang. Ana ada kutu mesti orang pon kena." - Angah
"Eawww teruklah ko ni Ana, mak potong rambut panjang dia tu. Nasib baik orang duduk asrama. Tak la jangkit ngan korang. Dok jauh-jauh. Jangan datang dekat" - Along

Ini lah antara pebualan anak-anak di satu hujung minggu. Haiya, Ana oiii kalau nak berambut panjang kena la jaga. Meh sini mak tengok kepala memasing. Astagfirullahal adzhim. Ko ternak kutu ke apa ni Ana oiii!? Jalan penyelesaiannya ialah, "Along! ambil kit gunting rambut mak." Operasi memotong rambut dijalankan. Kasi pendek itu suma rambut. Kemudian baru di basmi dengna ubat kutu yang dapat dari Klinik Kesihatan. Kisah 3 tahun lepas.

Kisah 3 malam lepas. "Ana, jap apa yang merayap tu."? Ya Allah kutu lagi. Terus belek kepala dia. Hadoiiii, engkau memang penternak kutu yang berjaya la Ana. Geli mak nak tengok. Tak lalu kalu nak buang secara manual. Seperti biasa, perkara asas, kena potong rambut kasi pendek punya. Jadilah operasi tengah malam itu memotong rambut anak-anak. Habis ketiga-tiganya dipotong rambut. Jangan nak menangis. Rambut akan panjang balik. (Biasa mereka ini akan menangis kalau dipotong rambut terutamanya si Angah). Dan memang biasa Kak Dah potong sendiri rambut anak-anak. Sedari kecil mereka tak pernah pergi kekedai untuk potong rambut. Bila dah besar mereka kata tak berbaloi lah potong kat kedai, mahal. Mak potong free. Hehehehe. Alhamdulillah. Yer la, cuba korang kira, kalau seorang potong dalam RM ke Rm20, kalau 3 orang dah berapa? Banyakkan?

Esok pagi-pagi lagi pergi Guardian dan dapatkan ubat kutu. Dan petangnya operasi membunuh kutu-kutu. sekarang dalam pemantauan untuk seminggu ni.

Kalau dulu rajin mengoggle dan mencari petua-petua tradisional untuk membasmi kutu ni. Sekarang tak lagi dah. Tak ada masa nak wat semua tu. Renyah. Beli jer la.  Yang penting selepas ini, kebersihan diri kena tingkatkan lagi.



INFO - dari wikipedia

Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.

Misi Mencari Barang

Teks : Rapidah Ramli

Salam 1 Malaysia. Di saat kerajaan sibuk mencari pesawat boeing yang hilang, stesen tv  sibuk menjemput para pakar mengulas mengenai misteri kehilangan itu. Hari ini kak Dah juga sibuk mencari barang-barang.

Apakah barang yang sibuk di cari oleh kak Dah?

Jeng, jeng, jeng.

Barang yang pertama, bahulu ikan. Hah! bahulu ikan?. Ya, bahulu ikan.
Punya la banyak bahulu yang dijual di merata pasar tani, supermarket malah pasaraya juga, kenapalah bahulu ikan juga yang dicari?.Nak buat apa?
Err ini bukan saja-saja tau. Bukan sebab teringin ke? mengidam ke? apa ke?. Misi mencari bahulu ikan kerana permintaan daripada mak, yang nak jadikan bahulu ikan sebagai door gift pada majlis perkahwinan adik bongsu nanti. Jadi setelah mengoggle, bertanya dengan kekawan akhirnya dapat satu supplier ni, di Taman Sri Gombak. Alhamdulillah, setelah dua tiga kali menelifon,sms, whatsapp bagai, hari ini kak Dah dan adik telah selesai membuat pesanan. Siap lengkap design kotak, kuantiti dan sebagainya. Opkos sekali bayar deposit.

Balik dari Sri Gombak, singgah di Giant supermarket Bt Caves pulak sebab adik kata nak beli barang dapur. Ok. Kak Dah pun tumpang sekaki membeli sedikit barang keperluan Angah nak balik asrama. Boleh tahan mahalnya barang disini ya. Kak Dah jarang pergi beli barang di rangkaian pasaraya ini kalau tiada promosi. Biasa Kak Dah pergi ke pemborong jer. Murah dan banyak. Share lah beli ngan kawan-kawan. Jadi taklah membazirkan.

Balik dari sini singgah rumah mak di Sentul sekejap, sempat minum dan buang air sahaja. Kemudian pergi pula ke Kuala Lumpur untuk membeli barang senarai Angah. Hailah budak ni memacam dimintanya. Turutkan jerlah, janji jangan dia kata nak keluar dari sekolah tersebut sudah.Lagi pula bukan benda mengarut pon, buku-buku rujukan dan barang keperluan peribadi sahaja.Oleh kerana dia terdidik biasa beli barang borong di Mydin, jadi dia rasakan kalau membeli di kedai lain mahal. Tapi memang betul pon, bagi barang-barang stationary kak Dah suka membeli di Mydin dengan harga borong.  Benda-benda ini memang flexi, lagipun anak-anak semua dah sekolah dan akan menggunakan benda yang sama. Jadi kenapa nak bazirkan duit beli satu-satu-satu.

Dan dari KL pergi pula ke Low Yat Plaza mencari lappy untuk kegunaan Angah. Wah! Angah guna lappy dan Ipad? Sekolah menengah atau pelajar kolej? atau pelajar Universiti? kena guna semua gadjet bagai? Hihihihihi high   maintenance gak ni. Kalau belajar tak pandai, tak tahu lah. Saja lah tu kan. Untuk pengetahuan semua Angah baru sekolah menengah, tingkatan empat. Oleh sebab dia masuk ke Smart School, jadi memang smart sangatlah pembelajaran dan pengajaran di sekolah  dorang. Masih lagi kejutan budaya kepada dia. Berpindah dari Sekolah kementerian dan beralih ke Smart School. Harap dia dapat menguasainya dengan baik. Segalanya baru bagi dia. Pengalaman baru yang totally different dari sebelum ini. Kalau selama ini mak duduk di depan mata dan sentiasa ada disisi untuk selesaikan masalah. Bila berada jauh ni kenalah pepandai uruskan sendiri. Yer dok??.

