Teks : Rapidah Ramli
Sabtu lepas balik kampung. Macam biasa duduk di rumah tua yang setia menanti kedatangan anak cucu datang berkunjung. Yang ada hanya Pak Tam sekeluarga. Itu pun tinggal di rumah sebelah. Jadi kami anak cucu ini anggap rumah tua macam homestay.
Balik kali ini belum musim buah. Tapi seronok tengok semua pokok buah sedang lebat berbunga. Dijangkakan lepas raya nanti, boleh petik hasilnya.
Keesokkan harinya pula, terus ke bandar Taiping. Hantar Angah balik sekolah. Sebelum itu, pergi makan tengahari dahulu.gedebak gedebuk dah pukul 2.30pm. Selesai hantar Angah, semak perjalanan pulang ke Kuala Lumpur melalui aplikasi waze. Huih! Tu dia. Kereta berderet meremut. Semua komen heavy traffic. Dan ada dua kemalangan dilaporkan berlaku. Satu di Kuala Kangsar dan satu lagi atas sikit dari Simpang Pulai. Dan kami mengambil kepuusan untuk mengikut jalan lama.
The journey was begin. Cuba teka pukul berapa kami sampai Kuala Lumpur? Hikhikhikhik. Pukul 11 malam. Agaknya kalau kami ikut lebuhraya yang jem tu sama gak kot? Tapi yang ni tak berbayar. Cuma jauh tu jer lah. Dan jalan hanya mengikut arahan kata hati sahaja. Dari Taiping ke Kuala Kangsar, ok. Tiada masalah. Dah sampai ke Kuala Kangsar tak tahu hala tuju kemana. Signboard ke KL x ada. Ke Ipoh pulak jarang2 dia timbul. Tengok waze semua arahan pergi ke lebuhraya PLUS.
Nekad jer la. Janji minyak penuh. Jalan lah kami masuk kampung keluar kampung. Bermacam nama tempat baru yang selama ini dengar sahaja dan hari ini dapat melihat sendiri. Manong, Bota Kanan, Belanja kiri, Belanja kanan, Parit, Pusing. Dapat menyusur tepi Sungai Perak. Wah! Besonya sungei. Agak kome ade boye dalamnye? Jalan punya jalan, akhirnya nampak signboard Rtc Gopeng. Lagi 10km. Huh! Lega. Lalu depan Kellie's Castle. Tapi maaf ler x sempat nak amik gambar.
Masuk pekan Tapah, Kampar, Slim River semua jem. Tapi masih teruskan juga perjalanan. Entah mimpi apa, sampai Bertam, kanda pandu masuk highway PLUS. Kak Dah bantai tidoq la. Terlelap sat. Tak lama lepas itu, tengok dia pandu keluar pula, ke Bukit Tagar. Sebab jalan kedepan lagi dah tak bergerak.Hah! Jalan ni gelap tau kanda. Nanti sampai hujung masuk kiri.
Mulalah kami meredah kembali jalan kampung. Masuk estet, keluar kampung hingga ke Ijok dan Kuala Selangor. Hinggalah akhirnya lega bila ternampak signnoard highway LATAR. Pastikan keluar hingga kehujung ke Rawang. Jangan keluar ke Sungai Buluh.
Seterusnya perjalanan lancar hingga kami selamat tiba ke rumah. Pada jam 12 tengahmalam tepat. Alhamdulillah. Dan teks ini ditulis disaat mata kuyu nak tido sementara menanti giliran nak jumpa dentist. Adios. Jumpa di next entri.
Kelas Blog Bisnes
7 years ago
0 comments:
Post a Comment