Sunday, 23 March 2014

Dilema seorang perempuan

Teks : Rapidah Ramli

Selamat pagi. Selawat dan salam kepada junjungan nabi kita Muhammad SAW beserta ahli keluarga dan sahabat handainya. Hari ini kita bersiaran pagi pula. Best kan ? Kerja ikut suka masa kita, nak pagi boleh, petang boleh, malam boleh dan dimana saja asal ada alatan yang sesuai. KakDah ni kerja apa ya? Hehehe...kalau dahulu orang tanya, jawabnya, surirumah jer. ^__^

Tapi kini, kalau orang tanya, pun akan jawab surirumah, tapi surirumah yang bekerja dari rumah. Hah camna tu? Err...nantilah cerita lanjut pasal ini sebab KakDah pun tak khatam belajar ni. Cuma macam bangga je, bila cakap saya surirumah yang bekerja dari rumah. Masih dalam proses pembikinan orang sekarang cakap. Nanti bila dah stabil dan KakDah dah boleh berdiri sendiri, akan KakDah update dan kongsi rahsianya ya. Harap anda semua bersabar. In Sya Allah.

Rata-rata orang perempuan yang berkahwin dan mempunyai anak, memang berangan dan teringin untuk duduk di rumah membesarkan anak-anak sendiri. Betul dopp??? Tapi pelbagai kekangan masalah dihadapan, yang paling besar ialah ketidak cukupan gaji suami untuk menampung perbelanjaan keluarga, tambahan yang tinggal di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Dan sebagai partner in crime tentulah kita tak sampai hati membiarkan dia seorang mencari nafkah. Malangnya, yang menjadi mangsa disini adalah anak-anak.

Bila ibubapa keduanya keluar bekerja, dengan siap anak-anak ini akan tinggal? Bibik? Baby Sitter? Nurseri? Ahli keluarga? dan kot yang bernasib baik (baik ke?) mak kita tolong jaga kan. Ini membuat kita akan terlepas melihat proses pertumbuhan seseorang anak itu. masa yang pergi tak akan kembali. Even KakDah yang yang jadi surirumah dari awal perkahwinan ni pun, rasa tak puas melihat perkembangan pembesaran anak-anak, dari lahir hingga sekarang dah remaja. Jadi, bagi yang bekerja lebih lagi la kan.?

Ingat tak dalam pengenalan KakDah ada sebut, pernah menjadi guru tadika? Tadika tau, bukan taska. Maksud kakDah cuma mengajar sahaja dan tidak menjaga nurseri. Kerja pun separuh hari sahaja. Pukul 1 dah ada di rumah. Siap masak untuk makan tengahari dan makan berjemaah lepas zohor. Best kan?? ^__^

Apa yang dapat kakDah rumuskan rutin hidup seorang anak berusia 4 tahun adalah seperti berikut:

(kes 1)
Pagi---> hadir kesekolah
Tengahari ------> balik sekolah, terus pergi kerumah baby sitter
Petang------> baru balik rumah (biasanya malam sebab ibubapa hanya sampai pada pukul 8 mlm)


(kes 2)
Pagi -----> hadir kesekolah
Tengahari hingga malam ----> dilayan oleh bibik

Balik sampai rumah mesti dah penat, lepas makan tidur. Ibu pun sibuk nak masak makan malam, nak mencuci dan bagai kerja rumah yang perlu di uruskan, bapa errr no kemen ^___^.
Jadi bila ya kita ada masa nak layan anak kecil tu. Hujung minggu? Kalau dikira, berapa jam sehari kita menghabiskan masa berkualiti dengan anak tersebut.

Tak dinafikan, ada ibubapa yang berjaya dan dapat memberi masa berkualiti bersama anak kecil ini.Tapi ini hanya lah pada sebilangan kecil sahaja, dan majorotinya masih ramai lagi yang gagal. Masih mencari-cari lagi jalan penyelesaian yang terbaik.

Dan adalah dinasihatkan kepada pasangan yang nak berkahwin, kukuhkan dahulu ekonomi diri, rancang kehidupan untuk, 5, 10, 20, 30 tahun akan datang masukkan bersama pasangan dan anak-anak dalam perancangan itu.

Bagi yang dah berkahwin pula, carilah, timbalah ilmu keibubapaan berkesan, jangan malu nak mengaku salah dan kesilapan jika itu dapat membawa ahli keluarga kita ke syurga. Bahagia dunia, bahagia akhirat jika kita mahu berfikir.

Ada satu kisah mengenai seorang anak murid kakDah. Opps sebelum tu nak cakap,tadika kakDah kerja ni, buat kelas hafazan, maknanya tiap pagi sebelum waktu pembelajaran teras, mereka perlu mengaji secara individu dan kemudian membuat hafazan surah-surah lazim. Anak murid seorang ini, masuk sekolah masa berumur 3 tahun. Ada dua tiga orang dalam kelas itu yang sama umur dengan dia. Masa kelas mengaji dan hafazan mereka kena ikut sekali, tetapi tidak pada mata pelajaran teras.

Apa yang membanggakan kami guru-guru adalah, hafazannya masyaAllah superb. Dalam kepelatan dia bercakap, hafazannya sangat bagus. Ayahnya seorang yang berjawatan tinggi dan selalu kerja luar, ibu juga seorang pekerja professional. Balik sekolah tinggal dengan baby sitter. Setelah kami guru-guru selidik, kami dapati, rupanya setiap pagi, si bapa akan mengejutkan anak-anak untuk solat subuh berjemaah dan kemudian bertaddabur alquran hingga jam 7 pagi. Jika bapa pergi keluar daerah, si ibu akan sambung tugas. Alhamdulillah. Sejuknya perut mendengar cerita mereka.


Jadi betullah kata nabi, anak yang dilahirkan adalah ibarat kain putih yang bersih dan ibubapa lah yang mencorakkanya.

Allahuakbar. Yang baik dari Allah dan yang kurang itu dari salah dan silap KakDah. Jumpa di entri lain esok. In Sya Allah.

0 comments:

Post a Comment

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design