Sampai rumah tepat jam 755 malam. Huh! penat, lenguh kaki, sakit badan jangan cakap la kan. Dan setelah siap post cerita ini, kak Dah nak beradu. Selamat malam semua. Maafkan segala salah dan silap kak Dah hari ini. In sya Allah esok kita jumpa di entri yang lain.


Tuesday 25 March 2014

Alfatihah dan Takziah kepada ahli keluarga MH370

Teks : Rapidah Ramli

Alhamdulillah, semalam 24/03/14, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan berita terbaru mengenai misteri kehilangan MH370. Pada 8/3/2014 penerbangan MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur menuju ke Beijing, hilang dari radar dan setelah hampir 17 hari SAR dijalankan ianya disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Sekarang kerajaan sedang giat menjalankan misi mencari bangkai/sisa kapal terbang di kawasan koridor selatan. Semoga Allah mudahkan segala urusan.

Al Fatihah dan takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga penumpang dan krew penerbangan MH370. "Dari Allah kita datang dan kepadanya kita akan kembali"

Al fatihah.

Sunday 23 March 2014

Dilema seorang perempuan

Teks : Rapidah Ramli

Selamat pagi. Selawat dan salam kepada junjungan nabi kita Muhammad SAW beserta ahli keluarga dan sahabat handainya. Hari ini kita bersiaran pagi pula. Best kan ? Kerja ikut suka masa kita, nak pagi boleh, petang boleh, malam boleh dan dimana saja asal ada alatan yang sesuai. KakDah ni kerja apa ya? Hehehe...kalau dahulu orang tanya, jawabnya, surirumah jer. ^__^

Tapi kini, kalau orang tanya, pun akan jawab surirumah, tapi surirumah yang bekerja dari rumah. Hah camna tu? Err...nantilah cerita lanjut pasal ini sebab KakDah pun tak khatam belajar ni. Cuma macam bangga je, bila cakap saya surirumah yang bekerja dari rumah. Masih dalam proses pembikinan orang sekarang cakap. Nanti bila dah stabil dan KakDah dah boleh berdiri sendiri, akan KakDah update dan kongsi rahsianya ya. Harap anda semua bersabar. In Sya Allah.

Rata-rata orang perempuan yang berkahwin dan mempunyai anak, memang berangan dan teringin untuk duduk di rumah membesarkan anak-anak sendiri. Betul dopp??? Tapi pelbagai kekangan masalah dihadapan, yang paling besar ialah ketidak cukupan gaji suami untuk menampung perbelanjaan keluarga, tambahan yang tinggal di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Dan sebagai partner in crime tentulah kita tak sampai hati membiarkan dia seorang mencari nafkah. Malangnya, yang menjadi mangsa disini adalah anak-anak.

Bila ibubapa keduanya keluar bekerja, dengan siap anak-anak ini akan tinggal? Bibik? Baby Sitter? Nurseri? Ahli keluarga? dan kot yang bernasib baik (baik ke?) mak kita tolong jaga kan. Ini membuat kita akan terlepas melihat proses pertumbuhan seseorang anak itu. masa yang pergi tak akan kembali. Even KakDah yang yang jadi surirumah dari awal perkahwinan ni pun, rasa tak puas melihat perkembangan pembesaran anak-anak, dari lahir hingga sekarang dah remaja. Jadi, bagi yang bekerja lebih lagi la kan.?

Ingat tak dalam pengenalan KakDah ada sebut, pernah menjadi guru tadika? Tadika tau, bukan taska. Maksud kakDah cuma mengajar sahaja dan tidak menjaga nurseri. Kerja pun separuh hari sahaja. Pukul 1 dah ada di rumah. Siap masak untuk makan tengahari dan makan berjemaah lepas zohor. Best kan?? ^__^

Apa yang dapat kakDah rumuskan rutin hidup seorang anak berusia 4 tahun adalah seperti berikut:

(kes 1)
Pagi---> hadir kesekolah
Tengahari ------> balik sekolah, terus pergi kerumah baby sitter
Petang------> baru balik rumah (biasanya malam sebab ibubapa hanya sampai pada pukul 8 mlm)


(kes 2)
Pagi -----> hadir kesekolah
Tengahari hingga malam ----> dilayan oleh bibik

Balik sampai rumah mesti dah penat, lepas makan tidur. Ibu pun sibuk nak masak makan malam, nak mencuci dan bagai kerja rumah yang perlu di uruskan, bapa errr no kemen ^___^.
Jadi bila ya kita ada masa nak layan anak kecil tu. Hujung minggu? Kalau dikira, berapa jam sehari kita menghabiskan masa berkualiti dengan anak tersebut.

Tak dinafikan, ada ibubapa yang berjaya dan dapat memberi masa berkualiti bersama anak kecil ini.Tapi ini hanya lah pada sebilangan kecil sahaja, dan majorotinya masih ramai lagi yang gagal. Masih mencari-cari lagi jalan penyelesaian yang terbaik.

Dan adalah dinasihatkan kepada pasangan yang nak berkahwin, kukuhkan dahulu ekonomi diri, rancang kehidupan untuk, 5, 10, 20, 30 tahun akan datang masukkan bersama pasangan dan anak-anak dalam perancangan itu.

