Teks : Rapidah Ramli
Setiap wanita yang sihat akan kedatangan haid setiap bulan. Atau lebih popular hari ini dipanggil period. Bagi yang tidak datang setiap bulan tu samada dia hamil atau berpenyakit. Betul ke tidak? Biasa kita tiap bulan kira pusingan haid bila datangnya dan bila berakhir. Siap tanda dalam kalender. Dan dalam beg duit masing-masing ada kalender kecil untuk tanda bila haid datang. Saya buat. Anda? Benda ini penting tau, terutamanya kalau kita merancang nak anak lagi. Ehem! lain macam jer. Hahahahaha. Intro baru kot.
Apa yang Kak Dah nak highlight disini adalah kaitan haid, solat dan qadha solat. Rasanya ramai yang tak tahu. Mana yang dah tahu tu, alhamdulillah. Kembangkanlah ilmu dengan memberi tahu kepada yang lain. Ini juga sebagai peringatan buat diri Kak Dah. Kita sering alpa dan lalai dalam bab ini. Sentiasa ambil mudah. Dah haid, tak boleh solat kan? , nak qadha apa bendanya lagi? puasa jer yang kena qadha. Solat tak payah.
Baik. Harap anda bersabar dan tenang, lapangkan dada dan luangkan masa untuk membaca seterusnya.
Soalan : Adakah wajib bagi seorang wanita islam mengqadha solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?
Jawapan : Bila datang haid, solat tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa.
Inilah jawapan lazim dari kalangan wanita remaja, belia mahupun veteran dulu mahupun kini. Inilah penjelasan ringkas yang diajarkan di sekolah-sekolah seawal usia bergelar 'wanita'.
HAKIKATnya, diharamkankan keatas wanita yang sedang haid, samada solat fardhu atau solat sunat. Bahkan tidak sah jika tetap melaksanakannya. Maka, tidak wajib atas wanita tersebut untuk mengantikan solatnya apabila dia telah suci dari haid.
Namun terdapat SATU PENGECUALIAN iaitu apabila hakikatnya dia berkesempatan untuk memperolehi satu rakaat solat fardhu dalam waktunya, sama ada di awal atau di akhir, maka wajib atasnya solat fardhu tersebut.
CONTOH 1 : Memperolehi satu rakaat di awal waktu.
Seorang wanita didatangi haid selepas masuk waktu maghrib. Akan tetapi antara saat masuk waktu maghrib dan saat dia didatangi haid, wujud satu tempoh yang paling minima, sempat untuk dia melaksanakan rakaat pertama atau sekurang-kurangnya takbiratul ihram solat maghrib.
Maka wajib baginya mengqadha solat maghrib tersebut apabila suci. Ini kerana hakikatnya dia sempat mendapat satu rakaat daripada solat maghrib tersebut tersebut sebelum didatangi haid jika dia MENJAGA SOLAT DI AWAL WKTU.
CONTOH 2: Memperolehi satu rakaat di akhir waktu
Seorang wanita suci daripada haid sebelum terbit matahari. Akan tetapi antara saat dia suci dan saat terbit matahari, wujud satu tempoh masa yang paling minima sempat untuk dia melaksanakan rakaat pertama solat subuh.
maka wajib baginya mengqadha solat subuh tersebut apabila selesai bersuci (mandi wajib). ini kerana pada hakikatnya dia sempat mendapat satu rakaat solat subuh tersebut apabila tamat haidnya. Hanyasanya jika dia tidak MELEWAT-LEWATKAN MANDI HADAS.
Dalil bagi eseluruhan hukum ini ialah :
Sabda Rasulullah s.a.w " sesiapa yang mendapat satu rakaat dari solat maka sesungguhnya ia mendapat solat". [Shahih Bukhari - no 580 ] [Shahih Muslim - no : 607]
Wallahuaklam. Moga selepas ini kita semua tidak memandang enteng lagi persoalan solat dan haid ini. Sebelum ni pun saya ambil mudah jer bab ini. Astagfirullahaladzhim. Lepas ni tak mau leka lagi dah.
Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari salah silap saya sendiri. Moga anda pembaca juga mendapat manfaat dari pembacaan diatas.
Salam sayang
Rapidah Ramli
www.rapidahramli.blogspot.com
Kelas Blog Bisnes
7 years ago
0 comments:
Post a Comment