Thursday 19 March 2015

Resepi Meatball Lasagna

Teks ; Rapidah Ramli
Foto : Rapidah Ramli

Salam hari Jumaat semua. 

Pejam celik dah hujung minggu dan cuti sekolah juga akan berakhir lagi dua hari. Untuk hari-hari terakhir anak di rumah sebelum memasing balik keasrama, jom kita masak Spaggeti homemade. Boleh buat aktiviti memasak bersama anak juga. Merapatkan jurang ruang silaturahim. Selepas ni balik asrama mereka ada cerita dan kenangan nak dikenang.

Aktiviti memasak ni salah satu la aktiviti ibu dan anak yang paling lejen. Selain dari shopping la kan. heheehehe. Kalau tak ibu dan anak, ayah dan anak pun boleh atau suami dan isteri lagi digalakkan untuk menambah kemesraan rumah tangga. Jangan pula pakwe dan makwe ya.

Resepi ni nampak macam renyah, tapi ianya cukup simple dan sangat senang.  Rasa yang lebih sedap dan berperisa yang sungguh ...tak dapat nak digambar dengan kata-kata kerana pasti ianya telah dibuat dengan penuh kasih sayang. Halal dan toyyiban pastinya. Tiada bahan pengawet.  Segar dari ladang.


Resepi  Meatball Spaggeti

a) Spaggeti
  
     100g tepung gandum unbleach (ros atau faiza)
     1       biji telur sz B
     sedikit air (cukup setakat basah di tangan)
     sedikit minyak (dalan 1 sdt )
    
Cara-caranya :
    Gaul sebati tepung dan telur. masukkan minyak dan uli lagi. Air hanya sekadar basah ditangan. Uli sehinga sebati dan tidak melekat ditangan. Bulatkan ia dan balut dengan cling wrap. Ketepikan selama setengah jam. (tujuan perap adalah untuk memesrakan semua bahan). 

Canai senipis mungkin. dan potong dengan pemotong mi.

Mi yang terhasil, tabur tepung. Panaskan air. Bila dah mendidih, masukkan mi tadi dan celur seketika hingga timbul. Angkat dan bilas dibawah aliran air sejuk. Tapis.

Gigih memasing membuat mi spaggeti.

b) Meatball

250g Daging batang pinang (kalau guna daging frozen, perap semalaman dengan soda bikarbonat. esoknya basuh bersih)
4 ulas bawang putih.- dadukan (boleh tambah kalau nak lebih)
parsli flake
mixed herbs
blackpepper
garam
1/3 cawan bread crumbs
parmesan cheese - pilihan
Cili flake - pilihan
telur - pilihan (campur dalam adunan untuk lebih garing- kakDah tak bubuh)
Sedikit minyak untuk mengoreng secara tohor..

Cara-caranya:
Daging  tadi di cincang halus. Tak kira lah macam mana korang nak buat. cara tradisional atau guna mesin. Tidak ada isu - trademark ticer Iqa. Janji daging menjadi halus.(pssst kalau nak senang masa beli daging di pasar tu, suruh dia cincang sesiap)
Masukkan bawang putih dadu, garam dan semua herbs kedalan daging cincang tadi. Gaul sebati. Kemudian masukkan bread crumbs dan gaul lagi. Buat bulat-bulat comel. Jangan terlalu besar atau terlalu kecil. Sedang-sedang sahaja. Then golek dan salut dengan breadcrumb. bagi lawa sikit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng hingga masak dan berwarna gelap. jangan risau. nanti bila dah masuk kedalam kuah, kalernya akan jadi cantik.

Baki minyak gorengan jangan dibuang. Letak ketepi dan kita akan guna bila nak buat tomato paste nanti.

c) Sos Tomato

4 biji tomato yang besar dn masak ranum
bawang putih - option (tak masuk pun ok. tak ada isu-kata ticer Iqa)
Mixed herbs
Serbuk Black Pepper
Gula dan garam ( disyorkan guna gula perang untuk rasa yang lebih kick)
Sweet basil atau daun selasih (dalam dua/tiga  helai)

P/S : untuk dapatkan kaler sos yang merah dan cantik, rebus tomato bersama ubi bit.
p/ss : paste boleh dibuat bebanyak dan simpan didalam freezer. Bungkus dalam pack yang kecil untuk sekali guna. boleh tahan hingga enam bulan

Cara-Caranya :

1. Buah tomato di pangkah sedikit (kelar bentuk x) dibahagian bawahnya  dan direbus hingga kulit terkelupas. Bila dah masak, angkat dan kupas buang kulitnya. Seterusnya di blender hingga hancur semuanya. (kulit tomato jangan buang, buang jadi masker muka).

2. Tomato blend tadi dimasukkan kedalam pan bekas kita goreng meatball tadi. Masak hingga agk pekat dan masukkan kesemua herbs, gula dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan meatball yang telah siap digoreng tadi.

3. Option disini, kalau nak letak cheese sikit pun boleh. Terpulang kepada citarasa memasing. 

Siap. Hidang kan mi spaggeti bersama kuah  meatball.

Tomato Sauce with Metball yang telah siap. Yummmyyyyy

Meatball yang siap digoreng
Nampak X kat tomato tu. Hah, sebelum rebus, kena pangkah dulu tomato ni. Rebus hinga lecur kulitnya.
Ni tomato paste yang kakDah buat kat rumah, perhatikan warna nya yang lebih merah dan menyelerakan. Petua nak dapatkan tomato paste kaler seperti ni ialah merebus tomato  bersama beet root..
Ini tomato paste yang buat di kelas. Pucat sikit sbab tidak guna pewarna.
Muka hepi sebab dapat makan spaggeti yang sedap.

0 comments:

Post a Comment

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design