Bagi yang dah berkahwin pula, carilah, timbalah ilmu keibubapaan berkesan, jangan malu nak mengaku salah dan kesilapan jika itu dapat membawa ahli keluarga kita ke syurga. Bahagia dunia, bahagia akhirat jika kita mahu berfikir.

Ada satu kisah mengenai seorang anak murid kakDah. Opps sebelum tu nak cakap,tadika kakDah kerja ni, buat kelas hafazan, maknanya tiap pagi sebelum waktu pembelajaran teras, mereka perlu mengaji secara individu dan kemudian membuat hafazan surah-surah lazim. Anak murid seorang ini, masuk sekolah masa berumur 3 tahun. Ada dua tiga orang dalam kelas itu yang sama umur dengan dia. Masa kelas mengaji dan hafazan mereka kena ikut sekali, tetapi tidak pada mata pelajaran teras.

Apa yang membanggakan kami guru-guru adalah, hafazannya masyaAllah superb. Dalam kepelatan dia bercakap, hafazannya sangat bagus. Ayahnya seorang yang berjawatan tinggi dan selalu kerja luar, ibu juga seorang pekerja professional. Balik sekolah tinggal dengan baby sitter. Setelah kami guru-guru selidik, kami dapati, rupanya setiap pagi, si bapa akan mengejutkan anak-anak untuk solat subuh berjemaah dan kemudian bertaddabur alquran hingga jam 7 pagi. Jika bapa pergi keluar daerah, si ibu akan sambung tugas. Alhamdulillah. Sejuknya perut mendengar cerita mereka.


Jadi betullah kata nabi, anak yang dilahirkan adalah ibarat kain putih yang bersih dan ibubapa lah yang mencorakkanya.

Allahuakbar. Yang baik dari Allah dan yang kurang itu dari salah dan silap KakDah. Jumpa di entri lain esok. In Sya Allah.

Tawaddu

Teks : Rapidah Ramli

Entri kali ini, lain sikit, harap anda yang membacanya, fahami dan halusi dahulu sebelum mengkritik. Ini adalah nota yang kakDah salin dari kelas pengajian bersama guru murobbi KakDah, Baba Abdul Aziz Shafie bin Muhammad Bin Ahmad. Seorang ulama dari wilayah Pattani, Selatan Thai.  Semoga ianya dapat memberi faedah kepada kita semua dalam menuju ke negeri abadi. Insya Allah Kakdah akan cuba mengupdatekan nota-nota tausiah dari masa kesemasa.

Tawaddu : Tunduk kepada allah

- Apa yang kita ada segalanya milik Allah. Hakikat, semuanya Allah.
- Bersihkan  hati dari lain dari Allah
-Mulut kata Allah, hati nafi dan isbaq hingga kita fana dalam Allah. (maksudnya, kita zikirkan Allah, dan hati menafikan lain dari allah hingga kita zouk hanya kepada allah)
-Cukup hanya allah

Tarikat adalah ibarat kenderaan. Perjalanan yang kita nak pergi ini bukan dekat tau, nak jalan kaki rasanya memang tak sanggup la. Jadi, sebab itu kita kena menaiki kenderaan. Kenderaan yang macam mana? Kenderaan tarikat la. Dah tentu konpem ada yang membimbing kita. Selama ini ramai orang yang memandang serong bila disebut tarikat dan ada yang menjauhkan diri bila di sebut kita kena ber'tarikat'. Malah mempermainkan dengan berkata, kalau bertarikat nanti kena ikat. Astagfirullahaladzhim. Hakikatnya, tarikat lah yang akan membawa kita mengikut jalan yang benar. Ianya seperti kenderaan yang kita naiki untuk menuju akhirat. Tak kisahlah tarikat apa sekali pun, tapi jangan salah pilih pula ya. Kelain pula nanti perginya. Bila kita dah bertarikat, kita kena la beramal mengikut tarikat tersebut, macam kita telah pilih kenderaan, jadi naiklah kenderaan itu, Insya Allah kita akan sampai dengna selamat di negeri abadi. Cuma mesti duduk diam-diam dalam kenderaan tersebut dan ikut apa kata ketua, jangan pulak asyik melompat keluar kenderaan, bila nak sampai,? silap-silap kita kena tinggal. kalau nak loncat-loncat pun tak digalakkan sebab ianya melambatkan perjalanan kita nak sampai.

Pada zahir ada pada kita, pada hakikat segalanya milik allah. SYUHUD=faham segalanya dari Allah.
HATI JANGAN BERANI mengaku ianya milik kita. Jangan guna wang ringgit pada jalan nafsu.

Perbuatan Allah adalah ujian kepada kita. Manusia sakit/lapar/susah/senang/derita/bahagia, segalanya perbuatan Allah. Apabila kita melawat, atau bagi orang makan atau bantu sesama makhluk bermakna kita tolong Allah.[Barulah kita syuhud kepada Allah]. Jangan pula kita keji dia dan bangga diri. Hala tuju kita HANYA ALLAH.

Dalam setiap perkara ada hak Allah didalamnya iaitu syuhud wahdatul zat. Kita mampu hidup sebab allah yang hidupkan, nampak manis dan cantik sebab Allah yang beri.

Allah beri, baru kita boleh, bukan sebab pandai atau kayanya kita.

Kita jangan teruja dengan benda ujian. (ikut hawa nafsu). Yang penting, faham dihati segalanya fana dan hanya zat Allah yang kekal.

Sekian dulu, jangan pening-pening. Yang baik dari allah dan yang tidak baik itu dari salah dan silap saya sendiri.

Sedekah RM1

Teks : Rapidah Ramli
Foto : Google

Kita selalu tak perasan...

Kita sedekah rm1, bila balik rumah, jiran hantar makanan utk makan malam kita dan anak2 pada hari itu. Satu keluarga happy, jiran tu memang pandai masak. Alhamdulillah.

