Thursday 20 March 2014

SPM oh SPM

Teks : Rapidah Ramli


Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini 20hb Mac 2014, keluarnya keputusan peperiksaan SPM aka Sijil Pelajaran Malaysia. Biasa juga disebut oleh ibubapa dahulu (termasuk mak dan ayah saya) Sijil Perkahwinan Malaysia, kerana kalau gagal akan dikahwinkan. Wei! nehi, nehi, nehi.

Pantasnya masa berlalu, hari ini anak sulung saya akan mengambil keputusan SPM. Semua orang berdebar-debar, jantung berdegup kencang, adrenalin sungguh pantas menjalankan kerja. Dah seminggu, makan tak lalu, mandi basah, duduk salah, tidur tak lena, apa yang di buat semua serba salah. Mak, ayah, adik, kakak, abang, pakcik, makcik, opah, atuk, tukang kebun, orang gaji apatah lagi calonnya sendiri. Semenjak diumumkan bila keputusan akan keluar, masing-masing menunggu dengan cemas, mengalahkan seorang suami yang cemas menunggu isteri nak melahirkan anak. (errr...sama ke?).

Along dah seminggu merengek minta simpati, andai kata kalau dia gagal, tersungkur,  mak jangan salahkan dia. Jangan marah dia. Jangan pulaukan dia. Jangan itu, jangan ini. Adush, letih mendengarnya. Akhirnya saya cakap ' kalau gagal apa susah, ada orang pinang kahwin saja lah' (hahaha, baru saya tahu, kenapa mak-mak suka cakap macam tu, buktinya saya juga cakap begitu.). Tapi andai benar ianya terjadi, adakah benar saya akan mengahwinkan dia di usia muda belia? Oh! semestinya tidak. Kalau benar dia gagal sekalipun masih banyak lagi peluang dan ruang untuk dia perbaiki diri. Berkahwin bukanlah satu jalan penyelesaiannya. Oleh kerana dia tinggal di asrama, saya yakin pihak sekolah telah membuat pelbagai rancangan pembelajaran berkesan untuk memastikan kejayaan anak murid. Jadi yakin dan redho sajalah apa saja keputusannya.

Hari ini bertolak kesekolah dia lewat dari waktu sepatutnya. Setelah memastikan, anak bongsu siap makan, mandi dan bersedia nak pergi kesekolah, barulah kami berangkat. Dengan kelajuan tak melebihi 80km/j saya membawa kereta secara santai. Sungguh berhemah sekali saya membawa kereta hari ini. Siap berhenti mengisi petrol walaupun masih banyak berbaki. Saja. Melambat-lambatkan perjalanan. Hehehehe.

Alhamdulillah, apabila sampai di sekolah, dapat tempat parking yang baik punya, didepan dewan. Siap parking, hujan turun dengan lebat hingga ke petang. Walaupun kami tiba lewat, rupa-rupanya keputusannya lagi lewat. Pihak sekolah mendapatnya dalam pukul 10 pagi, dan mereka perlu membuat analisa dahulu sebelum mengedarkannya kepada pelajar. Oleh kerana Sek Men Teknik sudah di tukar ke Kolej Vokasional, maka batch along adalah batch terakhir mengambil SPM di Sek. Men Teknik. Setelah dianalisa, Penolong Pengarah mengumumkan bahawa keputusan tahun ini adalah yang terbaik dan lebih bagus dari tahun sebelumnya. Tiga orang mendapat, 10A+ dengan seorang mendapat pointer 0.8. dan 77 orang mendapat 6A keatas. Alhamdulillah along termasuk dalam golongan 77 orang itu.

Terkenang semasa dolu-dolu. Pada hari ambil keputusan, pergi sekolah dengan kawan-kawan saja. Tak ada mak atau ayah yang menemankan. Walaupun sampai awal di sekolah, rupanya keputusan diumumkan lebih awal lagi. Huwaaaaa, dari pintu pagar sekolah lagi degup jantung tak boleh nak cakap berapa laju. Sepanjang perjalanan ke dewan telah berjumpa kawan-kawan yang meraikan kejayaan mereka, lagilah kecut. Oh, mereka memang top student dalam kelas. Saya pula, semasa percubaan gagal math, add math, fizik, kimia. Hehehehe, budak sains gagal mata pelajaran teras sains, apa nak jadi yer? Bila dah sampai di hadapan guru, dia senyum sahaja dan ucap tahniah. Errr, saya lulus cikgu? Alhamdulillah, tapi yang saya terkilan sampai sekarang sampai sekarang, selepas mendapat keputusan, kawan-kawan baik semasa belajar dahulu makin renggang hingga terputus langsung hubungan, Masing-masing menjauhkan diri. Tapi kini dengan teknologi dapat kembali menghubungi mereka walaupun hanya dua tiga kerat.  Cukup kisah saya.

Sambung kisah along. Selepas ini mana hala tuju?. Banyak juga pilihan nak buat ni. Apa pun sebagai ibu saya hanya boleh nasihatkan, pilih lah apa yang hati mahu, mohon pada allah agar dipermudahkan urusan dan dapat membuat pilihan tepat. Mak dan abah sentiasa mendoakan anak-anak berjaya di dunia dan akhirat.

Malam esok, angah akan balik. Jadi mungkin saya akan menceritakan pula luahan hati dia. Menjaga anak remaja tak sama menjaga anak kecil. Tapi walau sebesar mana pun anak itu, dia tetap masih kecil di hati ibu.
Sekian coretan untuk hari ini.

0 comments:

Post a Comment

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design