Friday 4 April 2014

Kenangan masa zaman budak-budak

Teks : Rapidah Ramli

Sekarang dah alaf ke 22. Atau ke 23? Berapa lama dah kita meninggalkan zaman kanak-kanak? Best kan jadi kanak-kanak zaman kita dulu. Dalam 20 ke 30 tahun yang lalu. Zaman yang tak perlu risau apa-apa. Yang kita tahu, pergi sekolah dan main dengan kawan-kawan. Kak Dah suka pergi sekolah. Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Anda bagaimana?

Pada zaman itu, banyak perkara yang kita lalui dalam hidup sehari tetapi tidak pernah kita kisah. Hanya apabila mencapai usia dewasa, mula mengenang dan terfikir. Oh! Begitu. Oh! Begini. Oh! itu, oh! Ini. Dan kita akan ketawa.

Hari ini Kak dah jumpa dua orang kawan semasa sekolah rendah. Allahuakbar!. Macam-macam cerita masa sekolah dulu keluar. Semua cerita pasal gaduh dan tak suka budak itu, tak suka budak ini keluar. Kenangan tak boleh dilupakan ialah karektor cikgu. Terutama yang garang, suka pukul dengan pembaris kalau tak dapat jawab. Hehehehehe. Bila dikenang memang sungguh nostalgia. Al Fatihah kepada semua guru-guru samada yang hidup atau yang mati.

Berikut adalah sebahagian senarai kenangan zaman menjadi budak-budak?
Mustahil tidak pernah terjadi. Kalau anda kanak-kanak zaman 80an rugi kalau tak tengok.

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'm'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak
tengok bila lampu dia mati.

9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.

10. Fikir dunia kartun memang wujud.

11. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.

12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.

13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

14. Susun kusyen dan buat seni binaan.

15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.

18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.

19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.

20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.

21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.

22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.

23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.

24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang.

25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.

26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi
orang miskin.

27. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.

28. Anda mesti tgh senyum sorang bila anda baca memory kat atas.
cuba teka. Mana satu saya?
posted from Bloggeroid

0 comments:

Post a Comment

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design