Kita sedekah rm1, tet tet tet tet whatsapp bunyi, ada orang order barang, untung RM10. Kita senyum. Alhamdulillah

Kita sedekah RM1, anak2 balik rumah beritahu tadi cikgu belanja makan masa rehat kat sekolah. Anak teruja. Alhamdulillah

Kita sedekah RM1, ada kawan lama mak datang rumah mak dan hadiahkan mak sepasang baju. Mak happy. Alhamdulillah


Nikmatnya-- makan malam free, untung rm10/barang, anak2 dapat makan free cikgu belanja, duit poket boleh masuk tabung dan mak dapat baju baru, kita tak perlu beli lagi untuk mak.

Dan kita, anak kita, mak kita semua happy.

Tapi kita tak nampak.

Sebab kita semua nampak yang besar2 saja.

Duit, duit, duit yang melimpah ruah, rumah besar, kereta besar. Itu saja ukuran rezeki bagi kita.

Yang nikmat makanan sedap yang free tadi, nikmat senyum, nikmat gembira dan teruja tu kita tak pandang. Disebabkan ukuran yang dangkal tu lah, kita kurang bersyukur dengan hidup kita.

Dari itu,  mari kita berazam moga kita akan lebih bersyukur dalam menerima pemberian dari Allah. Tak kira besar atau kecil. Banyak atau sedikit, pandanglah dengan mata hati. Sesungguhnya kita akan nampak segalanya adalah rahmat dari Allah.

Alhamdulillah, sebab kakdah berjaya buat entri untuk hari ini. ^___^

Saturday 22 March 2014

Perempuan cabar Nafsu Lelaki

Teks : Rapidah Ramli
Sumber : copy paste dari wall anak
foto : google


SEDARKAH KITA?
Ramai perempuan cuba mencabar NAFSU LELAKI?
Bagaimana?
Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kot!
Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita.
Pakaian longgar, labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :

1. Tunduk

Tunduk pun salah?
Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Sedarkah kita dah membiarkan bentuk bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki?
Mencabar nafsu tak?
Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki

Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.
Percayalah....
lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan

Tahukah kita? Cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?
Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk
(bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.
See?

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman.

Alamak, senyum pun salah juga? Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi. Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir. Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda? Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi,
senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan? Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.

Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa? Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah Azza wa Jalla.

Bagaimana caranya :

1. Elakkan berurusan dengan lelaki.

Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki. 

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar. Contoh : Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak-gelak ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate.
Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki.


Rujuk Al-Qur’an surah Al-Ahzab ayat 32 :
 

“Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik. Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja,
lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri nabi,
sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best bukan?


3. Tundukkan hati :

Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan mereka, banyak-banyaklah berdoa :
 

“Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”
 

4. Tundukkan pandangan.

Jangan tertipu dengan subjek Communication Skills yang kita belajar kat universiti dulu :
“Make eye contact with the person you’re talking to.”
Benda tu applicable kalau kita becakap dengan orang yang sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact
dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul. So, be careful dengan pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi. 


Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53 :
“….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”
 

Kita bukan disuruh bawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang,  kenalah buat apa yang diorang buat. Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam
Al-Qur’an baru nak buat kot. Contoh :


“Wahai kakdah.. taatilah suamimu…”
 

 Iskhh...iskhhh... tak layak nya…

5. Cepatkan urusan.

Ni mungkin applicable kepada students atau orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama, buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu dan tak perlu. Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.
Jaga diri, hiasi peribadi.


Sentap sangat-sangat :(

Ibu Mertua ku

Teks : Rapidah Ramli
Foto : google

Assalamualaikum. Hihihihihi, tajuk tak boleh blahkan?.  Agak-agak korang korang la, zaman milinium ni ada lagi tak mak mertua versi Nyonya Mansor tu? Yang pentingkan darjat keturunan dan harta? Err, sebelum tu nak tahu juga lah korang semua ni ada mak mertua ke tak? Bagaimana hubungan korang dengan dia? Pilihan biasa ada dua sahaja, bahagia atau derita. Jadi apakah pilihan korang?

Siapa yer contoh mak mertua versi lawan dari Nyonya Mansor tu? Tak dapat nak pikir pulak di petang yang mendung ni, dikala air paip tidak menitis walau sedetik. Rasanya kebanyakkan drama yang ditayangkan banyak yang sama spesies seperti Nyonya Mansor tu kan, tak kira apa sebabnya. Sebut mak mertua sahaja, mesti garang, tegas. tak boleh melawan, mesti ikut arahan dia sahaja, di kawal segala pergerakan dan segala macam yang perangai yang negatif, yang letih kita melihat dan memikio karenahnya.

Opss sebelum nak sambung cerita pasal mak mertua ni, saya nak maklumkan, lepas ni saya akan bahasakan diri sebagai kakdah, lebih mesra gitu. Dan entri-entri selepas ini juga ye, sebab bila menulis menggunakan bahasa melayu kaku ni, rasa macam buat karangan sekolah lah pulak. Kita  nak santai-santai jer kan.

Untung orang yang berkahwin ini ialah, dia akan mendapat seorang lagi ibu, mama, emak, umi atau apa saja gelaran yang korang panggil, dia tetap akan menjadi keramat hidup korang. Jadi bila kita dah anggap dia sebagai ibu kita, mak kita, umi kita kenapa mesti ada jurang diantara mertua dan menantu?kannnn?
Hehehehe, agak-agak korangkan mak mertua kakdah ni baik tak?

