Thursday 20 March 2014

Mari kita berbekam

Teks : Rapidah Ramli

Umum telah mengetahui bahawa berbekam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan dan berupaya menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Ia juga merupakan sunnah kerana Rasulullah SAW sendiri mengamalkan berbekam untuk menjaga kesihatan.
Hadis:
Sabda Rasulullah SAW:
عليکم بالحجامة في جوزة القمحدوة فانه دواء من اثنتين وسبعين داء
“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik di bahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit.” (HR Thabroni)

Pada hari rabu lalu, saya talah mencuba perubatan bekam ini. Selama ini takut bila mendengar bekam walaupun tahu ianya sunnah. Lagipun mana ada orang perempuan yang buat rawatan bekam ni, masakan kita nak dedah tubuh pada perawat lelaki, tak la kan.

Alhamdulillah, kawan mengajar ada mengambil kursus rawatan bekam dan kini dia telah membuat rawatan. Apa lagi, tempah lah perkhidmatan dia. Alhamdulillah, pada hari tersebut, beliau berkelapangan. Bayaran yang dikenakan juga berpatutan dan dia datang ke rumah untuk membuat rawatan. Jadi boleh lah kita menjalani rawatan secara santai. Hah, ini memberi idea untuk saya juga menghadiri kursus bekam ini. Nanti kalau saya dah habis belajar bekam ini, anda nak tak berbekam dengan saya? perempuan saja tau.

Kalau di tengok dari gambar-gambar testimoni di google tu, memang menakutkan. Macam-macam bentuk ada.Macam-macam pesen darah, ada yang banyak, ada yang merah, ada yang hitam, ada yang berbuih dan bermacam bagai lah lagi. Memang mengerikan bagi orang yang takut dengan darah.

Sejak kebelakangan ini saya memang sakit-sakit badan, terutamanya di bahu. Lenguh dan lemah. Migrain pun kerap datang. Setelah mendapat keizinan suami untuk berbekam, langsung buat. Lega sungguh badan bila selesai berbekam ini. Kalau tidak tengkuk rasa macam teleng jer, tegang semacam di bahagian leher. Darah tinggikah saya? Dan darah-darah yang keluar pun tidak lah sebanyak seperti di dalam gambar-gambar di google tu. Saya buat di bahagian belakang, kaki dan tangan. Dalam banyak-banyak point yang dibuat, hanya point di bahagian tangan dan kaki kanan sahaja yang mengeluarkan darah dengan banyak.

Kesimpulannya, janganlah takut untuk berbekam. Memang elok untuk kesihatan. Lagipun ianya sunnah. Dan kita patut mengikut sunnah untuk membuktikan kecintaan kita kepada nabi Muhammad, kerana orang akan buat apa saja demi orang yang di cintainya kan? Jadi ini adalah salah satunya.

INFO. (dari BH)

Bekam

* Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa tujuan mengubati penyakit.

* Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua  jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

Alat Bekam

* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.

Larangan Berbekam

* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Kebaikan Berbekam

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.
* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.


Jenis bekam

Bekam kering


Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

0 comments:

Post a Comment

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design