Teks : Rapidah Ramli
Entri kali ini, lain sikit, harap anda yang membacanya, fahami dan halusi dahulu sebelum mengkritik. Ini adalah nota yang kakDah salin dari kelas pengajian bersama guru murobbi KakDah, Baba Abdul Aziz Shafie bin Muhammad Bin Ahmad. Seorang ulama dari wilayah Pattani, Selatan Thai. Semoga ianya dapat memberi faedah kepada kita semua dalam menuju ke negeri abadi. Insya Allah Kakdah akan cuba mengupdatekan nota-nota tausiah dari masa kesemasa.
Tawaddu : Tunduk kepada allah
- Apa yang kita ada segalanya milik Allah. Hakikat, semuanya Allah.
- Bersihkan hati dari lain dari Allah
-Mulut kata Allah, hati nafi dan isbaq hingga kita fana dalam Allah. (maksudnya, kita zikirkan Allah, dan hati menafikan lain dari allah hingga kita zouk hanya kepada allah)
-Cukup hanya allah
Tarikat adalah ibarat kenderaan. Perjalanan yang kita nak pergi ini bukan dekat tau, nak jalan kaki rasanya memang tak sanggup la. Jadi, sebab itu kita kena menaiki kenderaan. Kenderaan yang macam mana? Kenderaan tarikat la. Dah tentu konpem ada yang membimbing kita. Selama ini ramai orang yang memandang serong bila disebut tarikat dan ada yang menjauhkan diri bila di sebut kita kena ber'tarikat'. Malah mempermainkan dengan berkata, kalau bertarikat nanti kena ikat. Astagfirullahaladzhim. Hakikatnya, tarikat lah yang akan membawa kita mengikut jalan yang benar. Ianya seperti kenderaan yang kita naiki untuk menuju akhirat. Tak kisahlah tarikat apa sekali pun, tapi jangan salah pilih pula ya. Kelain pula nanti perginya. Bila kita dah bertarikat, kita kena la beramal mengikut tarikat tersebut, macam kita telah pilih kenderaan, jadi naiklah kenderaan itu, Insya Allah kita akan sampai dengna selamat di negeri abadi. Cuma mesti duduk diam-diam dalam kenderaan tersebut dan ikut apa kata ketua, jangan pulak asyik melompat keluar kenderaan, bila nak sampai,? silap-silap kita kena tinggal. kalau nak loncat-loncat pun tak digalakkan sebab ianya melambatkan perjalanan kita nak sampai.
Pada zahir ada pada kita, pada hakikat segalanya milik allah. SYUHUD=faham segalanya dari Allah.
HATI JANGAN BERANI mengaku ianya milik kita. Jangan guna wang ringgit pada jalan nafsu.
Perbuatan Allah adalah ujian kepada kita. Manusia sakit/lapar/susah/senang/derita/bahagia, segalanya perbuatan Allah. Apabila kita melawat, atau bagi orang makan atau bantu sesama makhluk bermakna kita tolong Allah.[Barulah kita syuhud kepada Allah]. Jangan pula kita keji dia dan bangga diri. Hala tuju kita HANYA ALLAH.
Dalam setiap perkara ada hak Allah didalamnya iaitu syuhud wahdatul zat. Kita mampu hidup sebab allah yang hidupkan, nampak manis dan cantik sebab Allah yang beri.
Allah beri, baru kita boleh, bukan sebab pandai atau kayanya kita.
Kita jangan teruja dengan benda ujian. (ikut hawa nafsu). Yang penting, faham dihati segalanya fana dan hanya zat Allah yang kekal.
Sekian dulu, jangan pening-pening. Yang baik dari allah dan yang tidak baik itu dari salah dan silap saya sendiri.
Kelas Blog Bisnes
7 years ago
0 comments:
Post a Comment