Okey, berbalik kepada cerita ibu mertua ku, apa yang kakdah nak cakap dan cerita adalah mengenai mertua kakdah. Tak, Tak, Tak, ini bukan nak mengata atau nak membodek atau nak mengipas atau nak dapat perhatian atau, atau apa sajalah. Tapi ini adalah apa yang kakdah rasa. Sepanjang perkahwinan selama 19 tahun, kakdah BAHAGIA mendapat mertua sebegini, seorang wanita yang begitu tabah menghadapi cabaran hidup disamping suami yang lumpuh berpuluh tahun.

Wanita ini memang membuat kakdah kagum. Dia menjaga suami yang sakit terlantar tak boleh berjalan, perlu bekerja menyara kehidupan, membesarkan anak-anak (termasuk suami), walau kadang mulut bising tapi tetap menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Hei! bukan senang tau nak menjaga orang yang sakit terlantar ini, ditambah pulak selalu emosi, sampaikan  kalau emosi mental  kita tidak kuat, kita akan rebah tersungkur tau. Bermakna nak menjaga orang yang sakit ni kita perlu kuat mental dan fizikal. Kakdah pernah ditugaskan jaga arwah abah, semasa mak pergi umrah, 10 hari.

10 hari jer tau, di ulang, sepuluh sahaja. Ya allah, hari kedua dah berdoa, mak balik la cepat. Memang stress yang tinggi wo. Walaupun temper abah kurang sikit dari bila dia bersama mak, tapi ketengangan tu masih terasa kuat. Dan arwah abah mertua meninggal 7 tahun lepas semasa kakdah mengandungkan anak keempat setelah menderita tak boleh berjalan hampir 20 tahun. Dan tentunya orang yang paling sedih ialah mak.

Itu satu bab, bab lain yang kakdah jeles dengan mak mertua ni ialah, dia akan khatam membaca quran setiap bulan, solat malam setiap 3 pagi, puasa isnin dan khamis tidak pernah tinggal. MasyaAllah, dalam menjalankan tanggungjawab kepada suami, tanggungjawab kepada Allah juga tak pernah lalai. Dan belum di hitung lagi amalan dia yang lain. Huuu..nangis nak ikut cara mak ni.

Ingat lagi, masa pertama kali pakwe bawa jumpa mak dia (belum jadi suami, panggil pakwe la kan?) debar di dada lebih teruk dari masa nak ambil keputusan spm. Dan bila dah jumpa, Ya Allah, mesranya, macam konpem jer nak wat menantu. Yang kita ni dah cuak semacam.  Kisahnya, cik abang rupanya memang tak pernah berkawan dengan pompuan, means yang serius dan membawa balik kerumah, dan bila dah bawa balik rumah tu kira konpem la tu. Terus mak kata nak hantar pinangan.Hah!. tercengang rasa macam mimpi saja. .

Mak memang outspoken. Tak suka dia cakap depan dan dan tu gak. Dan paling best birthday mak dan kakdah hampir. Mak pada 10 dan kakdah pada 12, April. Biasa anak-anak mak celebrate birthday mak diaorang mesti kakdah termasuk sekali. Kira 2 in 1 la. Mak selalu cakap, kalau hisham ni buat tak betul, cakap dengan mak, biar mak marah dia. Rasa sangat disayangi dan saya sayang mak. Adakah kakdah sayang mak mertua lebih dari mak sendiri? Pada kakdah la, simple. Syurga kakdah sekarang dibawah kaki suami, dan syurga dia pada mak. Makanya, apa salahnya kakdah turut menumpang, menjaga syurganya dan kakdah berharap menantu mak kakdah akan dapat menjaga mak seperti mana kakdah buat kepada mertua. Aamiin.

Banyak kisah kakdah dan mertua ni, antaranya sebelum adik-adik ipar berkahwin, kakdah la yang selalu menjadi  F&B manager. Membeli keperluan dapur, setiap kali pergi ke pasar raya. Tolong bayarkan bil-bil. Dan kakdah tak boleh berkata TIDAK, saya tak mahu buat. Bukan sebab takut atau apa, ianya datang dari hari, kerana yang menyuruh itu mak. Dah sayang. Biasalah bila kita sayang pada seseorang kita akan buat apa saja kan??.^___^

Kakdah sayang mertua kakdah, anda bagaimana? Sayangi mereka selama mereka masih ada.
Salam maghrib semua. Jumpa di entri yang lain.

Thursday 20 March 2014

label

Mari kita berbekam

Teks : Rapidah Ramli

Umum telah mengetahui bahawa berbekam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan dan berupaya menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Ia juga merupakan sunnah kerana Rasulullah SAW sendiri mengamalkan berbekam untuk menjaga kesihatan.
Hadis:
Sabda Rasulullah SAW:
عليکم بالحجامة في جوزة القمحدوة فانه دواء من اثنتين وسبعين داء
“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik di bahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit.” (HR Thabroni)

Pada hari rabu lalu, saya talah mencuba perubatan bekam ini. Selama ini takut bila mendengar bekam walaupun tahu ianya sunnah. Lagipun mana ada orang perempuan yang buat rawatan bekam ni, masakan kita nak dedah tubuh pada perawat lelaki, tak la kan.

Alhamdulillah, kawan mengajar ada mengambil kursus rawatan bekam dan kini dia telah membuat rawatan. Apa lagi, tempah lah perkhidmatan dia. Alhamdulillah, pada hari tersebut, beliau berkelapangan. Bayaran yang dikenakan juga berpatutan dan dia datang ke rumah untuk membuat rawatan. Jadi boleh lah kita menjalani rawatan secara santai. Hah, ini memberi idea untuk saya juga menghadiri kursus bekam ini. Nanti kalau saya dah habis belajar bekam ini, anda nak tak berbekam dengan saya? perempuan saja tau.

Kalau di tengok dari gambar-gambar testimoni di google tu, memang menakutkan. Macam-macam bentuk ada.Macam-macam pesen darah, ada yang banyak, ada yang merah, ada yang hitam, ada yang berbuih dan bermacam bagai lah lagi. Memang mengerikan bagi orang yang takut dengan darah.

