Wednesday, 2 April 2014

Pengenalan - Amat The Series

Teks : Rapidah Ramli

Amat The Series??? Apa tu? Cerita baru?? Slot Astro Ceria?? Atau drama minggu ini?? Atau tah apa?? Jawapan kepada semua soklan, nehi, salah, tidak, bukan dan sewaktunya.

Habis tu apa? Amat the series ialah kisah hidup anak bujang Kak Dah. Bermula minggu ini setiap rabu, Kak Dah akan cuba mengupdatekan cerita anak bujang ini. Sebuah memoir perjalanan untuk tatapan dia bila besar nanti.

Nama penuh beliau ialah Muhammad Alawi Naim bin Mohd Hisham. Nama panggilan dirinya Amat. Tak tahu kenapa dia gelar dirinya begitu, kerana Kak Dah sentiasa memanggilnya Muhammad atau Alawi atau Naim. Ingatkan di awal percakapannya dia pelat dan tidak boleh sebut Muhammad. Tapi bila diperhati dengan teliti boleh pulak sebut abang sepupunya Muhammad. Tak apalah, janji dia bahagia. Lekatlah panggilan dirinya Amat.
Hensem tak??

Amat anak bongsu dari empat beradik. Atasnya semua kakak. Masa awal kelahirannya dulu amat risau dia akan terjebak dengan sifat keperempuanan. Nauzubillahiminzalik. Alhamdulilah hingga ke hari ini dia membesar sebagai anak lelaki yang begitu caring terhadap mak dan kakak-kakak. Kak Dah melahirkan semua anak melalaui kaedah ceasearian. Oh! Tidak. Empat kali you. Yes! Empat kali. Bayangkan lah yer selepas kelahiran anak ketiga yang juga perempuan, doktor pakat nak tutup dah. Tapi Kak Dah tak mahu. Masih ingin mencuba, mana tahu kali keempat akan dapat lelaki.

"Bagaimana kalau ianya perempuan juga?" Tanya doktor. Jawap Kak Dah, "tak apa, akan terima juga. Yang penting saya mahu satu lagi peluang". Penuh yakin masa jawab tu.

Mulai selepas itu setiap kali solat, memang Kak Dah tak pernah lupa masukkan doa, nak seorang anak lelaki yang sempurna aqal fikiran dan sihat tubuh badan. Masa menunaikan umrah pada tahun 2005 beramai-ramai bersama keluarga suami juga, dimana yang dikatakan tempat mustajab doa, akan Kak Dah berdoa dan minta seorang anak lelaki yang sempurna aqal fikiran dan sihat tubuh badan. Selain mendoakan diri, suami, anak-anak dan yang lain, doa nak anak lelaki memang tak tinggal. Hingga kini mana yang tahu akan tanya Kak Dah, "Ini lah orang nya ye, yang doa minta depan kaabah?". Kak Dah cuma senyum dan jawab "Ya. Alhamdulillah"

Alhamdulillah, pada tahun 2006 Kak Dah disahkan hamil lagi. Ya Allah, disamping rasa bahagia terselit kegusaran. Gusar jika kandungan ini perempuan lagi. Masih meneruskan doa dan mengharap kepada Allah. Pada usia kandungan 2 bulan , abah pergi meninggalkan kami. 3 bulan selepas itu, abah mertua pula menyusul. Sedihnya hati. Kandungan kali ini abah-abah tak ada. Dalam kesedihan tu, ada pulak yang mengata, kandungan kau tu lelaki, sebagai ganti kepada atuk yang pergi. Allahuakbar!

Alhamdulillah. Pada 3 januari 2007 bersamaan 14 zulhijjah, Muhammad Alawi Naim selamat dilahirkan. Kini beliau sudah berusia tujuh tahun. Bermacam rentetan cerita dalam membesarkan anak lelaki sorang ini. Yang pasti cabarannya memang berbeza dengan anak perempuan.

Apa yang pasti disini, yang boleh Kak Dah katakan ialah kita jangan cepat putus harap. Jangan cepat mengalah dan penting sekali jangan tinggal doa. Berdoalah, mintalah kepada yang maha pencipta, yang maha mengetahui, yang maha pemberi, yang maha kaya, yang maha lemah lembut. Sesungguhnya dia suka jika kita selalu meminta kepadanya.

Sekian. Jumpa di entri lain esok. Citer apa pulak ya???
Tungguuuuuuu...








posted from Bloggeroid

0 comments:

Post a Comment

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design