Thursday, 3 April 2014

Hari khamis

Teks : Rpidah Ramli

Alhamdulillah, hari ini hari khamis. Esok dah hari Jumaat. Cepatnya masa berlalu dan kini dah kembali Khamis. Ada apa pada hari khamis. Ehem, ehem ehem. Opps! Jangan nak fikir apa yang anda fikirkan tu? Apa yang anda fikirkan pasal hari khamis? Apa yang anda tahu pasal hari khamis? Selain malamnya orang baca yaasin, buat solat hajat dan malam permintaan suami?

Hari Khamis merupakan hari yang kelima, sebab itu dalan Bahasa Arab di tulis sebagai alkhamis yang bermaksud "yang ke lima". Buat pengetahuan semua, hari Khamis merupakan hari yang baik untuk menunaikan hajat. Oppss! Haip! jangan nak fikir yang bukan-bukan. Ini kerana Allah menunaikan penunaian.
Maka barang siapa yang berhajat kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Khamis. Kebiasaannya amalan yang sering dilakukan ialah berpuasa pada hari ini, membaca yaasin dan sebagainya dimalam hari.

[betul ker? tak perasan la pulak. Nak kena cuba. hihihihi. Agak-agak kalu  minta hand bag baru malam ni boleh dapat tak??].

Ada beberapa peristiwa yang boleh kita ambil ikhtibar dan pengajaran berlaku pada hari Khamis menurut sejarah Islam :

1. Nabi Ibrahim bertemu Raja Mesir
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka telah membuang dan mengasingkannya ( masa ini Nabi Yusof sudah menjadi Raja Mesir yang terkenal)
3. Bunyamin iaitu saudara kecil nabi Yusof datang ke Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir. Juga untuk bertemu anakanda yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki Mesir pada hari Khamis untuk mengajak Firaun meyembah kepada Allah SWT.
6. Rasullullah s.a.w memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiah.

Selain itu, pada hari khamis ini juga disunatkan kita melakukan puasa sunat. Ada banyak fadhilat dan kelebihan berpuasa sunat pada hari ini kerana Rasullullah s.a.w mengambil berat puasa pada hari Khamis. Dalilnya :

Pertama : Diriwayatkan dari 'Aisyah r.a menceritakan bahawa ;"Adalah Rasulullah s.a.w amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis" [Riwayat Imam Tarmizi. Menurut beliau hadis ini soheh]

Kedua : Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda;"Dibentangkan amalan-amalan dihadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (dihadapan Allah) pada ketika aku berpuasa" [Riwayat Imam Tarmizi.]


Dan sebenarnya, malam ini kita patut dah membuat persedian meyambut hari kebesaran esok iaitu hari Jumaat.  Marilah kita melazimi membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat. Supaya dapat menjadi pelindung dari fitnah terutamanya fitnah Dajjal.

Al Kahfi??? Hohohohoho panjangkan ayat tu, ada 110 ayat. Mana  sempat nak habis baca. Pagi-pagi banyak urusan. Bukan macam yang bekerja di rumah. Hah! ini la Kak Dah nak habaq mai. Kak Dah dapat ini dari penulis Hlovate, dan dah praktikkan. Sesuai sangat bagi sesapa yang kata sibuk sangat rushing nak pergi kerja pepagi tu. Sampai tak sempat nak baca.

Habiskan membaca surah Al Kahfi dengaq cara best dan tak susah!
Split into 3
Ada 110 ayatkan?
Split masa jadi tiga.
Waktu bila?

[1] start lepas maghrib hari ini (khamis), kita habiskan ayat 1 sampai ayat 31.

sebab ayat 32 tu dah masuk cerita lain. nanti tak syok nak follow up baca terjemahan dia kalau tergantung. Ayat 32 dah masuk cerita pasal dua lelaki dengan kebun tu.

[2] lepas Isya' kita sambung ayat 32 sampai 59. Kalau larat sambung lagi dari 60 samoai 82. Tu dah masuk cerita pasal Nabi Musa dan Nabi Khidir.

[3] Subuh Jumaat sok kita habiskan je ayat 83 sampai 110 tu Tak adalah semput sangat. Ayat 83 tu mula dengan kisah Zulkarnain.

See how it goes. Bila split bahagian macam tu tak ada la rasa terkejar sangat. Bolehlah savour maksud ayat dengan membaca terjemahan dia sekali untuk setiap bahagian tu.

Benar, surahnya sedikit panjang dari lazim yang kita biasa. Kita cuba cari jalan dan cari masa. InsyaAllah niat yang baik Allah akan bantu dan permudahkan.

Marilah kita bersama meningkatkan amalan untuk bekal di hari kemudian. Salam sayang hari Jumaat. Semoga kita semua mendapat rahmat dan syafaat dari Allah. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Jumpa di entri lain esok. InsyaAllah.




0 comments:

Post a Comment

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design