Sejak kebelakangan ini saya memang sakit-sakit badan, terutamanya di bahu. Lenguh dan lemah. Migrain pun kerap datang. Setelah mendapat keizinan suami untuk berbekam, langsung buat. Lega sungguh badan bila selesai berbekam ini. Kalau tidak tengkuk rasa macam teleng jer, tegang semacam di bahagian leher. Darah tinggikah saya? Dan darah-darah yang keluar pun tidak lah sebanyak seperti di dalam gambar-gambar di google tu. Saya buat di bahagian belakang, kaki dan tangan. Dalam banyak-banyak point yang dibuat, hanya point di bahagian tangan dan kaki kanan sahaja yang mengeluarkan darah dengan banyak.

Kesimpulannya, janganlah takut untuk berbekam. Memang elok untuk kesihatan. Lagipun ianya sunnah. Dan kita patut mengikut sunnah untuk membuktikan kecintaan kita kepada nabi Muhammad, kerana orang akan buat apa saja demi orang yang di cintainya kan? Jadi ini adalah salah satunya.

INFO. (dari BH)

Bekam

* Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa tujuan mengubati penyakit.

* Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua  jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

Alat Bekam

* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.

Larangan Berbekam

* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Kebaikan Berbekam

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.
* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.


Jenis bekam

Bekam kering


Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

SPM oh SPM

Teks : Rapidah Ramli


Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini 20hb Mac 2014, keluarnya keputusan peperiksaan SPM aka Sijil Pelajaran Malaysia. Biasa juga disebut oleh ibubapa dahulu (termasuk mak dan ayah saya) Sijil Perkahwinan Malaysia, kerana kalau gagal akan dikahwinkan. Wei! nehi, nehi, nehi.

Pantasnya masa berlalu, hari ini anak sulung saya akan mengambil keputusan SPM. Semua orang berdebar-debar, jantung berdegup kencang, adrenalin sungguh pantas menjalankan kerja. Dah seminggu, makan tak lalu, mandi basah, duduk salah, tidur tak lena, apa yang di buat semua serba salah. Mak, ayah, adik, kakak, abang, pakcik, makcik, opah, atuk, tukang kebun, orang gaji apatah lagi calonnya sendiri. Semenjak diumumkan bila keputusan akan keluar, masing-masing menunggu dengan cemas, mengalahkan seorang suami yang cemas menunggu isteri nak melahirkan anak. (errr...sama ke?).

Along dah seminggu merengek minta simpati, andai kata kalau dia gagal, tersungkur,  mak jangan salahkan dia. Jangan marah dia. Jangan pulaukan dia. Jangan itu, jangan ini. Adush, letih mendengarnya. Akhirnya saya cakap ' kalau gagal apa susah, ada orang pinang kahwin saja lah' (hahaha, baru saya tahu, kenapa mak-mak suka cakap macam tu, buktinya saya juga cakap begitu.). Tapi andai benar ianya terjadi, adakah benar saya akan mengahwinkan dia di usia muda belia? Oh! semestinya tidak. Kalau benar dia gagal sekalipun masih banyak lagi peluang dan ruang untuk dia perbaiki diri. Berkahwin bukanlah satu jalan penyelesaiannya. Oleh kerana dia tinggal di asrama, saya yakin pihak sekolah telah membuat pelbagai rancangan pembelajaran berkesan untuk memastikan kejayaan anak murid. Jadi yakin dan redho sajalah apa saja keputusannya.

Hari ini bertolak kesekolah dia lewat dari waktu sepatutnya. Setelah memastikan, anak bongsu siap makan, mandi dan bersedia nak pergi kesekolah, barulah kami berangkat. Dengan kelajuan tak melebihi 80km/j saya membawa kereta secara santai. Sungguh berhemah sekali saya membawa kereta hari ini. Siap berhenti mengisi petrol walaupun masih banyak berbaki. Saja. Melambat-lambatkan perjalanan. Hehehehe.

Alhamdulillah, apabila sampai di sekolah, dapat tempat parking yang baik punya, didepan dewan. Siap parking, hujan turun dengan lebat hingga ke petang. Walaupun kami tiba lewat, rupa-rupanya keputusannya lagi lewat. Pihak sekolah mendapatnya dalam pukul 10 pagi, dan mereka perlu membuat analisa dahulu sebelum mengedarkannya kepada pelajar. Oleh kerana Sek Men Teknik sudah di tukar ke Kolej Vokasional, maka batch along adalah batch terakhir mengambil SPM di Sek. Men Teknik. Setelah dianalisa, Penolong Pengarah mengumumkan bahawa keputusan tahun ini adalah yang terbaik dan lebih bagus dari tahun sebelumnya. Tiga orang mendapat, 10A+ dengan seorang mendapat pointer 0.8. dan 77 orang mendapat 6A keatas. Alhamdulillah along termasuk dalam golongan 77 orang itu.

Terkenang semasa dolu-dolu. Pada hari ambil keputusan, pergi sekolah dengan kawan-kawan saja. Tak ada mak atau ayah yang menemankan. Walaupun sampai awal di sekolah, rupanya keputusan diumumkan lebih awal lagi. Huwaaaaa, dari pintu pagar sekolah lagi degup jantung tak boleh nak cakap berapa laju. Sepanjang perjalanan ke dewan telah berjumpa kawan-kawan yang meraikan kejayaan mereka, lagilah kecut. Oh, mereka memang top student dalam kelas. Saya pula, semasa percubaan gagal math, add math, fizik, kimia. Hehehehe, budak sains gagal mata pelajaran teras sains, apa nak jadi yer? Bila dah sampai di hadapan guru, dia senyum sahaja dan ucap tahniah. Errr, saya lulus cikgu? Alhamdulillah, tapi yang saya terkilan sampai sekarang sampai sekarang, selepas mendapat keputusan, kawan-kawan baik semasa belajar dahulu makin renggang hingga terputus langsung hubungan, Masing-masing menjauhkan diri. Tapi kini dengan teknologi dapat kembali menghubungi mereka walaupun hanya dua tiga kerat.  Cukup kisah saya.

