Wednesday 18 March 2015

Cara membuat Ricotta Cheese

Teks : Rapidah Ramli
Foto ; Rapidah Ramli


Assalamualaikum semua.

Kali ni nak bagi resepi kedua yang kakDah belajar kat kelas charity tu. Rupanya senang jer benda-benda ni. Mahal ya amat dipasaran. Ingatkan payah bebeno la nak membuatnya. Rasa nak nangis pun ada bila tau punya senang. Yang penting konpem halal bila kita buat sendiri. Kannnnnnnnn?

Bagi yang tak tai Ricotta cheese itu apa, mai nak habaq.

Ricotta adalah keju segar dari Italia yang dibuat dari air dadih sisa pembuatan keju lain yang dimasak lagi.[1] [2] Ricotta berasal dari kata bahasa Latin yaitu "recocta" yang berarti "dimasak lagi".[1] [2] [3] Keju ini diproduksi di seluruh daerah di Italia.[1] Ricotta dapat dimakan begitu saja ataupun digunakan dalam lasagnacannoli (kue dari Sisilia) dan hidangan-hidangan lainnya.[4] Keju ini memiliki rasa yang tidak terlalu manis dengan tekstur yang lembut dan warna yang putih seperti salju.[1] [4]
-dari wikipedia

(kakDah pun memula tak tau gak apa dia Ricotta cheese ni. Heeheheheheh)

Ok, lets check it out the recipe. Cheeewahhh.

Resepi Ricotta Cheese.

1 liter susu segar (kalau dapat yang baru perah lagi bagus. Cari yang hemoginized. Contoh brand ialah Farm Fresh, Natural Fresh Milk)

1/2 cup Heavy/whipped cream (35% milk fat)

30g cuka buatan (boleh ganti dengan jus lemon atu limau nipis)

Cara-cara membuatnya :

- Satukan susu segar dan heavy cream kedalam pan. Api sederhana. sentiasa kacau hingga adunan panas mencecah 95-100'C sahaja. BUKAN hingga mendidih. Dalam 15 minit. kita akan lihat small boiling bubble sahaja. (simmer) Nak tepat - sila guna termometer masakan.

- Bila dah cecah suhu 95'C tutup api. alih dari dapur dan sentiasa kacau lagi. masukkan cuka tadi dan kacau rata. kacau secara lembut sahaja. (once kita masukkan susu, ianya akan nampak berketul seperti susu basi.) - sejukkan adunan.

-Tapis dengan kain napkin atau penapis teh yang kain tu, gantung dn biarkan air turun hingga kering.

- Bila dah kering, campurkn dengan sedikit garam, dan bentukkan ia cantik. Siap. boleh simpan dalam petiais dan guna bila kita buat pizza, lasagna, sandwich atau apa saja masakan yang kita suka.

p/s : Air tapisan cheese tadi jangan buang. Ticer Iqa kata boleh dijadikan baja pokok. Tinggi kalsium baja ini dan amat elok untuk pokok tomato.

inilah  rupanya cheese yang telah kering ditapis.
tapis cheese yang terhasil dengan kain muslin
Bentukkan cheese seperti di kedai
begini ya caranya anak murid sekelian- ticer Iqa
pizza homemade. Dari dough, cheese dan paste tomato, segalanya dibuat sendiri. yummm...yummm

0 comments:

Post a Comment

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design