Sambung kisah along. Selepas ini mana hala tuju?. Banyak juga pilihan nak buat ni. Apa pun sebagai ibu saya hanya boleh nasihatkan, pilih lah apa yang hati mahu, mohon pada allah agar dipermudahkan urusan dan dapat membuat pilihan tepat. Mak dan abah sentiasa mendoakan anak-anak berjaya di dunia dan akhirat.

Malam esok, angah akan balik. Jadi mungkin saya akan menceritakan pula luahan hati dia. Menjaga anak remaja tak sama menjaga anak kecil. Tapi walau sebesar mana pun anak itu, dia tetap masih kecil di hati ibu.
Sekian coretan untuk hari ini.

Wednesday 19 March 2014

Pengenalan

Teks : Rapidah Ramli

Assalamualaikum dan salam ukhwah. Nama saya Rapidah binti Ramli. Lahir 40 tahun lalu di sebuah pekan kecil dalam daerah Perak bernama Selama. Di besarkan di Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak. Daerah Kerian, jelapang padi negeri Perak. Anak sulung dari empat beradik. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, kemudian berhijrah ke Kuala Kubu Bahru, Selangor. Di sini arwah abah bekerja dengan Kementerian Belia dan Sukan dan berkhidmat di PERTAK. Setelah tiga tahun disini, kami sekeluarga berhijrah ke Kuala Lumpur dan tinggal di Sentul hingga sekarang.

Di Kuala Lumpur, saya meyambung persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sentul. Seterusnya di Sekolah Convent Sentul bagi peringkat menengah. Saya cuma berkelulusan SPM sahaja. Walaupun layak untuk ke tingkatan 6, saya tidak meneruskannya kerana lebih berminat untuk bekerja dan membantu keluarga.

Pekerjaan pertama yang saya lakukan ialah sebagai pembantu jualan atau lebih dikenali sebagai 'sales girl' di Gulati's Silk House pada tahun 1989 ketika berusia 15 tahun. Mengisi masa lapang sementara menunggu keputusan SRP. Pada tahun ini Gulati's hanyalah sebuah kedai kecil dihujung basement Semua House. Sekarang ia menjadi gedung fabrik terbesar di Malaysia.  Di sini saya belajar mengenal jenis-jenis kain, cara melipat dan mengemas kain. (dalam kedai tau). Apabila keputusan SRP keluar, saya berhenti dan meyambung pelajaran di tingkatan 4, aliran sains.

Selepas SPM, saya terus bekerja sebagai pembantu jualan juga di sebuah kedai kasut di Jalan Tunku Abdul Rahman. Mega Shoes Centre. Di sini saya belajar jenis-jenis kasut dan akhirnya mahir meneka saiz kasut pelanggan dengan hanya melihat saiz kakinya. Tidak lama bekerja disini, kemudian mendapat tawaran sebagai penolong kerani akaun. jauh dari rumah di Jalan Chan Sow Lin. Oleh kerana masih budak lagi, minggu pertama bekerja, arwah abah tolong hantarkan. Tapi balik sendiri. Cuma bertahan sebulan sahaja, demam dan mendapat cuti sakit. Kebetulan mendapat tawaran kerja di Tan Chong Motor Assemblies sebagai kerani di Human Resources. Terus lapor diri di TCMA.

Ingat lagi, ramai yang membantah saya memulakan kerjaya seawal remaja dan tidak meyambungkan pelajaran ke pringkat yang lebih tinggi. Arwah Tok, nakkan saya masuk maktab dan menjadi seorang guru, mak teh, mak cik semua menyuruh saya menyambung pelajaran lagi. Arwah abah pula hanya memberi pilihan, jika nak bekerja, kerja dengan kerajaan. Kawan-kawan sekolah juga hairan kenapa saya tak mahu meyambung pelajaran, padahal keputusan peperiksaan bagus.

Disebalik segala bantahan yang diterima, saya tetap nekad meneruskan pekerjaan di TCMA. Dan amat bahagia dengan kerja saya, walau orang menggelar saya sebagai minah kilang. Walaupun kilang, waktu kerja saya seperti waktu pejabat biasa. Pelbagai karenah dan ragam pekerja perlu saya hadapi, tapi sebab minat semuanya enteng saja.

Saya berkahwin dengan Mohd Hisham Mohamed Tahir pada usia 21 tahun. TAK ! TIDAK!. Salah jangkaan kalian yang menyangka beliau juga bekerja di kilang TCMA. Beliau seorang sales representative bagi PROTON. Bagaimana saya boleh kenal dan berkahwin dengan beliau akan saya masukkan di entri yang lain. Sabar.

Semenjak berkahwin saya tidak pernah bekerja terus menjadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Kami di kurniakan 5 orang anak, dimana yang sulung kembar, tetapi seorang meninggal setelah dilahirkan.4 perempuan dan seorang lelaki.

Jujur saya katakan, sebab dah biasa berdikari, saya sentiasa mencari jalan mencari wang sendiri. Untuk perbelanjaan sendiri. Jangan salah faham. Suami tetap menanggung nafkah, tetapi bagi saya ianya satu kepuasan kalau dapat berbelanja dengan hasil titik peluh sendiri. Pelbagai kerja yang mendatangkan pendapatan tanpa  meninggalkan anak-anak dirumah saya lakukan. Antara yang pernah saya buat ialah, menerima tempahan jahitan baju kurung, tempahan kek hari jadi, tempahan kuih raya, menjadi pemandu kepada seorang ustazah pun pernah, yang penting setiap kerja yang dilakukan anak-anak ada didepan mata.

Alhamdulillah, pada tahun 2010 saya dapat menunaikan rukun islam kelima bersama ibu mertua dan adik ipar. Memang rezeki saya, perjalanan  pendaftaran haji dengan tabung haji, pendaftaran bersama agensi dan perjalanan pergi dan kembali, serta kemudahan beribadat sangat lancar.Tidak kira sama ada di Mekah Mukarammah atau di Madinah, segalanya lancar. Hinggakan bila tiba di tanah air saya lebih tembam dari masa saya berangkat pergi. Di Mekah, Mina, Arafah, Madinah, apabila orang tanya saya kerja apa, saya akan katakan saya seorang guru tadika (padahal hanya membuat part time sahaja). Di mulut hanya bertutur 'cikgu tadika'. Kenapa tak mengaku hanya suri rumah? rasa rendah diri yang amat sangat kerana didalam group kami, semuanya berjawatan dan berpangkat, sedangkan saya, tiada apa. Datang pun atas tajaan mak mertua.  Tapi, berkat sebutan itu, sekembalinya dari tanah suci, saya memang ditawarkan kerja tetap sebagai cikgu tadika. Cerita selanjut dalam entri seterusnya ya.

Saya minat membaca. Semua bahan bacaan saya baca. Walau pun surat khabar pembalut nasi lemak. Tapi kesukaan yang paling saya suka ialah NOVEL. Rasanya koleksi novel yang terkumpul dah hampir 500 buah. Dan sebab ini lah saya perlu mencari wang dari sumber lain tanpa mengacau wang nafkah yang suami  beri. Sekarang saya menjalankan perniagaan menjual Jamu Susuk Dara. Alhamdulillah. perniagaan ini banyak membantu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi.


Saya adalah pengedar sah Jamu Susuk Dara yang bertauliah. Kepakaran saya menghilangkan angin dalam badan, kegatalan pada muka akibat resdung, keputihan yang dialami oleh anak dara dan wanita berkahwin yang menghidap masalah empat serangkai  (keputihan, longgar, berbau dan becak.)

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, insyaAllah kami di Jamu Susuk Dara amat berbesar hati untuk membantu anda mengatasinya dan kembalikan keharmonian rumah tangga anda.

Segala permasalahan anda kami akan rekod dan akan dirahsiakan. Itu janji kami, pengedar JSD. [ Macam anda berjumpa doktor, kami perlu ketahui apa masalah anda sebelum memberi cadangan produk ]. Perkara ini anda tidak akan dapat jika membeli hanya ditoko-toko jamu. Inilah keistimewaan produk JSD dan membeli dari pengedar atau agen yang sah.

Hubungi saya untuk konsulltansi JSD secara  percuma :

Email : rapidahbtramli@gmail.com
sms/whatsapp: 013-4876247

atau  isi borang tempahan KLIK SINI


Senarai Produk JSD dan harga.


Masker Vagina   RM25/5gm
Medicated Feminine Wash RM48/100ml
Medicated Intimate Gel RM56/15ml
Minyak Ikat Kasih RM65/20ml
Medicated Deep Heat Lotion RM48/100ml
Magic Body Slim Soap RM36/100gm
Collagen Delimacious White RM100/12 sachet
Sabun Magic Seri Cahaya RM28.90/60gm
Sabun Magic Clear Sinus RM28.90/60gm
Bedak Seri Cahaya  RM36/120ml
Jamu Seri Cahaya RM48/40 biji
Berynna RM38/15 sachet
Collagen Blueberry Herbarium U-White RM78/12 sachet
Jamu Lelaki Jutawan - RM65/60 biji
Jamu Pengantin Dara RM65/10 biji
Jamu Aku Dara RM48/40 biji
Coklat Love Habibi RM48/30gm
Jamu Jalinan Cinta RM48/40 biji


Saya juga agen menjual Sambal Hijau Sedap keluaran Heritage, produk 100% bumiputera. Hanya RM10 sebotol. (tak termasuk postage)

Sambal hijau ini amat memudahkan kerja kita sebagai suri rumah. Bagi peminat makanan pedas inilah lawannya. Senang, mudah dan ringkas. Boleh dimakan begitu sahaja bersama lauk ikan goreng atau telo dadar atau yang rajin lagi boleh dimasak dalam pelbagai masakan melayu. Hampir semua masakan kita boleh olah dengan hanya menambah masuk sesudu sambal hijau didalam masakan anda.



Bagi yang berminat nak mendapatkan Jamu susuk dara atau mencuba sambal hijau sedap ini bolehlah hubungi saya di :


Email : rapidahbtramli@gmail.com
sms/whatsapp: 013-4876247

atau  isi borang tempahan KLIK SINI


Kini, saya mencabar diri untuk membuat blog pula kerana teruja setiap kali berjalan di blog orang dan mereka menceritakan bahawa mereka mendapat pendapatan hanya dengan menulis blog. Setelah lama mencari, Alhamdulillah  saya bertemu dengan mentor yang boleh membimbing saya dan memberi tunjuk ajar dari zero ke hero. Terima ksih kepada Nur Hidayah Bahari yang memperkenalkan cikgu Puan Masayu Ahmad dan Puan Nurzahwani. Saya mohon diberikan tunjuk ajar dan bimbingan untuk berjaya di Akademi Bekerja Dari Rumah.

Akhir kata, saya mengharapkan anda semua dapat memberi komen dan pendapat dalam entri-entri yang akan saya masukkan selepas ini. Yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang itu dari salah dan silap saya sendiri.


 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design